Selasa, 23 Jun 2009

Salahguna Kuasa Yang Terlaluan Oleh Polis di Jamuan Makan Malam DAP Klang Sambutan Ulang Tahun Ke 43

Ini adalah untuk memberikan notis di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) untuk mengusulkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan pada 24hb Jun 2009 (Rabu)seperti berikut:
“Bahawa Dewan mengizinkan YB Charles Santiago untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan mengenai salahguna kuasa polis dan FRU di majlis makan malam DAP Klang sempena sambutan ulang tahun Ke-43 dan Hari Bapa pada 21hb Jun 2009, pukul 7 malam di sebelah Pusat Komuniti Ahli Parlimen Klang.
“Jawatankuasa majlis makan malam DAP Klang telah memenuhi semua syarat yang di-tentukan untuk memperolehi permit polis. Berdasarkan maklumat yang di berikan, Ibu Pejabat Polis Klang telah meluluskan permit pada 17hb Jun 2009.
Tetapi sehari sebelum majlis makan malam iaitu pada 19hb Jun, 3.30petang, sehari sebelum jamuan makan malam, pihak polis telah batalkan permit. Alasan yang di berikan ialah untuk menjamin keselamatan awam.
Rayuan pihak penganjur ditolak pada pukul 5 petang yang sama. Oleh sebab masa yang singkat, pihak penganjur tidak dapat menyewa tempat yang baru untuk menampung sebanyak 3000 – 3500 orang.
“Pada petang 21hb Jun,2008, lebih kurang 800 angota polis telah di hantar untuk mengepung tapak majlis makan malam dan merampas peralatan pembesar suara yang di gunakan. Malah, semua jalan raya ke tempat jamuan makan malam di tutup.
“Angota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), 12 buah kereta polis, 7 buah kenderaan FRU, polis trafik dan dua buah kenderaan meriam air (water canon) dihantar untuk menakutkan and menghalang orang-ramai masuk kawasan majlis makan malam.
“Saya amat dukacita kerana peristiwa ini telah membazirkan wang rakyat serta tenaga anggota polis di Klang yang boleh di gunakan secara lebih berkesan untuk memerangi jenayah.
Tambahan pula, pihak polis tidak perlu menghalang perhimpunan secara aman kerena ia tidak menjejaskan ketenteraman awam.
“Pihak polis sering mengatakan bahawa mereka kekurangan anggota polis. Tetapi mereka mampu membazirkan wang rakyat dan sumber tenaga anggota polis untuk menceroboh jamuan makan malam serta intimidasikan parti politik pembangkang dan rakyat jelata.
“Tambahan pula, institusi polis yang semestinya bebas sekarang di peralatkan untuk menakutkan dan intimidasi rakyat.
“Pada pandangan saya, perbuatan polis adalah salah guna kuasa.
“Sehubungan dengan ini, saya minta Perdana Menteri membawa reformasi keseluruhan terhadap Polis di Raja Malaysia. Langkah pertama ialah untuk (1) meminda Akta Polis 1967 untuk memastikan pasukan polis adalah bebas semasa menangani perkara politik; (2) Memperlindungi and mempertahankan hak asasi manusia dan menghapuskan seksyen 27 Akta Polis; (3) Menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) serta-merta dan menghukum sesiapa yang salahgunakan kuasa polis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan