Selasa, 28 Disember 2010

Gobalakrishnan: Anwar pilih kasih

Dec 28, 10 1:25pm
Pergeseran di antara ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan pemimpin tertinggi PKR semakin memuncak dan beliau kini tidak lagi berselindung dalam menamakan ketua umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai punca sebenar ketidakadilan yang didakwa berlaku di dalam parti itu.
Gobalakrishnan berkata demikian ketika menjawab amaran keras yang dikeluarkan N Surendran, naib presiden baru parti itu yang mahu beliau menghentikan segala serangan tidak berasas kepada parti pada kadar segera.
Ingkar dengan arahan tersebut, Gobalakrishnan hari ini menuntut supaya Anwar dikenakan tindakan disiplin kerana didakwa telah menutup sebuah kuil di Bukit Gasing, Petaling Jaya.
Gobalakrishnan mendakwa, Anwar bertindak demikian dengan alasan kuil tersebut "tidak mempunyai ciri-ciri India."
"Masalah ini wujud ketika pentadbiran BN di Selangor tetapi mereka tidak bertindak sehingga menutup kuil berkenaan," katanya lagi dalam satu kenyataan hari ini.
Anwar amal 'pecah dan perintah'
Tambahnya, Anwar juga telah memperkuatkan kepemimpinan Melayu dan Cina di dalam PKR tetapi masyarakat India diabaikan dan jauh diketepikan sejak 12 tahun lalu.
"Hanya orang yang dekat dengan (Anwar) dilantik ke jawatan parti. Seharusnya pertimbangan diberikan kepada masyarakat India dalam parti kerana mereka membentuk kira-kira 40 peratus daripada jumlah ahli.
"Ini merupakan amalan pecah dan perintah yang jelas daripada Anwar," kata Gobalakrishnan lagi yang merupakan salah seorang calon naib presiden yang tewas dalam pemilihan parti bulan lalu.
Jelasnya, beliau berkata demikian kerana telah tiba masanya untuk menjelaskan "ketidakadilan" yang didakwa berlaku.
Gobalakrishnan yang menganggotai parti itu sejak lebih 11 tahun lalu juga berkata, beliau telah banyak berkorban untuk memperbaiki kehidupan rakyat dan beliau tidak mendapat keuntungan peribadi daripada usahanya itu.
'Surendran bukan ahli PKR'
Beliau bagaimanapun tidak dilantik ke jawatan naib presiden pada 18 Disember selepas pemilihan parti berakhir. Sebaliknya, jawatan lantikan bagi kuota masyarakat India itu diisi oleh Surendran.
"Surendran telah menyatakan bahawa PKR merupakan parti yang demokratik dan tetapi saya kini sedar bahawa demokrasi hanya diamalkan secara pilih kasih di dalam parti yang dipimpin Datuk Seri Anwar Ibrahim," kata Gobalakrishnan lagi.
Gobalakrishnan juga berkata, beliau ingin tahu bagaimana Surendran boleh dilantik ke jawatan itu sedangkan peguam hak asasi itu tidak menganggotai PKR.
"Saya mempertikaikan integritinya apabila dia bercakap mengenai pemilihan PKR. Dia tidak mengundi di (mana-mana) cabang dan dia tidak menganggotai mana-mana mesyuarat agung tahunan cabang (MATC).
"Namanya tidak kelihatan di dalam senarai pengundi cabang Lembah Pantai di mana beliau mendakwa menjadi anggota di situ, atau mana-mana cabang (PKR) di negara ini," katanya lagi.

Isnin, 27 Disember 2010

JAGA KEDUDUKAN PARLIMEN FELDA, ITU ALASAN LANTIK TS ISA SAMAD

SHAH ALAM 27 DIS : Perlantikan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad sebagai pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA) yang baru adalah untuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak 'melangsaikan' wang simpanan agensi itu serta menjalankan misi membalas dendam terhadap peneroka.
Ahli Parlimen Indera Mahkota Azan Ismail berkata ianya juga untuk memastikan dan mengekalkan 46 kerusi Parlimen yang terletak di dalam kawasan tersebut kekal milik Umno-Barisan Nasional pada Pilihan Raya Umum ke-13 akan datang.
"Saya rasa perlantikan Isa adalah tepat untuk melaksanakan misi yang kotor ini kerana orang lain tidak mampu, saya rasa pilihan ini merupakan pilihan yang bijak sebab Najib tahu keupayaan untuk melangsaikan wang-wang simpanan Felda dan sekaligus menjalankan misi membalas dendam terutama terhadap personaliti yang dikatakan meracuni fikiran peneroka-peneroka Felda.
"Kita merasa bimbang sekiranya peneroka dijadikan sasaran dan sekaligus antaranya membalas dendam dan yang kedua, untuk melakukan satu lagi penipuan untuk mempengaruhi dan menipu warga Felda, mungkin kepada peneroka, mereka buat cara baik tetapi kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa mempengaruhi peneroka akan dilayan dengan kasar, mungkin ditangkap atau didakwa.
"Pilihanraya kali ini, 46 kawasan Parlimen akan ditentukan oleh peneroka Felda dan misi melantik Isa adalah untuk melengkapkan formula atau pun pelan yang tertinggal...barangkali khidmat akhir beliau sebelum hayat politiknya berakhir.
"Dia akan buat yang terbaik dan apa saja dengan matlamat seluruh kawasan peneroka (46 kawasan Parlimen) dijanjikan akan disapu bersih.
"Berapa perbelanjaan, kaedah cara macam mana...terpulang. Ini sebenarnya satu tugas yang tidak sanggup dilaksanakan oleh bekas Pengerusi Felda Tan Sri Dr Yusof Noor," ujar beliau.
Ujar beliau, Yusof barangkali tidak mahu menanggung dosa akibat daripada untuk melaksanakan misi tersebut.
Sementara itu, Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman berkata pihaknya membantah keras perlantikan bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu sebagai memberikan imej yang buruk kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional.
Beliau yang dihubungi TVSelangor berkata ianya juga memberikan kesan yang mendalam kepada warga Felda.
"Dalam keadaan kita bercakap soal ketelusan, integriti, penambahbaikan dan baru-baru ini diumumkan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan bahawa kejayaan anak-anak peneroka yang belajar di peringkat PHD, mereka yang terlibat sebagai ahli akademik, profesional dan ahli perniagaan yang berjaya menerajui beberapa syarikat besar, tiba-tiba melantik seorang yang kita tahu reputasinya pernah terpalit semasa menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan.
"Kemudiannnya menjadi Menteri Wilayah Persekutuan dengan banyak isu-isu kontroversi dan bertanding Naib Presiden Umno dan terpalit dengan politik wang. Bagaimana orang seperti ini yang dalam partinya sendiri sudah ditolak,dihukum dan orang ini juga telah 'expired' dalam politik.
"Tiba-tiba dilantik ke satu jawatan yang sangat penting khusus kepada kehidupan dua juta warga Felda yang 95 peratus adalah orang Melayu.
Tegasnya, di mana letaknya Felda yang digembar-gemburkan oleh Najib sebagai 1 Felda sebagai 1 Dunia, 1 Glokal dan 50 tahun akan datang dibawa ke pentas antarabangsa tetapi pada masa sama, melantik pemimpin yang korup sebagai tokoh yang terpenting di Felda.
"Apa kriteria yang mendorong sehingga kerajaan memilih Isa dalam keadaan kita mempunyai calon yang cukup ramai dan berwibawa.
"Kalau pun mereka tidak mahu ambil anak peneroka, saya rasa di luar sana saya fikir melambak-lambak ada. Apa pertimbangan kerajaan memilih beliau?," soal beliau.
"Saya ingin tekankan, kita bukan sahaja membantah tetapi sekirannya kerajaan tidak mahu mendengar pandangan kami atau pandangan rakyat, ANAK bercadang untuk mengeluarkan pungutan suara di mana tandatangan akan dipungut dari peneroka, generasi kedua dan ketiga yang mana akan diserahkan kepada Perdana Menteri mendesak kerajaan membatalkan perlantikan tersebut," ujar Mazlan.
Ujarnya lagi, jika bantahan itu tidak dihiraukan, ANAK bercadang mengadap Yang Di Pertuan Agong untuk campur tangan.

Khamis, 16 Disember 2010

PRK TENANG ADALAH YG KE 1, AKAN DIADAKAN DALAM BULAN JANUARI 2011

Satu lagi pilihan raya kecil dijangka akan diadakan dalam tempoh 60 hari. Ini adalah pilihan raya kecil yang ke-14 sejak pilihan raya umum 2008.
Dijangkakan, pilihan raya kecil berkenaan akan diadakan pada bulan Januari sebelum sambutan Tahun Baru Cina yang jatuh pada 3 Februari.
Pakatan Rakyat memenangi lapan daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sebelum ini. Ini merupakan kali pertama pilihan raya kecil diadakan di Johor yang dilihat sebagai kubu kuat BN selepas pilihan raya umum 2008.
BN menguasai sebanyak 50 kerusi DUN Johor manakala di DAP dan PAS masing-masing menguasai empat dan dua kerusi.
Kawasan DUN Tenang merupakah salah satu kubu kuat Umno di negeri itu.
Dalam pilihan raya umum 2008, Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.
Daftar pemilih 2008 menunjukkan DUN Tenang mempunyai seramai hampir 50 peratus pengundi Melayu, lebih 38 peratus pengundi Cina dan lebih 12 peratus pengundi India.

Selasa, 30 November 2010

TS Khalid - Raja-Raja Melayu Perlu Awasi 'Si Kitol' Moden Yang Bermuka-Muka

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan pemimpin- pemimpin Umno sebagai “Si Kitol” moden yang bermuka-muka mempertahankan kedaulatan Raja dan Sultan Melayu setelah menghakis kuasa-kuasa mereka dan mengaibkan institusi itu demi kepentingan politik diri.
“Tiba-tiba , sejak awal 2009, setelah 17 tahun berlalu, pihak yang berusaha dan berjaya menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja- Raja Melayu kembali bermuka- muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan,” kata Tan Sri Khalid.
“Syukur Alhamdulillah, mungkin akhirnya mereka sedar akan ketelanjuran, namun, patik teringat peranan Si Kitol dalam Sejarah Melayu. Adakah “Si Kitol” moden ini akan kembali memperalatkan Raja dan Sultan demi kepentingan politik mereka?,” tanya Tan Sri Khalid pada wacana mengenai institusi Raja- Raja Melayu.
Si Kitol dikenali dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.
Wacana bertajuk Kedaulatan Raja- Raja: Institusi Yang Mesti DiPertahankan dirasmikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Dalam ucapannya Tan Sri Khalid menyingkap peranan Raja dan Sultan Melayu dalam sistem demokrasi berparlimen serta kuasa- kuasa yang diperuntukan kepada mereka menerusi Perlembagaan.
Tan Sri Khalid berkata sejarah membuktikan bahawa peruntukan perlembagaan itu dicabuli pada tahun 1983 dan sekali lagi pada tahun 1992 serta 1993.
Pada 1983 kerajaan Umno- Barisan Nasional meluluskan pindaan undang- undang yang membolehkannya melaksanakan sebarang rang undang- undang tanpa kelulusan wajib Raja- Raja.
Perlembagaan turut dipinda bagi mewajibkan Yang DiPertuan Agong menerima nasihat Perdana Menteri sekiranya beliau mahu darurat diisytiharkan pada bila- bila masa.
Tan Sri Khalid berkata tahun 1993 pula menyaksikan imuniti atau kekebalan Raja- Raja Melayu disentuh dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.
“Bagi mencapai matlamat tersebut, seluruh jentera kerajaan termasuk media massa dimanipulasikan secukupnya, secara biadap dengan memaparkan cerita- cerita yang memburukan peribadi Raja- raja Melayu, diulang siar dan ditokok tambah bagi mengwujudkan sentimen dan emosi benci rakyat terhadap institusi Raja- Raja Melayu,” tambah beliau.
“Pemerintah ketika itu menggunakan kuasa rakyat, terutama orang Melayu, supaya mendesak, malah memaksa Raja- Raja supaya menerima pindaan Perlembagaan. Malah ke satu tahap di mana seorang pemimpin politik tergamak mengadakan majlis pertabalan Sultan Baru di Kelantan,’ tambah beliau.
Tan Sri Khalid mengimbas bahawa Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad sendiri dipetik oleh akhbar Berita Harian sebagai mengutuk Institusi Raja kerana kononnya menyalah gunakan wang, harta kerajaan dan negara serta menekan pegawai- pegawai kerajaan.
Beliau menegaskan akhbar- akhbar terbitan akhir tahun 1992 hingga Mac 1993 harus dirujuk bagi menghayati pertelingkahan yang akhirnya menghapuskan kekebalan dan imuniti Raja- Raja Melayu.
“Penilaian harus ditekankan kepada mengetahui siapakah pihak- pihak yang pada ketika itu beriya- iya mahukan kekebalan Raja- Raja Melayu dihapuskan dan malah banyak pemimpin- pemimpin itu seolah-olah mahu Raja- Raja Melayu dinyahkan daripada tahtka dan Istana diRaja,” kata beliau.
Tan Sri Khalid berkata beliau menggunakan wacana itu sebagai forum sesuai untuk mengimbas peristiwa yang memberi “luka yang dalam kepada Institusi Raja- Raja pada ketika itu.”
“Luka yang dalam mungkin telah sembuh, barang pasti parutnya tetap ada,” kata beliau.
“Patik yakin dengan mengambil kira kata- kata keramat “sedangkan Nabi mengampunkan umat” maka keterlanjuran rakyat jelata turut sama dimaafkan apatah lagi memang sebenarnya Raja- Raja adalah Raja- Raja yang berdaulat.
Namun Tan Sri Khalid mengingatkan bahawa kerenah manusia boleh berubah mengikut zaman dan kepentingan justeru itu peri laku pemimpin Umno harus dibandingkan dengan peranan Si Kitol.

Khamis, 11 November 2010

MUSTAFFA KAMIL AYUB BERSAING TERUS REBUT KERUSI TIMBALAN PRESIDEN...

Naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub akan terus bertanding dalam pemilihan jawatan timbalan presiden parti itu yang sedang berlangsung.


Sidang media hari ini, diadakan selepas kata-dua 48 jam yang diberikannya kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berakhir semalam yang menuntut supaya menangguhkan pemilihan kerana mendakwa berlaku penyelewengan.

"Tetapi selepas berjumpa dengan Dr Molly Cheah (pengerusi JPP) semalam, beliau memberikan tiga komitmen kepada saya dan saya memutuskan untuk mengambil jalan tengah.

"Saya akan terus bertanding walaupun dalam protes,” katanya sambil menambah bahawa beliau bukan seorang “pengacau”.

Selasa, 9 November 2010

MENGAPA TIDAK DIBUAT "TRIAL RUN" SATU AHLI SATU UNDI ? - MUSTAFFA KAMIL AYUB (9 NOV 2010 4 PTG)


Semalam telah berlaku satu sejarah di dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat dimana satu memorandum telah di ajukan kepada Presiden Parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) oleh Naib Presiden, Sdr Mustaffa Kamil Ayub sendiri dengan diiringi lebih 50 orang pentokong parti di ibu pejabat parti, banguna Keadilan di Tropicana Square, Petaling Jaya.


Memorandum yang antara lain memberikan gambaran secara menyeluruh semua kepincangan dan keraguan serta penyelewangan yang dihadapi oleh keseluruhan cabang-cabang yang telah mengadakan mesyuarat tahunan cabang dan pemilihan pusat diharap dapat membantu Presiden dan JPP untuk menangguhkan pemilihan yang sedang berlaku sekarang.

Mahu tidak mahu semua kepincangan dan kelemahan mestilah diakui jika parti sendiri mahukan semua pilihanraya umum atau kecil tidak diganggu atau di dalangi oleh pihak-pihak tertentu. Mustaffa Kamil Ayub sewaktu memberikan ucapan ringkas kepada penyokong parti ada menyebt tentang ada perlunya "mock run" atau "trial run" diadakan dahulu sebelum "satu ahli satu undi" ini dijalankan bagi mendapat kan satu sistem pembuangan undi yang lebih efektif dan berkesan.

Apa pun semua ahli mesti bersabar dan menunggu apa jua keputusan pimpinan tinggi parti, dengan kesungguhan dan kredibiliti Pengerusi JPP dan Presiden sendiri dalam menangani krisis ini, diharap masalah ini tidak berpanjangan demi masa depan parti.

Hidupkan demokrasi! Kuburkan exploitasi!

@seri beruntung, hulu selangor

Jumaat, 5 November 2010

MUSTAFFA KAMIL AYUB - Tangguh pemilihan PKR, gantung JPP

PETALING JAYA – Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rak:yat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub memohon supaya status Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) digantung dan proses pemilihan parti ditangguhkan kerana ketelusan dan integriti badan bebas yang mengawal selia hal ehwal pemilihan parti itu diragui. Menurutnya, status JPP perlu digantung dan proses pemilihan parti ditanggung sehingga kewibawaan badan bebas itu diyakini sepenuhnya untuk memastikan kelangsungan perjuangan parti yang berlandaskan keadilan untuk semua.
Oleh itu, untuk tujuan tersebut, Mustaffa akan menghantar memorandum cadangan kepada Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi JPP, Dr Molly Cheah.
“Memorandum akan dihantar dalam masa terdekat kerana kami sedang menyiapkan beberapa dokumen tambahan.
“Kami ingin menegaskan, bentuk tindakan yang dilakukan ini adalah kerana kami meletakkan kepentingan parti di atas dan supaya ia tidak akan menimbulkan pelbagai masalah dalam proses Pemilihan Parti 2010,” katanya.
Beliau yang juga calon Naib Presiden berkata, ketelusan terhadap JPP terus dipertikai pelbagai pihak dengan pelbagai insiden salah laku di mana terdapat kaedah pengendalian tidak bersikap profesional dan bersifat berat sebelah, termasuk penjumlahan undi yang diumumkan tidak konsisten, terutama kedudukan jawatan Timbalan Presiden.
“Majoriti calon di peringkat cabang dan pemilihan pusat mempertikai urus kendali yang dijalankan JPP, namun ramai di kalangan mereka mengambil sikap berdiam diri.
“Jika tidak ada tindakan proaktif daripada JPP, kami khuatir akan menimbulkan masalah besar terutamanya melibatkan pemilihan bagi cabang-cabang di Selangor yang dianggarkan minimum satu cabang ada 1,000 ahli,” katanya.
Mustaffa berkata, sebelum ini, bantahan pernah dikemukakan kepada JPP berikutan berlakunya masalah ketidakseragaman melaksanakan syarat dan peraturan pertandingan, namun sehingga kini tiada apa-apa tindakan diambil.

Selasa, 2 November 2010

Imej JPP beri impak negatif kepada parti

Aktivis Reformasi menyatakan kekesalan tentang kesalahan maklumat dari Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat yang berlaku hari ini, yang telah menimbulkan kekeliruan berhubung pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010. Aktivis Reformasi merasakan apa yang berlaku hari ini selepas rentetan demi rentekan isu teknikal yang berlaku sebelum ini menunjukkan kelemahan ketara Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR (JPP) dan pihak Sekretariat Ibu Pejabat sebagai pengendali pemilihan Parti 2010.

Kesilapan melaporkan keputusan pemilihan Parti bagi jawatan Timbalan Presiden antara YB Azmin Ali dan Dato’ Zaid Ibrahim memperlihatkan kelemahan kedua-dua badan tersebut. Perkara ini berlaku apabila Timbalan Setiausaha Agung Parti, Puan Syarifah Shahidah pagi tadi melalui akaun twitternya telah mengeluarkan keputusan yang menggambarkan bahawa Dato’ Zaid Ibrahim sedang mendahului YB Azmin Ali dan disiarkan sebagai keputusan rasmi dalam kolum rasmi pemilihan 2010 di website Parti.

Ini menyebabkan media dan portal internet melaporkan bahawa Dato’ Zaid kekal mendahului undi Timbalan Presiden selepas hari ketiga. Namun apa yang berlaku setelah menyedari kesilapan Setiausaha Agung PKR, YB Saifuddin Nasution telah memberikan angka yang sebenar iaitu YB Azmin mendahului undi bagi jawatan Timbalan Presiden.

Kami melihat kelemahan kedua-dua badan tersebut adalah pada perkara paling asas mengumumkan keputusan pemilihan. Hal ini adalah sesuatu yang tidak adil bagi YB Azmin Ali dan juga bagi pihak Dato’ Zaid Ibrahim yang sedang merebut jawatan nombor dua Parti. Dan ianya juga memberi kesan psikologi dan mental kepada para penyokong kedua-dua pemimpin utama yang giat berkempen di bawah.

Kesilapan demi kesilapan teknikal yang berlaku disebabkan JK Pemilihan Pusat dan Sekretariat Ibu Pejabat Parti telah memberi impak yang negatif, imej buruk yang boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap kemampuan Parti untuk mentadbir negara. Akan lebih malang lagi jika rakan Parti Pakatan Rakyat PAS dan DAP mula hilang keyakinan kepada kemampuan Parti untuk bersama Pakatan Rakyat.

Oleh itu, kami mendesak Pimpinan Parti, khususnya Ketua Umum, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil perhatian pandangan aktivis reformasi. Kita mengkritik kelemahan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang tidak adil dan telus, dan sepatutnya kita memberi contoh kepada SPR bagaimana hendak mengendalikan pilihanraya dengan adil dan telus. Pimpinan Parti mesti mengambil langkah segera berhubung perkara ini, jangan sampai kita diberi pepatah “Seperti ayam yang berkokok berdegar-degar tetapi ekor penuh tahi”.

Salam reformasi.
Emel: dari Salam Reform

Isnin, 25 Oktober 2010

Perjumpaan bersama ChGu Bard (Ahad 24 Okt 2010 4 ptg)


Penerus semangat reformasi kepada anak muda !

Sabtu, 23 Oktober 2010

Team Chegubard, Adun Teja kecewa soal kaum pengaruhi trend undi sayap muda


Badrul Hisham Shaharin dan Chang Lih Kang menunjukkan manifesto barisan mereka yang bertanding jawatan Angkatan Muda Keadilan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
SENAWANG, 23 Okt Anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin yang bertanding jawatan ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) dengan gandingan Adun Teja Chang Lih Kang sebagai timbalannya kecewa kerana faktor kaum dijadikan pertimbangan sokongan pemilihan sayap muda PKR itu.
Badrul Hisham yang turut dikenali sebagai “Chegubard” berkata, beliau terkilan kerana aspek kaum masih dianggap sebagai faktor untuk memberikan sokongan kepada Chang yang dimasukkan dalam barisannya.
Katanya, ahli-ahli PKR seharusnya menunjukkan teladan positif kepada parti lain dengan mengetepikan soal ini.
“Saya mendengar di bawah (akar umbi), ada cakap-cakap yang bertanya mengapa saya pilih Chang Lih Kang, orang Cina sebagai calon bagi jawatan timbalan ketua AMK dalam pasukan saya.
“Saya hairan dengan perkara macam ini yang kelihatan masih wujud (dalam PKR) sedangkan kita tidak harus ikut garisan perkauman.
“Dia kaum apa, latar belakang apa, tidak harus wujud dalam PKR. Saya memang kecewa (apabila mendengar isu ini),” kata beliau ketika ditemui pada sesi pengenalan calon barisannya kepada ahli-ahli AMK PKR Negeri Sembilan di sini malam tadi.
Barisannya bertanding atas tema “Penerus Perjuangan Reformasi”. Kata Badrul Hisham, ada pihak yang mempersoalkan sebab beliau memilih calon timbalannya daripada kalangan orang Cina. Perkara itu turut diakui Chang dalam ucapannya.
Dalam PKR, keanggotaan 50 peratus adalah orang Melayu, 23 peratus India, 12 peratus Cina dan 15 peratus lain-lain.
Bagaimanapun Badrul Hisham menekankan, isu itu belum mencapai tahap yang serius tetapi sebagai sebuah parti pelbagai kaum, perkara seperti ini tidak seharusnya wujud.
“Saya masih menganggap soal membangkitkan Chang Lih Kang seorang calon Cina dan tidak harus undi bagi jawatan timbalan sebagai kes terpencil.
“Kami yakin soal-soal ini tidak akan menjejaskan peluang kami untuk menang kerana kami mengetengahkan visi dan misi kami kepada para ahli,” kata beliau lagi.
Kata beliau, pasukannya juga tidak membuat sebarang aduan mengenai isu berkenaan kepada jawatankuasa pemilihan pusat.
Ditanya mengenai pihak di belakang isu berkenaan, Badrul Hisham tidak mahu menuding jari ke arah mana-mana pihak.
Persaingan jawatan ketua AMK menyaksikan pertarungan satu lawan satu.
Badrul Hisham, ketua PKR Rembau mencabar Shamsul Iskandar Mohd Akin yang memutuskan untuk mempertahankan kedudukannya. Gandingan Shamsul Iskandar bagi jawatan timbalan ketua AMK ialah Khairu Anuar Zainudin Jonah.
Sementara itu, Chang yang berucap pada majlis tersebut berkata, beliau berharap ahli-ahli PKR khususnya AMK akan mengetepikan pemberian sokongan mengikut garis kaum dan latar belakang.
“Saya tidak kisah kalau saya kalah kerana saya tidak kacak, saya tidak kisah kalau saya kalah jika atas alasan saya tidak pandai berucap, tetapi saya tidak mahu kalah kerana menganggap saya seorang Cina atau kerana latar belakang saya,” kata beliau yang juga bekas pemimpin pertubuhan bukan kerajaan Suaram dan Gerkaan Anti-ISA (GMI).
“Saya pernah terlibat dalam NGO Suaram, pernah bertindak sebagai setiausaha GMI... semasa dalam GMI, saya membantu mereka yang ditahan di bawah ISA, yang kebanyakan adalah orang Melayu-Islam termasuk anak Mursyidul Am PAS (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat),” kata beliau.
“Saya pernah ditahan kerana membantu orang Melayu yang rumah mereka dirobohkan di Ampang, itu komitmen saya tak kira agama dan kaum.
“Kami akan membantu semua orang ... sebab itu saya sedih dengan tindakan segelintir orang yang menganggap saya orang Cina... nilai saya atas kebolehan saya, keupayaan saya, bukan kerana warna kulit dan latar belakang,” kata beliau.
Selain Chang, barisan calon Badrul Hisham terdiri daripada  Dr Nicholas J Gantobon dari Sabah, Yunus Jamhari (Perak) dan Sivam Veeramuthu (Selangor) yang bertanding tiga kerusi naib ketua.
Proses pengundian pemilihan pusat PKR termasuk AMK dan Wanita akan bermula 29 Oktober ini, dijalankan secara berperingkat selama tiga minggu.
Ini kali pertama PKR memperkenalkan sistem pemilihan secara langsung melibatkan undi setiap ahli.

Rabu, 25 Ogos 2010

CALUN NAIB PRESIDEN DARI WANITA, FUZIAH SALLEH, RODZIAH JADI CALUN SHAH ALAM, HANIZA CALUN PJU, ELI WONG CALUN PJS.....

Wanita PKR sepakat untuk mencalonkan pengarah pilihan raya parti itu, Fuziah Salleh (kanan) untuk bertanding jawatan naib presiden.

Fuziah (kanak) merupakan ahli parlimen Kuantan dan juga bekas ketua Wanita PKR.

Enam lagi pemimpin Wanita akan bertanding merebut jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR.

Mereka ialah Elizabeth Wong, Felicia Ling, Hasnah Hashim, Salma Ismail, Siti Aishah Shaik Ismail dan Rozaini Mohd Rosli.

Perkara itu diumumkan oleh ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin dalam satu sidang akhbar di ibupejabat PKR di Petaling Jaya pagi ini.

Manakala Zuraida yang juga ahli parlimen Ampang akan mempertahankan jawatannya.

Begitu juga dengan timbalannya, Rodziah Ismail dan dua lagi naib ketua - Hazina Talha dan Noorsham Abu Samah.
Dalam sidang akhbar tersebut Zuraida juga memberitahu bahawa 38 pemimpin Wanita, termasuk Nurul Izzah Anwar akan bertanding merebut jawatan tertinggi di peringkat cabang.
Anak sulung ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim itu akan bertanding merebut jawatan ketua cabang Lembah Pantai.
Manakala ibunya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismal yang juga presiden PKR, akan bertanding jawatan ketua cabang Permatang Pauh.
Menurut Zuraida lagi, 10 orang wanita akan bertanding jawatan ketua cabang, manakala 28 lagi akan bertanding jawatan timbalan dan naib ketua cabang.

Sementara itu, Fuziah berkata beliau yakin berpeluang untuk memenangi salah satu daripada empat jawatan naib presiden yang dipertandingkan.

"Semua orang bertanding untuk menang. Saya yakin dengan segala keutamaan kepada parti, saya yakin (menang) kerana anggota kenal dan tahu khdmat saya," katanya.
Dalam sidang akhbar yang sama, Rodziah mengumumkan beliau dan Zuraidah akan mempertahankan jawatan masing-masing.

Manakala Haniza Talha dan Noorsham akan mempertahankan jawatan naib ketua Wanita PKR.

"Ini memberi mesej kepada anggota dan parti bahawa wanita adalah komited untuk memenuhi kuota 30 peratus.

"Kita sudah bersedia. Ini adalah permulaan," kata Rodziah.
Sementara, Zuraida berkata Dr Zaliha Mustaffa tidak mempertahankan jawatan naib ketua Wanita kerana memberi tumpuan bertanding jawatan ketua cabang Gelang Patah (Johor).

"Kita akan calonkan Gan Pei Nei (ADUN Rawang) sebagai naib ketua wanita," katanya.
Menurutnya lagi, dua exco kerajaan Selangor - Rodziah dan Elizabeth - juga masing-masing akan bertanding jawatan ketua cabang Shah Alam dan Petaling Jaya Utara.

Manakala Fuziah dan Haniza yang juga timbalan Speaker DUN Selangor, masing-masing akan bertanding jawatan ketua cabang Petaling Jaya Selatan dan Kuantan.

Ditanya sama ada akan berlaku cabaran bagi jawatan utama Wanita PKR, Zuraidah berkata: "Kita jangkakan beberapa nama... Kita mengambil sikap untuk membuat rundingan yang matang supaya Wanita menjadi kukuh dan mantap."

Isnin, 23 Ogos 2010

MESYUARAT AGONG CABANG HULU SELANGOR 2 OKTOBER 2010

Tarikh pemulangan borang pencalunan 5 Sept 2010 AHAD
Tempat : Pej Pasar Kuala Kubu Bharu (Setiausaha)

Khamis, 1 Julai 2010

ANWAR MANGSA LOBI ZIONIS

Kunjungan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Amerika Syarikat beberapa hari lalu bukanlah untuk 'memujuk' Yahudi, sebaliknya bagi menyampaikan ucapan berhubung Islam dan demokrasi di Asia Tenggara, kata ketua penerangan PKR.

Latheefa Koya (kiri) berkata perkara itu telah dijelaskan kepada pemimpin parti itu dalam mesyuarat majlis pimpinan pusatnya di Shah Alam Ahad lalu.

"Bukan untuk pujuk Yahudi. Beliau juga pergi untuk bertemu dengan anak lelakinya yang sedang menuntut di sana," katanya ketika diminta mengulas laporan bahawa ketua umum PKR itu berkunjung ke luar negara bagi 'menjernihkan' hubungan dengan kelompok tersebut.

Utusan Malaysia melaporkan, tindakan itu ekoran Anwar dikatakan membuat kenyataan yang dilihat beliau anti-Yahudi dalam isu firma perunding APCO Worldwide baru-baru ini.

Memetik tulisan dalam Washington Post, akhbar Umno itu melaporkan Anwar meluangkan banyak masa untuk menawarkan penjelasan kepada rakan-rakan lama beliau termasuk pengerusi jawatankuasa luar negeri, Howard Berman dan beberapa pemimpin Yahudi.

Malah, Anwar dalam tulisan itu juga dikatakan menyesal menggunakan istilah seperti "pencerobohan Zionis," yang biasanya digunakan oleh Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Latheefa berkata, Anwar telah menjelaskan kepada pemimpin PKR bahawa dalam pertemuannya dengan pemimpin negara kuasa besar itu, beliau mengambil peluang menjelaskan perbezaan istilah "Yahudi" dan "Zionisme" seperti yang digunakan dalam konteks Malaysia.

Ini kerana, kata Latheefa, sikap anti-Yahudi adalah satu bentuk rasis kerana Yahudi itu mewakili bangsa sesuatu kaum.

'Mereka American'

"Anwar jelaskan bahawa beliau bukan anti-Yahudi tetapi anti Zionis," katanya yang menyifatkan pemimpin nombor satu Pakatan itu menjadi mangsa lobi Zionis di Amerika Syarikat yang terlalu luas.

"Beliau tak pernah minta maaf kerana mengkritik Zionis."

Latheefa juga menjelaskan pertemuan Anwar dengan pemimpin-pemimpin tertentu di luar negara hanyalah atas dasar "pertemuan pemimpin Malaysia dan Amerika".

"Mungkin kebetulan mereka Yahudi. Tetapi ini bukan isu, mereka American (orang Amerika)," katanya lagi.

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda PKR Shamsul Iskandar Md Akin (kanan) pula menyifatkan laporan Utusan Malaysia hari ini berniat jahat dan bagi menggambarkan Anwar pro-Yahudi.

"Mereka tidak faham seluruh artikel (dalam Washington Post) dan tidak membacanya dengan penuh teliti," katanya.

Katanya, jika dinilai berdasarkan tindakan Anwar mengkritik keganasan Israel dalam insiden berdarah flotila Mavi Marmara, jelas bahawa Anwar konsisten menentang keganasan Zionisme.

Ditanya tentang laporan bahawa Anwar dikatakan menyesal menggunakan istilah "pencerobohan Zionis", Shamsul yang juga ketua majlis pimpinan PKR Melaka menjelaskan:

"Saya tidak rasa artikel dalam Washington Post itu ada menggunakan perkataan kesal."

Selasa, 29 Jun 2010

Pengundi baru perlu didaftarkan !

Mari mencari pengundi baru yang menyokong Pakatan Rakyat, program pendemokrasian rakyat oleh kerajaan selangor melalui ketua kampung dan ahli majlis. Cara ini adalah cara terbaik membantu pengundi muda bersama menunaikan hak sebagai pengundi.Ayuh semua ahli parti yang mahukan perubahan kepada negara kita, untuk kita menawan Putrajaya, kita perlukan pengundi baru ini, yang rata-rata adalah dibawah 40 tahun.

JALAN PINTAS KE PRU13, BERSEDIA LAH PAKATAN RAKYAT

Mempersiapkan segala persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, dan semestinya  bermula dari sekarang, dengan andaian  ia tidak semudah Mac 2008, rasanya diterima semua pihak. Malah ada yang membayangkan kemungkinan pilihan raya diadakan lebih cepat daripada biasa, sebaik saja melepasi tempoh tiga tahun pertama sekiranya Najib Razak merasakan suasana dan persekitaran politik lebih memihak BN dan menyerkup Pakatan Rakyat.


Dalam situasi dan posisi Pakatan dilihat agak sukar, persiapan seharusnya lebih rapi dan sistematik, didahului kajian mendalam di lapangan, dan mengambil kira segala sumber kekuatan dan punca kelemahan. Harus diingat, mood pengundi bukan dibentuk sekelip mata. Ia dibina, diperkukuh dan disuburkan melalui faktor sekeliling, juga sentimen serta 'gelombang' semasa, dan pastinya prestasi dan track record setiap calon atau parti yang bertanding. Setiap pihak berpeluang untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya, biarpun ruang demokrasi sengaja disempitkan. Apatah lagi dalam keadaan masyarakat yang semakin cerdik-pintar berpolitik, 

Justeru, aktivis Pakatan tidak harus pesimis atau terlalu bimbang - walaupun tetap bersikap waspada dan hati-hati - dengan jangkaan bahawa rakyat akan kembali menyokong BN, selaras dengan hiruk-pikuk kononnya berlaku perubahan  dalam Umno dan parti-parti komponen lain.  Teori pendulum bukan kemestian, ia sekadar mahu merumuskan fenomena terdahulu, itu pun jauh dari kesempurnaan, sedangkan kini masyarakat sudah berubah dan semakin bijak menilai.

Kemenangan mudah BN tanpa dicabar sudah berakhir 10 tahun lalu, dan mungkin tidak berulang lagi, termasuk kepada apa jua parti pemerintah selepas ini. Pengundi menghayati konsep mereka sebagai raja dan tidak melepaskan peluang bagi menghukum siapa jua yang alpa. Rakyat juga seperti sudah memahami manfaat kebaikan sistem dua parti (biarpun ia belum terlaksana sepenuhnya), dan dijangka mereka akan memberikan peranan lebih besar buat pembangkang, tidak kira di Dun mahupun Parlimen. Semakin sengit parti-parti bersaing meraih sokongan dan berusaha menabur bakti sehebat mungkin, keuntungan akhirnya buat rakyat jua.

"Bagi saya mudah saja," kata seorang pensyarah sains kemanusiaan di sebuah IPTA bagi meredakan kerisauan saya dan menyangkal dakwaan PAS mungkin hilang sokongan dalam PRU13, "wakil rakyat Pakatan, khususnya PAS,  mesti tunjuk teladan unggul, rajin menjenguk kawasan, kerap berdialog dengan masyarakat, selesaikan segera isu berbangkit terutama berkaitan kemudahan awam, tidak menumpukkan kekayaan peribadi, mudah didampingi, proaktif, memeriahkan kegiatan surau-masjid dan tidak bertangguh menangani masalah. Rakyat memerhatikan kita, dan  tentunya tidak mudah termakan propaganda murahan jika kita sentiasa bergerak cergas bersama mereka, bukannya terpencil dalam kelompok elit."  (Memang ungkapannya nampak mudah tapi tidak semestinya mudah untuk dilaksanakan terutama bagi mereka yang hanya mahu meraih keuntungan peribadi).

Tambahnya lagi, "Dan di negeri Pakatan, buktikan kita lebih bersih daripada negeri lain di bawah BN, sekurang-kurangnya lampu jalan menyala terang, jalan berlopak diturap cepat dan cantik, sampah diangkut ikut jadual, longkang tidak tersumbat, kawasan permainan terjaga. Jangan remehkan aspek-aspek itu." Dan, serentak dengan itu, ujar pensyarah berkenaan lagi, Pakatan akan lebih dipercayai, diakui tidak khianati amanah, sebaliknya berlaku adil, benci rasuah, membela orang susah dan memiliki sifat-sifat luhur lain. Oleh itu, katanya, usah risau sangat kita akan kalah sekiranya sudah cukup amal bakti kita kepada rakyat.


Dalam pada itu, surat dari Mohd Noor Jamil, Sg Siput (U) Perak kepada saya mengingatkan pemimpin Pakatan: "Tolong tonjolkan imej positif, tunjukkan persefahaman dan kerjasama erat kepada rakyat. Tolong buang sifat ego dan merasakan diri lebih baik daripada pihak lain. Dan tolong bantu rakyat dengan lebih berkesan, terutama di negeri Pakatan. Misalnya dari segi pemilikan aset, masih ramai rakyat hidup menumpang terutama di luar bandar dan estet. Usahakan pemberian tapak-tapak rumah jika tidak mampu menyediakan rumah ..."

Terselit juga SMS tanpa penama di telefon bimbit saya: "Antara aktor besar 2008 adalah Mahathir, kini beliau tak bersama kita lagi. Umno juga akan pastikan Anwar tidak berada di medan dalam PRU13 nanti. Bersedialah ..."

II.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad mahu Harakah berperanan secara lebih berkesan bagi menepis dan menangkis tohmahan Umno-BN bahawa Pakatan Rakyat dan PAS mengetepikan, atau meminggirkan, Islam dan Melayu dalam pemerintahan dan perjuangannya. Umum mengetahui bagaimana hebatnya Umno mencanangkan - dengan mengemukakan 'fakta' palsu berkaitan kerajaan Pakatan di Perak dan Selangor - komitmen Islam PAS makin cair dalam usaha mengambil hati pemimpin DAP dan KeADILan. Dikhuatiri jarum halus Umno itu berjaya membuatkan pengundi Melayu hilang pertimbangan.

"Umno," kata Idris,  "menegaskan Islam dan Melayu akan tergugat jika kuasa mereka hilang. Bagi mereka PAS-Pakatan tidak boleh melindungi Islam dan Melayu di negara ini. Hakikatnya, berdasarkan fakta, pemimpin Umnolah yang mengkhianati  Islam dan Melayu. Lihat bagaimana Umno merobohkan masjid di Bujal, Kemaman. Kemudian menutup Surau Jubli Perak di Bangi, menutup surau di Seksyen Lapan dua mingggu sebelum Ramadan 2007 dan merobohkan surau di Kampung Berembang. Timbalan Presiden Umno kini, ketika itu Menteri Besar Johor mengubah cuti hujung minggu daripada Jumaat kepada Ahad, tapi sekarang masuk kampung menuduh PAS-Pakatan mengkhianati agama Islam."

Insya-Allah, secara bersiri Harakah bukan saja berusaha menyanggah tohmahan jahat itu, malah cuba menonjolkan 'jenayah' Umno terhadap agama Islam dan bangsa Melayu di negara ini, selama lebih 50 tahun memerintah. Sikap hipokrasi Umno, yang cuba berlagak sebagai juara agama, pembela bangsa dan pendokong raja mesti didedahkan secara meluas. Banyak fatwa yang diputuskan mufti, seperti larangan bertafakur dan meletakkan kalung bunga di Tugu Negara serta peraturan Jakim tentang panduan hiburan diketepikan begitu saja. Pemimpin Umno perlu bertanggungjawab atas kesalahan berganda itu, dan bukannya menyorok di sebalik lalang dengan memainkan  sentimen dan emosi perkauman yang cukup berbahaya.

III.


Polis berkeliaran di sekitar 'zon perang' sidang Dun Perak, 28 Oktober lalu. Jumlahnya cukup ramai. Speaker V Sivakumar diperlakukan lebih kejam berbanding insiden 7 Mei lalu; kali ini jubah dan songkoknya dirampas, selain perutnya dihentak dan lehernya dicekik. Ganas dan memalukan. Adun Pakatan terpaksa melalui lima sekatan. Helah agar tidak dapat sampai sebelum jam 10 pagi. Bajet negeri Perak 2010 diluluskan secara tergesa-gesa, paling singkat dalam sejarah.

Aksi BN yang kemaruk kuasa itu belum berakhir. Begitu juga dengan usaha membubarkan Dun. Lebih penting, rakyat harus mendapat maklumat benar dan faham realiti termasuk dari sudut perundangan. Jaringan informasi harus lebih efisyen. Dan usah lupa, sentimen kaum cukup marak dalam pergolakan politik Perak. Nizar dan teman-teman harus mengharunginya dengan tabah, bijaksana dan berbekalkan stamina panjang. Aktivis Pakatan mesti lebih bersiap siaga. "Saya takut jika Dun betul-betul dibubarkan nanti, momentum kita sudah luntur," bisik seorang wartawan sambilan di Ipoh.   

Isnin, 28 Jun 2010

DS ANWAR -Tiada siapa bangkitkan soal tukar MB kpd saya


KUALA LUMPUR: Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor yang baru, Mohamed Azmin Ali berkata, keutamaan yang akan diberikannya sekarang ialah untuk memperkukuhkan jentera parti itu dan bersiap sedia untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Sehubungan dengan itu, Azmin berkata, beliau akan memanggil satu mesyuarat dengan kesemua 22 ketua cabang PKR negeri untuk membincangkan barisan kepimpinan di peringkat negeri yang baru.
Katanya lagi, sekarang, dengan pembahagian bidang tugas dan tanggungjawab yang lebih jelas, beliau akan memberi fokus kepada jentera parti bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Semalam, kepimpinan PKR pusat merombak pentadbiran parti itu di Selangor dan Wilayah Persekutuan dengan melantik Azmin mengantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai pengerusi PKR Selangor manakala Zaid Ibrahim mengantikan tempat Azmin sebagai pengerusi Wilayah Persekutuan.
Perubahan itu menguatkan lagi spekulasi yang mengatakan memang wujudnya masalah di Selangor apabila media massa melaporkan sekumpulan 15 Ahli Parlimen PKR merancang untuk memberikan tekanan kepada pucuk pimpinan agar menyingkirkan Abdul Khalid sebagai menteri besar.
Bagaimanapun kepimpinan PKR termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azmin dan Abdul Khalid sendiri menafikan sebarang usaha ke arah tersebut.
Azmin yang ditanya sekali lagi mengenai hubungannya dengan Abdul Khalid hari ini menegaskan, adalah penting untuk mereka berdua sama-sama membantu dan memperkukuhkan negeri tersebut.
Beliau juga menjelaskan bahawa hubungannya dengan Khalid adalah harmoni dan beliau sentiasa bekerjasama dengannya dalam menangani apa jua isu di negeri tiu.
Malah katanya, Abdul Khalid patut diberi peluang untuk terus menerajui Selangor sebagai menteri besar.
“Selangor patut menjadi peneraju dan contoh kepada yang lain dalam hal tadbir urus yang baik sebelum kita bercita-cita untuk menduduki Putrajaya,’’ katanya.
Sementara itu, Anwar yang juga Ketua umum PKR ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini berkata, jikalah benar ada permintaan untuk menukar menteri besar, sudah tentu ia telah dibangkitkan kepadanya.
Masalahnya kata Anwar, tidak ada pihak yang membuat permintaan tersebut dan beliau percaya masih mempunyai pengaruh untuk menentukan siapakah yang patut memimpin Kerajaan Negeri Selangor.

Sabtu, 19 Jun 2010

Program Pendemokrasian rakyat diteruskan.... 26 Jun 2010 Sabtu (Dewan Dato Abd hamid, Batang Kali)

PERJUANGAN DITERUSKAN WALAU TANPA ANUGERAH...DK CHUA JUI MENG

PETALING JAYA: Istana Johor meminta Chua Jui Meng menyerah kembali ketiga-tiga pingat yang dianugerah kepada beliau oleh Sultan Johor walaupun pada asalnya hanya menarik balik dua pingat.
Minggu lalu, Chua dilucutkan gelaran ‘datuk’ dan ‘datuk seri’ dan diarahkan mengembalikan dua pingat kepada Istana. Tidak ada sebab diberikan ekoran menarik balik pingat tersebut walaupun spekulasi bertiup kencang adanya tangan Umno Johor dalam keputusan Istana tersebut. Umno Johor bagaimanapun menafikan tuduhan ini.
Pada sidang media di sini hari ini, Chua berkata, beliau telah memaklumkan kepada Setiausaha Mahkamah Diraja Johor, Abdul Rahim Ramli, bahawa beliau mempunyai pingat ketiga – Pingat Ismail Sultan (PIS).
"Saya bertanya beliau sama ada pihak Istana mahu pingat itu juga dan beliau dengan pantas menjawab ya," kata Chua.
Oleh itu, saya akan membuat persiapan untuk memulangkan pingat-pingat itu kepada Istana secepat mungkin. Dan saya mengembalikannya dengan dada terbuka.
Ditanya bilakah beliau akan memulangkannya, Chua berkata, tidak ada keperluan untuk segera berbuat demikian.
"Saya telah memberitahu Rahim bahawa apa yang perlu beliau lakukan ialah dengan menarik balik gazet ke atas dua pingat itu dan pingat-pingat itu akan bertukar menjadi timah sahaja kerana ia tidak lagi mempunyai nilai dan penghormatan ke atasnya.bimbang," ujar beliau.
Bagaimanapun, Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sivarasa Rasiah, yang turut hadir, menyoal bidang kuasa Rahim menuntut dikembalikan pingat yang ketiga itu.
"Saya terperanjat kerana beliau (Rahim) boleh segera membuat keputusan tanpa merujuk kepada Istana," katanya. "Jadi siapa yang menggunakan kuasa di sini? Siapa dibelakang keputusan pihak Istana?
Chua, bekas menteri kesihatan menyertai PKR Julai lalu, kekal gelaran ‘datuk’ kerana beliau telah dianugerah gelaran ‘datuk’ oleh Pahang dan Selangor.
Saya tidak akan mengalah
Chua mengakui beliau sudah tahu sebaik sahaja beliau menyertai Pakatan Rakyat, beliau akan melalui ranjau-ranjau kehidupan dan memuji langkah rakan-rakan seperjuangan yang telah melalui keperitan hidup sejak 11 tahun yang lalu dalam usaha membawa perubahan di Malaysia.
"Saya telah bersiap sedia untuk perjuangan ini tapi saya tidak menjangka saya akan dihukum sebegini pantas atas keputusan yang saya buat," katanya.
"Tetapi kehilangan pingat-pingat ini tidak membawa apa-apa erti berbanding dengan pengorbanan yang ditunjukkan oleh golongan reformasi seperti Tian Chua, Sivarasa Rasiah dan Ketua Umum PKR Anwar Ibrahim.
Chua juga terpesona dengan sokongan orang ramai yang datang mencurah-curah berikutan perlucutan gelaran dan berkata, "sesuatu yang saya tidak jangka langsung".
Beliau berkata, tahap sokongan yang diterima menunjukkan rakyat telah muak dengan politik murahan dan politik dendam dengan kerajaan yang muflis idea untuk membawa Malaysia maju ke hadapan.
"Umno telah membuat perkiraan yang salah dalam usaha untuk menggertak saya," jelas beliau. Mereka mungkin menjangka saya akan memperlahankan kempen reformasi dan malahan peristiwa ini memberi kekuatan kepada saya untuk meneruskan perjuangan.
"Saya berdiri di pihak yang benar dan saya tidak akan berundur," ujar beliau.
Chua kemudian menggunakan analogi bolasepak untuk menerangkan keyakinannya bahawa rakyat secara jelas bersedia untuk melakukan perubahan.
"Dalam bolasepak, para penonton tahu apabila seseorang pemain itu membetis lawan dan bukannya bola. Dalam tahun 2008, rakyat melayangkan kad kuning kepada Barisan Nasional. Saya yakin pada tahun 2012, mereka akan melayangkan kad merah kepada Umno. - FMT

Ahad, 13 Jun 2010

Selangor dan Kedah kena cari pengundi baru........

13 June 2010 : KOTA BARU : Selangor dan Kedah diberi ingatan “tegas” oleh pucuk kepimpinan PAS, kedua-dua kerajaan negeri itu berada di “ambang keruntuhan” jika tidak mempergiatkan pendaftaran pengundi baru dalam jumlah yang besar.

Peringatan itu diberikan oleh Ketua Lajnah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abdul Hamid Abdul Abdul Rahman ketika menggulung perbahasan Muktamar Tahunan PAS Ke-56 di sini hari ini.

Dengan mengambil kira prestasi Pakatan Rakyat ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Selangor, Abdul Hamid berkata, PAS perlu mempergiatkan usaha mendaftar pengundi-pengundi baru.

“Berdasarkan (prestasi ketika) pilihan raya kecil Hulu Selangor, saya hendak ingatkan pesuruhjaya PAS dan Yang Dipertua PAS kawasan di Selangor, kita kena tingkatkan pendaftaran pemilih... di Hulu Selangor kita kehilangan enam peratus pengundi Melayu dan 10 peratus pengundi India.

“Kalau kita tidak daftar pengundi muda yang baru, Selangor di ambang keruntuhan. PAS ‘out’, cuma (boleh dapat kerusi),” katanya.

Pakatan Rakyat menurunkan calon dari Parti Keadilan Rakyat Datuk Zaid Ibrahim.

“Kedah pun kena tambah pengundi-pengundi baru, kalau tidak Kedah pun di ambang kejatuhan,” kata beliau hari ini.

Semalam PAS meluluskan pelan tindakan 15 strategi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Salah satu strategi ialah mendapatkan sejuta pengundi baru.

Strategi itu diluluskan bersama usul persediaan menghadapi pilihan raya yang diterima oleh Muktamar Tahunan PAS Ke-56 semalam.

Muktamar yang berakhir hari ini banyak memberi tumpuan ke arah persediaan parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-13 bersama Pakatan Rakyat.

Dalam ucapan dasarnya Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menekankan bahawa secara umumnya, semua organisasi parti termasuklah jentera pilihan rayanya perlulah diperkemaskan di semua lapisan peringkat untuk berhadapan dengan pilihan raya umum ke-13. Dengan pendaftaran pengundi yang menyeluruh, kata PAS, tumpuan serius dan sistematik perlu diberikan termasuk melancarkan gerak kerja khas pendaftaran pemilih, terutama pemilih baru, secara besar-besaran.

“Sasaran minimum ialah satu juta pendaftaran baru di seluruh negara,” kata PAS dalam laporan itu yang diperoleh The Malaysian Insider.

Ketua Dewan Pemdua PAS menyasarkan untuk memberi tumpuan ke atas 2.2 juta pengundi muda.

Masih ada lebih empat juta pengundi yang layak tetapi belum mendaftar sebagai pemilih.

Abdul Hamid juga menyentuh prestasi PAS mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai, Kelantan dengan majoriti tipis.

Menurut beliau, di Manek Urai PAS kemerosotan undi sebanyak 6.3 peratus ketika pilihan raya kecil tahun lalu.

“Dengan mengambil kira tiada tsunami politik (2008 berulang) dan kita menurunkan anggaran undi diperoleh lima peratus, kita merosot 6.3 peratus undi di Manek Urai, di Kelantan kita boleh mengekalkan dengan memperoleh 24 kerusi,” katanya.

Sehubungan itu kata beliau, kerajaan-kerajaan negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat perlu membantu parti-parti politik ikatan tersebut.

Katanya, PAS meneruskan prestasi di Kelantan disebabkan sokongan kepimpinan kerajaan negeri kepada jentera parti-parti politik.

“Kekuatan menghadapi pilihan raya di Selangor dan Kedah, tidak sama dengan kekuatan menghadapi pilihan raya di Kelantan,” katanya.

“Ini satu ingatan... diharap PAS pusat akan membuat panduan untuk membantuk menghadapi pilihan raya umum ke-13,” kata beliau - TMI

Jumaat, 4 Jun 2010

Mohon buat penghantaran borang keanggotaan Keadilan sebelum 18 Jun 2010 !

Semoga anda semua dapat menghantar borang baru keanggotaan kepada ibupejabat sebelum 18 Jun 2010 ini bagi membolehkan anda semua menyertai sistem demokrasi parti menjelang hujung tahun.

@Shaiful Anuar -Ketua Penerangan Cabang

Hapuskan Zionis Malaysia !

Khamis, 3 Jun 2010

BOLEH HAPUSKAN ZIONIS DI MALAYSIA DULU ?

Yahudi yang berfahaman Zionis sememangnya satu puak yang ganas. Mereka merupakan satu bangsa yang teramat keji dan perbuatan mereka sememangnya lebih bangsat daripada binatang.

Wajib bagi umat Islam dan bukan Islam bangun menentang kezaliman yang dilakukan oleh mereka. Bagi umat Islam, apabila melihat saudara kita yang sedang ditindas teruk merupakan malapetaka juga kepada kita. Maka menjadi satu keinginan untuk berjuang bersama mereka di Palestin. Itulah kemanisan bagi kita sebelum kita meninggalkan dunia ini.

Namun untuk menyertai perjuangan mulia mereka ini dan perjuangan suci ini, cuba kita tanya pada diri kita. Apakah kita sudah cukup berani untuk berdepan dengan kekejaman tentera Yahudi Zionis ini? Apakah kita sudah berani menamatkan riwayat kita jika berperang dengan tentera maha kejam ini? Jadi apa kayu pengukur kita dalam menentukan keberanian kita ini?

Jika di Palestin rumah orang Palestin telah dirobohkan secara kejam oleh tentera Yahudi Zionis. Manakala di Malaysia rumah orang kampung juga dirobohkan secara paksa oleh pihak berkuasa. Mereka iaitu orang Palestin bangun menentang kezaliman tentera Yahudi Zionis yang merobohkan rumah rakan mereka hingga mengorbankan nyawa. Kita? Jika untuk bangun mempertahankan rumah sahabat kita yang bakal dirobohkan oleh pihak berkuasa yang diperintah ala - ala Zionis ini pun kita takut mana mungkin kita mampu mendepani kekejaman melampau oleh tentera Yahudi Zionis ini.

Bumi Al-Aqsa yang suci ini sering disajikan dengan cerita - cerita tunjuk perasaan
yang akhirnya mengundang berita kematian oleh saudara - saudara kita di sana. Mereka tekad untuk meruntuhkan kerajaan Zionis yang bangsat ini hatta menggunakan batu walaupun mereka berdepan dengan senapang, bom, helikopter, jet pejuang dan lain - lain. Keberanian mereka benar - benar merungsingkan kerajaan jahanam Zionis ini. Mampukah kita bertindak berani seperti mereka? Memang tidak dinafikan di bumi Malaysia ini ribuan para pemuda yang bersedia untuk berkorban untuk meruntuhkan kerajaan zalim yang dikawal selia oleh APCO Yahudi Zionis ini. Jika diarahkan untuk bertempur habis - habisan maka mereka inilah yang akan kedepan. Namun persoalannya, apabila mereka ini kedepan adakah cukup untuk mereka meruntuhkan kerajaan Zionis Tempatan ini? Malah tindakan mereka ini tidak disokong oleh sebahagian oleh kaum mereka sendiri.

Sekarang kita beruntung kerana ditakdirkan Tuhan untuk bertempur sesungguhnya kerana APCO alat Zionis sekarang berada di Kuala Lumpur. Wajib untuk kita bangun menghalau APCO keluar dari bumi Malaysia. Tidak guna kita berhimpun di depan kedutaan Amerika sedangkan Yahudi Zionis berada di Kuala Lumpur. Inilah yang lebih utama. Perjuangan menghalau mereka ini yang lebih penting. Kejayaan kita menghalau APCO dari bumi Malaysia pasti merupakan satu kejayaan yang manis.

Saya meminta mereka yang bakal berhimpun di kedutaan Amerika pada Jumaat ini agar menukar haluan. Berhimpun di depan pejabat APCO. Halau mereka dari bumi Malaysia ini. Kita rakyat Malaysia dipaksa bayar khidmat mereka oleh Perdana Menteri yang paling bodoh Malaysia ini. APCO diduduki oleh pemimpin tentera bangsat Yahudi Zionis Israel ini. Bakar bendera Israel di depan mereka lebih utama. Memijak gambar pemimpin negara haram Israel di depan mereka lebih enak. Tapi sudah pasti menunjuk perasaan di depan pejabat APCO akan mengusik perut Najib - Rosmah. Sudah pasti kehadiran ribuan pihak berkuasa akan menghalang laluan mereka yang ingin menuju ke pejabat APCO.

Itu sahaja saranan saya. Perjuangan menentang Zionis harus bermula di bumi MALAYSIA!!
HALAU APCO - UMNO!

Rabu, 2 Jun 2010

DS ANWAR - SEGERAKAN USUL KUTUK ISRAEL...

Berikutan desakan Pakatan Rakyat agar Dato’ Sri Najib Razak mengambil tindakan tegas berhubung isu serangan Israel ke atas konvoi keamanan, saya difahamkan kabinet hari ini bersetuju untuk membentangkan satu usul bagi mengecam keganasan tersebut pada hari Isnin minggu depan.
Namun demikian, pada pandangan saya adalah lebih baik YAB Perdana Menteri memanggil satu sidang khas parlimen pada esok hari atau hari Jumaat. Dato’ Sri Najib boleh memaklumkan kepada Tuan Yang Di Pertua Dewan di bawah perkara 11(3) Peraturan Tetap Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membahaskan isu ini. Kita semua bersetuju serangan ke atas konvoi keamanan itu merupakan jenayah kemanusiaan. Kemarahan serta kekesalan ini dikongsi oleh mereka yang mempunyai nurani, tanpa mengira ras mahupun kepercayaan.
Kita juga berharap Dato’ Sri Najib hadir ke persidangan meja bulat, jam 11.30 pagi di Kampung Baru, Jumaat ini. Persidangan tersebut turut menghimpunkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Kita tidak boleh berlengah dan mesti segera mengecam jenayah kemanusiaan yang mengorbankan 19 nyawa itu.
ANWAR IBRAHIM

DS ANWAR - SEGERAKAN USUL KUTUK ISRAEL...

Berikutan desakan Pakatan Rakyat agar Dato’ Sri Najib Razak mengambil tindakan tegas berhubung isu serangan Israel ke atas konvoi keamanan, saya difahamkan kabinet hari ini bersetuju untuk membentangkan satu usul bagi mengecam keganasan tersebut pada hari Isnin minggu depan.
Namun demikian, pada pandangan saya adalah lebih baik YAB Perdana Menteri memanggil satu sidang khas parlimen pada esok hari atau hari Jumaat. Dato’ Sri Najib boleh memaklumkan kepada Tuan Yang Di Pertua Dewan di bawah perkara 11(3) Peraturan Tetap Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membahaskan isu ini. Kita semua bersetuju serangan ke atas konvoi keamanan itu merupakan jenayah kemanusiaan. Kemarahan serta kekesalan ini dikongsi oleh mereka yang mempunyai nurani, tanpa mengira ras mahupun kepercayaan.
Kita juga berharap Dato’ Sri Najib hadir ke persidangan meja bulat, jam 11.30 pagi di Kampung Baru, Jumaat ini. Persidangan tersebut turut menghimpunkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Kita tidak boleh berlengah dan mesti segera mengecam jenayah kemanusiaan yang mengorbankan 19 nyawa itu.
ANWAR IBRAHIM

DS ANWAR - SEGERAKAN USUL KUTUK ISRAEL...

Berikutan desakan Pakatan Rakyat agar Dato’ Sri Najib Razak mengambil tindakan tegas berhubung isu serangan Israel ke atas konvoi keamanan, saya difahamkan kabinet hari ini bersetuju untuk membentangkan satu usul bagi mengecam keganasan tersebut pada hari Isnin minggu depan.
Namun demikian, pada pandangan saya adalah lebih baik YAB Perdana Menteri memanggil satu sidang khas parlimen pada esok hari atau hari Jumaat. Dato’ Sri Najib boleh memaklumkan kepada Tuan Yang Di Pertua Dewan di bawah perkara 11(3) Peraturan Tetap Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat bagi membahaskan isu ini. Kita semua bersetuju serangan ke atas konvoi keamanan itu merupakan jenayah kemanusiaan. Kemarahan serta kekesalan ini dikongsi oleh mereka yang mempunyai nurani, tanpa mengira ras mahupun kepercayaan.
Kita juga berharap Dato’ Sri Najib hadir ke persidangan meja bulat, jam 11.30 pagi di Kampung Baru, Jumaat ini. Persidangan tersebut turut menghimpunkan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan. Kita tidak boleh berlengah dan mesti segera mengecam jenayah kemanusiaan yang mengorbankan 19 nyawa itu.
ANWAR IBRAHIM

Selasa, 1 Jun 2010

MENEMPEL DI KONGRES PKR...

oleh: Topeng Perak® Unmasked



4 hari menempel diri dalam Konvensyen Nasional PKR di KTC dan jugak Perdana Resort, Pengkalan Chepa. walaupun "punch card" aku tak penuh, tapi Alhamdulillah masih dapat hadir untuk 2 hari terakhir. sempat hadir untuk perasmian Konvensyen AMK dan Wanita pada 25hb. Mei, 2010 dan 2 hari penuh pada 28 dan 29hb. Mei, 2010.


Pandangan aku...


Jujur aku cakap, kebanyakan perwakilan dalam Konvensyen kali ni, sangat-sangat aggresif. kalau kena pada caranya, memang cita-cita untuk kita lihat perubahan politik dalam Negara tercinta Malaysia akan tercapai dalam masa terdekat. tu kalau kita tengok dari sudut "aggresif" dalam ucapan. praktikal tak tau lagi macam mana.

Yang tak bagusnya, kebanyakan perwakilan yang berucap, membentang dan jugak membebel, boleh kata 60% tak berkualiti. banyak yang sekadar membuang masa. idea-idea yang dilontar hampir kesemuanya idea yang akan "membunuh" Parti KeADILan Rakyat dalam arena politik Malaysia.



"Reformis'



Takziah untuk geng-geng "Reformis"... aku tengok kebanyakan korang tak de beza dengan ahli UMNO... banyak yang seronok "membantai" Menteri Besar Selangor YAB Tan Sri Khalid Ibrahim yang sentiasa "cool" walau dibantai secukup-cukupnya oleh korang. bukan setakat "bantai", tapi semacam ada usaha untuk menjatuhkan YAB Menteri Besar Selangor di kalangan ahli Parti sendiri.



Perwakilan dari Melaka - suara sampai serak-serak membantai Tan Sri Khalid, idea yang dilontar buat aku dan kengkawan blogger dan para wartawan pro Pakatan Rakyat menggeleng kepala sesama sendiri. sinis kami berbisik, ni Konvensyen PKR ke Perhimpunan Agung UMNO..?

Antara yang dikritik ialah Pemerintahan MB Selangor yang tidak menguntungkan para "Reformis". jawatan-jawatan penting dalam Kerajaan Selangor dan anak Syarikat tidak diberi kepada para "Reformis" sebagai menghargai jasa mereka... Ptuih..!

Bila sebut pasal perjuangan, semuanya sembang cakap "ikhlas"... kami tak harap apa-apa balasan. tu cakap-cakap, praktikal..? Kerajaan Negeri Selangor baru 2 tahun lebih ditawan Pakatan Rakyat, korang dah kecoh pasal tak dapat jawatan dalam Kerajaan..? banyak la kau punya ikhlas...



Ada jugak dianjurkan supaya Kerajaan Negeri atau PKR sendiri mengadakan 1 tabung untuk anak muda, "kununnya" tabung ini bagi memudahkan para "reformis" bergerak dan berjuang dalam politik. membantu parti la "kununnya"...

Beb... Parti PAS dah lebih dari 50 tahun umurnya, Parti DAP pun umurnya dah jauh "banyak" dari PKR... cuba ngko tanya aktivis-aktivis dalam PAS dan DAP, pernah tak anak-anak muda yang menyokong dan bersama dalam perjuangan PAS dan DAP dibantu dengan "tabung" sedemikian selama ini..?

Korang tanya budak-budak Unit Amal yang tiap kali diadakan demonstrasi akan berada di barisan hadapan sekali mengawal keselamatan korang, berapa imbuhan atau bantuan yang dorang dapat selama ni..? aku kenal ramai budak-budak Unit Amal dan aku tau, semuanya ditanggung oleh diri sendiri atas nama "Perjuangan".




Uniform bayar sendiri, kasut bayar sendiri, talipinggang bayar sendiri, beret bayar sendiri, seluar bayar sendiri... kalau adapun sumbangan, semuanya dilakukan secara peribadi oleh para penyumbang tanpa melalui 'Tabung Unit Amal" atau "tabung Anak Muda".

Malu la sikit dekat budak-budak Unit Amal ni geng... Jangan bawak "Budaya UMNO" dalam PKR kalau korang sayang dekat Parti korang.

Secara Peribadi, aku hilang respek pada kebanyakan Perwakilan Cabang AMK. sangat-sangat memalukan. perjuangan ikhlas, tak harap balasan, tapi bising bila tak dapat jawatan dan jugak imbuhan (bantuan). apa ni beb..? tak de kederat untuk usaha sendiri ke..?



Wanita Dan Srikandi





Kalangan perwakilan dari sayap Wanita dan Srikandi bagi aku sangat-sangat bagus, mantap dan membina. banyak kritikan yang dilontar bakal memantapkan lagi parti... Sayap Wanita sangat konsisten, tegas dan mantap... Thunbs Up untuk korang. Srikandi pun boleh tahan... ucapan yang mantap, tegas dan kritikan yang sangat-sangat membina diutarakan lebih-lebih lagi pada AMK.

Cuma aku harap untuk Konvensyen akan datang, Srikandi dapat menyiapkan teks ucapan yang dikarang sendiri dan bukannya hasil dari orang lain. Srikandi kena bina kekuatan sendiri, jangan jadi lembik macam Puteri UMNO. setakat ni aku tengok kekuatan Srikandi masih ditahap 20/100. kuat berjalan, tapi tak berapa kuat bekerja. kena organize lebih banyak program untuk tarik anak-anak dara yang sebaya supaya mereka ni berminat menyokong Pakatan Rakyat.



Srikandi sepatutnya nak kena rangka program-program untuk dekati anak-anak muda. buatlah aktiviti sukan, bola jaring ke, bowling ke, paint ball ke, sukaneka ke, go-kart ke, futsal wanita ke apa-apa lah... janji dapat tarik anak muda.

Korang bukan tak de tarikan, masing-masing ada tarikan dan kelebihan, tapi masih tak reti nak gunakan kelebihan yang ada tu untuk tarik anak muda. cuba dekati anak-anak muda dengan program-program anak muda... kalau ada program, aku pun minat nak ikut... banyak "objek" tuuu...!!! hahaha...

Tak kiralah apa kata korang, tapi kena ingat, untuk menang PRU-13, Pakatan Rakyat dan BN bergantung sepenuhnya kepada undi dari pengundi-pengundi baru. siapa cepat, dia dapat... jangan salahkan anak muda kalau mereka tak sokong Pakatan Rakyat sedangkan kamu tak pernah berusaha untuk mendekati mereka.



AMK Sucked..!



AMK tak payah cerita... kalau tegur pun macam buang masa... Sam tu bukan makhluk yang boleh ditegur. "Dont tell me how to do and what to do..! i know what i'm doing... don't teach me ok..?"

AMK boleh pergi jauh, tapi tidak dengan Ketua AMK yang cuma pandai "buat report polis sahaja". practically, aku tak nampak report polis tu boleh tarik pengundi untuk undi parti. polis lagiii la makin menyampah. bila ada isu ngko kutuk-kutuk polis, lepas ngko kutuk ngko pergi menyusahkan polis dengan report-report ngko yang bertambun.

Pada masa ni pemuda UMNO berada pada tahap 50% lebih teruk prestasinya dari sebelum ni, tapi dalam masa yang sama, prestasi AMK berada 50% lebih teruk dari Pemuda UMNO. korang kira sendiri la dekat tahap mana AMK berada.

Geng-geng AMK kalau terbaca post aku ni, aku mintak mahap banyak-banyak. terus-terang aku cakap, AMK sucked..!

Pada masa ni, AMK amat-amat bernasib baik sebab Khairy Jamaluddin TIDAK DITERIMA oleh majoriti Pemuda UMNO. kalau Khairy Jamaluddin diterima oleh majoriti Pemuda UMNO, alamatnya tahap prestasi AMK akan berada dibawah paras 2% dari prestasi Pemuda UMNO.

Beb... Pemuda UMNO yang tengah lembik pun korang gagal nak lawan... macam mana nak tawan Putrajaya ni beb..? Sam, lu dengar sini... lu tak boleh nak tarik pengundi muda dengan berguni-guni report polis yang lu dah buat tu, anak muda tak minat dengan report polis... anak muda era "Perubahan" ni, lu sebut "polis" pun diorang dah menyampah.




Anak muda yang tak bergiat dalam politik sekarang dahagakan program-program membina untuk mereka, diorang nak tempat dalam masyarakat, ikut lu buat report polis tak meletakkan diorang dalam mana-mana level dalam masyarakat Malaysia beb... tu tahap "pencacai" je bagi aku.

Atas tahap kepala otak lu yang bergelar "Lawyer", tak leh ke lu pikir idea-idea yang menarik untuk anak-anak muda tempatkan diri dalam 1 level yang masyarakat "pandang" tinggi anak-anak muda ni..?

Beb... tak kan lu tak tau anak-anak muda yang ada dekat Malaysia ni semuanya nak jadi "somebody" dalam Negara ni beb... ada yang nak jadi "programmer" yang tersohor, ada yang nak jadi "pelumba motorsikal" yang hebat, ada yang nak jadi "stunner" yang brutal, ada yang nak jadi "Beckham" walaupun tak hensem dan kaki bangku dan macam-macam lagi.

Kepala otak lu bantut sangat ke (macam lu) sampai tak leh nak pikir idea-idea macam tu..? sekarang bila lu pegang jawatan Ketua AMK Pusat, lu nak orang bantu diri lu sendiri ke lu nak nak bantu orang lain sebagai tanggungjawab lu..?



Kalau lu nak orang lain bantu lu dengan jawatan lu, baik lu belah cepat-cepat lepas tu pergi daftar masuk Akademi Fantasia, Raja Lawak, Malaysia Idol atau lain-lain rancangan "realiti Tivi"... gua serius ni... lu nak marah, lu marah la...

1 kenyataan yang lu kena terima ialah, "kalau" lah Khairy Jamaluddin ditakdirkan tergerak hati dia untuk Insaf terima perjuangan Pakatan Rakyat dan dia masuk pulak PKR, terus-terang gua cakap la... kalau Khairy Jamaluddin masuk PKR, Sam dan lain-lain pimpinan PKR yag muda-muda akan terlingkup terus... kalau ada pun pencabar terdekat Khairy Jamaluddin setakat yang aku tengok cuma Chegu Bard sorang je. yang lain semua hampeh.

Dah la... nak terima teguran, terima... kalau rasa hebat sangat tak leh nak terima teguran, lu punya suka la... gua tak de kepentingan dalam AMK. dalam DAP dengan PAS pun gua tak de kepentingan.



Terengganu Dan Orang Asal Membanggakan..!



Lain-lain Perwakilan terutama dari Terengganu sangat-sangat membina bagi aku, dalam korang-korang dok membantai Tan Sri Khalid pasal tak bagi jawatan dan tak reject orang-orang bukan Pro Pakatan Rakyat di Selangor, Perwakilan dari terengganu tampil mengingatkan para pemerhati supaya renung balik apa yang berlaku di Terengganu akibat dari tindakan Kerajaan PAS Terengganu dulu.

Apa yang PAS Terengganu lakukan dulu masa dapat ambik alih Terengganu, sama macam apa yang kebanyakan perwakilan minta Tan Sri Khalid buat. reject yang bukan Pro Pakatan Rakyat dalam Kerajaan Negeri Selangor, serah semua Jawatan-Jawatan penting pada ahli parti dan bla bla bla...

Diakhirnya apa yang berlaku di Terengganu..? 4 Negeri yang kita tak sangka boleh menang akhirnya menang dengan bergaya sementara Terengganu menaggung malu akibat perbuatan bodoh.

Yang ni nak kena ingat... kalau korang nak Negeri selangor jadi macam Terengganu, sila teruskan dengan idea-idea BANGANG korang tu. para "Reformis" ni kadang-kadang aku tengok bengong lebih sikit dari orang UMNO... jarang pikir panjang... nak cakap belum akil-baligh, tak mungkin la... tapi...



Sepanjang Konvensyen PKR tu aku cukup-cukup kagum dengan Perwakilan bukan MeLAYU... paling hebat antara semuanya ialah Wakil Orang Asal, Ramli Logan... kalau semua Perwakilan terutamanay geng-geng "Reformis" berfikiran macam Ramli Logan, PRU-13 aku boleh confirm - Putrajaya dalam genggaman. tapi aku tak rasa geng-geng "Reformis" ni berfikiran macam Ramli Logan.



Tan Sri Khalid Ibrahim - Mutiara Dalam Kaca



Tan Sri Khalid bagi aku sorang MB yang sangat-sangat bagus yang telah dilahirkan oleh PKR. apa yang dilakukan oleh MB Khalid setakat hari ni bagi aku akan menjamin sokongan Rakyat Selangor pada Pakatan Rakyat.

Tempoh 1 penggal bukan masa untuk kita mengaut hasil yang ada pada bumi bertuah yang kita kuasai, tempoh 50 tahun juga bukan masa untuk kita melakukan perkara yang sama, rakyat memilih Pakatan Rakyat bukan sebab Pakatan Rakyat "hebat" sebaliknya rakyat memilih Pakatan Rakyat sebab Rakyat "benci" pada pemerintahan terdahulu.

Jadi ambiklah masa singkat yang ada ni untuk buktikan bahawa Pakatan Rakyat boleh mentadbir dengan baik. ada baiknya kita semua bantu MB Khalid mentadbir, baiki segala kelemahan yang ada dan bukannya mengharap pada jawatan atau apa-apa yang hanya menguntungkan diri sendiri.




Geng... kalau MB Khalid bagi jawatan-jawatan penting dekat para "Reformis", kontrak-kontrak pada "Reformis", PRU-13 nanti korang nak jawab apa kalau UMNO/BN naikkan isu "Kronisme, Nepotisme"..?

Nak jawab dengan "report Polis"..? ngko ingat rakyat nak terima ke..? PeeegidahHHHHH

Sabtu, 29 Mei 2010

Majlis perasmian Kongres ke6, Kelantan Trade Center, Kota Bharu

TS Khalid - Saya tak kecewa, kritikan perwakilan satu cabaran

KOTA BHARU, 29 Mei — Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak kecewa, sebaliknya melihat kritikan perbahasan perwakilan Kongres Nasional Keenam hari ini sebagai cabaran untuk memantapkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga tidak menganggap kritikan dan pandangan sebagai serangan ke atas dirinya, sebaliknya ia dilihat sebagai usaha untuk mengemaskan parti dan pentadbiran kerajaan negeri.
“Tidak, tidak saya tidak kecewa. Sebaliknya, saya gembira kerana ada pandangan yang diberikan merupakan maklum balas untuk menguatkan PKR khususnya di Selangor,” kata Abdul Khalid ketika ditemui The Malaysian Insider di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata, pandangan-pandangan yang diperlukan merupakan ‘satu bentuk peringatan’ untuk meningkatkan proses komunikasi memastikan kelancaran pelaksanaan program.
Abdul Khalid juga mengakui sebagai pemimpin wajar mendengar input-input yang diberikan oleh perwakilan.
Sebahagian besar perwakilan melahirkan kepentingan Selangor dalam perjuangan untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun mereka juga mengakui bahawa Selangor juga boleh jatuh jika PKR tidak menangani isu-isu yang dihadapi negeri itu. – MALAYSIAN INSIDER

Jumaat, 28 Mei 2010

TERKINI DARI KOTA BHARU - SHAMSUL ISKANDAR MAHUKAN SIASATAN TERHADAP JHO LOW, JUTAWAN MUDA

KOTA BHARU 28 Mei - Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat latar belakang seorang rakyat Malaysia bernama Jho Low lulusan Wharton School of Business dan bagaimana beliau mampu memperolehi kekayaan sebegitu banyak dalam usia 28 tahun.
Shamsul mendakwa Jho juga terlibat sebagai penasihat kepada Terengganu Investment Authority, badan yang ditubuhkan untuk mengurus pelaburan hasil daripada royalti minyak negeri itu.
Malah lebih mengejutkan Shamsul mendakwa Jho merupakan individu misteri yang terlibat dalam usaha merampas tanah Pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia Sungai Besi dengan bersekongkol dengan anak dan isteri Perdana Menteri.
"Kita desak SPRM menyiasat siapa Jho Low ini. Bagaimana dia memdapat kekayaan sehingga The New York Times melaporkan bagaimana anak muda ini berbelanja beratus ribu dolar berseronok di kelab-kelab eksklusif di bandaraya itu dalam beberapa bulan dan terus berbelanja besar. Semua maklumat berkenaan individu ini adalah daripada media luar negara dan kemudiannya dilaporkan oleh media tempatan. Ini menimbulkan keraguan siapa gerangan Jho Low ini dan bagaimana dia boleh menjadi begitu kaya dalam usua muda dan mempunyai kaitan dengan tokoh politik.
"Saya juga mendapat maklumat bahawa beliau juga memainkan peranan untuk merampas tanah kem TUDM di Sungai Besi bersama anak Perdana Menteri dan 'Big Mama' (Datin Seri Rosmah Mansor)," kata beliau dalam ucapan dasar pada perasmian Kongres Nasional Tahunan AMK 2009 di sini pagi tadi.
Dalam ucapan beliau yang bertema "Mewarisi Nilai Mempertegas Perjuangan" Shamsul berkata kalau dahulu angkara KKN - Korupsi, Kronisme dan Nepotisme - di terajui golongan veteran seperti mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi kini KKN dipelopori oleh golongan muda.
"AMK juga mendesak Dr Tun Mahathir yang dilaporkan oleh Barry Wain dalam bukunya telah melenyapkan lebih RM100 bilion aset dan harta rakyat selama beliau menjadi Perdana Menteri.
"Kita juga mahu SPRM siasat 'Prebet' Khairy Jamaluddin yang mana rakan baik beliau mencadangkan kepada kerajaan menggunakan Apco, firma yang semua tahu berselirat dengan tokoh Zionis yang zalim," kta beliau dengan penuh semangat.
Beliau bertegas negara bakal bankrup bukan disebabkan rakyat mahukan subsidi tetapi oleh golongan pemimpin Umno-Barisan Nasional yang korup.
"Kita mahu tiga 'puaka' ini disiasat oleh SPRM," tegas Shamsul lagi.