Sabtu, 29 Ogos 2009

Pihak berkuasa perlu tegas tangani isu kuil: PKR


SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas menjaga keamanan dengan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang menyalahi undang-undang dan menggugat ketenteraman awam serta hubungan kaum. Ketua Penerangannya, Latheefa Koya berkata, Polis Selangor gagal menghalang kejadian penduduk mengarak kepala lembu berkenaan daripada berlaku dengan alasan hanya boleh bertindak sekiranya mendapat laporan terlebih dahulu. Menurutnya, hal ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini. “Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam. Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan penduduk Seksyen 23, di sini yang berarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu di kawasan mereka. Latheefa berkata, tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang suci. Katanya, beliau percaya bahawa tindakan tersebut satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana tegang “Keadaan ini memberi peluang kepada UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama,” katanya. Bagaimanapun, PKR meminta semua pihak berkenaan bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.

Pihak berkuasa perlu tegas tangani isu kuil: PKR


SHAH ALAM – Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan tegas menjaga keamanan dengan tidak memandang remeh terhadap perbuatan yang menyalahi undang-undang dan menggugat ketenteraman awam serta hubungan kaum. Ketua Penerangannya, Latheefa Koya berkata, Polis Selangor gagal menghalang kejadian penduduk mengarak kepala lembu berkenaan daripada berlaku dengan alasan hanya boleh bertindak sekiranya mendapat laporan terlebih dahulu. Menurutnya, hal ini jelas menunjukkan sikap sambil lewa pihak polis seolah-olah membenarkan atau mengalakkan perkara sebegini. “Agama Islam tidak pernah mengajar penganut Islam untuk mencemuh mahupun menghina agama atau kepercayaan orang lain malah telah melarang sekali orang-orang Islam berbuat sedemikian,” katanya dalam satu kenyataan media, semalam. Beliau berkata demikian merujuk kepada tindakan penduduk Seksyen 23, di sini yang berarak dan bertindak menghina kepala seekor lembu dalam memprotes isu penempatan semula sebuah kuil Hindu di kawasan mereka. Latheefa berkata, tindakan mereka ini dengan jelas bertujuan untuk mengaibkan dan menimbulkan kemarahan penganut Hindu yang menganggap lembu sebagai binatang suci. Katanya, beliau percaya bahawa tindakan tersebut satu cubaan untuk mewujudkan kemarahan dan kebencian di antara orang-orang Islam dan Hindu sekaligus mencetuskan perbalahan kaum dan agama dan suasana tegang “Keadaan ini memberi peluang kepada UMNO untuk merampas balik Selangor sebagaimana yang dilaung-laungkan kononnya atas nama bangsa dan agama,” katanya. Bagaimanapun, PKR meminta semua pihak berkenaan bertenang dan berwaspada supaya tidak terperangkap dengan reaksi yang boleh mencetuskan insiden-insiden berunsur perkauman dan agama.

Lagi demo puak UMNgOk..




Atas nama apa mereka melakukan Demostrasi ini.Jika dilakukan atas nama Islam maka kesilapan besar yang mereka lakukan kerana Islam tidak pernah menyuruh ummatnya menghina mana-mana agama.
Firman ALLAH S.W.T: "Dan janganlah kamu memaki hamun sembahan yang mereka sembah selain Allah, kerana mereka nanti akan memaki Allah dengan melampau batas tanpa dasar pengetahuan. Demikianlah kami jadikan setiap ummat menganggap baik pekerjaan mereka. Kemudian, kepada Tuhan tempat kembali mereka, lalu Dia akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka kerjakan." Surah al-An'aam:108

Selasa, 25 Ogos 2009

GAMBAR SEKITAR PRK PERMATANG PASIR ..








APA KATA BN BILA MASIH TIDAK MENANG DLM PRK PERMATANG PASIR ...

Keputusan pilihanraya kecil N11 Dun Permatang Pasir berpihak kepada Pas yang menang dengan majoriti 4,551 undi.Tahniah buat seluruh tenaga kerja serta penyokong Pakatan Rakyat memenangkan calon Pas, Ustaz Salleh Man.Terima kasih yang tidak terhingga juga kepada pengundi Permatang Pasir yang telah membuat pilihan yang bijak dan tepat di dalam bulan mulia Ramadhan ini.
Keputusan Rasmi Prk N11 Permatang Pasir
Mohd Salleh Man (PAS) : 9618
Rohaizat Othman (BN) : 5067
Majoriti : 4551
Undi Rosak : 83
Jumlah keluar Mengundi ; 14,832 (73.1 %)

Jumaat, 21 Ogos 2009

17 pengkhianatan Umno kepada Melayu.. ADALAGI !

Dari Harakah daily
Oleh Afyan Ali
Dalam kesibukan Umno melaung-laungkan ‘Anwar Pengkhianat’, mereka lupa bahawa Umnolah yang sebenarnya pengkhianat kepada orang Melayu.
Datuk Kamaruddin Jaafar, AJK PAS Pusat menyenaraikan 17 pengkhianatan Umno kepada orang-orang Melayu yang bermula semenjak zaman pemerintahan Mahathir lagi.
Beliau berkata demikian ketika berucap di dalam Majlis Hi-Tea anjuran PAS Kawasan Gombak untuk mengutip dana bagi PAS kawasan berkenaan di Markaz Tarbiah PAS Pusat, Taman Melewar.
“Jangan kita lupa, Umno telah melakukan pelbagai pengkhianatan terhadap orang-orang Melayu semenjak pemerintahan Dr Mahathir sehingga sekarang di bawah Najib,” kat Kamaruddin.
“Pada zaman Dr Mahathir, beliau telah menghapuskan imuniti raja-raja Melayu. Institusi Raja Melayu adalah simbol ketuanan orang Melayu dan Umno telah merosakkannya,” katanya.
Seterusnya, pengkhianatan Umno yang kedua, dengan merosakkan sistem kehakiman negara yang juga dilakukan oleh Dr Mahathir.
Beliau telah campur tangan di dalam sistem kehakiman negara, yang menjadi simbol kedaulatan undang-undang negara dan krisis ini membawa kepada pemecatan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.
Kemudian, selepas pilihanraya umum 1999 yang menyaksikan Terengganu jatuh ke tangan PAS, kerajaan Umno menarik balik royalti minyak di sana.
Walhal, majoriti besar rakyat negeri Terengganu adalah daripada orang-orang Melayu dan Umno sanggup berbuat demikian demi membalas dendam akibat kalah teruk dalam pilihanraya berkenaan.
Pada zaman Dr Mahathir juga, pengkhianatan ke empat yang Umno lakukan adalah dengan memperkenalkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik di dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang secara terang melanggar Perlembagaan Malaysia dan Dasar Bahasa Melayu.
Ia secara lansung melemahkan pencapaian anak-anak Melayu di dalam kedua-dua subjek berkenaan; Sains dan Matematik.
Kemudian, pengkhianatan ke-5 Umno apabila menarik geran peruntukan untuk Sekolah Agama Rakyat (SAR) yang menjadi tempat belajar anak-anak orang Melayu.
“Seterusnya, pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu apabila memperkenalkan dasar meritrokrasi,” kata Kamarudin yang juga anggota Parlimen Tumpat itu lagi.
Jika dahulu, anak-anak Melayu berpeluang menyambung pelajaran ke menara gading, tetapi sekarang peluang tersebut semakin tipis apabila dasar meritrokrasi diperkenalkan oleh Dr Mahathir.
Berikut adalah 17 pengkhianatan Umno terhadap orang Melayu
1. Melemahkan institusi raja-raja Melayu yang menjadi simbol ketuanan Melayu.
2. Melemahkan sistem kehakiman negara.
3. Menarik balik royalti rakyat petroleum rakyat Terengganu yang majoriti orang Melayu.
4. Memperkenalkan PPSMI; menghapuskan bahasa Melayu.
5. Menarik peruntukan geran kepada Sekolah Agama Rakyat, tempat belajar agama anak-anak Melayu.
6. Memperkenalkan meritrokrasi; mengurangkan peluang belajar anak-anak Melayu.
7. Memperkenalkan PTPTN dan mengurangkan biasiswa kepada anak-anak Melayu.
8. Persempadanan semula pilihanraya pada 2002; mengurangkan kawasan majoriti orang Melayu.
9. Menafikan hak royalti rakyat Kelantan yang majoriti Melayu.
10. Memperkenalkan Islam Hadhari yang mengelirukan orang Melayu.
11. Menyenaraiawamkan syarikat TH Plantation yang dahulunya dimiliki 100% oleh Tabung Haji dan dimiliki oleh orang Melayu. Tetapi sekarang orang bukan Melayu boleh memiliki saham TH Plantation.
12. Menggabungkan syarikat-syarikat konglomerat orang Melayu iaitu; Sime Darby,Guthrie dan Golden Hope, dan sekaligus mengurangkan peluang orang Melayu daripada tiga syarikat kepada satu syarikat sahaja.
13. Memetik kenyataan Mufti Perak, Datuk Harussani ? 250 ribu orang Melayu murtad. Semua ini adalah di bawah pemerintahan kerajaan Umno.
14. Mewujudkan Wilayah Iskandar yang menjadi zon bebas, maka orang-orang Singapura boleh masuk secara bebas ke sana.
15. Krisis Menteri Besar di Perlis dan Terengganu apabila Umno sendiri yang menentang keputusan Sultan di negeri berkenaan.
16. Membubarkan Kementerian Pembangunan Usahawan yang menjadi sumber bantuan usahawan-usahawan Melayu.
17. Memperkenalkan liberalisasi ekonomi, maka sekaligus menghapuskan Dasar Ekonomi Baru yang tujuannya membantu ekonomi orang-orang Melayu Bumiputra.

SURAT MISTERI TERBONGKAR ????

(sumber : http://mediarakyatmsia.blogspot.com/ )
Malaysia Today membuat kejutan dengan artikel yang berjudul “The shit has hit the fan”. Tiada sebarang tulisan daripada penulis, hanya “artikel” yang di-”scan” dan ditampal pada ruang kolum tersebut. ?Baca: The shit has hit the fan !!Media Rakyat Msia cuba mendapat pengesahan daripada Gobind Singh Deo, peguam yang menyerahkan “surat misteri” dalam inkues Teoh Beng Hock semalam, sama ada apa yang tersiar itu adalah kandungan asal “surat misteri”, namun dibalas dengan smsnya berbunyi, “Can’t comment.”
Yang berikut adalah teks asal yang disiarkan di Malaysia Today:
KEGIATAN RASUAH, SALAHLAKU DAN PENYELEWENGAN PEGAWAI ATASAN SPRM SELANGOR.
Dengan segala hormatnya, kami merujuk kepada perkara di atas.Adalah dimaklumkan bahawa kami pegawai-pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) rasa terpanggil untuk mendedahkan tentang salahlaku dan amalan rasuah seorang Pegawai Atasan SPRM iaitu TIMBALAN PENGARAH (TP) SPRM Selangor yang bernama PKPj I HISHAMUDDIN BIN HASHIM yang mana ianya adalah bersangkutan dengan kes TEOH BENG HOCK dan kes yang melibatkan pemilikan rumah banglo DATO’ SERI DR MOHAMAD KHIR BIN TOYO di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor.
2. Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP sememangnya terlibat secara langsung dengan siasatan kes penyelewengan dana Kerajaan Negeri Selangor bagi peruntukan YB Ean (Adun Seri Kembangan). Penglibatan beliau bukan hanya untuk arahan rasmi sahaja, bahkan beliau juga memberikan arahan kepada pegawai bawahan untuk mencari sedaya mungkin tentang kesalahan yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Negeri Selangor sekarang. Beliau bertindak sedemikian adalah kerana beliau ada membuat pakatan dengan Khir Toyo untuk menjatuhkan kerajaan negeri Selangor sekarang. Ekoran daripada tindakan beliau yang gelojoh, maka kematian Teoh Beng Hock telah terjadi. Timbul beberapa persoalan yang mencurigakan kepada kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia tentang macammana Teoh Beng Hock boleh mati. Kami semua mengesyaki TP yang bertanggungjawab dengan kematian Teoh Beng Hock berdasarkan kepada perkara-perkara berikut:
i) TP telah memberikan arahan kepada semua pegawai-pegawai SPRM yang terlibat dalam operasi itu, untuk tidak melibatkan beliau langsung dalam kes ini. Sebenarnya beliaulah yang memberikan semua arahan di dalam operasi ini dan juga operasi-operasi lain di SPRM Selangor. Sebenarnya beliau takut untuk dikaitkan kerana ini boleh merungkaikan komplot beliau dengan Khir Toyo.
ii) Pihak kimia telah menjumpai kesan cap jari dan DNA lelaki misteri pada sebelah depan di bahagian 2 sisi tali pinggang Teoh Beng Hock. Mengikut pada pengetahuan kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia, TP mempunyai teknik soalsiasat yang tersendiri iaitu beliau selalu menyoalsiasat seseorang dengan cara memegang di bahagian hadapan tali pinggang individu dan mengangkatnya beberapa kali serta menggoncangnya.iii) Proses pengambilan DNA ke atas pegawai-pegawai SPRM Selangor telah dilakukan sebanyak 2 sesi. Pada sesi pertama pengambilan sampel DNA dibuat, TP telah bergegas melarikan diri untuk tidak memberikan sampel DNAnya. Walaubagaimanapun, TP dikatakan telah memberikan sampel DNAnya semasa sesi yang kedua tetapi keraguan yang timbul ialah TP telah memberikan sampel DNAnya di dalam bilik pejabatnya, sedangkan semua pegawai SPRM termasuk pengarah SPRM sendiri telah memberikan sampel DNA masing-masing di dalam bilik mesyuarat secara beramai-ramai. Kenapa TP memberikan sampel DNA secara tersembunyi? Adakah DNA yang diberi itu adalah DNA beliau? Kami pegawai-pegawai SPRM Malaysia merasa pelik kerana tiada seorang pun sampel DNA yang berpadanan dengan DNA lelaki misteri? Kami mengesyorkan supaya ujian DNA terhadap TP mestilah dilakukan sekali lagi dengan disaksikan oleh orang-orang yang boleh dipercayai.iv) Kami mendapat maklumat mengatakan bahawa TP telah mengarahkan pegawai bawahannya untuk mengelap / mengesat kesan cap cari pada tingkap yang dipercayai tempat Teoh jatuh. Ini terbukti apabila pihak polis tidak menjumpai apa-apa kesan cap jari baru atau lama pada tingkap tersebut. Persoalannya, kenapa TP mengarahkan untuk bertindak sedemikian?v) Kami mengesyaki berdasarkan maklumat yang diperolehi bahawa TP tidak mengetuk kad perakam waktunya (punch-card) semasa beliau hendak balik daripada pejabat pada 16hb Julai 2009, jam 6.10 pagi. Ini penting kerana ia boleh membuktikan bahawa TP adalah orang yang terakhir melihat Teoh. Persoalannya, kenapa beliau tidak mengetuk kad perakamnya sedangkan beliau adalah seorang yang selalu mengetuk kadnya. Untuk rekod, beliau adalah seorang yang teliti dengan kad perakamnya.
3. Untuk pengetahuan Y. Bhg. Tan Sri / Dato / Tuan / Puan, TP berkenaan adalah sangat berkuasa dalam menjalankan operasi siasatan di Sekitar Selangor, mahupun seluruh Malaysia. Di SPRM Selangor sahaja, beliau adalah orang yang paling penting untuk membuat keputusan samada sesuatu kes dituduh ataupun tidak walaupun kuasa tersebut sepatutnya dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP). Keputusan yang dibuat oleh beliau itu cenderung kepada kepentingan peribadi dan konco-konconya. Jadi tidak hairanlah jika beliau meneraju Unit Siasatan SPRM / BPR Selangor sejak belasan tahun lagi iaitu semenjak daripada kerajaan Negeri Selangor diperintah oleh Kerajaan Barisan Nasional (Khir Toyo) dan sehingga Kerajaan Negeri Selangor sekarang. Beliau telah dinaikkan pangkat dengan begitu cepat sekali iaitu daripada Gred 41 hingga Gred 54 dengan hanya memakan masa lebih kurang 16 tahun sahaja tanpa bertukar ke tempat lain dan kekal di SPRM Selangor sehingga sekarang. Jika diikutkan kepada dasar jabatan SPRM / BPR, setiap pegawai yang dinaikkan pangkat atau bertugas melebihi 5 tahun di suatu negeri, pegawai tersebut akan ditukarkan ke tempat lain bagi mengelakkan pegawai tersebut terjerumus dengan masalah rasuah setempat. Salah satu sebab beliau tidak ditukarkan ke mana-mana adalah kerana beliau ditugaskan untuk “menjaga” kepentingan Dato” Seri Dr Khir Toyo di Selangor. Oleh yang demikian, sebagai balasan, Khir Toyo juga perlu “menjaga” kepentingan beliau di Selangor.
4. Kesan daripada keadaan beliau yang selesa di BPR / SPRM Selangor dari dulu hingga sekarang, beliau telah terlibat dengan pelbagai perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa. Antara perlakuan rasuah dan penyalahgunaan kuasa TP yang dapat kami kesan / siasat adalah seperti berikut:
i) Menutup kes Khir Toyo berkenaan dengan keluluskan projek pembinaan jalan merentasi bendang termahal, di Sekinchan, sejauh 20.5km, bernilai RM92.5 juta kepada kontraktor yang hamper disenaraihitamkan, Meram Holdings. Menurut taksiran JKR, kos jalan itu tidak boleh melebihi RM50 juta. Subkontraktor yang menjalankan semua projek berkenaan ialah Cabaran Wangsa, di miliki Pua Kim An, iaitu tuan rumah yang pernah disewa oleh Khir, manakala seorang lagi pengarah syarikat, Ahmad Tarmizi Tajjeury adalah kroni Khir yang juga mendapat 100 ekar tanah yang member keuntungan minimum RM20 juta.
ii) Memiliki aset yang melebihi emolumennya seperti:
a. Mempunyai beberapa buah rumah sewa yang mana salah satunya adalah Rumah Teres 2 tingkat (Mewah) yang dibeli dengan harga istimewa daripada Pemaju Kumpulan Lebar Daun Development Sdn Bhd, hasil daripada penutupan kes yang disiasat ke atas Group Executive Chairman, Dato’ Noor Azman @ Noor Hizam bin Mohd Nurdin. Kes tersebut disiasat oleh BPR Selangor dalam beberapa tahun yang lepas serta beberapa buah rumah lagi yang beliau miliki. Untuk mengaburi mata awam dan pegawai-pegawai bawahan, beliau hanya tinggal di Kuarters Kerajaan di Kg. Atap, Kuala Lumpur.
b. Mempunyai sebuah stesen Minyak Petronas di sebelah kiri Lebuhraya Persekutuan (Federal Highway) KM 8.6 – KM 8.7, Seksyen 1, Lebuh Raya Persekutuan, Shah Alam, 40000 Selangor berdekatan dengan Bulatan Melati, yang menghala dari Shah Alam ke Klang, didaftarkan diatas nama abang beliau. Stesen minyak tersebut adalah baru beroperasi pada tahun ini (2009) yang mana ianya dibina di atas (sebahagian daripada) kawasan perkuburan cina. Beliau berjaya mendapat tapak bagi membina stesen minyak tersebut hasil daripada kuasa yang beliau ada dan juga daripada zaman pemerintahan Khir Toyo di Selangor.
c. Mempunyai beberapa bidang tanah di sekitar Shah Alam, yang mana salah satunya dipercayai di sebelah SACC Mall yang baru yang mana ianya didaftarkan di atas nama isteri kepada seorang pemandu di SPRM Selangor bernama Abdullah b Azim, seorang suri rumah sepenuh masa dan berumur lewat 30-an.
iii) Pernah ditangkap berkhalwat dengan Pegawai Bawahan berpangkat Penyiasat bernama Nor Azlina bt Mustafa di tepi Tasik Shah Alam pada awal tahun 2009 oleh 2 orang anggota polis, sebaliknya beliau menunjukkan kad kuasa beliau dan memaklumkan kepada anggota polis berkenaan bahawa beliau dan pegawai tersebut sedang menjalankan operasi dan mereka telah dilepaskan. Setelah beberapa siri ‘keintiman’ beliau bersama dengan Penyiasat tersebut telah diketahui oleh banyak pihak termasuklah isterinya sendiri. Tindakan yang diambil oleh Jabatan hanyalah menukarkan penyiasat tersebut ke SPRM Ibu Pejabat, Putrajaya. Tindakan ini tidaklah berkesan kerana Azlina masih lagi selalu bersama dengan TP di pejabat Selangor.
5. Tujuan Surat ini dibuat adalah untuk menegakkan keadilan dan mencegah penganiayaan khususnya di dalam SPRM dan amnya di Malaysia. Kami di SPRM sudah tidak tahan melihat kerenah beliau yang mendapat restu daripada pihak atasan seperti kata pepatah “beraja dimata, bersultan dihati”. Kami di SPRM sendiri sudah hilang punca untuk mencari jabatan / institusi / NGO yang boleh mengenegahkan isu ini agar tindakan yang sepatutnya dapat diambil.
6. Kami pegawai-pegawai SPRM amat berbesar hati dan berterima kasih kepada pihak Y. Bhg. Dato’ / tuan / puan yang boleh mewar-warkan perkara ini kepada rakyat dan pihak yang bertanggungjawab agar ada satu organasasi / NGO yang boleh mengambil tindakan yang sepatutnya atau independent investigation sehingga perkara ini boleh dibawa ke kabinet. Perkara ini sangat penting kerana ia melibatkan integriti seorang pegawai yang berkhidmat di sebuah jabatan yang menguatkuasa undang-undang tentang kesalahan integriti manusia. TP sekarang cenderung dan berusaha sedaya upaya dengan mengerahkan pegawai bawahannya untuk mencari kesalahan PKR yang memerintah negeri Selangor sekarang dengan harapan PKR akan tumbang di Selangor dan rahsianya akan selamat.
Untuk pengetahuan pihak Y. Bhg. Dato’ / tuan / puan juga, TP sekarang takut apabila berita tentang Dato’ Seri Khir Toyo telah keluar di media dan beliau amat takut jika kes tersebut akan membongkarkan tentang kesnya.
7. Harapan kami adalah, ada pihak yang berani menyuarakan maklumat kami agar tindakan kami ini mendapat perhatian daripada pihak yang berwibawa dan tindakan yang adil dapat dikenakan kepada beliau dan dihadapkan ke muka pengadilan. Kami sendiri sudah tidak mampu untuk mengambil tindakan ke atas beliau kerana beliau mempunyai “cable” dengan pihak atasan.
8. Kerjasama daripada pihak Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ / tuan / puan amatlah dihargai dan diharapkan daripada tindakan Y. Bhg. Tan Sri / Dato’ / tuan / puan ini, banyak lagi maklumat-maklumat yang boleh membongkarkan manusia-manusia yang tidak berintegriti disalurkan agar SPRM dan pegawai-pegawainya bersih daripada rasuah.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK SPRM/NEGARA YANG DICINTAI”
Kami yang menurut perintah,
PEGAWAI-PEGAWAI SPRM

Rabu, 19 Ogos 2009

Rakyat Selangor Dipelawa Sertai Majlis Dialog Bajet 2010

SHAH ALAM, 19 Ogos - Kerajaan negeri akan mengadakan Majlis Dialog Bajet 2010 bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk turut serta dalam perbincangan belanjawan negeri bagi tahun 2010.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, ia bertujuan menyediakan kertas belanjawan yang akan dibentangkan di dewan negeri Selangor pada persidangan dewan akan datang.
“Dengan cara ini, kita akan mengadakan Majlis Dialog Belanjawan dan mengambil kira pandangan dan cadangan masyarakat negeri Selangor.
“Tujuan majlis dialog ini untuk menyediakan kertas belanjawan yang dibentangkan di dewan negeri Selangor pada persidangan November tahun ini,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.
Tan Sri Khalid berkata, jika ada persatuan yang ingin turut serta dalam perbincangan belanjawan tersebut, mereka boleh menghubungi Pejabat Menteri Besar atau Pejabat Kewangan Negeri Selangor.
Dialog berkenaan akan diadakan pada 12 dan 13 Oktober depan di Selangor Convention Centre, Shah Alam.

Airmata Selangor - AJK buat undi tak percaya kpd TS Khalid?

Berikutan khabar angin yang kuat bertiup bahawa Khalid Ibrahim sudah dipinggirkan melalui Memorandum undi tidak percaya oleh Ahlijawatankuasa Cabang PKR Kuala Selangor, Khalid menerima tamparan yang pedas dari pimpinan Majlis Tertinggi PKR. Memorandum itu diberitakan antara lain membidas Khalid kerana gagal memimpin Cabang Kuala Selangor. Dinyatakan juga kegagalan Khalid memanggil mesyuarat Cabang Kuala Selangor melebihi 9 bulan sejak November 2008. Kegagalan ini amat bersalahan dengan perlembagaan Parti, kata sumber tersebut. Sumber itu juga menegaskan Khalid Ibrahim sejak memimpin Cabang Kuala Selangor sudah menukar 5 Setiausaha Cabang. Selain itu juga, tindak-tanduk Khalid membelakangkan parti dan mengetepikan perlembagaan parti dalam perlantikan Ahli-ahli Majlis juga mendapat bantahan keras dari JK Cabang Kuala Selangor. Perlantikan Thirumoorti Periasamy yang baharu menjadi ahli parti tidak sampai dua bulan menimbulkan kemarahan anggota parti. Perlantikan ahli majlis masih tidak mengikut pra-syarat yang disebutkan oleh Khalid sebelum ini. Misalnya syarat berkelulusan minima SPM. Namun Khalid sendiri melantik yang tidak berkelulusan. Pendek kata Khalid @ Sahak ni, lidah bercabang, biawak.Pecat Pegawai Khas - Zefri MiskonPada 8 Ogos yang baru berlalu, Khalid Ibrahim memecat Zefri Miskon sebagai Pegawai Khas DUN Ijok. Alasan yang Khalid berikan ialah Zefri dikatakan turut sama menyokong memorandum undi tidak percaya terhadap Khalid sebagai Mb, ADUN dan Pengerusi Cabang. Bagaimanapun Zefri masih belum dipecat sebagai Setiausaha Cabang. Kita tunggu dan lihat beranikah Khalid dia berbuat demikian. Keadilan perlu diberikan kepada Zefri, Khalid sebaliknya perlu dihukum!Ini amat hairan kata satu sumber dari Ijok.Mengapa ada pegawai lain yang juga AJK Cabang turut menyokong memorandum itu tidak dipecat jika itu isunya. Oh, mungkin Sahak sudah cuba bermain api politik. Akan terbakarlah dia nanti. Bara yang merah ibarat lahar gunung berapi yang akan meletus bila-bila masa sahaja lagi.Sumpah Setia Ala UMNO.Kelmarin, Khalid, dalam kegawatan kehilangan kepercayaan dan mula dibenci pengundi di Ijok, memanggil seramai 17 Ketua JDM, dan memberi penjelasan mengapa dia memecat Zefri. Diakhir persembahannya, satu ikrar angkat sumpah taat setia dilaungkan oleh semua Ketua JDM Ijok yang ramai terpinga-pinga. Ini semua ala UMNO, cara UMNO. Malu benar jika Selangor terus berMBkan Khalid. Kita masih segar dalam ingatan bagaimana sigagap ini tersasul - "undilah Barisan Nasional", lewat PRK Ijok 2007.
Khalid dan Isu Arak.J elas sekali mamat Khalid ni kurang arif dan sensitif sentimen Islam. Hari ini dia ulang cara lama dia, "pass the buck". Dia melepaskan tanggungjawab itu kepada Persekutuan. Tak gunalah jadi kepala negeri jika tidak faham peruntukan-peruntukan kecil dalam Enakmen Kerajaan Negeri. Lebih baik jadi kepala hangguk sahaja.Khalid dan Malik Imtiaz Sarwar.Ini bukti jelas Khalid Ibrahim tidak ada sensitiviti langsung. Dia memilih Malik Imtiaz menggantikan Sulaiman Abdullah sebagai peguamnya. Tidak kah Khalid tahu Malik Imtiaz ini selalu membantai Datuk Seri Anwar Ibrahim? Kurang sangat kah peguam dari kalangan Pakatan Rakyat? Bangsat betul manusia bernama Khalid ini. Dilaporkan Anwar sudah beberapa kali menegur Khalid akan tingkah laku bebalnya, tetapi dia lebih suka ikut keras kepala dan ego nya.
Selangor tidak akan mampu bertahan jika terus dipimpin oleh Khalid. Fikir-fikirkanlah.

Apa tujuan SPRM buka semula siasatan ke atas bekas TKM1 Pulau Pinang??

PULAU PINANG 19 Ogos — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) negeri telah membuka semula siasatan ke atas dakwaan kes rasuah membabitkan bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Mohammad Fairus Khairuddin.
Pengarahnya, Latifah Md. Yatim berkata, keputusan untuk membuka semula siasatan dibuat setelah SPRM menerima bukti baru berhubung kes berkenaan.
“Kami menutup siasatan sebelum ini berikutan tidak cukup bukti tetapi sekarang kita telah menerima bukti baru daripada orang awam dan meneruskan siasatan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
- Bernama

Selasa, 18 Ogos 2009

Pembinaan Kuil Di Seksyen 23 Tetap Diteruskan : Khalid


Pembinaan kuil di Seksyen 23 akan tetap diteruskan mengikut perancangan asal, kata Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Pada masa yang sama, katanya, beliau akan memberi penerangan kepada penduduk Seksyen 19 dan 23 berhubung isu ini dan mahu semua pihak bertimbang rasa serta bertolak ansur. “Ia akan dapat diselesaikan jika semua pihak bertimbang rasa tentang usaha untuk menyelesaikan masalah.
“Untuk masa ini kita akan meneruskan usaha itu dan memberitahu penduduk Seksyen 23 dan meminta penjelasan dari penduduk Seksyen 19 bagaimana kita boleh dapat menyelesaikan perkara ini,” katanya.
Khalid berkata demikian kepada pemberita dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaan dan merasmikan kempen Kibar Jalur Gemilang, di Dewan Jubli Perak, pagi tadi.
Katanya, masalah kuil ini telah timbul sejak pemerintahan Barisan Nasional dan kini kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinan Pakatan Rakyat cuba menyelesaikannya dengan cara baik. “Dari segi politik, masalah kuil ini adalah masalah dari kerajaan BN sebelum pakatan rakyat. Sebelum ini masalah ini sudah ada. Dan pakatan rakyat berusaha menyelesaikan masalah ini. Saya rasa ini masalah UMNO, UMNO telah membenarkan pembinaan kuil di Seksyen 19, tetapi oleh kerana kerajaan negeri berpendapat tempat itu tidak sesuai dan diterima oleh jawatankuasa kuil untuk memindahkan,” katanya.
Khalid bagaimanapun kesal dengan tindakan penduduk mengadakan demonstrasi sambil mengeluarkan kata-kata kesat kepada pemimpin Pakatan Rakyat yang dipercayai di dalangi pengikut UMNO-BN.
“Ini menunjukkan terdapat kerjasama diantara pakatan rakyat dengan rakyat kaum hindu untuk memindahkan dan dipersetujui juga oleh masyarakat di persekitaran Seksyen 19.
“Dan kita juga telah mencari tempat-tempat yang sesuai untuk dimana kita boleh alihkan kuil tersebut. Dan tempat yang kita rasa sesuai ialah Seksyen 23.
Protes yang dilakukan mereka ini adalah protes dari UMNO yang tidak ingin mana-mana kuil didirikan di Shah Alam,” katanya.
Menurut Tan Sri Khalid, pemindahan kuil dari Seksyen 19 ke Seksyen 23 itu adalah dari persetujuan penduduk di Seksyen 19 dan mengalihkannya ke Seksyen 23 dengan alasan kepadatan penduduk.
Katanya lagi, pembinaan sesebuah pusat kematian atau ibadat adalah berpandukan kepada permintaan penduduk.
Terdahulu, Jawatankuasa Bertindak penduduk Seksyen 23 telah menghantar memorandum bantahan pembinaan kuil di kawasan perumahan itu kepada kerajaan Selangor dan mengadakan demonstrasi bantahan.

Jumaat, 14 Ogos 2009

Hassan Ali, Ronnie Liu sepakat isu 'Arak' selesai



KUALA LUMPUR, 13 Ogos (Hrkh) - Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr Hassan Ali bersama Exco DAP Ronnie Liu menyatakan kata sepakat isu penjualan Arak dianggap sudah selesai.
Kedua-dua mereka dilihat berjabat tangan dan berdamai secara terbuka di satu sidang media bersama di Tropicanna dekat sini petang tadi.
Dalam kenyataan kedua-dua belah pihak, mereka bersetuju bahawa penjualan arak dibenarkan bagi orang bukan Islam.
Namun ianya mesti dikawal dan tidak dibenarkan kepada orang Islam. Dalam masa yang sama, difahamkan, kedua-duanya bersetuju bahawa tidak ada permit baru akan dikeluarkan bagi tujuan penjualan minuman beralkohol itu.
Turut hadir di sidang media yang dibuat sejurus selepas Seminar Pakatan Rakyat di Tropicana, ialah Penasihat KeADILan Dato' Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali beserta barisan pimpinan parti masing-masing.
Dalam sidang media itu Anwar menyatakan bahawa penubuhan Jawatankuasa Displin Pakatan Rakyat akan ditubuhkan di peringkat pusat bagi memantapkan lagi dasar dan pelan tindakan pemimpin Pakatan Rakyat.
Seminar itu juga adalah bertujuan memperkukuhkan Pakatan Rakyat sekaligus cuba menangkis pelbagai tohmahan dan serangan 'pyswar' yang dilakukan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno mutakhir ini.

Selangor Keluar Pekeliling Beri Cuti Khas Kepada Pekerja Punya Simptom H1N1

SHAH ALAM, 14 Ogos - Wabak Influenza A H1N1 atau selesema babi semakin mengganas di Negara ini dengan Selangor telah mencatat kematian seramai 14 orang daripada 584 kes yang disahkan positif virus itu sehingga semalam.
Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar berkata, surat pekeliling akan dikeluarkan kepada pejabat-pejabat di bawah kerajaan negeri untuk memberi cuti khas kepada pekerja yang mempunyai simptom-simptom H1N1.
“Siapa-siapa datang ke pejabat dengan demam kita akan terus hantar balik, walaupun tiada cuti, dah habis, itu tidak diambil kira, mereka di paksa duduk di rumah dan ini kita akan keluarkan satu pekeliling dari setiausaha kerajaan negeri Selangor kepada semua pejabat di bawah kerajaan negeri Selangor untuk mereka ambil tindakan-tindakan demikian atas pekerja-pekerja di pejabat masing-masing,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas mengadakan mesyuarat bersama ketua-ketua pegawai kerajaan Pejabat Daerah, Pejabat Pendidikan, dan Pejabat Kesihatan daerah-daerah di Selangor di Bangunan SUK, Shah Alam hari ini.
Menurut Xavier, dengan adanya perbincangan bersama ketua-ketua ini, segala maklumat berkaitan pencegahan wabak ini akan dapat disalurkan terus kepada rakyat.
Katanya lagi, kesedaran orang ramai terhadap penjagaan kesihatan diri dan bahaya selesema babi turut penting bagi memastikan penularan wabak berkenaan tidak semakin kritikal.
Yang penting sekali dalam mesyuarat ini kepada DO, dan ketua-ketua jabatan ialah untuk sebarkan maklumat terperinci kepada penduduk-penduduk di kawasan ini melalui risalah, perjumpaan di semua peringkat dan inilah cara yang terbaik dimana boleh gunkan tenaga untuk kekurangkan infection in, separate of infection dalam kawasan,” katanya.
Disamping itu, kata Dr Xavier, penutupan sekolah-sekolah di Selangor yang disebabkan H1N1 tidak perlu merujuk kepada Kementerian Pelajaran tetapi merujuk terus kepada Pejabat Pendidikan dan Kesihatan Selangor untuk dipertimbangkan.
Beliau turut menyarankan kepada ibu bapa supaya menyediakan jangka suhu di rumah bagi memeriksa suhu anak-anak atau ahli keluarga yang mengalami demam dan memastikan suhu tidak melebihi 38 darjah celcius.
Setakat ini, sebanyak 35 buah sekolah di Selangor ditutup sejak penularan wabak ini dan dua sekolah lagi masih ditutup sehingga kini.-ATIQAH YAACOB (TVSELANGOR)

Selasa, 11 Ogos 2009

MB Minta Najib Curahkan Pelaburan Kepada Rakyat Selangor


Kalau nak beli Selangor, curahkan pelaburan kepada rakyat bukan kepada pemimpin Umno, kata Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Menurutnya, rakyat mengharapkan pembangunan yang boleh dinikmati untuk keselesaan hidup mereka dan telah memberi amanah kepada Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan itu.
Tan Sri Khalid mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang merancang merampas semula Selangor daripada kerajaan Pakatan Rakyat.
"Jadi saya berharaplah saudara najib akan mencurahkan pelaburan-pelaburan yang banyak ke negeri Selangor supaya jangan curahkan kepada bahagian umno dan habis duit tu dimakan secara haram,"katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian kepada media selepas mengadakan lawatan ke Tapak Semaian Spirulina, Kampung Ulu Rening, Hulu Selangor, petang tadi.
Katanya, apa yang dilaksanakan oleh kerajaan barisan nasional lebih 50 tahun lalu di Selangor, tidak dapat dinikmati sepenuhnya oleh rakyat.
Malah, jelasnya, kebanyakan projek yang dilaksanakan itu adalah untuk kepentingan pihak tertentu dan bukan merakyatkan ekonomi Selangor seperti yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat pada hari ini.
"Saya memang sertuju dengan pendapat Datuk Najib Tun Razak, Selangor ini sangat berharga, itu sebab rakyat telah menunjukkan bahawa harga ini boleh dibeli kerana rakyat percaya kepada pemimpin yang boleh merakyatkan ekonomi",katanya.
Menteri Besar menegaskan, Pakatan Rakyat bukan hanya berjanji atau bercakap, tetapi melaksanakan semua dasar-dasar yang telah dirancang untuk faedah rakyat yang berbilang bangsa di negeri ini.

Anwar kesal serangan peribadi Muhyiddin


PETALING JAYA - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim kesal dengan sikap Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang memilih cara berpolitik menggunakan serangan secara peribadi. Bagaimanapun Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, beliau tidak berhasrat untuk terjebak di dalam pertikaian peribadi dengan Muhyiddin sebaliknya akan berhujah dari sudut dasar sahaja. “Ramai mahu saya serang balas (Muhyiddin). Tetapi saya rasa masih tidak perlu berbuat begitu untuk masa sekarang, saya akan menjelaskan isu-isu pokok yang perlu dijawab oleh mereka (Barisan Nasional),” katanya kepada media di ibu pejabat PKR di sini, semalam. Anwar berkata, Muhyiddin semestinya mengetahui bahawa terdapat di kalangan mereka yang tidak selesa seterusnya menimbulkan perasaan marah sekiranya isu tersebut dimainkan. Mengulas mengenai kenyataan Muhyiddin tersebut, Anwar berkata, pimpinan UMNO sengaja mencipta propaganda yang memanipulasi simbol-simbol tentang bangsa, agama dan raja dengan hasrat agar pemikiran rakyat kembali sempit dan mundur. “Mereka telah mencuba puluhan kali sebelumnya. Usaha terbaru dengan menghebahkan isu pengkhianatan ini jelas menjadi petanda mereka kian terdesak. “Kita mempunyai hujah-hujah yang jitu untuk menangani politik kebencian pimpinan UMNO yang memperolokkan simbol-simbol bangsa, agama dan raja semata-mata untuk mengekalkan kekuasaan dan menutup pekong rasuah, jenayah dan penyalahgunaan kuasa,” katanya. Anwar berkata, pemimpin Pakatan Rakyat lain iaitu Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang (PR) bersetuju menjunjung prinsip-prinsip dasar yang termaktub di bawah Perlembagaan Persekutuan. Dalam pada itu ketika ditanya mengapa isu tersebut digunakan ketika ini, Anwar berkata, UMNO sedang mengalami krisis sokongan rakyat selain mahu sokongan pada pilihan raya kecil Permatang Pasir. Sehubungan itu katanya, kerajaan harus bertanggungjawab terhadap keselamatannya jika sesuatu terjadi ekoran tindakan pemimpin dan penyokong parti itu terus-menerus melabelkannya pengkhianat bangsa Melayu. Dalam perkembangan lain, beliau berkata, isu desakan supaya Pas keluar dari PR tidak menjadi satu perkara yang besar kerana kenyataan tersebut dikeluar daripada Pemuda UMNO yang mahukan PR berpecah. Anwar turut menafikan bahawa beliau telah membuat pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak untuk membincangkan isu semasa sebagaimana yang disiarkan dalam sebuah blog.

Dun Perak bubar November tahun ini?

ayahmatOleh SM Noor
Menteri Besar Pakatan Rakyat Negeri Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin yakin Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak akan dibubarkan sebelum berakhir tahun 2009 ini.
Ini kerana, katanya jika Dun Perak tidak bersidang menjangkaui tempoh enam bulan negeri Perak akan menjadi negeri 'tidak berperlembagaan' atau 'unconstitutional state'.
"Dun Perak mungkin kita (PAS) boleh jangka bila dia bubar, dia (Barisan Nasional) terpaksa bubar juga kerana tidak ada pilihan lain, dalam undang-undang tubuh kerajaan negeri Perak mesti bersidang tidak lebih enam bulan,"tegasnya.
Beliau berkata demikian pada Majlis Makan Malam anjuran Majlis Tindakan Dun Cukai bagi mengumpul Dana Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13, di sebuah Restoran di Bukit Kuang, Chukai, pada 5 Ogos lalu.
Menurutnya sidang Dun Perak akan datang mesti diadakan selewat-lewatnya pada 7 November 2009 kerana persidangan lalu diadakan pada 7 Mei 2009.
Katanya sidang Dun tersebut mesti diadakan bagi membentang dan meluluskan Belanjawan 2010.
"Mesti ada persidangan, jika tidak bagaimana (negeri) nak belanja tahun depan (2010), nak beri (bayar) gaji kakitangan kerajaan negeri Perak, nak buat peruntukan untuk perbekalan.
"Ini mesti diluluskan di Dewan Undangan Negeri dalam bentuk Belanjawan 2010, ikut mana cerita pun dia (kerajaan) mesti buat persidangan,"jelasnya.
Menurutnya kemungkinan berlaku kekecohan pada persidangan Dun Perak akan datang tidak dapat dijangkakan kerana sidang Dun pada Mei 2009 lalu telah berlaku ?huru hara?.
Kata Nizar, sidang Dun yang lalu dianggap tidak sah kerana tindakan Umno-BN merampas kuasa Speaker (Yang DiPertua) Dun Perak secara paksa.
"Bila dia (Umno-BN) buat persidangan (nanti), saya beritahu Tuanku (Sultan), kami juga (Pakatan Rakyat) akan cuba buat bagaimana Umno (buat) arah polis angkat Speaker. Kita pun nak cuba belajar angkat Speaker.
"Adakah Tuanku nak tengok, nak biar dunia tengok, bahawa berlaku lagi kemelut dan huru hara dalam Dewan Undangan Negeri Perak,"ujarnya.
Menurutnya, kemelut tersebut merupakan rantaian dari tindakan 'rampasan kuasa' yang telah dilakukan oleh Umno-BN pada Februari 2009 lalu.
Katanya, seluruh rakyat negeri Perak bersama-sama Pakatan Rakyat yang mahukan Dun Perak dibubarkan segera.
Meski pun, katanya hanya diberi kuasa selama 12 jam pada 11 Mei 2009 lalu oleh mahkamah masih sempat menulis surat kepada Tuanku Sultan Perak memohon agar Dun Perak dibubarkan.
"Umno terpaksa rampas (dan) teruskan proses merampas. Setelah dia rampas kuasa dia rampas Speaker, lepas dia rampas Speaker dia rampas keputusan Mahkamah Tinggi.
"Keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Mei 2009 telah memberikan 'keabsahan' kepada saya dan Pakatan Rakyat sebagai Menteri Besar yang sah dan kerajaan yang sah.
"Sebaik sahaja dia (hakim) memutuskan keputusan itu, saya dan rakan-rakan terus ke Masjid Kampung Pandan dan melakukakan solat sunat.
"Selepas itu, saya 'berlari' (bergegas) dalam kereta minta buatkan surat. (apabila) Saya sampai di Ipoh surat dah sedia, (saya) ambil surat dan bawa pergi ke Istana," ujarnya menceritakan rentetan peristiwa di Perak.
Malangnya, kata beliau apabila sampai ke Istana pada jam 10.30 malam tidak dibenarkan masuk bagi menghadap Sultan Perak.
Menurutnya, dalam surat tersebut memohon perkenan Sultan agar membubarkan Dun Perak.
"Dalam surat itu, saya nyatakan ke bawah Duli Yang Mulia Sultan Perak. Oleh kerana, Mahkamah Tinggi mengabsahkan patik sebagai Menteri Besar, maka patik nak serahkan kuasa itu kembali kepada rakyat. Apa sudi kiranya, Tuanku memperkenankan dibubarkan Dewan Undangan Negeri Perak,"jelasnya.
Pada majlis tersebut sejumlah RM22,000 berjaya dikumpulkan oleh MTD Chukai bagi mengisi Dana Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.

Ahad, 9 Ogos 2009

PRK PERMATANG PASIR 25 OGOS - BERTAMBAH PAHALA PEMBANGKANG NANTI

10 August 2009

PRK Dun Permatang Pasir nampak gayanya akan berlangsung dalam bulan puasa.Tarikh penamaan calonnya pada 17 Ogos manakala pengundian pula 25 Ogos.Itu keputusan yang dibuat oleh SPR.Ini juga bermakna sebahagian musim kempen akan jatuh dalam bulan Ramadan.Kita tengoklah setakat mana kemampuan mereka yang terlibat melaksanakan kerja-kerja kempen tanpa melanggar hukum-hakam dan adab peraturan yang dituntut oleh bulan yang mulia itu.Mampukah mereka menahan lidah, menahan jari dan menahan hati?
Posted by jeanbara

Orang Batu Caves menyambut DS Najib dengan replika...Apakata Anda?


Khamis, 6 Ogos 2009

TS KHALID HARUS DIBIAR ATURURUS EKONOMI DAN MELABUR UTK MASA DEPAN NEGERI, BILA ADA DUIT SEMUA BOLEH JADI !!


Ada dalam pemikiran sesetengah ahli politik dan kebijaksanaannya terserlah apabila ianya menggunakan rukun 4C yakni manipulasi, eksploitasi, kontroversi dan hipokrasi. Mungkin setengah dari kita menggunakannya di dalam mengurus, mengatur strategi dan taktik didalam kehidupan seharian ataupun didalam kehidupan berpolitik. Itu masing-masing. Semua itu untuk kemenangan parti dan bukan kemenangan lawan. Jadi sesiapa pun berada dalam politik demokrasi akan berfikir ke arah itu. Tidak kira dari puak mana dan aliran mana. Hanya ahli yang gila sahaja akan berbincang ke arah untuk meruntuhkan parti dan mengkhianati perjuangan.Kekuatiran penyokong untuk meledakkan kepimpinan untuk menyahut dan menurut naluri penyokong bukanlah cara yang berhemah untuk terus mengukuhkan parti.
Sekarang masa untuk menguatkan parti dan berkerja didalam pasukan walaupun mimpi yang lain-lain, parti politik ditubuhkan untuk memenangi piliharaya bukan mengaut dan mengenyangkan kantong masing-masing (walaupun ternampak jugak kadang-kadang) tetapi harus kita mendukungi kepimpinan yang ada misi dan visi untuk menambahkan kekayaan kerajaan negeri sekarang.
Kepimpinan TS Abd Khalid harus disokong. Ekonomi negeri harus dijana untuk 2-3 tahun akan datang. Kek di negeri Selangor terlalu besar, semua ada sahamnya, semua akan mendapat kempiasnya, cuma masa dan ketikanya akan menentukan.
PRU13 memerlukan dana setidaktidaknya untuk membayar kos memasang dan menaikkan bendera.. Dulu idealisme dan patriotik bertahan didada penyokong kita, harap begitulah sehingga satu ke dua dekad. Malangnya, situasi ketika ini, semua insan sudah mula mengeluarkan tanduknya, semua akibat dari kemenangan. Cuma tolenrasi dapat menahan setiap insan untuk bersabar.. Sekian.
@MySAS http://www.shaiful-hulusgr.blogspot.com/

Bengkel Akademi Latihan Keadilan - Cameron Highland..


Pada 30 Julai – 1 Ogos 2009, Pengarah Biro Latihan, YB Fuziah Salleh memilih Cameron Highland lokasi seterusnya untuk bersama peserta membincangkan agenda penubuhan Akademi Latihan Keadilan yang berobjektif mampu melahirkan agen atau pemimpin supaya menjadi lebih komited, berkualiti dalam menggerakan transformasi rakyat bersama agenda parti.
Sepanjang bengkel dijalankan beberapa perkara telah dibincang seperti Visi dan Misi Akademi akan diadakan.Peserta terlibat begitu komited dalam membentangkan kertas kerja masing-masing. Diantaranya topik yang dibincangkan adalah Module yang penuh pengisian dengan menitik beratkan tentang perjuangan parti dari mula tertubuhnya sehingga sekarang.
Di Akademi juga menekankan kepada 5 teras iaitu :
1. IDEOLOGICAL DEVELOPMENT – Perkembangan Ideologi
2. SELF-DEVELOPMENT - Kemajuan Kendiri
3. POLITICAL LEADERSHIP - Sebagai Pemimpin Politik
4. COMMUNITY LEADERSHIP - Sebagai Pemimpin Masyarakat
5. CAMPAIGN SCHOOL – Menyediakan Pelbagai latihan

Biro Latihan Pusat sentiasa memastikan bahawa setiap Negeri aktif dalam mengadakan program berupa latihan yang lebih menekan kepada sesuatu yang lebih praktikal. Ini bertujuan supaya ianya akan melahirkan pemimpin yang bermotivasi serta lebih produktif.
(sumber: www.zulhaidah.com)

Isnin, 3 Ogos 2009

THE NEW YORK TIMES :MALAYSIA CRACKS DOWN ON PROTESTS

Malaysia Cracks Down on Protests_New York TimesSaeed Khan/Agence France-PresseDemonstrators ran as Malaysian anti-riot police fired tear gas shells near Merdeka Square in Kuala Lumpur on Saturday.
By THOMAS FULLER
Published: August 2, 2009BANGKOK — Soon after coming to power four months ago, Najib Razak, the Malaysian prime minister, vowed to temper the country’s repressive laws and respect civil liberties in a country where they have often been ignored.But Malaysia’s honeymoon of liberalism hit the rocks over the weekend, when the police broke up a large rally in Kuala Lumpur, arresting nearly 600 people and reaffirming the governing party’s longstanding policy of zero tolerance toward street protests.Opposition parties, which organized the rally, were calling for the repeal of a law that allows the government to jail its critics indefinitely without charge. The opposition is also pressing the government to expand an inquiry into the recent death under mysterious circumstances of a political aide after a late-night interrogation by anti-corruption officials.News services estimated that the rally on Saturday, which was broken up by thousands of police officers using tear gas and water cannons, drew about 20,000 protesters, making it the largest demonstration in two years.“We can provide them stadiums where they can shout themselves hoarse till dawn, but don’t cause disturbance in the streets,” Mr. Najib said Sunday, according to the Malaysian news media.Since taking office in April, Mr. Najib has gained favor with investors and businesspeople by partly dismantling a system of racial preferences that long caused resentment among the country’s minorities.He also released 13 political detainees held without trial. An opinion poll conducted in June showed 65 percent of respondents were happy with his performance. But more recently, Mr. Najib’s government has been criticized for reverting to the authoritarian tactics of previous administrations.A former health minister and stalwart of the governing coalition, Chua Jui Meng, defected to the opposition in July, saying that Mr. Najib represented an “iron fist behind the velvet glove.”Lim Kit Siang, a prominent opposition politician, said in a blog entry on Sunday that the large number of people detained “underlines” that the “greatest violators of human rights are often the police and the law enforcement agencies.”The death of the political aide, Teoh Beng Hock, in July has galvanized opposition parties and caused widespread outrage, especially among the minority Chinese community.Mr. Teoh, a 30-year-old legislative aide in the opposition-controlled state of Selangor, was found dead beneath the 14-story window of the offices of the country’s anti-corruption commission after a nightlong interrogation.A government minister initially said that Mr. Teoh committed suicide, but his belt and back pockets were torn, adding to speculation that he may have been forced out the window.After initial resistance, the government bowed to public pressure and ordered an inquiry into Mr. Teoh’s death as well as the interrogation tactics of the anti-corruption officers.Deaths in police custody have increased in recent years, according to Suaram, a human rights group. According to the Malaysian Home Ministry, 1,535 people died in police custody between 2003 and 2007, the latest year for which data is available.

Ahad, 2 Ogos 2009

UMNO LAHIR DARI PERHIMPUNAN HARAM !!!


Berkokok semua pimpinan UMNO seluruh pelusuk negara bahawa demonstrasi menentang ISA yang diadakan semalam adalah bertentangan dengan kepentingan awam dan merugikan negara. Tapi tahukan mereka sekiranya tiada demonstrasi, Malaysia mungkin tidak merdeka dan UMNO mungkin tidak lahir?Nampaknya, UMNO masih tidak habis-habis dengan sikap "Mengata Dulang Paku Serpih" mereka.UMNO Sendiri Lahir Dari Perhimpunan HaramPerhimpunan2 menentang Malayan Union adalah menjadi penyebab kepada lahirnya UMNO. Sejarah telah merakamkan bahawa setelah orang Melayu keluar beramai-ramai dan berdemonstrasi menentang Malayan Union, mereka telah berkumpul dan menubuhkan UMNO.Sekiranya orang Melayu pada masa itu menunggu permit polis dari Kerajaan British nescaya Malayan Union tidak dapat dihalang dan UMNO tidak akan wujud.Malaya akan tetap dibawah British. Jadi demo dan himpunan rakyat untuk menyatakan ketidk puasan hati adalah budaya kita sejak dulu, budaya UMNO,budaya PAS, budaya NGO dan sebahagiaan mereka yang berprinsip dan bangun mewakili rakyaat majoriti.Mengapa UMNO dengan tiada segan dan silu kerap kali mengungkapkan perkataan Perhimpunan Haram bagi melabel tindakan rakyat Malaysia berhimpun dan menyatakan sikap mereka? Adakah UMNO “mengata dulang paku serpih”? Sedangkan sudah berapa kali UMNO,MCA dll NGO berdemo atas isu antarabangsa serta tempatan Malah dalam filem Hati Malaya yang saya tonton video klip promosinya, dipaparkan sejarah rakyat yang celik dan berani bangun menentang kezaliman penjajah. Yang tidak mahu berdemo selain kerana keuzuran adalah mereka dari golongan pengampu,penakut dan dayus.Malah di Kelantan himpunan anjuran UMNO didalangi Annuar Musa dalam percubaan UMNO untuk menabal sultan lain selain dari Sultan Kelantan yang ada sekarang. Mengapa UMNO boleh melakukannya sedang orang lain tidak? Jangan buat2 lupa. Himpunan rakyat mencerminkn masyarakat madani. Kini dua hero rakyat lahir dari kegelapan UMNO/BN . Hero dari Parlimen Cameron Highland YB S.K.Devamany dan YB dari Penang. Mereka sekurang2nya meminta pimpinan UMNO/BN melihat dan mengkaji mesej yang dihantar oleh para pen ‘demo’ dan rakyat yang berhimpun, bukat mengugut.Peristiwa 1946 dibahasa di DUN KelantanHujjah tentang demo dan himpunan menentang British di atas ini juga digunapakai oleh YB Nasaruddin Daud dalam Perbahasan Titah Sultan dalam Sidang Dewan Undangan Negeri Kelatan sebelum ini. Ia telah menyebabkan wakil-wakil rakyat UMNO seperti terkejut (sebab menafikan sejarah). Itulah sikap hipokrit dan tidak cerdiknya mereka. Berbagai-bagai alasan tidak cerdik telah cuba digunakan oleh wakil-wakil rakyat UMNO bagi membenarkan sikap “double standard” mereka.. Tidak hairanlah juga antara mereka ada seorang YB yang masih tidak cukup umur dan cukup akal. Masih duduk dalaam khayalan zaman kanak2 dimana kaki dan tangan jadi senjata bila kalah berhujah. Kesian, YB itu patut masuk PASTI untuk mula balik belajar akhlak dan kemahiran bertolak ansur.Hujjah yang mengatakan Perhimpunan 1946 bukan perhimpunan haram kerana waktu itu tiada undang undang adalah dangkal dan buta sejarah. Mana ada negara yang tiada undang2 meskipun dijajah. Jika British menjajah, undang2 yang digunapakai adalah undang-undang British,jika pada zaman Jepun, undang2nya undang2 Jepun. Jepun lagi keras,kejam dan tidak bertolak ansur, tapi datok nenek kita dulu bangun berdemo dan berhimpun ramai2 untuk nyatakan perasaan. Kerana apa? Kerana penjajah atau pemerintah yang ada tidak mendengar dan menafikan keluhan daan ketidak puasan hati rakyat.Hujjah yang menyatakan Demonstrasi sekarang ini tidak dibenarkan kerana ianya membawa kepada keganasan juga tidak berpijak dibumi nyata. Kalau sejarah 13 Mei yang dijadikan sandaran, ramai orang sudah tahu fakta sejarah bahawa yang menyebabkan peristiwa 13 Mei adalah kerana provokasi melampau dari penyokong2 UMNO dan faktor ketidak adilan sosial daan ekonomi padaa masa tersebut. Selepas itu ’Bloody Sunday” yang terkenal, mereka yang cedera parah adalah para demonstran kerana campur tangan dan provokasi polis. Bayangkan rakan2 antara bangsa saya rasa sangat kelakar bila ada demonstran yaang dikasari kerana demonstrasi membantah kenaikan harga barang. Tak logik betul polis Malaysia ni. Peristiwa Batu Burok pula bukan program demo tetapi ceramah di laman rumah individu yg tak perlu permit. Berpuluh kali dah ceramah diadakan disitu tanpa sebarang insiden. Jelas kepada kita baahwah demo dan perhimpunan menjadi ganas hanya apabila berlaku campur tangan serta tindakan biadap pihak polis terhadap ahli perkumpulan. Apabila tiada campur tangang pihak polis, semua perhimpunan tersebut menjadi aman.Hujjah seterusnya,Perhimpunan tersebut menjadi haram kerana tiada permit ( yakni bertentangan dengan undang-undang negara). Ia tiada permit kerana UMNO/BN tidak mahu memberi permit tanpa alasan yang kukuh. Hanya kerana perhimpunan-perhimpunan ini merugikan UMNO dari segi politik sahaja dan ia juga mendedahkan kebobrokan, kepincangan dan kemungkaran UMNO dan BN kepada rakyat. PM Malaysia pun sama, dia hanya mahu dengar yang muluk2 sahaja. Tutup mata, tutup telinga. Yang dia dengar cakap menantu, anak dan menteri penyangak macam Nazri tu. Cuba sekali bagi permit, misalnya untuk himpunan bersih di negeri2, kami akan buktikan kemahiran kami mengawal ahli dan penyokong2 kami dengan syaarat tiada provokasi SB yaang terancang.Salah seorang pimpinan UMNO mengatakan bahawa perhimpunan Bersih itu adalah anjuran parti politik dan bukannya anjuran rakyat Malaysia. Adakah ahli dan penyokong parti pembangkang ini bukan rakyat Malaysia? Ada pula yang cabul mulut menyatakan tiada siapa yang akan keluar ramai2, ada yang kata 2,3 puluh ribu pendemonstran tidaak mewakili rakyat. Cuba baca tulisan Zainul Arifin (NST 28 Nov muka 13). Jika berpuluh ribu boleh digerakkan untuk turun kejalan raya, apalagi beratus ribu, boleh dikatakan dengan yakin bahawa jumlah ini sebenarnya mewakili beberapa kali lipat. ”The silent majority” yang sering disebut2 sebenarnya duduk kem mana? Keputusan pilihanraya membuktikan sokongan kepada BN? Itulah yang Bersih pertikaikan.Harus diingat bahawa permit diberikan oleh Polis manakala Polis diletakkan di bawah Kementerian Dalam Negeri yang dikawal oleh UMNO/BN. Sekiranya pihak polis menolak permit mana-mana pihak bererti ianya adalah penolakan dari UMNO/BN.Polis Adalah Alat Barisan Nasional Untuk Terus BerkuasaPihak Polis di Malaysia tidak lebih dari biro di dalam UMNO bertanggung-jawab mengekalkan kuasa Barisan Nasional di Malaysia. Mereka hanya mengikut arahan UMNO dan bertindak dengan begitu rakus menggagalkan sesiapa sahaja yang dikhuatiri merugikan Barisan Nasional. Ini dibuktikan dalam soal siasat terhadap tahanan2 ISA. Yang ditanyakan soalan2 politik dan pimpinan politik parti2 selain BN, soalan2 tentang keselamatan negara langsung tidak popular.Pihak Polis lebih sanggup menjalankan sekatan-sekatan jalanraya di dalam usaha menggagalkan perhimpunan rakyat berhari2 dari berusaha mencegah jenayah. Tidak pernah lagi kita dengar polis menyuraikan himpunan Mat Rempit yang menDi kala rakyat Malaysia hidup dalam ketakutan angkara penjenayah serta perogol. Sampai sekarang pembunuh kejam Nurin belum ditangkap. Devamany budak India 9 tahun pula jadi mangsa. Mengapa tak kerah seluruh kekuatan polis untuk menangani jenayah yang makin menggerunkan?? Polis sanggup menumpukan tenaga dan usaha mereka ke arah menjayakan agenda politik Barisan Nasional, tapi tidak bersungguh untuk jaga keselamatan rakyat..Jelas kepada kita bahawa Polis Diraja Malaysia sudah hilang komitment mereka kepada rakyat Malaysia. Biarlah perogol adik Nurin terus menerus memangsa kanak-kanak, tidak apa asalkan tugas mereka menjaga kepentingan Barisan Nasional dan UMNO tidak terhalang.PenutupKasihan rakyat Malaysia seolah-olah tiada tempat lagi untuk berteduh dan berlindung. Kerajaan dan pihak berkuasa hanya mahu melindungi kepentingan dan kekayaan beberapa kerat kroni dan UMNO Putra dan rakyat terpaksa bersusah payah dan menderita. Apabila rakyat bersuara tidak puas hati, Polis digunakan untuk bertindak kasar dan zalim kepada rakyat. Media pun sama, sanggup jadi pelacur murah yang melacurkan habis etika kewartawanan mereka.40% pegawai atasan boleh didakwa keranaa hidup mewah melebihi pendapatan

Sabtu, 1 Ogos 2009

100,000 BERJAYA BERKUMPUL.. DS ANWAR

Sidang media khas yang diketuai Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi antara lain memutuskan akan menghantar Memorandum 10 Dekralasi ISA kepada Yang Dipetuan Agong dalam masa terdekat.
Sidang media turut dihadiri Lim Kit Siang; Dato Mustapha Ali, Dato' Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta beberapa pimpinan Pakatan Rakyat yang lain. Demikian lapor wartawan Harakah, NYZA AYOB dari Pejabat Agung PAS.
Oleh kerana sekatan dan kekangan polis yanga agak ketat, menyebabkan tiada siapa dari pimpinan GMI dan Pakatan Rakyat yang bolos ke Istana Negara. Sebaliknya semua kumpulan penyokong berpecah dan akhirnya menuju ke Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut.
Antara tuntutan 10 Deklarasi ISA itu ialah mahu kerajaan melaksanakan siasatan awam dan menyiasat semua kes penyiksaan, penganiayaan, kezaliman dan tidak berperikemanusiaan ISA selama ini.
Anwar menyifatkan Himpunan MANSUH ISA berjaya mencapai sasaran apabila lebih 100,000 penyokong Anti-ISA berkumpul di merata tempat sekitar Kuala Lumpur setelah di halang secara tegar oleh pihak polis.
Dianggar lebih 200 orang ditahan sebelum dan semasa perarakan. Antara ahli parlimen Pakatan Rakyat yang ditahan termasuklah Dr. Mujahid Yusuf Rawa dan Sivarasa Rasiah. Tengahari tadi pula, Norlaila Osman, Narshitah Mohd Nor dan Aiman Athirah Al-Jundi juga turut ditahan.
Kesemua mereka yang ditahan dipercayai telah di bawa ke IPD Cheras. Para peguam kini sedang berusaha untuk menyelesai dan membebaskan ke semua tahanan tersebut.