Jumaat, 30 Oktober 2009

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT PERAK HARI INI 31 OKT DI HOTEL SYUEN -IPOH


Perwakilan dari semua parti gabungan dalam Pakatan Rakyat Perak memenuhi dewan sebuah hotel terkenal di IPOH dalam Konvensyen Pakatan Rakyat Perak kali pertama. Sumber foto dan teks : Cina islam

KERAJAAN SELANGOR BUAT SPRING CLEANING.. PAS PUN PATUT SAMA IKUT JEJAK !

SHAH ALAM, 30 Okt: Adun Perlabuhan Klang, Badrol Hisham Abdullah tidak patut menutup pusat khidmat kepada rakyat di kawasannya sungguhpun benar dia hilang kepercayaan kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Ini kerana, beliau memikul amanah pengundi kawasannya dan tidak boleh menafikan hak mereka untuk mendapatkan khidmat dari beliau.
Demikian kata rakan Adunnya, Nik Nazmi Nik Ahmad. Nik Nazmi adalah Adun Seri Setia yang juga Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor sebagaimana dilaporkan laman web Selangorkini.
Badrol mengumumkan keluar dari PKR disebuah hotel dekat Kuala Lumpur petang semalam. Pagi semalam, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya berkata, beliau telah mencadangkan kepada PKR agar Badrol meletakkan jawatan.
Nik Nazmi menyelar kenyataan Badrul bahawa beliau hilang kepercayaan kepada parti lalu keluar dari PKR. Ketua Pembangkang Dun Selangor, Datuk Seri Dr Khir Toyo pula sebagaimana dijangka berkata sedia menerima 'orang buangan' dari PKR ini.
Nik Nazmi berkata, PKR terlebih dahulu hilang kepercayaan kepada Badrul setelah beliau gagal menjalankan tugas sebagai wakil rakyat di situ.
ImageMenurutnya, Badrul tidak seharusnya bertindak menutup Pusat Khidmat DUNnya, sekalipun hilang keyakinan kepada pucuk pimpinan parti.
Katanya, tindakan Badrul meninggalkan PKR dilihat sebagai membantu Kerajaan Selangor untuk membersihkan pemimpin Pakatan Rakyat dari dibelenggu wakil rakyat yang bermasalah.
Setiausaha Polilitik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata tindakan ini disambut baik setelah Badrul enggan menerima sebarang bentuk bantuan dari kerajaan negeri dan parti bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi.
"Kita selama ni cuba untuk perbaiki selepas dapat banyak respon tentang rekod dia, tentang prestasi dia sebagai seorang wakil rakyat dan kita cuba berjumpa, kita cuba membantu tetapi dia nampak dia tidak mahu menerima bantuan kita, dia dah tutup pusat khidmat dia, kita bergerak lama tanpa dia jadi kita ucapkan selamat jalan lah pada dia," katanya.
Sebelum ini, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, Badrol tidak lagi layak mewakili PKR dan Pakatan Rakyat kerana beliau gagal berkhidmat untuk rakyat walaupun berulang kali ditegur oleh pimpinan parti.
Khalid berkata beliau mengalu-alukan pengumuman Badrol bahawa beliau kini akan menjadi Adun bebas dan menyokong Barisan Nasional.
"Kita merasakan YB Badrul Hisham tidak boleh mewakili Pakatan Rakyat, melihat kepada rekod kerja beliau yang tidak memuaskan," kata Khalid.
"Beliau dilihat tidak boleh, dan tidak mahu berkhidmat kepada rakyat. Demikian itu, Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat tidak boleh bertolak-ansur," tambahnya.
Khalid berkata Badrul sepatutnya mengambil langkah terhormat dengan meletak jawatan dan memberi laluan kepada pihak yang mampu melaksanakan amanah penduduk Pelabuhan Kelang.
"Kita tidak halang beliau menjadi wakil rakyat bebas, tetapi belia dianggap telah menyalahguna parti untuk menjadi calon," kata Khalid.

Proses kematangan parti mengambilaleh... buat apa nak dirisau..


Ada orang ramai bertanya tentang keadaan sekarang didalam parti , kononya kelamkabut, yb pkr keluar jadi bebas, sokong bn, ramai tidak sokong ketua cabang..

Apa yang nak di risau walaupun sedikit. Yang jelas saya nyatakan bahawa puluhan ribu ahli UMNO sudah keluar parti, ada yang masuk PAS dan ada yang masuk KEADILAN.
Sesetengah mereka itu masuk kerana kesedaran, ada sesetengah mereka itu tinggalkan UMNO kerana keciwa tak diberikan sesuatu yang mereka mahu. Ada diantara mereka itu yang ada pengaruh, dan diterima menjadi pimpinan samada dalam PAS atau KEADILAN.
Dan apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka kehendakki mereka keluar pula dari PAS atau KEADILAN.
Yang paling banyak berhijrah ke parti-parti lain adalah dari UMNO, merekalah yang banyak keluar. Mungkin 1/3 atau lebih dari anggota-anggota KEADILAN adalah dari UMNO, kadang-kadang mereka ini terbawa-bawa dengan budaya yang mereka ambil dari UMNO.
Orang-orang UMNO suka berkomplot, suka fitnah-memfitnah, suka menjatuhkan sesama sendiri, dan perkara ini kadang -kadang terikut-ikut juga dalam KEADILAN.
Tetapi bukan semua mereka dari UMNO itu yang berperangai buruk sedemikian rupa. Lebih ramai yang baik, mereka keluar dari UMNO kerana keinsafan dan kesedaran, mereka tidak suka sifat-sifat buruk didalam UMNO, mereka menyertai KEADILAN dan mereka tidak mahu sifat-sifat buruk itu berlaku didalam KEADILAN.
Mana yang nak keluar dari KEADILAN itu, keluarlah, tak siapa yang nak dan boleh menghalang mereka. Mungkin, mereka tidak dapat apa yang mereka hajatkan dari KEADILAN. Seperkara yang pasti bahawa didalam KEADILAN tidak ada projek ini dan projek itu, dan jauh sekali kalau nak jadi exco atau menteri, kerana KEADILAN adalah sebuah parti pembangkang diperingkat Persekutuan.
Namun, jika KEADILAN memerintah pun, tak semudah itu projek-projek dan kontrak-kontrak akan diberikan kerana jelas dasar dan dinyatakan didalam manifesto KEADILAN bahawa parti itu menentang kronism, salahguna kuasa, rasuah dan sebagainya.
Saya tengok pemerintahan Negeri Selangor tidak ada pemberian projek secara pilih-kasih kepada kroni-kroni. Kontrak-kontrak diberikan secara tender terbuka. Semua orang berpeluang mendapat kontrak termasuk kontraktor-kontraktor dari UMNO dan lain-lain parti. KEADILAN bukan sekadar hanya bercakap tetapi apa yang dicakapkan adalah dikotakan.
Ada orang tidak suka dengan keadaan ini, mereka kata, didalam pemerintahan UMNO hanya ahli-ahli UMNO dan kroni pemimpin-pemimpin saja yang dapat projek dan kontrak, kenapa didalam KEADILAN tidak dibuat begitu?
KEADILAN berjuang untuk keadilan untuk semua, kerajaan KEADILAN adalah kerajaan untuk semua rakyat, dan dengan melakukan keadilan untuk semua, rakyat boleh menilai dan rakyat akan terus menyokong KEADILAN.
Pemimpin-pemimpin yang mementingkan diri sendiri eloklah keluar dari parti supaya perbuatan dan tindakan mereka yang akan menyeleweng itu tidak merosakkan parti.
Orang-orang seperti itu elo0klah berada didalam UMNO dan lain-lain parti didalam BN dan tidak ada faedahnya jika mereka menempel didalam KEADILAN, dan bagi KEADILAN pula tindakan mereka itu bolehlah dianggap sebagai pembersihan parti.


@MediaRakyat/SAS

Rabu, 28 Oktober 2009

PAS ADAKAN SEMINAR KHAS, BUKAN MESYARAT KHAS ..


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan Pas akan mengadakan satu seminar khas bagi membincangkan halatuju parti itu bagi menggantikann muktamar khas yang dicadangkan oleh Mursyidul Amnya. Seminar yang bakal disertai oleh lebih 1000 perwakilan dari seluruh negara itu akan diadakan 7 Disember ini di Dewan Datuk Fadzil Noor, Markas Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Kuala Lumpur

Patutla Dun dikawal guards, Adun BN takut speakernya diangkut keluar


Rabu, 21 Oktober 2009

Program peringkat DUN Batang Kali - Sabtu 17 Okt - Bukit Beruntung


Kenangan bersama masyarakat Bukit Beruntung -Emkay, majlis jamuan adilfitri dan deepavali di Emkay Taman Bunga Raya, hadir sama Pengerusi Taman Bunga Raya dan Ustaz Zulkifli Dawam, penggiat sosial dan penggerak Pusat Khidmat Rakyat PR di Perumahan Kenanga...

Sabtu, 10 Oktober 2009

UNDILAH PAS ! CALON PAS BERSIH REKODNYA.

Selepas tshunami politik dalam PRU Ke-12 Mac tahun lalu, tidak ada kawasan lagi yang benar-benar menjadi kubu Umno/BN iaitu yang dianggap selamat. Semuanya, termasuk di Johor, Melaka, Pahang yang selama ini dianggap kubu kuat BN kini tidak lagi menjadi kawasan selamat. Demikianlah juga Dun Bagan Pinang. Mermanglah ada yang ‘gerun’ mendengar demikian banyak undi poo di sana yang biasanya pergi kepada BN, tetapi itu masih boleh di atasi kerana perubahan suasana politik negara di mana pengundi bukan Melayu dijangkan memberikan sokongan kuat kepada calon PAS. Ini berbeza dengan masa lalu di mana pengundi bukan Melayu ini menjauhi calon PAS disebabkan kempen perkauman Umno/BN yang dilakukan puluhan tahun.
Pakatan Rakyat telahpun mengumumkan bahawa Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan Zulkefly Mohamad Bin Omar, 45, sebagai calon mewakili PAS bagi pilihan raya kecil tersebut. Pilihan raya ini dijangka menyaksikan persaingan antara Umno dan PAS. Penamaan calon ditetapkan pada hari Sabtu, 3 Oktober dan pengundian pada Ahad, 11 Oktober. Ia diadakan ekoran kematian wakil rakyatnya daripada BN, Azman Mohammad Noor pada 4 September lalu.
Zulkefly yang bersih rekodnya. Adalah seorang terpelajar dan aktivis masyarakat yang terkenal berdepan calon Barisan Nasional dari Umno, Tan Sri Isa Samad seorang yang pernah terpalit dengan kes politik wang. Presiden PAS, Dato’ Seri Abd Hadi Awang menyifatkan pemilihan Zulkefly sebagai calon tepat mewakili rakyat Malaysia, rakyat Negeri Sembilan malah lebih penting ia calon terbaik Pakatan Rakyat.

Ahad, 4 Oktober 2009

SAMBUTAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DI KUALA KUBU BARU..AHAD 4 OKT 2009 DEWAN MERDEKA KKB


Sebanhagian tetamu yang hadir dimajlis tersebut..

Khamis, 1 Oktober 2009

Calonkan Isa: Umno terpaksa realistik, elak boikot

Selepas debat mengenai calon yang paling sesuai berlanjutan sehingga beberapa minggu, kepimpinan Umno terpaksa akur dengan kehendak akar umbi dan keperluan untuk mencapai kemenangan dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang di Negeri Sembilan.
Pengumuman dibuat oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin, timbalan presiden Umno menunjukkan kemenangan di Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang amat penting bagi Umno selepas tewas kesemua tujuh pilihan raya kecil di Semenanjung selepas Pilihan Raya Umum ke-12 Mac tahun lalu.
Usaha untuk membersihkan parti dan meletakkan calon yang bersih untuk memenangi semula sokongan rakyat terpaksa ditangguhkan dahulu.
Pencalonan Isa itu juga menunjukkan ketidakupayaan kepimpinan Umno melawan ketua-ketua Umno yang berpengaruh seperti bekas menteri besar Negeri Sembilan itu, yang membina kumpulan yang kuat sepanjang memerintah negeri kubu kuat Barisan Nasional itu.
Tindakan tidak mencalonkan Isa bakal mengundang boikot daripada ahli-ahli Umno akar umbi di negeri ini yang menyokong kuat Isa untuk kembali sebagai menteri besar akibat tidak senang dengan kepimpinan menteri besar hari ini, Datuk Seri Mohamad Hassan.
Menjelang pengumuman calon, petanda buruk sekiranya Isa tidak dicalonkan mula kelihatan apabila muncul sepanduk-sepanduk memberi amaran boikot sekiranya Isa tidak dipilih sebagai calon Bagan Pinang.
Bekas pemimpin Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad bersuara berkali-kali secara terbuka menentang pencalonan Tan Sri Isa Abdul Samad, tokoh yang terpalit dengan rasuah politik dan digantung oleh parti.
Mahathir walau bagaimanapun dalam satu kenyataannya mengaku Isa mampu menang di Bagan Pinang, menunjukkan sokongan meluas untuk ketua Umno Teluk Kemang itu.
Berdasarkan tinjauan, Isa terus popular di Negeri Sembilan dalam kalangan Umno, menjadikan pencalonannya sebagai pertaruhan terbaik bagi Umno dan Barisan nasional untuk mencapai kemenangan di Bagan Pinang, walaupun terpaksa mengorbankan agenda membersihkan parti.
Isu ini, yang melalui debat yang agak panjang dan terbuka telah mendedahkan pergeseran dalaman Umno sejak beberapa minggu sebelum kempen bermula, memberi kelebihan untuk kempen pembangkang yang dijangka akan memberi fokus pada kelemahan calon parti lawan seperti dilakukan di Permatang Pasir pada Ramadhan lalu.
Pencalonan Isa bakal memberi bahan kempen kepada pembangkang, tetapi pada masa sama menjadi penyatu Umno tempatan, sesuatu yang tidak diperolehi Umno dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini seperti Kuala Terengganu dan Permatang Pasir yang menyaksikan calon Umno mendatangkan liabiliti.
Pemilihan Isa sebagai calon ini menunjukkan Umno masih sukar untuk melakukan tindakan yang betul memilih calon yang bersih sekiranya tindakan itu bertembung dengan kepentingan kuasa.
Isa yang memberi harapan kepada kempen umno di Bagan Pinang ini juga menenggelamkan lagi usaha Umno untuk memilih calon yang lebih bersih. – harakahdaily

SIAPA KECEWA BILA ISA MASIH JADI PILIHAN CALON BN DI BAGAN PINANG


PORT DICKSON – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohammad adalah ahli UMNO yang paling sedih dan kecewa apabila Barisan Nasional (BN) tetap mencalonkan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calon BN pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Azmin Ali berkata, sebagai pemimpin UMNO yang berpengalaman hampir 20 tahun, Dr Mahathir sudah pasti kecewa apabila mengetahui pemimpin yang disabitkan kesalahan politik wang dicalonkan mewakili BN.
“Walaupun Tun (Dr Mahathir) pernah menyarankan secara terbuka supaya BN tidak mencalonkan seseorang yang mempunyai kesalahan politik wang, namun ia tidak diendahkan oleh pucuk pimpinan BN yang bertindak mencalonkan Isa yang juga Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang.
“Ahli UMNO yang paling kecewa ialah Tun kerana segala nasihat dan pandangan beliau tidak diendahkan pimpinan Pusat kerana Tun beranggapan mencalonkan seorang pemimpin yang pernah disabitkan kesalahan politik wang turut memberi kesan negatif kepada parti,” katanya selepas pada majlis memperkenalkan calon dari Pas di Pusat Perhubungan Pakatan Rakyat (PR) di Batu 9, Jalan Pantai Telok Kemang, dekat sini, malam kelmarin. Menurutnya, pengumuman Mohd Isa sebagai calon yang terbaik menggambarkan UMNO tidak mengotakan janji terhadap perwakilan dan masyarakat untuk memerangi gejala politik wang.
“Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sebelum ini berjanji akan memerangi gejala politik wang sekadar janji apabila UMNO melantik pemimpin yang pernah disabitkan kesalahan terbabit.
“Inikah tindakan yang sepatutnya diambil UMNO dalam usaha membuktikan janji kepada rakyat, adakah UMNO sudah ketandusan pemimpin atau tidak diberikan peluang,” katanya.
Malam kelmarin, calon PR dari Pas iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar, 45, diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta beberapa pemimpin Pusat PR tepat jam 10.35 malam. Azmin berkata, masyarakat kini sudah bijak menilai siapa yang harus dipilih untuk menjadi wakil rakyat adakah pemimpin yang disabitkan kesalahan politik wang atau pemimpin muda yang mewakili semua kaum dan masyarakat. “Calon PR adalah pemimpin yang bermula di peringkat bawah dan mendapat sokongan padu daripada PR negeri dan Pusat jadi laksanakan amanah yang diberikan dalam memastikan hak semua bangsa dan agama terpelihara,” katanya.