Selasa, 30 Jun 2009

HIMPUNAN PERPADUAN 30 JUN 2009


Himpunan ceramah perdana malam tadi dibarisi pimpinan utama Pakatan Rakyat antaranya; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu.

HIMPUNAN PERPADUAN 30 JUN 2009


Himpunan ceramah perdana malam tadi dibarisi pimpinan utama Pakatan Rakyat antaranya; Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat; Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang; Ketua Umum KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim, Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Naib Presiden PAS, Dato' Mahfuz Omar dan Salahudin Ayub; Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Isnin, 29 Jun 2009

Ceramah 'Manik Urai' di Selangor, 7 Julai depan

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Hrkh) - Satu ceramah umum sempena Pilihan Raya Kecil Manik Urai yang akan membariskan tokoh-tokoh pemimpin terkenal termasuk calon, akan diadakan pada Selasa, 7 Julai depan.
Ceramah tersebut akan diadakan di Kompleks Muhibbah Taman Bolton, berdekatan Batu Caves dekat sini bermula jam 9.00 malam.
Pemimpin-pemimpin yang tidak asing lagi yang bakal menyampaikan ceramah terdiri daripada Pesuruhjaya PAS Selangor; Dato' Dr Hassan Ali, AJK PAS Pusat; Dato' Husam Musa, Haji Mohammad Sabu dan calon PAS di Manik Urai, Mohd Fauzi Abdullah.
Orang ramai adalah dijemput hadir ke ceramah umum anjuran JPN Selangor dan MTD/UKJ Gombak itu untuk mendengar amanat dan kata-kata penuh perangsang para pemimpin PAS berhubung isu-isu semasa dan politik yang hangat diperkatakan mutakhir ini. _

Sabtu, 27 Jun 2009

TGNA AJAK DS NAJIB BERDEBAT SELESAI ISU POLITIK

KUALA LUMPUR, 20 Jun (Hrkh) - Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof. Madya Ghazali Mayudin tidak menolak kemungkinan kehadiran media baru seperti internet dan blog secara tidak langsung boleh mempengaruhi pengundi di Manek Urai walaupun kawasan tersebut adalah kawasan luar bandar. Beliau berpandangan, mungkin terdapat pengundi muda yang telah berhijrah ke bandar dan mempunyai akses terhadap internet dan maklumat yang diperolehi melalui media baru ini seterusnya akan disampaikan kepada ibu bapa atau penduduk di Manek Urai.Bagaimanapun katanya, pendekatan peribadi seperti mencula undi dari rumah ke rumah yang dilakukan oleh parti-parti yang bertanding boleh menjadi efektif jika mengenai tempat dan sasarannya dalam mempengaruhi pengundi terutama golongan yang masih mencari-cari parti mana yang harus diundi."Pendekatan tersebut saya kira lebih berkesan dalam konteks pilihan raya kecil Manek Urai ini. Parti-parti yang bertanding mempunyai ruang yang kuat kerana dalam tidak mempunyai pilihan raya di tempat lain pada waktu ini."Sebagai contoh jika parti A menggunakan pendekatan peribadi dari rumah ke rumah, parti B juga harus berbuat demikian. Jika tidak, kempen secara langsung tidak akan berkesan," katanya sewaktu dihubungi Harakahdaily.Dalam pada itu katanya, dalam menghadapi pilihan raya kecil, kehadiran media dan penyampaian maklumat akan memberi kesan kepada pengundi-pengundi yang belum tetap pendirian terhadap sesuatu parti atau 'atas pagar'.Jelasnya, dalam mana-mana pilihan raya, akan ada golongan ini. Justeru katanya, golongan ini perlu diyakinkan dengan perjuangan dan matlamat parti agar mereka boleh mengundi kepada parti yang berkenaan.Sama ada media ini memainkan peranan yang penting dalam sesuatu pilihan raya, beliau berpandangan, ia bergantung kepada golongan mana yang disasarkan oleh media terbabit."Sebagai contoh jika sasaran media itu kepada golongan penyokong kuat PAS, apa sahaja propaganda yang disampaikan oleh media arus perdana mungkin pengaruhnya sangat kurang terhadap mereka. Ini kerana mereka telah mempunyai pendirian yang tetap."Tetapi bagi golongan yang masih terumbang ambing dan masih berkira-kira parti mana yang mereka perlu undi, peranan media ini betul-betul mempengaruhi mereka," katanya.

Selasa, 23 Jun 2009

KENYATAAN AKHBAR MAJLIS PIMPINAN PAKATAN RAKYAT


Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat telah mengadakan pertemuan di Pejabat Ketua Pembangkang hari ini Isnin 22 Jun dan mengambil keputusan berikut:
1. Semua parti dalam Pakatan Rakyat mengulangi komitmen untuk terus bersama memperkasakan Pakatan Rakyat bagi membentuk Kerajaan Persekutuan yang akan datang.
2. Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat menolak idea penubuhan Kerajaan Perpaduan dengan UMNO / Barisan Nasional yang merupakan suatu fitnah dan tohmahan jahat serta tindakan terdesak UMNO untuk menggugat kekuatan Pakatan Rakyat yang semakin mendapat dukungan rakyat.
3. Pada masa yang sama Pakatan Rakyat mengambil sikap terbuka dan bersedia untuk bertemu dengan pimpinan Barisan Nasional bagi membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara dan rakyat seperti usaha pemulihan ekonomi, meningkatkan kualiti pendidikan, mengembalikan semula integriti institusi kehakiman, memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri, skandal RM 12.5 bilion projek PKFZ, salahguna kuasa kepimpinan polis sementara kes jenayah semakin meningkat, membanteras rasuah dan menjana urustadbir yang baik, menjalankan pilihanraya yang bebas dan adil, membubarkan DUN Perak serta menjalankan pilihanraya dengan segera bagi menyelesaikan krisis rampasan kuasa negeri Perak.
YB Dato’ Seri Anwar IbrahimYB Dato’ Seri Abdul Hadi AwangYB Lim Kit Siang

Salahguna Kuasa Yang Terlaluan Oleh Polis di Jamuan Makan Malam DAP Klang Sambutan Ulang Tahun Ke 43

Ini adalah untuk memberikan notis di bawah Peraturan Mesyuarat 18(2) untuk mengusulkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan pada 24hb Jun 2009 (Rabu)seperti berikut:
“Bahawa Dewan mengizinkan YB Charles Santiago untuk menangguhkan Dewan mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) untuk merundingkan perkara tertentu berkenaan kepentingan orang ramai yang berkehendaki disegerakan mengenai salahguna kuasa polis dan FRU di majlis makan malam DAP Klang sempena sambutan ulang tahun Ke-43 dan Hari Bapa pada 21hb Jun 2009, pukul 7 malam di sebelah Pusat Komuniti Ahli Parlimen Klang.
“Jawatankuasa majlis makan malam DAP Klang telah memenuhi semua syarat yang di-tentukan untuk memperolehi permit polis. Berdasarkan maklumat yang di berikan, Ibu Pejabat Polis Klang telah meluluskan permit pada 17hb Jun 2009.
Tetapi sehari sebelum majlis makan malam iaitu pada 19hb Jun, 3.30petang, sehari sebelum jamuan makan malam, pihak polis telah batalkan permit. Alasan yang di berikan ialah untuk menjamin keselamatan awam.
Rayuan pihak penganjur ditolak pada pukul 5 petang yang sama. Oleh sebab masa yang singkat, pihak penganjur tidak dapat menyewa tempat yang baru untuk menampung sebanyak 3000 – 3500 orang.
“Pada petang 21hb Jun,2008, lebih kurang 800 angota polis telah di hantar untuk mengepung tapak majlis makan malam dan merampas peralatan pembesar suara yang di gunakan. Malah, semua jalan raya ke tempat jamuan makan malam di tutup.
“Angota Unit Simpanan Persekutuan (FRU), 12 buah kereta polis, 7 buah kenderaan FRU, polis trafik dan dua buah kenderaan meriam air (water canon) dihantar untuk menakutkan and menghalang orang-ramai masuk kawasan majlis makan malam.
“Saya amat dukacita kerana peristiwa ini telah membazirkan wang rakyat serta tenaga anggota polis di Klang yang boleh di gunakan secara lebih berkesan untuk memerangi jenayah.
Tambahan pula, pihak polis tidak perlu menghalang perhimpunan secara aman kerena ia tidak menjejaskan ketenteraman awam.
“Pihak polis sering mengatakan bahawa mereka kekurangan anggota polis. Tetapi mereka mampu membazirkan wang rakyat dan sumber tenaga anggota polis untuk menceroboh jamuan makan malam serta intimidasikan parti politik pembangkang dan rakyat jelata.
“Tambahan pula, institusi polis yang semestinya bebas sekarang di peralatkan untuk menakutkan dan intimidasi rakyat.
“Pada pandangan saya, perbuatan polis adalah salah guna kuasa.
“Sehubungan dengan ini, saya minta Perdana Menteri membawa reformasi keseluruhan terhadap Polis di Raja Malaysia. Langkah pertama ialah untuk (1) meminda Akta Polis 1967 untuk memastikan pasukan polis adalah bebas semasa menangani perkara politik; (2) Memperlindungi and mempertahankan hak asasi manusia dan menghapuskan seksyen 27 Akta Polis; (3) Menubuhkan Suruhanjaya Bebas dan Salah Laku Polis (IPCMC) serta-merta dan menghukum sesiapa yang salahgunakan kuasa polis

Ahad, 21 Jun 2009

WACANA PENDIDIKAN RAKYAT CARLTON HOLIDAY HOTEL, SHAH ALAM 20-21 Jun 20009

Wacana Pendidikan Rakyat (WADIRA) 2009 memutuskan beberapa resolusi untuk menjadikan pendidikan sebagai wacana teras dalam merealisasikan prinsip perjuangan KeADILan bagi menegakkan kebenaran, mewujudkan keamanan, memperkasakan perpaduan, menyubur kemakmuran serta memberi kesejahteraan hidup kepada seluruh warga Malaysia.
WADIRA selama dua hari anjuran Parti Keadilan Rakyat di Hotel Carlton, Shah Alam bermula Sabtu lalu, dirasmikan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Biro Pendidikan Parti KeADILan Rakyat, Dr Mohd Nor Manuty, berkata WADIRA yang dihadiri lebih 400 peserta telah menyumbangkan pelbagai pandangan dan idea yang sangat bermanfaat.
Antara resolusi yang diputuskan ialah PKR memandang berat agenda pendidikan tanpa toleransi dan dasar pendidikan yang kini berada dalam keadaan krisis memerlukan suatu mekanisma perubahan.
WADIRA turut menyokong usul Kongres PKR (29-30 November 2008) yang lalu, bahawa PKR perlu menggubal satu Sistem Pendidikan Nasional Baru yang progresif dan berkualiti bermatlamatkan penjanaan sumber daya dengan berpaksi kepada sistem nilai bersama bersumberkan kepelbagaian tamadun manusia dengan berteraskan Perlembagaan.
PKR perlu mengembalikan semula roh falsafah pendidikan Negara yang telah termaktub dalam Akta pendidikan 1986.
Menjadikan bahasa Melayu sebagai mekanisme linguislistik iaitu medium komunikasi atau bahasa perantaraan sebagai asas utama bagi mewujudkan suatu sistem pendidikan yang berkualiti.
Sistem pengajaran dan kaedah penyampaian mata pelajaran bahasa Inggeris harus direncanakan semula bagi mengelakkan ketidak-seragaman atau jurang tahap pendidikan dan penguasaan bahasa Inggeris di kalangan pelajar.
Kekayaan tahunan Negara yang diperolehi hendaklah dibelanjakan secara setimpal antara prasarana dan sistem pendidikan yang digunapakai untuk mengambarkan ciri-ciri sistem pendidikan sesebuah Negara maju. Lantaran itu, segala kebocoran di dalam pengagihan dan perbelanjaan dana bagi projek pendidikan ini, hendaklah dibenteras.
Menstruktur semula mereka yang benar-benar layak menerajui bidang keilmuan. Memartabatkan golongan cendekiawan dan ilmuan di tempat sewajarnya.
Pendidikan perlu berteraskan nilai-nilai murni, akhlak dan etika yang terdapat dalam pelbagai budaya dan kaum di Negara ini.
Mendokong nilai-nilai Hak Asasi Manusia seperti demokrasi pendidikan dan kebebasan bersuara.
Bahasa Melayu mestilah digunakan sebagai bahasa perantara dalam urusan rasmi kerajaan di peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa dan digunapakai dalam urusan perniagaan dengan pihak kerajaan.
Menghidupkan semula fungsi Dewan Bahasa dan Pustaka dan mengiktiraf guru-guru yang dapat menterjemahkan bahan-bahan ilmiah. Anugerah akan diberikan kepada guru dan sekolah yang Berjaya.
Menyokong Ketua Pembangkang yang mengemukakan usul bantahan perlaksanaan wajib lulus matapelajaran Bahasa Inggeris dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Sementara itu, WADIRA juga mengesa negeri-negeri yang dikuasai kerajaan Pakatan Rakyat, menimbangkan cadangan-cadangan yang berada di bawah wilayah pengaruhnya sekarang iaitu;
Mengubal dasar pendidikan yang boleh diterima bersama oleh ahli semua parti dan diketengahkan sesuai dengan penerimaan masyarakat.
Mengkaji potensi institusi-intitusi pendidikan di Negeri-negeri Pakatan Rakyat, terutama di Selangor untuk menjadi model reformasi pendidikan dengan menjadikan UNISEL dan KUIS sebagai benchmark.
Memastikan institusi pendidikan yang dikuasai Pakatan Rakyat, dipimpin oleh mereka yang berkebolehan serta menghayati falsafah dan perjuangan reformasi yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat.
Cadangan ditubuhkan Majlis Pendidikan Rakyat untuk menyelaraskan dasar-dasar dan tindakan yang berkaitan dengan pendidikan rakyat.

PKR task force to scrutinise controversial projects

Penang PKR has set up a task force to look into all contentious and controversial development projects affecting the people in the state.
The task force to be headed by PKR state youth chief, Yusmaidi Yusoff, will look into all controversial projects to check on issues like natural and social justice, environment, human development and traffic management.
Once it has completed its investigations, the task force will prepare a working paper revealing its findings in detail and make recommendations to the state government.
As part of the Pakatan Rakyat state government, the state PKR is keen to ensure that Penangites’ views and opinions were duly considered and given priority by authorities on any development projects.
The state PKR set up the task force during last Friday’s meeting of its parliamentarians, legislators and councillors.
penang pkr chief 030109 zahrain hassimPKR state chief Zahrain Hashim, who chaired the meeting, has issued a directive to the task force to use the controversial Oasis development project at Kampung Buah Pala, Bukit Gelugor as its catalyst programme.
The task force would check on all details of the project and the village land deals to determine whether it was a sustainable development project for the state.
The task force will then submit a proposal paper, comprising all problems and controversies pertaining to the project, and make recommendations to resolve them to the state government.
Yusmaidi, also a lawyer, said Kampung Buah Pala was an unique case in which the previous state government nullified the villagers of their equitable rights over their trust land.
Preserve Kg Buah Pala as a state heritage
The villagers have sought the state government to resolve the controversy and declare their 6.4 acre Kampung Buah Pala as a state heritage.
Kampung Buah Pala is known among locals as “Indian High Chaparral” because of its population of cowherds, cattles, goats and Tamil traditional cultural features.
During the Ponggal (harvesting) festival celebrations held at the village in January, Unesco officials have called on the Pakatan Rakyat state government officials to preserve the village as a state heritage.
buah pala high chaparral vigil 200609 03The villagers are facing eviction to make way for the lucrative Oasis development following a Court of Appeal decision last month favouring the developer, Nusmetro Venture (P) Sdn Bhd.
The villagers have filed an appeal at the Federal Court to overturn the appellate court’s decision and the case is up for hearing next Wednesday.
Meanwhile, social activist Dalbinder Singh Gill urged the Chief Miinister Lim Guan Eng to use the Section 76 of the National Land Code to acquire the village land and preserve its as a state heritage.
“It’s not sub-judice for the chief minister to use the law to acquire the land while the case is pending in court,” he said.
He also accused Nusmetro of breaching the local council by-laws by advertising and selling Oasis even though the land had not been vacated and no environmental impact assessment (EIA) report had been prepared yet.
Athi Veeranggan, Mkini

Rabu, 17 Jun 2009

30% untuk wanita ..


Pimpinan tertinggi Wanita Keadilan menyambut baik peruntukan 30% kedudukan dalam parti untuk golongan wanita di setiap peringkat Cabang, Negeri dan Pusat.
Peruntukan ini sekaligus memenuhi keperluan Piagam Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) dan dasar Wanita Negara bersabit kuota itu.
Ketua Wanita Keadilan, Zuraida Kamaruddin menyifatkan kejayaan PKR meminda perlembagaan itu sebagai kejayaan yang bersejarah.
"Parti keadilan merupakan parti pertama memperuntukkan didalam perlembagaannya penglibatan wanita 30% di semua peringkat sekurang-kurangnya. Ia satu langkah baru untuk penglibatan wanita dalam arena politik, yang diiktiraf oleh sebuah parti yang baru dan parti yang progresif. Peruntukan 30% untuk wanita tidak pernah diberikan oleh mana- mana parti lain, termasuk parti- parti lama oleh UMNO. Saya dapati UMNO, MIC dan MCA sampai sekarang masih lagi tidak dapat mengenengahkan wanita. Ini satu pencapaian kepada PKR membuktikan komitmen bahawa wanita itu diiktiraf dan diberikan tempat disemua peringkat sekurang- kurangnya 30 peratus." Ujar Zuraida
13 Jun lalu, PKR telah meluluskan beberapa usul pindaan perlembagaan parti pada Kongres Nasional Khas 2009 di Bangi Selangor.
Antara lain pindaan perlembagaan membabitkan usul menghadkan tempoh presiden kepada tiga penggal, memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa, memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30% jawatan penting kepada wanita.
Ketua Wanita Selangor, Haniza Talha berkata, usaha kini perlu ditumpukan kepada mempersiapkan wanita supaya bersedia memegang sebarang jawatan dan kedudukan yang ditawarkan oleh parti.
Beliau juga menjelaskan, kerajaan negeri Selangor dibawah pimpinan Pakatan Rakyat telah pun menerapkan dasar ini dalam pentadbiran kerajaan negeri.
"Kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat telah pun memenuhi dasar ini. Ahli majlis kerajaan negeri terdiri daripada 40% wanita. Sepuluh orang exco, 4 adalah wanita. Ini menggambarkan sikap bikin serupa cakap. Maknanya kita cakap dan kita benar- benar buat dan kita buktikan kemampuan kita. Apabila kita teraju kerajaan negeri Selangor, kita laksanakan dasar tersebut. Selepas itu, kerajaaan negeri juga telah melantik timbalan speaker DUN wanita juga, iaitu saya. Dan baru- baru ini tuan speaker juga mengumumkan 3 lagi jawatankuasa pilihan khas bagi melaksanakan check and balance dan salah satu dari jawatankuasa tersebut dipengerusikan wanita." Kata Haniza

Ahad, 14 Jun 2009

Datuk Zaid Ibrahim menyertai PKR di hari bersejarah menukar perlembagaan parti..


Bekas menteri di jabatan perdana menteri, Datuk Zaid Ibrahim secara rasminya menyertai PKR hari ini.Ketika mengumumkan perkara itu, ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Zaid akan dilantik menganggotai Majlis Kepimpinan Tertinggi (MPT) parti itu. Katanya, Zaid secara rasminya akan mengisi jawatan tersebut selepas disahkan presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail dan setelah “dirasmikan dalam mesyuarat” secepat mungkin. Bercakap dalam satu sidang akhbar di Bangi hari ini, Anwar berkata, Zaid juga akan dilantik sebagai anggota biro politik PKR. Turut sama naib presiden, Sivarasa Rasiah dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim.

Anwar juga menyifatkan penyertaan Zaid itu sebagai satu penghormatan kepada PKR."Ini berita yang cukup menggembirakan. Ia berkuatkuasa hari ini. Satu penghormatan dan lonjakan kepada perjuangan kita,” katanya. Zaid, tambahnya merupakan seorang yang serius mempertahankan hak asasi dan kebebasan badan kehakiman di Malaysia."Sikap ketegasan dan keberanian beliau (dapat dilihat), terutama dalam isu hak asasi, kebebasan, proses demokrasi dan bebebasan badan kehakiman,” katanya.


Reaksi Zaid

Anwar yang juga ketua pembangkang, turut menganggap penyertaan Zaid itu sebagai satu langkah positif kepada PKR dalam usaha untuk mengukuhkan hubungan dalam Pakatan Rakyat."Saya percaya perkara ini akan dibincangkan dalam mesyuarat Pakatan Rakyat. (Presiden PAS, Datuk Seri) Hadi tidak ada sekarang. Mesyuarat akan diadakan Isnin depan (bila Hadi dapat hadir).Sementara itu Zaid berkata, beliau menyertai PKR kerana yakin dengan parti pelbagai kaum itu yang mahu membela nasib rakyat.“Saya percaya, kalau diberi peluang, saya akan berusaha membantu Anwar dan pemimpin lain. Saya berminat dan berhasrat mengukuhkan Pakatan rakyat," katanya.

Menurut Zaid lagi, beliau bersedia membantu Pakatan menjadi alternatif yang benar-benar rakyat boleh harapkan untuk menubuhkan kerajaan yang baik.Bagaimanapun, dengan merendah diri Zaid berkata: "Saya belum pakar lagi. Saya harap dapat memainkan peranan. Saya bukan pakar.” Ditanya kenapa beliau mengumumkan penyertaannya hari ini, Zaid berkata: “Saya selalu ingin sertai PKR. Saya beritahu Anwar. Tetapi saya rasa hendak berehat sekejap. Jadi, saya rasa hari ini hari yang sesuai. “Ini hari yang bersejarah apabila kita akan meminda perlembagaan,” katanya.

@Malaysiakini.

MASIH KELUAR POKET SENDIRI KE KONGRES KHAS PKR 13 JUN 2009 KUIS


Semasa pengundian dijalankan, bangun untuk berkecuali ...


Ucaptama dari DS Anwar..


YB Amiruddin Shari, Setiausaha Perhubungan Selangor memerangkap ADUN Batu Caves..

Sidang khas yang diadakan bagi mendapat sokongan ahli PKR telah selamat diadakan di Kolej Universiti Islam, Bangi.. rupanya terletak di dalam kawasan Bandar Seri Mahkota, jika mengikut lebuhraya PLUS, keluar melalui "exit" Putra Mahkota. Bukan ramai yang tahu kewujudan "exit" ini, jika melalui lebuhraya, ramai tidak ter pandangkan Bandar Seri Mahkota ini.Pengalaman semalam telah mengajar kita tentang jalan-jalan di Malaysia, jalan ke KLIA, jalan ke Nilai dan sebagainya.

Agak lucu juga bila RAMAI orang disalahkan kerana orang itu kononnya gagal memberi petunjuk jalan kepadanya.Walau apapun, semua berjalan lancar, perwakilan semua hadir dengan duit poket sendiri kecuali dari Sabah dan Sarawak yang datang di taja oleh PKR Selangor, terimakasih kepada Dato' Menteri Besar yang pemurah kepada orang Sabah dan Sarawak, orang Selangor tidak ada peluang LAGI nampaknya mendapat tajaan...

Perwakilan yang lebih dari 1000 orang telah berjaya memberikan sokongan tentang perubahan yang mungkin pertama kalinya berlaku didalam sejarah PKR sendiri selepas perubahan semasa percantuman PRM dan PKN dahulu..

Yang tercuit adalah kehebatan pembahas kali ini, terutama YB Amiruddin Shari, ADUN Batu Caves berjaya membahas perihal kenduran umur dari 40 tahun ke 35 tahun, mesti berperingkat untuk AMK bersedia katanya. Syabas, bekas Ketua AMK Bhg Hulu Selangor ini yang kini adalah Naib Ketua Bhg Gombak.

Jumaat, 12 Jun 2009

KONGRES NASIONAL KHAS 2009 - 13 JUN 2009 SABTU


PKR akan mengadakan kongres nasional khas Sabtu ini untuk membahas dan meluluskan beberapa usul penting termasuk menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.
Usul utama lain ialah memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti dan mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun.
Naib Presiden PKR, R.Sivarasa yang juga pengerusi jawatankuasa pindaan perlembagaan, berkata, semua usul berkenaan dijangka diluluskan dalam kongres khas sehari itu.
Kongres akan berlangsung di pusat konvensyen, Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) Kajang, bermula jam 8 pagi.
Sivarasa berkata PKR mempunyai kira-kira 300,000 ahli di mana keahliannya mencecah kira-kira 10,000 setiap bulan.
Sehubungan itu, katanya, PKR akan meminda sistem pemilihan parti untuk membolehkan ahli biasa di semua peringkat dalam parti memilih pucuk pimpinan.
"Ia adalah untuk menunjukkan komitmen untuk reformasi dalam parti.
"(Pindaan) dapat membantu menghapuskan kecenderungan yang kurang sihat seperti politik wang dan amalan cawangan hantu, seperti yang dilihat dalam parti politik lain di Malaysia.’ kata beliau.
"Sekiranya ia diluluskan, PKR akan mencatat sejarah sebagai parti politik pertama memberi hak kepada ahli untuk memilih pucuk pimpinan parti," katanya lagi dalam sidang akhbar hari ini,” tambah Sivarasa.
Dalam kongres khas itu, Sivarasa berkata, pihaknya juga akan mendapatkan sokongan dua pertiga daripada perwakilan untuk menghadkan tempoh seorang presiden kepada tiga penggal atau sembilan tahun.
Beliau berkata PKR akan turut melaksanakan sistem pemilihan baru yang lebih berwibawa dan berteraskan amalan undi sulit. .
"Ini adalah untuk memperkukuhkan amalan demokrasi dalam parti," katanya.
Sivarasa berkata pihaknya bercadang untuk menggunakan dakwat kekal, sebagai satu usaha untuk menunjukkan pemilihan pucuk pimpinan berjalan dengan lancar.
Mengulas lanjut mengenai cadangan pindaan yang berkaitan dengan umur dalam AMK, Sivarasa berkata, pelaksanaannya akan berkuatkuasa serta merta bagi semua jawatan yang dilantik.
Bagaimanapun, pemilihan tahun depan, masih menggunakan had umur 40 tahun kerana atas sebab-sebab teknikal dan dijangka bakal dilaksanakan sepenuhnya selewat-lewatnya tahun 2013.
Mengenai memberi peruntukkan kepada wanita sebanyak 30 peratus untuk memegang jawatan dalam parti, beliau berkata, setahunya, tidak ada parti di Malaysia yang memberi komitmen sebesar itu kepada wanita.
"Pindaan struktur pimpinan dalam parti dibuat kerana PKR benar-benar mahu mejadikan sebuah parti yang bersifat nasional," kata Sivarasa.
PKR kini mempunyai sebanyak 190 bahagian termasuk Sabah dan Sarawak.
Mengenai pertukaran nama bahagian kepada cabang dan cawangan kepada ranting, Sivarasa berkata, pertukaran tersebut bertujuan untuk menggantikannya dengan istilah yang lebih "progresif dan saksama".
"Kita mahu menjauhkan dari istilah yang diungkit sebagai mempunyai unsur struktur tradisional atau struktur feudal," katanya.
Menurut Sivarasa, PKR juga akan meminda perlembagaan bagi menambah jawatan naib presiden, daripada lima kepada tujuh orang.
PKR menjangka kira-kira 2,500 perwakilan akan menghadiri kongres khas tersebut.

Rabu, 10 Jun 2009

SELAMAT BERSIDANG ..SIDANG KHAS KEADILAN, KUIS-BANGI 13 JUN 2009

Parti KeADILan akan mengadakan Kongress tergempar minggu ini untuk melaksanakan beberapa perubahan yang dijangka akan menjadikan parti politik ini menjadi lebih demokratik. Antara usul-usul yang akan dibawa:

Undian terus dari ahli biasa untuk memilih Presiden dan jawatan nasional yang lain (seperti undian presiden Amerika Syarikat)
Menghadkan tempoh perkhidmatan Presiden parti kepada hanya 3 penggal (9 tahun)
Menambahkan kerusi Naib Presiden dari 5 ke 7 kerusi
Perlantikan Ketua Perhubungan Negeri harus mendapat persetujuan Ketua-Ketua Bahagian
Membenarkan perlantikan (tidak melebihi 1/3 jumlah ahli mesyuarat tertinggi) untuk memastikan tiada satu kaum mendominasi majlis tertinggi
Membenarkan kesemua Yang Berhormat PKR untuk hadir dan diberi kuasa undi dalam kesemua Mesyuarat Perhubungan Negeri dan MT
Mengiakan dan Mengimarahkan lagi slogan Parti yakni “KEADILAN UNTUK SEMUA”

Dengan perubahan-perubahan di atas, KeADILan akan menjadi parti progressif ulung di negara dan proses demokrasi akan lebih menyerlah di dalam parti. Harapan saya adalah agar kesemua parti politik di dalam negara ini (terutamanya parti-parti di dalam BN) dapat mengkaji reformasi parti KeADILan dan ambil yang baik untuk men-demokratik-kan lagi parti masing-masing.

Rabu, 3 Jun 2009

DR MANSOR OTHMAN ANGKAT SUMPAH SBG TIMB KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG

PULAU PINANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Mansor Othman semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini. Pada istiadat itu, Mansor, 59, menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Timbalan Ketua Menteri I. Mansor yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainal Rahim Seman. Beliau akan memegang portfolio Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat menyatakan kesediannya untuk memikul tugas dan tanggungjawab dalam kerajaan negeri. Menurutnya, meskipun portfolio Pembangunan Industri dan Perdagangan Antarabangsa merupakan sesuatu yang baru bagi dirinya, beliau yakin akan melaksanakan tugasnya dengan sempurna dengan bantuan kerajaan negeri dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). “Saya mempunyai pengalaman dalam Koperasi dan Perhubungan Masyarakat tetapi perlu merujuk Ketua Menteri bagi dua portfolio lain. “Tetapi saya yakin akan memberikan perkhi:dmatan terbaik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah, di sini, semalam. :Sementara itu Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan rombakan kecil dalam portfolio anggota Exconya selepas pelantikan Mansor. Guan Eng berkata, antara yang berubah adalah yang membabitkan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau sendiri yang sebelum ini dipegang bekas ADUN Penanti Mohammad Fairus Khairuddin; Wong Hon Wai dan Law Heng Kiang.