Rabu, 3 Jun 2009

DR MANSOR OTHMAN ANGKAT SUMPAH SBG TIMB KETUA MENTERI 1 PULAU PINANG

PULAU PINANG - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr Mansor Othman semalam mengangkat sumpah jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang di hadapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas di kediaman rasminya di Seri Mutiara di sini. Pada istiadat itu, Mansor, 59, menerima surat pelantikan, diikuti dengan istiadat mengangkat sumpah jawatan dan taat setia serta sumpah menyimpan rahsia sebagai Timbalan Ketua Menteri I. Mansor yang juga Timbalan Pengerusi Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri menandatangani surat pelantikan dengan disaksikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Zainal Rahim Seman. Beliau akan memegang portfolio Pembangunan Industri, Perdagangan Antarabangsa, Koperasi dan Perhubungan Masyarakat menyatakan kesediannya untuk memikul tugas dan tanggungjawab dalam kerajaan negeri. Menurutnya, meskipun portfolio Pembangunan Industri dan Perdagangan Antarabangsa merupakan sesuatu yang baru bagi dirinya, beliau yakin akan melaksanakan tugasnya dengan sempurna dengan bantuan kerajaan negeri dan Parti Keadilan Rakyat (PKR). “Saya mempunyai pengalaman dalam Koperasi dan Perhubungan Masyarakat tetapi perlu merujuk Ketua Menteri bagi dua portfolio lain. “Tetapi saya yakin akan memberikan perkhi:dmatan terbaik,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Angkat Sumpah, di sini, semalam. :Sementara itu Ketua Menteri Lim Guan Eng mengumumkan rombakan kecil dalam portfolio anggota Exconya selepas pelantikan Mansor. Guan Eng berkata, antara yang berubah adalah yang membabitkan jawatankuasa yang dipengerusikan oleh beliau sendiri yang sebelum ini dipegang bekas ADUN Penanti Mohammad Fairus Khairuddin; Wong Hon Wai dan Law Heng Kiang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan