Jumaat, 19 April 2013

Ini Kali Lah ~ DUN Kuala Khubu Baru pasti milik PR ~ Calon DAP Lee Kee Hiong


MAKAN DIRI SENDIRI, JIKA HALANG DAP GUNA LOGO PARTI ~ ANWAR

Taktik halang DAP guna logo sendiri makan diri - Anwar

Aedi Asri

Taktik Umno BN yang memperalat Pendaftar Pertubuhan (ROS) dengan menghalang DAP dari menggunakan simbol parti sendiri pada PRU 13, memakan diri, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Mereka ingat kejutan ini akan menggemparkan kerana DAP dikait sebagai parti Cina, yang anti Melayu dan Islam.

"Kalau tujuan untuk takutkan rakyat, (ia gagal). Mereka ingat kalau DAP tak pakai (lambang) roket, akan ada masalah, orang tak boleh terima. Tak kerja bodoh ke ini?" katanya.

Berucap di Madrasah An-Nahdhoh, Permatang Pauh malam tadi, Anwar berkata, keputusan ROS sebaliknya melonjakkan lagi sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

"Mereka (Umno BN) ingat rakyat belum bersedia, fikir orang Melayu susah hendak pangkah DAP. Tapi, saya yakin ia membantu kita, malah untungkan Pakatan kerana lonjakkan sokongan.

"Pimpinan Umno BN bila hilang keyakinan, mereka ambil keputusan kurang bijak dan gopoh. Keputusan ini memakan diri," katanya.

Semalam, DAP memutuskan akan menggunakan logo PAS bagi Semenanjung Malaysia dan KEADILAN bagi Sabah dan Sarawak yang dipersetujui tertinggi pimpinan Pakatan.

Ketetapan itu diambil selepas parti itu menerima surat ROS berhubung penggantungan Jawatankuasa Eksekutif Pusatnya.

Seperti SPR, SPRM, polis dan institusi kehakiman, ROS juga dianggap antara jentera Umno BN untuk mengekal kuasa melalui 'keputusan teknikal'.

Rabu, 17 April 2013

UNDILAH CALON PAS = PAKATAN HARAPAN RAKYAT ~ HAJI IDRIS BIN AHMAD

PROFIL CALON PAS N05 DUN HULU BERNAM

by Pru Dun Hulu Bernam (Notes) on Monday, April 15, 2013 at 11:48pm
HJ MUHAMAD IDRIS BIN AHMAD

TARIKH LAHIR : 10HB APRIL 1961
ALAMAT : NO. 11A, JALAN KERUING 4A, TAMAN KERUING, RASA, HULU SELANGOR 

ISTERI : HAJJAH ROZLINAH BINTI HASHIM


CAHAYA MATA

AADAM BIN MUHAMAD IDRIS(22 tahun)
NUUH BIN MUHAMAD IDRIS (20 tahun) IBROHIM BIN MUHAMAD IDRIS (19 tahun) IISA BIN MUHAMAD IDRIS (17 tahun) MUUSA BIN MUHAMAD IDRIS (15 tahun) DAAWUD BIN MUHAMAD IDRIS (13 tahun) SULAIMAAN BIN MUHAMAD IDRIS (12 tahun) MARYAM THOHIRAH BINTI MUHAMAD IDRIS (10 tahun)


PENDIDIKAN
1972 SEK REN BANDAR HILIR MELAKA (PENILAIAN DAJAH 6)
1976 SEK MEN AMINUDDIN BAKI JB JOHOR(SRP)
1978 SEK TINGGI MUAR JOHOR(SPM)
1980 PUSAT ASASI SAINS UNIVERSITI MALAYA
1984 INSTITUT TEKNOLOGI MARA DPLOMA KEJURUTERAAN AWAM

KERJAYA
'86-'89 LANKHORST PANCABUMI CONTRACTORS SDN BHD (Site Supervisor) '90-'92 SHIMIZU CORPORATION SDN BHD (Site Supervisor) 92-'02 PERCON CORPORATION SDN BHD (Auditor-Technical) '02-'11 SUNWAY CONSTRUCTION SDN BHD (Senior Supervisor) '11- kini ALLIANCE PRECAST INDUSTRIES SDN BHD  (QA QC Executive)

POLITIK
1990 SETIAUSAHA PAS CAW SEKSYEN 11, KAW SHAH ALAM

2002-2005 SETIAUSAHA PAS CAW RASA, KAW HULU SELANGOR

2005-2007 KETUA IT PAS KAW HULU SELANGOR

2007-2009 SETIAUSAHA PAS KAW HULU SELANGOR
2009-2011 NYDP PAS KAW HULU SELANGOR
2011- KINI YDP PAS KAW HULU SELANGOR


KHIDMAT KEMASYARAKATAN
2002 TYDP PIBG SEK REN KEBANGSAAN RASA
2002 SETIAUSAHA SURAU TAMAN KERUING RASA
2011-KINI AJK MASJID ALKHOLIDIAH RASA
2012-KINI KETUA BIRO KESELAMATAN TAMAN KERUING RASA

Selasa, 9 April 2013

AKHIRNYA, PENAMAAN CALON 20 APRIL, UNDI PADA 5 MEI



Suru­hanjaya Pilihan Raya (SPR) setelah mengadakan mesyuarat khas menetapkan tarikh penamaan calon dan pengundian bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pada 20 April (penamaan calon) dan 5 Mei (hari pengundian).

Rabu, 3 April 2013

WAN AZIZAH TIDAK BERTANDING PRU13

KUALA LUMPUR 31 Jan: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan berkempen untuk semua calon dari parti itu membantu kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).
Menurutnya, beliau tidak bertanding PRU 13, namun akan sentiasa memberi sokongan kepada calon mewakili KEADILAN termasuk Pakatan.
Bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh selama dua penggal itu berkata, walaupun beliau tidak layak bertanding untuk kerusi Parlimen, tetapi beliau masih boleh bertanding di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
“Saya layak untuk bertanding, dan saya memang pengundi di Permatang Pauh. Tetapi kali ini biarlah saya berkempen untuk semua, membantu Pakatan Rakyat menang,” katanya kepada Keadilan Daily ketika ditanya berkenaan kerusi mana akan ditandingi beliau nanti.
Sebelum ini, beliau tidak menolak kemungkinan akan bertanding di mana-mana kerusi DUN pada pilihan raya umum akan datang.
“Saya mahu bebas berkempen di semua tempat. Jika saya bertanding, saya akan terhad kepada kawasan saya,” katanya.
Beliau turut menyeru semua jentera KEADILAN agar memperkemas gerak kerja menjelang pilihan raya.
“Dalam Mesyuarat MPP (Majlis Pimpinan Pusat) Isnin lalu, kita (KEADILAN) dah bincangkan semua tentang pilihan raya, agihan kerusi dan sebagainya. Kita dah bersedia,” katanya lagi.
Wan Azizah mula bertanding dalam PRU 1999 selepas suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara ekoran tuduhan jahat Umno BN.
Wan Azizah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh pada 31 Julai 2008 bagi memberi laluan kepada suaminya bertanding di kerusi itu pada pilihan raya kecil, selepas dibebaskan pada 2 September 2004.

ds wan azizah dan nurul izzah ada keupayaan sendiri

anwar pc close 01

SHAH ALAM 3 APRIL : Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan wujudnya elemen nepotisme di dalam parti itu kerana isteri dan anak sulungnya menyandang jawatan tertinggi berasaskan keupayaan dan semangat juang.
Jelas Anwar, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail mula mengambilalih kepimpinan parti itu ketika Anwar dipenjarakan selama enam tahun.
“Manakala anak saya Nurul Izzah telah melalui liku-liku yang mencabar dan bukannya seorang puteri raja yang memperolehi berbilion ringgit dan pelbagai kelebihan.
“Dan beliau juga menghadapi kesukaran juga ketika untuk memasuki universiti dan menghadapi serangan daripada pelbagai sudut.
“Kita berada di sini berdasarkan perjuangan dan boleh bandingkan (antara kita dan) mereka yang kaya dan terkenal.
“Saya serahkan soal ini kepada rakyat Malaysia untuk menentukan dan memberikan peluang sepertimana rakyat Malaysia yang lain,” kata Anwar.
Beliau berkata demikian ketika diwawancara oleh Televisyen Antarabangsa Al-Jazeera secara langsung pada jam 6.15 petang Waktu Malaysia.
Menjawab soalan lain, Anwar berkata gabungan parti PKR-PAS-DAP adalah mantap berasaskan kejayaan mentadbir empat negeri Pakatan Rakyat sepanjang lima tahun lepas.

“Kita melihat Pakatan Rakyat bekerjasama dan telah terbukti dalam soal pentadbiran kerajaan dan akauntabiliti sepertimana yang ditunjukkan di Selangor dan Pulau Pinang.
“Jadi soal perbezaan antara DAP, PAS Dan PKR lebih kepada akademik, ia ada perbezaan tetapi ia tidak merubah halatuju seperti mana gabungan politik di negara-negara lain kerana kita mempunyai agenda yang jelas,” kata Anwar.
Anwar, yakin Pakatan Rakyat berkeupayaan membawa perubahan ekonomi, memerangi rasuah dan membawa negara kepada sistem yang lebih demokratik.
Katanya, pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengamalkan dasar ekonomi yang ‘flip-flop’ dan gagal menguruskan hutang negara dengan baik sehingga menyebabkan defisit RM 400 bilion.
“Untuk meletakkan kesalahan kepada Pakatan Rakyat adalah tidak boleh diterima dan kerajaan yang berkuasa perlu memberikan penjelasan.
“Apa yang lebih penting sekarang ialah memerangi rasuah dan memastikan negara ditadbir secara transparen dan sebaik mungkin,” kata Anwar.

Isnin, 1 April 2013

BEKAS KETUA PENERANGAN AEMNO PEKAN BERTANDING LAWAN BEEND DI RAUB

DAP akan meletakkan Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz - yang pernah menjadi orang kanan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - sebagai calon bagi kerusi Parlimen Raub.

NONEIa diumumkan oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu ceramah parti itu di Raub petang ini.

Mohd Ariff pernah menjadi ADUN Pulau Pemanis antara tahun 2004 hingga 2008. Dari 2000 hingga 2004 beliau menjadi ketua penerangan Umno bahagian Pekan Umno yang masih diketuai oleh Najib.
Lebih dikenali dengan nama blog Sakmongkol AK47, Mohd Ariff telah menjadi blogger politik yang aktif dan kerap pengkritik pentadbiran Najib.

Beliau menyertai DAP pada Januari 2012, bersama dengan ahli veteran Umno, Aspan Alias.

Raub adalah kerusi majoriti pengundi Melayu yang kini diwakili Naib Presiden MCA, Datuk Dr Ng Yen Yen, yang menang dengan majoriti 2,752 undi. Memandangkan majoriti itu hanya 8.2 peratus daripada jumlah pengundian, maka Raub disenaraikan sebagai antara kerusi goyah BN.

bentong ge storySementara itu, Lim juga mengumumkan bahawa DAP memilih Tengku
Zulpuri Shah Raja Puji, seorang kerabat diraja Pahang, sebagai calonnya bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Mentakab.

Tengku Zulpuri adalah seorang jurutera elektronik dan ahli perniagaan. Beliau menyertai DAP pada tahun 2000 dan kemudiannya dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Selayang.

Mentakab merupakan satu lagi kerusi majoriti pengundi Melayu yang kini diwakili Chuah Boon Siong dari MCA, yang memenangi dengan majoriti 2,439 undi majoriti, untuk menewaskan lawannya dari DAP.

Bersama dengan Zairil Khir Johari, kini sah DAP akan membariskan sekurang-kurangnya tiga ahli Melayu yang dilihat menonjol untuk bertanding dalam pilihan raya umum ke-13.