Isnin, 25 Mei 2009

AKTIVITI WANITA PKR HULU SELANGOR 23 MEI 2009 SABTU- KOMPELKS JKKK RASA





BARISAN PIMPINAN WANITA PUSAT PKR 2007/2010

Ketua Wanita
Zuraida Kamaruddin

Timb. Ketua Wanita
Rodziah Ismail

Naib Ketua Wanita
Dr Zaliha Mustaffa
Haniza Talha
Noorsham Abu Samah @ 'Ann'

Setiausaha
Suzana Manja Ibrahim

Bendahari
Hayati Samad

Ketua Penerangan
Elizabeth Wong

Timb Ketua Penerangan
Saira Shameen

Biro Pilihanraya
Hasnah Hashim
Salmah Ismail

Ketua Briged Srikandi
Nurin Ain Abdullah
Timb Ketua Briged Srikandi
Gan Pei Nei

EXCO Wanita
Che Siti Sarina Che Ismail
Dr. Daroyah Alwi
Hajah Hasnah Yahya
Hajah Fauziyah Hamzah
Fathmawaty Salim
Salwah Abu Hassan
Hariyati Ahmad
Rozaini Mohd Rosli
Evelyn Gobile
Azura Ibrahim
Kamariah Abu Hasan
Rohani Bakar
Fuziah Mahadi
Saira Shameen
Tuan Marja Tuan Mat
Glorene Dass

Fasal 2425/26: BAHAGIAN PKR MENGIKUT PERLEMBAGAAN

FASAL 24 : BAHAGIAN
24.1 MPT berkuasa menubuhkan sebuah Bahagian di setiap kawasan Pilihanraya Dewan Rakyat, tertakluk kepada kelulusan bertulis Pendaftar Pertubuhan Malaysia.
24.2 Jumlah minima ahli berdaftar yang diperlukan untuk menubuhkan sesuatu Bahagian dan mengesahkan kewujudan Bahagian tersebut ialah seramai 30 orang.
24.3 Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian hendaklah diadakan sekali setahun sebelum Persidangan Agung Tahunan pada tarikh yang ditetapkan oleh MPT.
24.4 Semua ahli yang berdaftar di sesuatu Bahagian layak menghadiri Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian.
24.5 Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian ialah tiga puluh (30) ahli yang telah menjelaskan yuran. Notis dan Agenda Mesyuarat Agung Tahunan bahagian hendaklah dikeluarkan empat belas (14) hari sebelum tarikh mesyuarat diadakan.
24.6 Tugas-tugas Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian ialah :
24.6.1 Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu, Penyata Tahunan dan Penyata Kira-Kira bagi tempoh setahun yang lalu.
24.6.2 Membincangkan dasar-dasar parti untuk dikemukakan dalam Kongres Nasional Tahunan Parti.
24.6.3 Memilih Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian seperti dalam Fasal 25.1.
24.6.4 Memilih wakil-wakil Bahagian ke Kongres Nasional Tahunan Parti. Wakil-wakil yang dipilih diluar daripada Mesyuarat Agung Bahagian atau pertukaran selepas itu adalah tidak sah.
24.6.5 Mencadangkan calon-calon untuk bertanding menjadi ahli MPT bagi tahun yang diadakan pemilihan di dalam Persidangan Agung Tahunan Parti.
24.6.6 Memilih seorang Pengerusi Tetap, seorang Timbalan Pengerusi Tetap dan dua (2) orang Pemeriksa Kira-kira setiap tiga (3) tahun sekali.
24.7 Mesyuarat Agung Khas Bahagian hendaklah diadakan apabila berlaku salah satu daripada perkara berikut :
24.7.1 Dengan permintaan bertulis daripada sekurang-kurangnya dua pertiga (2/3) daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian.
24.7.2 Dengan permintaan bertulis oleh sekurang-kurangnya 30 ahli Bahagian.
24.7.3 Dengan kehendak dan arahan MPT.
24.8 Jika terjadi salah satu daripada Fasal 24.8.1, 24.8.2 dan 24.8.3; Setiausaha Bahagian hendaklah memanggil Mesyuarat Agung Khas Bahagian itu. Jika Setiausaha Bahagian tidak berbuat demikian dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh permohonan diterima, maka Mesyuarat Agung Khas Bahagian itu hendaklah dipanggil oleh MPT.
24.9 Mesyuarat Agung Khas Bahagian hendaklah diadakan mengikut kaedah Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian.

FASAL 25: JAWATANKUASA BAHAGIAN
25.1 Jawatankuasa Bahagian hendaklah terdiri daripada :
25.1.1 Seorang Ketua.
25.1.2 Seorang Timbalan Ketua.
25.1.3 Tiga (3) orang Naib Ketua; satu dipilih di dalam mesyuarat Agung Tahunan Bahagian dan dua (2) dilantik oleh Ketua Bahagian dengan persetujuan Jawatankuasa Bahagian.
25.1.4 Seorang Setiausaha.
25.1.5 Seorang Bendahari.
25.1.6 Seorang Ketua Angkatan Muda.
25.1.7 Seorang Ketua Wanita.
25.1.8 Seorang Ketua Penerangan.
25.1.9 Lima belas (15) orang Ahli Jawatankuasa Biasa yang dipilih oleh Meyuarat Agung Tahunan Bahagian.
25.1.10 Lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Biasa yang dilantik oleh Ketua.
25.2 Ketua, Timbalan Ketua, seorang Naib Ketua, dan lima belas (15) AJK Biasa yang dipilih hendaklah dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian. Walau bagaimanapun MPT boleh menangguhkan pemilihan bagi suatu tempoh tidak lewat dari enam (6) bulan dari tarikh pemilihan yang sepatutnya diadakan. Jawatan Ketua Angkatan Muda dan Ketua Wanita Bahagian hendaklah dipilih tiap-tiap tiga (3) tahun sekali di dalam Mesyuarat Agung Tahunan Angkatan Muda dan Wanita Bahagian masing-masing.
25.3 Dua (2) Naib Ketua, Setiausaha, Bendahari, Ketua Penerangan dan lima (5) orang AJK Biasa dilantik oleh Ketua Bahagian dan akan memegang jawatan mereka selama tiga (3) tahun, kecuali mereka berhenti atau diberhentikan oleh Ketua Bahagian.
25.4 Calon-calon yang bertanding untuk memegang jawatan dalam Jawatankuasa Bahagian hendaklah dinamakan oleh sekurang-kurangnya dua (2) ahli berdaftar Bahagian itu.
25.5 Jawatan Ahli Jawatankuasa Biasa Bahagian adalah tidak kosong disebabkan oleh seseorang ahli itu dilantik pegawai mengikut Fasal 25.3.
25.6 Jika Ketua Bahagian berhenti atau diberhentikan maka Timbalan Ketua akan memangku jawatan itu dan jika Timbalan Ketua berhenti atau diberhentikan, maka Jawatankuasa bolehlah melantik salah seorang daripada Naib Ketua memangku jawatan Ketua itu atau melantik salah seorang Ahli Jawatankuasa jika ketiadaan Naib Ketua untuk memangku Jawatan itu sehingga diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian.
25.7 Jika dua pertiga (2/3) daripada Ahli-ahli Jawatankuasa Bahagian berhenti serentak, maka MPT hendaklah mengadakan Mesyuarat Agung Khas untuk melantik semula Ahli Jawatankuasa Bahagian itu dan menentukan tempoh perkhidmatannya.
25.8 Jawatankuasa Bahagian hendaklah mengadakan mesyuarat sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh dua (2) bulan atau ;
25.8.1 Pada bila-bila masa lain yang dikehendaki oleh Ketua ; atau
25.8.2 Dengan permintaan bertulis oleh satu pertiga (1/3) daripada semua Ahli Jawatankuasa.
25.9 Jika Setiausaha Bahagian tidak memanggil mesyuarat mengikut Fasal 25.8.2 dalam tempoh tujuh (7) hari daripada tarikh permohonan dibuat, maka ahli-ahli yang memohon boleh memanggil mesyuarat itu dengan syarat semua ahli Jawatankuasa Bahagian dijemput hadir.
25.10 Satu pertiga (1/3) daripada bilangan Ahli Jawatankuasa Bahagian adalah cukup korum bagi menjalankan mesyuarat.
25.11 Tugas-tugas Pegawai dan Jawatankuasa Bahagian :
25.11.1 Ketua :
25.11.1.1 Bertanggungjawab atas perjalanan Bahagian dan Cawangan di dalam Bahagiannya.
25.11.1.2 Bertanggungjawab atas semua pegawai dan anggota pejabat Bahagian.
25.11.1.3 Memanggil dan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian.
25.11.1.4 Melantik dua (2) Naib Ketua, seorang Setiausaha, seorang Bendahari, seorang Ketua Penerangan dan lima (5) orang Ahli Jawatankuasa Biasa serta bertanggungjawab atas kesempurnaan tugas mereka.
25.11.2 Timbalan Ketua :
25.11.2.1 Membantu tugas-tugas Ketua Bahagian.
25.11.2.2 Mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian semasa ketiadaan Ketua Bahagian.
25.11.3 Naib-naib Ketua :
25.11.3.1 Membantu tugas-tugas Ketua Bahagian.
25.11.3.2 Salah seorang Naib Ketua akan mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Bahagian apabila Ketua dan Timbalannya tidak hadir.
25.11.4 Setiausaha :
25.11.4.1 Bertanggungjawab secara langsung kepada Ketua Bahagian.
25.11.4.2 Menjadi pegawai utama mentadbir pejabat Bahagian.
25.11.4.3 Bertanggungjawab atas kesempurnaan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Agung Bahagian.
25.11.4.4 Menyimpan rekod Daftar Ahli Bahagiannya.
25.11.4.5 Menyediakan Penyata Tahunan Bahagian.
25.11.5 Bendahari :
25.11.5.1 Bertanggungjawab atas kesempurnaan perjalanan kewangan Bahagian.
25.11.5.2 Menyedia dan membentangkan laporan kewangan kepada Jawatankuasa Bahagian.
25.11.5.3 Memaklumkan kepada Jawatankuasa Bahagian kedudukan kewangan, harta milik Bahagian dan Pemegang Amanah sekurang-kurangnya sekali setahun.
25.11.6 Ketua Penerangan :
25.11.6.1 Menjalankan tugas penerangan di peringkat Bahagian.
25.11.6.2 Melaporkan kepada Bahagian mengenai tugas-tugas tersebut.
25.11.7 Ketua Angkatan Muda :
25.11.7.1 Melaksanakan tugas-tugas seperti yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Angkatan Muda.
25.11.7.2 Membantu tugas-tugas Ketua Bahagian.
25.11.8 Ketua Wanita :
25.11.8.1 Melaksanakan tugas-tugas seperti yang telah ditetapkan di dalam Peraturan Wanita.
25.11.8.2 Membantu tugas-tugas Ketua Bahagian.
25.11.9 Ahli Jawatankuasa Biasa :
25.11.9.1 Menjalankan kerja-kerja Parti yang dipertanggungjawabkan seperti mana yang ditetapkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Bahagian.
25.12 Tanggungjawab, kuasa dan kewajiban Jawatankuasa Bahagian ialah :
25.12.1 Mengawasi pentadbiran dan membantu menyelesaikan masalah-masalah Bahagian.
25.12.2 Membentangkan Minit Mesyuarat yang lalu, Penyata Tahunan serta Penyata Kira-kira yang telah disahkan oleh Pemeriksa Kira-kira kepada Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian.
25.12.3 Hendaklah menerima wang yuran tahunan keahlian yang dibayar dan seterusnya menyampaikan kepada Bendahari Agung 50% daripada jumlah yuran berkenaan.
25.12.4 Menghantar kepada Setiausaha Agung ; Minit, Penyata Tahunan dan Penyata Kira-kira Bahagian yang telah dibentangkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Bahagian.
25.12.5 Bekerjasama dengan MPT bagi menyediakan senarai ahli-ahli yang berhak mengambil bahagian dalam Mesyuarat Agung Bahagian.
25.12.6 Menentukan perbelanjaan, menamakan mereka yang ditauliahkan menandatangani cek dan menetapkan tempat menyimpan wang.
25.12.7 Melantik Pemegang Amanah, jika perlu, dan memberhentikannya pada bila-bila masa.

FASAL 26 : PEJABAT SETIAUSAHA BAHAGIAN
Pejabat Setiausaha itu bolehlah ditempatkan di mana-mana jua tempat yang ditentukan oleh Jawatankuasa Bahagian itu dan diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.

Perlembagaan PKR dipinda, hadkan tempoh pegang jawatan

GEORGE TOWN: Parti Keadilan Rakyat (PKR) telah memuktamadkan proses meminda perlembagaan parti itu, antara lain mahu mengehadkan tempoh seseorang memegang jawatan presiden iaitu antara dua dan tiga penggal sahaja.
Parti itu dijangka membenarkan kira-kira 30,000 ahlinya memilih pemimpin di peringkat pusat serta menambah jumlah naib presiden daripada lima kepada tujuh.
Cadangan pindaan yang diperhalusi sejak awal tahun ini telah diluluskan oleh jawatankuasa khas mengkaji pindaan perlembagaan PKR.
Pengarah Pilihan Raya PKR, Saifuddin Nasution Ismail berkata, cadangan yang dikemukakan itu akan dibentangkan dalam mesyuarat kongres tahun ini.
"Kita sedang membuat pelarasan kecil kerana kita mengakui keahlian PKR telah bertambah kepada 30,000.
"Kita mesti mempunyai keseimbangan dengan menggabungkan pemimpin-pemimpin lama dan baru dalam parti," katanya semalam.
Saifuddin yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, pindaan perlembagaan parti dilakukan untuk memperlihatkan parti itu menyokong prinsip demokratik yang kukuh selain mencegah sebarang bentuk rasuah daripada menjalar ke dalam parti itu.
"Sebahagian daripada peruntukan perlembagaan kita ada sedikit persamaan dengan Umno, di mana para perwakilan di peringkat cawagan dan bahagian akan memilih pemimpin-pemimpin di nasional.
"Sekarang, kita telah membuat keputusan untuk mengubahnya dengan membenarkan semua ahli parti turut serta memilih pemimpin peringkat pusat," katanya.
Sejajar dengan usaha meminda perlembagaan, kata beliau, PKR juga merancang untuk mengadakan pemilihan parti tahun ini berbanding jadual asal tahun depan.

Rabu, 20 Mei 2009

Perhatian kpd ahli PKR yg hendak ke penamaan calon Penanti

Sila hubungi Setiausaha, Ketua Penerangan atau Ketua Bhg untuk ke Penanti, hari penamaan calon, dijangka bertolak pada Jumaat 22 Mei petang atau malam lepas solat isya.

Ketua Penerangan
016 2772882

Isnin, 18 Mei 2009

SEKITAR MAJLIS PRA PEMBUKAAN PEJABAT PUSAT KHIDMAT BANDAR UTAMA




AMK BERSAMA KETUA BAHAGIAN HULU SELANGOR


Barisan kepimpinan Angkatan Muda Keadilan bahagian bergambar bersama Ketua Bahagian, Nashruddin Abd Aziz (berdiri 2 dari kiri) selepas majlis penyampaian sumbangan kepada golongan miskin, oku dan bencana alam di perkarangan Pusat khidmat Bandar Utama, Batang Kali pada Ahad 17 Mei 2009 jam 4.30 ptg.

Sabtu, 16 Mei 2009

DS ANWAR DI FORUM 513 TO 1MALAYSIA, PETALING JAYA



DS NIZAR DI FORUM 513 TO 1MALAYSIA, PETALING JAYA

Pas rampas Parlimen Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU: Pas merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada Barisan Nasional (BN) apabila calonnya, Mohd Abdul Wahid Endut, menang dengan majoriti 2,631 undi. Abdul Wahid yang juga Yang Dipertua Pas Kuala Terengganu memperoleh 32,883 undi menewaskan calon BN, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh, mendapat 30,252 undi manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam, hanya menerima 193 undi, sekali gus hilang deposit.
Undi rosak pula sebanyak 665 undi manakala peratusan keluar mengundi ialah 79.9 peratus atau 63,993 pengundi.
Keputusan itu diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kuala Terengganu, Wan Mustafa Wan Hassan, di Stadium Negeri jam 9.30 malam tadi. Sebanyak 144 saluran di 36 pusat pembuangan undi dibuka mulai jam 8 pagi dan ditutup jam 5 petang bagi membolehkan 80,229 pemilih berdaftar menunaikan tanggungjawab mereka.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Razali Ismail, akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminudin Baki (IAB), Genting Highlands, 28 November lalu. Pada pilihan raya umum Mac tahun lalu, Allahyarham Razali menewaskan calon Pas, Mohamad Sabu dan calon Bebas, Maimun Yusuf dengan majoriti 628 undi.