Sabtu, 29 Mei 2010

Majlis perasmian Kongres ke6, Kelantan Trade Center, Kota Bharu

TS Khalid - Saya tak kecewa, kritikan perwakilan satu cabaran

KOTA BHARU, 29 Mei — Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak kecewa, sebaliknya melihat kritikan perbahasan perwakilan Kongres Nasional Keenam hari ini sebagai cabaran untuk memantapkan jentera menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Beliau juga tidak menganggap kritikan dan pandangan sebagai serangan ke atas dirinya, sebaliknya ia dilihat sebagai usaha untuk mengemaskan parti dan pentadbiran kerajaan negeri.
“Tidak, tidak saya tidak kecewa. Sebaliknya, saya gembira kerana ada pandangan yang diberikan merupakan maklum balas untuk menguatkan PKR khususnya di Selangor,” kata Abdul Khalid ketika ditemui The Malaysian Insider di sini hari ini.
Abdul Khalid berkata, pandangan-pandangan yang diperlukan merupakan ‘satu bentuk peringatan’ untuk meningkatkan proses komunikasi memastikan kelancaran pelaksanaan program.
Abdul Khalid juga mengakui sebagai pemimpin wajar mendengar input-input yang diberikan oleh perwakilan.
Sebahagian besar perwakilan melahirkan kepentingan Selangor dalam perjuangan untuk menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.
Bagaimanapun mereka juga mengakui bahawa Selangor juga boleh jatuh jika PKR tidak menangani isu-isu yang dihadapi negeri itu. – MALAYSIAN INSIDER

Jumaat, 28 Mei 2010

TERKINI DARI KOTA BHARU - SHAMSUL ISKANDAR MAHUKAN SIASATAN TERHADAP JHO LOW, JUTAWAN MUDA

KOTA BHARU 28 Mei - Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyiasat latar belakang seorang rakyat Malaysia bernama Jho Low lulusan Wharton School of Business dan bagaimana beliau mampu memperolehi kekayaan sebegitu banyak dalam usia 28 tahun.
Shamsul mendakwa Jho juga terlibat sebagai penasihat kepada Terengganu Investment Authority, badan yang ditubuhkan untuk mengurus pelaburan hasil daripada royalti minyak negeri itu.
Malah lebih mengejutkan Shamsul mendakwa Jho merupakan individu misteri yang terlibat dalam usaha merampas tanah Pengkalan Tentera Udara DiRaja Malaysia Sungai Besi dengan bersekongkol dengan anak dan isteri Perdana Menteri.
"Kita desak SPRM menyiasat siapa Jho Low ini. Bagaimana dia memdapat kekayaan sehingga The New York Times melaporkan bagaimana anak muda ini berbelanja beratus ribu dolar berseronok di kelab-kelab eksklusif di bandaraya itu dalam beberapa bulan dan terus berbelanja besar. Semua maklumat berkenaan individu ini adalah daripada media luar negara dan kemudiannya dilaporkan oleh media tempatan. Ini menimbulkan keraguan siapa gerangan Jho Low ini dan bagaimana dia boleh menjadi begitu kaya dalam usua muda dan mempunyai kaitan dengan tokoh politik.
"Saya juga mendapat maklumat bahawa beliau juga memainkan peranan untuk merampas tanah kem TUDM di Sungai Besi bersama anak Perdana Menteri dan 'Big Mama' (Datin Seri Rosmah Mansor)," kata beliau dalam ucapan dasar pada perasmian Kongres Nasional Tahunan AMK 2009 di sini pagi tadi.
Dalam ucapan beliau yang bertema "Mewarisi Nilai Mempertegas Perjuangan" Shamsul berkata kalau dahulu angkara KKN - Korupsi, Kronisme dan Nepotisme - di terajui golongan veteran seperti mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi kini KKN dipelopori oleh golongan muda.
"AMK juga mendesak Dr Tun Mahathir yang dilaporkan oleh Barry Wain dalam bukunya telah melenyapkan lebih RM100 bilion aset dan harta rakyat selama beliau menjadi Perdana Menteri.
"Kita juga mahu SPRM siasat 'Prebet' Khairy Jamaluddin yang mana rakan baik beliau mencadangkan kepada kerajaan menggunakan Apco, firma yang semua tahu berselirat dengan tokoh Zionis yang zalim," kta beliau dengan penuh semangat.
Beliau bertegas negara bakal bankrup bukan disebabkan rakyat mahukan subsidi tetapi oleh golongan pemimpin Umno-Barisan Nasional yang korup.
"Kita mahu tiga 'puaka' ini disiasat oleh SPRM," tegas Shamsul lagi.

Rabu, 26 Mei 2010

TS KHALID DIMINTA LEPASKAN JAWATAN PARTI SELANGOR


KUALA LUMPUR, 27 Mei — Kongres Nasional Keenam Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bermula malam ini, dijangka antara lain akan menggesa perubahan kepimpinan parti peringkat negeri khususnya di Selangor.

Desakan perubahan di Selangor dijangka menjadi perhatian ekoran kesan kegagalan mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor ketika pilihan raya kecil 25 April lalu.
The Malaysian Insider difahamkan perwakilan dari Selangor dijangka membawa cadangan meminta agar pucuk kepimpinan negeri memikul tanggungjawab atas kegagalan itu dengan melepaskan jawatan sebagai pengerusi negeri Selangor.
Malah difahamkan desakan itu juga antara kandungan laporan bedah siasat yang disediakan baru-baru ini.
Kongres Nasional Keenam bermula malam ini dengan perasmian perhimpunan sayap Pemuda dan Wanita manakala peringkat pusat Sabtu dan Ahad ini.
Dalam ucapannya Presiden PKR Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dijangka akan menyentuh keberkesanan kepimpinan dan hala tuju Selangor yang diterajui wakil PKR.
“Memang ada pandangan sedemikian agar kepimpinan negeri memikul tanggungjawab dan dirombak seluruh badan perhubungan negeri,” kata seorang pemimpin PKR, yang tidak mahu namanya didesahkan, dengan melihat Selangor sebagai bakal kubu kuat bagi PKR dalam pilihan raya umum ke-13.
Pakatan Rakyat Selangor telah mengadakan pertemuan bagi membincangkan laporan bedah siasat pilihan raya kecil Hulu Selangor, kelmarin.
PKR meletakkan Datuk Zaid Ibrahim sebagai calonnya mewakili Pakatan Rakyat di Hulu Selangor.
Bagaimanapun PKR tidak dapat mempertahankan kerusi itu yang dimenangi pada Mac 2008. Ia dimenangi oleh BN.
Seorang lagi sumber memberitahu syor tentang perubahan kepimpinan negeri akan dibangkitkan ketika kongres dalam usaha memperkemaskan jentera parti di peringkat negeri.
“Secara kebetulan desakan ini wujud ketika parti hendak mengadakan kongresnya… malah pada kebiasaannya pucuk kepimpinan akan membuat perubahan kepimpinan negeri selepas kongres tahunan.
“Jadi, akan ada perwakilan mengemukakan permintaan ini dan ia berlaku secara kebetulan, desakan ini akan dilihat kuat minggu ini,” kata seorang lagi pemimpin kepada The Malaysian Insider.
Menteri Besar Selangor merupakan Pengerusi PKR negeri dan beliau telah bertindak sebagai pengarah pilihan raya kecil PKR di Hulu Selangor.
Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor ialah Abdullah Sani Abdul Hamid yang juga Angota Parlimen Kuala Langat.
“Walaupun tiada desakan rasmi, secara langsung, jika Tan Sri Khalid mengumumkan bahawa beliau akan lepaskan jawatan sebagai pengerusi negeri, beliau akan dilihat sebagai seorang berjiwa besar demi masa depan parti,” katanya.
Bagaimanapun pemimpin ini mengakui adalah tidak adil meletakkan beban itu ke atas bahu Khalid, yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak, semata-mata.
Keberkesanan jentera pilihan raya PKR menjadi fokus persoalan ketika kempen bulan lalu.
Walaupun PKR mempunyai pengalaman menguruskan pilihan raya kecil Permatang Pauh, Penanti dan Bukit Selambau secara langsung ia dikatakan longgar di Hulu Selangor.
Dalam pada itu, Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin secara terbuka mengakui bahawa perlu adanya perubahan dalam kepimpinan negeri Selangor.
Anggota Parlimen Ampang ini berkata, beliau berpendapat pada masa sekarang tanggungjawab memimpin jentera parti negeri dan pentadbiran kerajaan negeri perlu dipikul berasingan oleh dua yang lain.
“Saya secara peribadi merasakan topi ketua parti negeri dan ketua kerajaan negeri (Selangor) perlu dipikul oleh dua orang yang berlainan,” kata beliau sambil menyangkal beliau mempersoalkan kebolehann Khalid.
“Saya cuma mengambil berat tentang parti. Saya lihat parti perlu diperkuatkan untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang,” katanya.
Kini Khalid satu-satunya pemimpin parti negeri turut menyandang jawatan menteri besar.
Pakatan Rakyat memerintah kerajaan negeri Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Selangor diterajui pemimpin PKR, Pulau Pinang (DAP) manakala Kedah dan Kelantan (PAS).
“Mungkin di parti-parti lain, ketua kerajaan negeri juga memegang jawatan ketua parti negeri.
“Tetapi dalam kes PKR, saya merasakan kita belum bersedia lagi, mungkin satu hari nanti apabila kita sudah kuat, kedua-dua jawatan itu boleh dipegang oleh orang yang sama,” kata beliau dengan mengakui bahawa desakan ini timbul secara kebetulan selepas berakhirnya pilihan raya kecil dan ketika diadakan kongres nasional.
Khalid juga disebut-sebut akan bertanding jawatan timbalan presiden PKR hujung tahun ini.- MALAYSIANINSIDER

NAJIB RASUAH SAMY VELLU . . .

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menuntut satu siasatan dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyelamatkan khazanah kekayaan negara daripada difaraidkan untuk kepentingan Umno BN.

Ini ekoran pendedahan S Vell Paari, anak Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu bahawa seorang Pegawai Khas Perdana Menteri telah datang membawa tawaran daripada Perdana Menteri menawarkan gelaran Tun dan jawatan Duta bagi tujuan kompromi isu calon Barisan Nasional (BN) untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Hulu Selangor, baru-baru ini.
“Pendedahan ini suatu yang serius yang menunjuk ada unsur dan amalan rasuah dalam pemilihan calon BN dari MIC dalam PRK Hulu Selangor,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Selasa, 25 Mei 2010

ADA USAHA GAGALKAN KONGRES PKR 28 - 30 MEI MINGGU INI DI KOTA BHARU..


KOTA BHARU, 25 Mei: Kira-kira 2,500 perwakilan dan pemerhati Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan berkampung di sini selama tiga hari bermula 28 Mei bagi menghadiri Kongres Nasional yang bertemakan Harapan Baru Selamatkan Malaysia.
 
Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan PKR negeri, Abdul Aziz Kadir (gambar) berkata, perwakilan yang terbabit dalam kongres berkenaan seramai 1,500 orang dan selebihnya di kalangan pemerhati yang datang dari seluruh negara.

Katanya, pada 28 Mei diadakan Kongres Wanita dan Angkatan Muda Keadilan (AMK), manakala kongres penuh pada 29 dan 30 Mei bertempat di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC) Kota Bharu.

“Perasmian kongres Wanita dan AMK akan dilakukan Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali, manakala majlis perasmian kongres penuh pada Sabtu disempurnakan Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail,” katanya di sini.

Kongres Wanita diadakan di KTC, manakala kongres AMK di Perdana Resort.

Abdul Aziz juga anggota parlimen Ketereh berkata, Kongres Nasional yang julung kali diadakan di Kota Bharu dijangka membincangkan usaha-usaha memantapkan parti di samping persediaan menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Menurutnya, antara tetamu yang dijemput khas menghadiri perasmian kongres termasuk duta-duta asing di Malaysia dan pemimpin utama Pakatan Rakyat.

”Kongres yang diadakan di Kelantan akan memberi manfaat besar kepada parti khususnya dalam menyuntik semangat baru kepada anggota parti peringkat akar umbi.

”Ini berikutan tindakan diambil beberapa pemimpin yang bertindak keluar parti sebelum ini. Peristiwa yang berlaku itu sekali-kali tidak pernah melemahkan semangat kami,” ujarnya.

Beliau juga mendakwa kemungkinan akan berlaku sabotaj di kalangan bekas anggota PKR bagi menggagalkan kongres berdasar beberapa maklumat yang diterima.

Namun katanya, pihak pengurusan dan urusetia kongres sudah mengambil tindakan awal bagi mengelakkan perancangan jahat mereka tidak menjadi kenyataan. 

Katanya, sempena kongres berkenaan ceramah perdana akan diadakan di tujuh lokasi serentak pada malam 28 Mei membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat.

Antaranya, Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang akan berceramah di padang Dewan Majlis Daerah Tanah Merah.

Selain itu ceramah juga diadakan di Pasir Puteh, Jeli, Tumpat, Pasir Mas, Ketereh dan Besut.

Ahad, 23 Mei 2010

SAIFUDDIN - KONGRES 28-30 MEI LAMBANG KEUTUHAN PKR


PENGKALAN CHEPA, 24 Mei: Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan mengadakan kongres kali keenam pada 28 hingga 30 Mei ini adalah menjadi lambang keutuhan parti, kata setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution Ismail(gambar).
Kongres itu akan diadakan di Dewan Konvensyen Kelantan Trade Centre (KTC) yang disertai kira-kira 2,000 perwakilan dari seluruh negara.
Demikian dinyatakan Saifuddin ketika ditemui selepas menyampaikan ceramah isu semasa anjuran Urusetia Kerajaan Negeri Kelantan bertempat di Kampung Pauh Panji, malam tadi.
Beliau berkata, tema kongres kali ini ialah ‘Harapan Baru Selamatkan Malaysia’ di mana tumpuan akan diberikan kepada ucapan dasar presiden yang akan mengulas empat perkara iaitu isu-isu disiplin dan organisasi, PKR dan prestasi negeri-negeri Pakatan Rakyat, isu-isu pilihan raya dan isu-isu semasa.
“Presiden juga akan menyentuh isu semasa dan memberikan penjelasan yang panjang lebar berkaitan isu membabitkan Yang Berhormat meninggalkan parti,” ujar beliau lagi.
Katanya, isu lompat parti disentuh secara terperinci oleh presiden dan perwakilan akan diberi masa secukupnya untuk membahaskan pelbagai isu semasa dalaman parti dan kongres kali ini akan menyaksikan 206 perwakilan cabang yang akan hadir.
“Perbahasan kali ini akan diberi ruang secukupnya dengan memberi tumpuan kerangka ucapan dasar presiden dan penutup kongres pada 30 Mei akan disampaikan oleh Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim,” kata beliau yang juga Ahli Parlimen Machang.
Sementara itu, bagi mengisi program sebelah malam, dua ceramah perdana akan diadakan iaitu di Tanah Merah yang akan dihadiri oleh Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang manakala di Kota Bharu pada 29 Mei pula oleh tiga Menteri Besar iaitu Tuan Guru, Lim Guan Eng dan Tan Sri Khalid Ibrahim.
Menyentuh isu keahlian semasa PKR kini, Saifuddin berkata, PKR kini mempunyai keahlian yang sah seramai 125,000 orang walaupun digembar-gemburkan dengan ahlinya yang keluar parti pada setiap kali pilihan raya kecil diadakan.
“Saya sangat berpuas hati dengan keahlian masa kini, tetapi ia tidak bermakna tiada ruang untuk menambahkan ahli dan usaha untuk menambah ahli semakin meningkat.
“Kongres kali ini juga akan menyentuh isu keahlian dan perwakilan akan diberi penerangan langkah untuk menarik ahli, jadi kongres ini juga akan mengingatkan kita kerja-kerja asas parti iaitu siap sedia menghadapi pilihan raya pada bila-bila masa,” katanya lagi.
Turut menyampaikan ceramah pada majlis itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang juga Adun Panchor dan Adun Pasir Tumboh, Ahmad Baihaki Atiqullah.

Jumaat, 21 Mei 2010

umno membisu lagi..soal lesen judi

Mana dia pemimpin Umno terutamanya pemuda yang dulu begitu lantang bersuara isu kalimah Allah. Kenapa mereka sembunyikan diri tidak menentang isu judi bola yang telah ditandatangani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Rabu, 19 Mei 2010

PKR PARTY ELECTIONS THIS YEAR END...

By G Vinod


PETALING JAYA: PKR leaders have tentatively agreed to call for party elections this year, but not during the congress scheduled for the end of this month.

This means there may be two national congress sessions this year, according to the party’s deputy secretary-general, Sharifah Shahidah.

She said the second session was likely to be held close to the end of the year.

Speaking to reporters at the PKR headquarters today, Sharifah said the three-day congress beginning on May 28 would focus on financial and administrative issues pending from 2008.

Those issues should have been finalised last year, but the 2009 congress focussed on amending the party constitution, she added.

She said the upcoming congress would also address the issue of defections from the party, evaluate the Selangor state government’s performance and brainstorm on ways to strengthen inter-party ties within Pakatan Rakyat.

The congress will be held in Kota Bahru because “Kelantan is the role model” for Pakatan parties, said Radin Shamsulkamar, who is the organising secretary for the event.

“Despite all the hardships imposed on the state by the federal government,” he noted, “Kelantan has remained an opposition stronghold for many years now.”

PKR Deputy President Syed Husin Ali will open the congress at the Kelantan Trade Centre.

Ahad, 16 Mei 2010

SIBU : SUPP DISAPPOINTED

SIBU: Two religious issues raised by the Opposition may have turned the tide against Barisan Nasional, said SUPP president Tan Sri Dr George Chan Hong Nam.
He said the controversy over the word “Allah” was capitalised to devastating effect. “Yes, this issue was very damaging. The Opposition used it to full effect.
“The Opposition also claimed that Bibles were seized and burned in Peninsular Malaysia. Personally, I don't believe that we (the Govern-ment) would do such things.
“However, the tide turned against us because the Opposition used such controversial and sensitive issues.
“We (the SUPP) were not prepared to answer such allegations because we never encountered such religious problems in the state.
“We were overwhelmed by the issues they brought up,” he said when asked to comment on the defeat of Barisan's Robert Lau Hui Yew to the DAP's Wong Ho Leng.
Dr Chan, who is Deputy Chief Minister, said he felt sad for the people of Sibu. He said the SUPP was disappointed with the outcome because of the implications.
When pointed out that there were also other issues that the Opposition had brought up against the Barisan, such as the flood woes, alleged unfair distribution of projects, nepotism and money politics, he said the SUPP had answered all these allegations.
“In previous elections, the Opposi-tion harped on such issues, but the people understood when we replied.
“This time, the issues raised were of a totally different nature. We were not prepared,” he said, adding that the SUPP did not anticipate that the DAP would harp on such inflammatory issues for political purposes.


Sabtu, 15 Mei 2010

Mustaffa Kamil - Kongres Tahunan PKR di Kota Bharu bincang isu dalaman dan etika kempen jawatan parti

PETALING JAYA: Isu dalaman dan etika pemilihan jawatan parti mungkin menjadi agenda utama perbincangan kongres tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kota Bharu akhir bulan ini.
Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub berkata, bagaimanapun sehingga ini parti belum menetapkan sebarang usul khusus untuk  dibincangkan. Katanya, isu lain yang mungkin diketengah dan dibincangkan dalam kongres tersebut ialah pasukan polis yang bertindak di luar batasan ketika bertugas.
"Perwakilan mungkin juga membincangkan mengenai kedaulatan negara yang kian terancam dengan pelbagai perkara yang berlaku," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today, hari ini.
Bagaimanapun, menurut Mustaffa Kamil, kongres kali ini tiada sebarang jawatan dipertandingkan.
Katanya,  kongres itu akan berlangsung selama tiga hari mulai 28 Mei di Pusat Dagangan Kelantan, di Kota Bharu. "Kongres itu sepatutnya berlangsung tahun lalu tetapi ditangguhkan untuk memberi laluan kepada kongres khas untuk meminda perlembagaan PKR.
"Kita tak sempat nak buat kongres , jadi ia dibawa ke tahun ini. Ini kongres tahunan biasa, bukannya pemilihan. "Kongres pemilihan PKR akan diadakan di Kuala Lumpur dijangka bulan November ini," katanya. Kongres di Kota Bharu itu bermula dengan persidangan tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan pada 28 Mei.
Persidangan penuh kongres akan berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu 30 dan 31 Mei.  Dijangka kongres tersebut akan dihadiri kira-kira 1,800 perwakilan dari seluruh negara.

Isnin, 10 Mei 2010

Fitnah 2 - Keterangan Saiful Bercanggah, Prosiding Ditangguh Lagi

KUALA LUMPUR 11 Mei -Prosiding kes fitnah 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Jalan Duta bersambung pagi ini selepas ditangguhkan semalam selepas peguam bela Karpal Singh memohon penangguhan untuk membuat penghujahan bagi mendapatkan beramaran Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Antara pemimpin Pakatan Rakyat hadir memberikan sokongan pada pagi ini ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang.

9.15 Pagi - Saiful memberikan keterangan bahawa semua kenyataannya telah direkodkan oleh pegawai polis Jude Pereira semenjak 29 Jun 2008

9.15 Pagi - Saiful keluar daripada kandang saksi selepas Karpal memohon untuk mendapatkan keterangan yang telah dibuat kepada polis

9.29 Pagi - Karpal mempertikaikan kenyataan Saiful kerana menurutnya kenyataan yang dibuat di mahkamah berbeza dengan kenyataan yang dibuat kepada polis.

Menurut Karpal, Keterangan Saiful kepada polis adalah "tanpa kerelaan" yang mana kesalahan tersebut di bawah seksyen 377(B) kanun acara jenayah.

Dalam hujahnya, Saiful mendakwa hubungan seks yang dilakukan itu adalah tanpa kerelaannya, manakala Anwar pula didakwa menurut Seksyen 377b atas kesalahan mengadakan hubungan di luar tabii, maka berlaku percanggahan antara dakwaan dan kenyataan Saiful.

9.33 Pagi - Karpal mahukan keterangan tersebut dibawa ke dalam mahkamah untuk siasatan lanjut.

9.54 Pagi - Hakim Mohd Zabidin Md Diah meminta tempoh sama ada untuk memberikan kenyataan saksi Saiful

Mahkamah membuat keputusan menangguhkan perbicaraan sehingga esok pagi

Semalam, prosiding soal balas Saiful ditangguhkan selepas tiga jam apabila pihak pembelaan telah dinafikan dengan senarai saksi.

Hari ini, prosiding tamat dalam masa tidak sampai satu jam apabila Karpal mempertikaikan tuduhan yang dikenakan terhadap Anwar samada "tanpa kerelaan" atau sebaliknya.

Karpal turut meragui kenyataan Saiful yang bercanggah dan tidak konsisten di dalam mahkamah dan keterangannya kepada polis.

Zabidin menangguhkan perbicaraan mahkamah hingga esok pagi bagi membuat keputusan sama ada keterangan Saiful itu boleh dirujuk ke mahkamah.

Rabu, 5 Mei 2010

Selasa, 4 Mei 2010

Mahkamah bebaskan 10 aktivis bersih

KUALA LUMPUR, 4 Mei: Mahkamah Sesyen Jenayah 3 Jalan Duta di sini membebaskan 10 aktivis Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) yang ditahan di pekarangan bangunan Parlimen pada 11 Disember 2007 lepas.
Hakim Fathiyah Idris semasa membaca penghakiman kira-kira jam 10.30 pagi tadi menyatakan, pertuduhan yang dikemukakan pihak pendakwaan adalah cacat.
Pihak pendakwa jelasnya, gagal membuktikan wujudnya perhimpunan haram pada hari tersebut yang menyalahi Seksyen 27 (5) (a) Akta Polis 1967.
Manakala pihak polis pula jelasnya lagi, hanya bertindak mengikut jangkaan bahawa akan berlakunya himpunan.
Antara mereka yang ditahan kerana dituduh menyertai perhimpunan itu ialah Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli, Ketua Pemuda dan Muslimat PAS Pusat, Nasrudin Hassan dan Ustazah Nuridah Salleh, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali dan Presiden PSM, Dr Mohd Nasir Hashim.
Manakala lima lagi adalah Badilah Muda, Hashim Awang, Azira Arifin, Mohd Sabri Syafie dan Ang Hok Gan.
"Kita menganggap keputusan mahkamah hari ini adalah paling tepat.
"Pada hari itu kami datang ke parlimen atas tanggungjawab sivik kami untuk menghantar memorandum, kita bukan nak pergi berhimpun," kata Hatta selepas ditemui di luar bilik mahkamah.
Mereka pada jam 11.30 pagi, 11 Disember 2007, telah hadir ke bangunan parlimen bagi menghantar satu memorandum, mendesak kerajaan supaya tidak melanjutkan khidmat Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada waktu itu.
Ekoran itu mereka telah ditangkap dan dituduh mengadakan perhimpunan haram dibawah Seksyen 27(5)(a) Akta Polis 1967 (Akta 334) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 27(8) Akta yang sama.
Bersih dalam satu kenyataan sebelum 11 Disember 2007 itu, membantah usaha kerajaan meminda perlembagaan bagi melanjutkan usia persaraan kakitangan SPR.
Kerajaan dikatakan akan meminda Perlembagaan untuk melanjutkan umur persaraan anggota-anggota SPR dari usia 65 ke 66 bagi membolehkan Rashid terus berkhidmat.
Usul tersebut buat kali pertamanya dibentang secara tergesa-gesa untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat pada 20 November 2007 oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohammed Nazri Abdul Aziz yang dibacakan untuk kali kedua pada 11 Disember tahun berkenaan.
BN ketika itu dikatakan amat memerlukan khidmat Rashid yang licik bagi memastikan kemenangan dalam pilihan raya umum 2008.

Isnin, 3 Mei 2010

PEMUDA PAKATAN RAKYAT SERAH MEMO AMIRULRASYID AMZAH KPD SUHAKAM


KUALA LUMPUR, 3 Mei: Pemuda Pakatan Rakyat menyokong saranan supaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) menyiasat kes remaja mati ditembak polis di Shah Alam, minggu lalu.
Sehubungan itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menubuhkan segera suruhanjaya diraja bagi menjalankan siasatan.
Beliau menyatakan demikian sebelum menyerahkan memorandum Pemuda Pakatan Rakyat kepada Suhakam berhubung kes tembakan Allahyarham Aminulrasyid Amzah, di pejabat suruhanjaya itu petang ini. Hadir sama ialah Ketua Pemuda PAS Pusat,  Nasrudin Hassan dan Ketua Dapsy, Anthony Luke Siew Fook.
Di dalam memorandum tersebut, Pemuda Pakatan menyokong saranan Presiden Institut Perhubungan Awam Malaysia yang juga mantan Pesuruhjaya Suhakam, Prof  Datuk Hamdan Adnan supaya Suhakam sebagai badan bebas menyiasat kes tersebut sebagai pihak ketiga kerana tidak mempunyai sebarang kepentingan dan memastikan siasatan dijalankan dengan telus.

Blogger terkaya... Tak sangka - sangka !

Pas mencabar Kickdefella untuk membuat laporan Polis atau laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika benar beliau mempunyai bukti yang menunjukkan pimpinan Pas mencipta pembohongan dan memaksa beliau menjadikannya sebagai bahan propaganda dalam isu RM4 juta.

Ketua Penerangannya, Idris Ahmad berkata, Pas tidak terkejut dengan dakwaan penulis blog Kickdefella atau Syed Azizi Syed Abdul Aziz berhubung isu RM4 juta yang digunakannya bagi melawan Kerajaan Barisan Nasional (BN) selama ini.

”Beliau kini terdesak untuk kembali bersama UMNO yang baru-baru ini sanggup membayar RM77 juta kepada Apco Worldwide untuk mencita Slogan 1 Malaysia dan menjadi perunding kepada Kerajaan BN bagi melawan kebangkitan Pakatan Rakyat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Sebelum ini, Syed Azidi mendakwa menerima peruntukan lebih RM4 juta sepanjang tiga tahun bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Idris berkata, Kickdefella meletakan harga dirinya RM 4 juta dengan harapan pihak tertentu menawarkan harga yang lebih tinggi supaya beliau terus menyebarkan cerita untuk menjatuhkan imej Kerajaan Kelantan dan Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat. ”Perkara sebegini adalah lumrah dalam dunia politik kerana ada manusia yang sanggup menjual diri demi untuk mencari makan dan hidup mewah.

Pas sudah lama bersedia dengan propaganda media sebegini,” katanya. Menurutnya, setiap jentera Kerajaan Kelantan telah bekerja bersungguh-sungguh untuk membina imej Kerajaan Pas Kelantan, namun kita tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menaburkan fitnah dan pembohongan.

Sementara itu, utusan melaporkan Penulis blog, Syed Azidi Syed Abdul Aziz hari ini mendedahkan nama pemberi peruntukan RM4 juta untuk menjalankan operasi gerak saraf bagi mewujudkan persepsi buruk terhadap kepimpinan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Beliau yang berbuat demikian bagi menyahut cabaran Dewan Pemuda Pas Kelantan supaya mendedahkan mereka yang terlibat memberitahu, terdapat lima individu utama yang memberikan peruntukan berkenaan.
Dakwanya, mereka ialah Exco kerajaan negeri, ahli majlis kerajaan tempatan, pengarang sebuah akhbar propembangkang, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kelantan dan pemimpin Dewan Pemuda Pas Kelantan.
Kesemua senarai terbabit, jelasnya, telah diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ketika beliau memberikan kenyataan kepada suruhanjaya tersebut kelmarin.
Syed Azidi dalam kenyataannya di sini hari ini mendakwa, peruntukan itu diberikan untuk menggerakkan operasi gerak saraf yang dijalankan melalui sebuah syarikat perunding media, Global Media Channel Sdn. Bhd. (GMC) yang beribu pejabat di Jalan Kota Darul Naim di sini bermula pada Julai 2007.
“Penyumbang terbesar ialah ahli majlis terbabit iaitu RM2.6 juta bermula pada Julai 2007 sehingga November 2008.
Dunia...dunia...macam-macam cara nak kaya dan glamour..bila ajal sampai...kain putih saja yang kita bawa...laptop nak update blog pun kita tak bawa bersama walaupun kita percaya "live after death"...

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/