Ahad, 9 Oktober 2011

GULA GULA PILIHANRAYA? ~ NURUL IZZAH

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan Bajet 2012 adalah memberi gula-gula yang menyeluruh kepada rakyat. Katanya, pemberian yang diberikan oleh UMNO dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini adalah satu tektik yang diamalkan oleh UMNO-BN sejak turun-temurun apabila semakin hampir menjelangnya pilihanraya umum. “Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kini baru... sedar perlu untuk membantu mengurangkan bebanan rakyat. Jelas ternyata UMNO telah menceduk idea cadangan daripada Pakatan Rakyat (PR)”. Saya benar-benar merasa bimbang, tiadanya reformasi “business as usual” kedepan, ianya akan memberi kesan majoriti tiga perempat Bumiputera yang memerlukan kekal dalam perangkap kemiskinan. Kerajaan juga bercadang untuk membelanjakan sebanyak RM 230 billion jumlah subtotal Bajet dengan kadar deposit dijangka 14.7% . Apabila bercakap tentang belanjawan yang bertanggungjawab, kerajaan seharusnya bertanggungjawab untuk membantu rakyat. Jelasnya lagi, apa yang saya lihat kerajaan tidak umum langsung usaha untuk fikir menambah sumber kewangan Malaysia. Fokus penambahan kewangan Malaysia langsung tidak diberi. Itu yang kita kesalkan. Apa yang mereka berikan adalah pengenalan mengenai cukai RPGT kembali dengan menambah 5% untuk menjual rumah kurang daripada 2 tahun daripada pembelian. Namun begitu, kita juga merasa gembira dasar –dasar untuk membantu subsidi pendidikan, kakitangan kerajaan, persara telah diangkat dan diceduk pakai oleh UMNO daripada idea belanjawan yang dibentang oleh PR. “Ini satu usaha yang baik tetapi dalam masa yang sama saya nampak PM, Najib bercadang untuk “rewards” beri kepada kroni mereka seperti dalam projek di Langkawi yang di teruskan kepada semua pengusaha hotel. Begitu juga kakitangan JASA yang sibuk menyebarkan fitnah di surau, masjid dan pusat-pusat awam yang lain. Saya benar rasa janggal dengan apa yang berlaku dan tidak rasional bagi mereka. Kalau benar nak bantu rakyat jangan diberi bantu kroni. ”, kata Nurul Izzah. Beliau yang juga merupakan Ahli Parli Lembah Pantai mempertikaikan kedai rakyat 1 Malaysia Mydin. Kerajaan memberi bantuan sebanyak 40% lebih kurang harga pasaran. Dengan tindakan yang dilakukan oleh Kerajan, apakah kesan kepada semua kedai peruncit ?. Jika benar kerajaan ingin membantu rakyat, kita galak mereka beri baucer kepada rakyat seperti yang dilakukan oleh kerajaan PR. Rakyat boleh pilih barang keperluan yang mereka suka dengan menggunakan baucer tersebut. Tetapi kenapa kerajaan nak subsidi harga barang dengan memiliih Mydin?. Apakah akan berlaku kepada semua kedai runcit ini?. Sudah pasti mereka akan lingkup. JIka kerajaan nak menang undi pun, bukan ini caranya dan mereka perlu bertanggungjawab. Saya benar rasa bimbang, justeru itu saya desak agar Kerajaan fikir semula dengan imbuhan yang hendak di berikan. Kami tidak kisah apa sekali kerajaan nak ceduk idea daripada PR, perkara itu memang baik tetapi jangan buat untuk kepentingan kroni mereka. “Saya juga ingin menegaskan kerajaan seharusnya memikirkan Kebajikan rakyat yang dalam kesempitan ekonomi dan pada masa yang sama rakyat seharusnya tidak terpedaya dengan janji manis UMNO dalam bajet yang dibentangkan kerana ianya bersifat sementara untuk meraih undi dalam PRU13”, katanya kepada media ketika mengadakan program pemberian buah-buahan di Pasar Pagi Sri Sentosa bersama rakyat tanpa mengira parti dan bangsa disini pagi semalam. Editor : khaulah Azwar

Tiada ulasan:

Catat Ulasan