Isnin, 24 Oktober 2011

UIA TARIK BALIK PENGGANTUNGAN AZIZ BARI

pro bari poster uia 241011
pro bari poster uia 241011Universiti Islam Antarabangsa (UIA) menarik balik penggantungan Pakar Perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari sebagai pensyarahnya berkuatkuasa serta-merta.

Menurut peguam Zulqarnain Lukman, beliau menerima surat daripada universiti memaklumkan bahawa anak guamnya harus melapor diri kepada dekan fakulti undang-undang esok.

Peguam itu mengesahkan ia bermaksud Aziz boleh menyambung tugasnya seperti biasa esok.

Bagaimanapun, tambahnya, siasatan terhadapnya masih berjalan kerana universiti perlu masa menimbangkan dengan teliti jawapan kepada surat tunjuk sebab.

Jawapan Aziz dihantar pada jam 2.30 petang ini walaupun tarikh akhirnya esok.

Penamatan penggantungannya dimaklumkan melalui faks empat jam kemudian.

Rampas laptop
Dalam surat tunjuk sebab yang diterima minggu lalu, Aziz didakwa mengeluarkan kenyataan yang bertentangan dengan kepentingan universiti.

Zulqarnain percaya bahawa penarikan terhadap Aziz ekoran tekanan daripada kakitangan universiti, mahasiswa, ahli akademik, peguam dan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah serta orang awam.

"Saya di pejabat profesor hari ini dan saya lihat poster menyokong anak guam saya di pelbagai tempat di fakulti," katanya kepada Malaysiakini.

Polis hari ini membawa Aziz ke pejabatnya untuk mengambil gambar bilik dan merampas laptopnya.

"Semua ini dilakukan untuk polis melengkapkan siasatan dan menghantar semula kertas siasatan kepada timbalan pendakwaraya Selangor," kata Zulkarnain.

Katanya, komputer itu milik UIA.

Demonstrasi

Siasatan terhadapnya bermula sejurus selepas Senator Mohd Ezam Noor membuat laporan polis terhadapnya dan Malaysiakini atas dakwaan menghina Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah.

Aziz sebelum ini berkata baginda sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campurtangan tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.

Selepas bermulanya siasatan polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), pihak universiti mengeluarkan surat tunjuk sebab terhdemadapnya.

Tindakan itu dikritik keras ahli akademik dan mahasiswa yang mendakwa tindakan itu mencabul kebebasan akademik.

Insiden itu merangsang demonstasi ratusan mahasiswa Jumaat lalu.

Mereka juga merancang mengadakan sebuah lagi demonstrasi sempena kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke universiti itu malam esok.


NONE

Rabu, 19 Oktober 2011

KEPUTUSAN PEMILIHAN CALON PRU DISERAH KPD PUCUK PIMPINAN ~ YAAKOB SAPARI

AMPANG PECAH - Jawatankuasa PKR di peringkat akar umbi menyerahkan sepenuhnya keputusan pemilihan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13) kepada pimpinan parti.
Bagaimanapun, Ketua Cabang PKR Kota Anggerik, Yaakob Sapari melahirkan keyakinan, calon yang dipilih kelak bakal memperlihatkan kombinasi pengalaman, muda termasuk calon wanita.
Menurutnya, sesiapa calon yang dipilih parti, keputusan itu pastinya sudah diatur sebagai satu strategi kemenangan terutama di peringkat Pusat.
“Calon pilihan raya adalah hak mutlak pimpinan parti dan tugas kita adalah fokus memastikan Pakatan Rakyat (PR) bertahan di negeri Selangor.
“Sesiapa sahaja yang dihantar oleh pimpinan, saya yakin keputusan itu sudah diatur dengan bijaksana yang penting kita nak menang dan kita nak buat perubahan,” katanya ketika diminta mengulas hasrat PKR mengetengahkan golongan muda sebagai calon PRU 13.
Beliau ditemui pada pelancaran Pertandingan Memancing GP Selangor 2011 Siri 8 di Tasik Taman Millenium, di sini.
Yaakob yang juga Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan berkata, agenda utama PR adalah untuk menawan Putrajaya dan membawa perubahan di Selangor.
Menurutnya, tempoh tiga tahun awal pentadbiran PR tidak cukup untuk memperlihatkan perubahan yang dibawa walaupun telah banyak agenda dilakukan.
“Justeru usaha ke Putrajaya perlu dilakukan dengan penuh strategik, agenda besar kita mahu memperbaiki segala kepincangan.
“Jadi kepada ahli, hormatilah segala keputusan yang dibuat parti, saya pasti pimpinan telah mempertimbangkan soal kombinasi pengalaman, muda dan kita raikan semua termasuk juga wanita,” katanya.
Dalam laporan sebelum ini, Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali mendedahkan proses penyenaraian calon PRU 13 yang dikatakan bakal menonjolkan kalangan muda dari peringkat akar umbi.
Menurut Azmin, PKR mahu memilih calon yang mampu memberi kemenangan dan yang tidak mengkhianati amanah rakyat yang telah memilihnya.

Jumaat, 14 Oktober 2011

PKR BERSEDIA MERAMPAS PARLIMEN HULU SELANGOR

BATANG KALI - “Kita serius hadapi PRU (Pilihan Raya Umum) akan datang, sebab kita mahu menang kali ini,” kata Ketua PKR Cabang Hulu Selangor, Muhamad Nazar Yakin selepas menghadiri Mesyuarat Jentera Pilihan Raya (JPR) PKR Dewan Undangan Negeri (Dun) Batang Kali.

Muhamad Nazar berkata, PKR akan memanfaatkan masa yang ada untuk meyakinkan rakyat dan menggerakkan seluruh jentera sebelum tibanya PRU.

“Kita bertanding di peringkat Parlimen dan kita perlukan jentera yang kuat di setiap Dun, usaha ini akan digerakkan dengan bantuan komponen Pakatan Rakyat (PR) lain untuk merampas kembali Parlimen ini dan seluruh kerusi Dun,” katanya.

Dalam mesyuarat JPR itu, beberapa usul turut dikemukakan khususnya mengenai pemilihan calon tempatan yang akan bertanding pada PRU13 nanti.

Mesyuarat yang dipengerusikan Setiausaha PKR Cabang, Romeyzee Zainuddin itu turut dihadiri Timbalan Ketua PKR Cabang, Mustafa Kamal Sapinggi dan Pengarah Dun Batang Kali, Mat Rahat Ibrahim.

Sementara itu, Mustafa turut melahirkan keyakinan PR mampu menang dan merampas kembali Parlimen daripada Barisan Nasional (BN).

Menurutnya, rakyat semakin matang, jentera yang disusun juga sudah mampu mengatur strategi menumpaskan lawan.

“Kita yakin PR boleh menang, bukan saja di Parlimen malah di kesemua kerusi Dun, jentera yang matang setelah melalui beberapa siri pilihan raya kecil (PRK) sudah mampu menewaskan parti lawan,” katanya.

Dalam pada itu, Mat Rahat menasihatkan ahli parti dan penyokong supaya tidak mudah mengalah dengan menterjemahkan sokongan serta harapan mereka melalui undi.

Menurutnya, penyokong parti perlu berkorban, ikhlas dan sabar serta mengikut strategi parti ketika menentang jentera BN.

Isnin, 10 Oktober 2011

HUTANG NEGARA MENINGKAT SEHINGGA RM437 BILLION SETAKAT 30 SEPT 2011 ~ ANWAR

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan hutang negara kini mencecah RM437 bilion berdasarkan Laporan Bank Negara yang dikeluarkan baru-baru ini.
“Laporan Bank Negara Malaysia bertarikh 30 september 2011 menyatakan angka hutang negara setakat suku ke 2 tahun ini menunjukkan hutang negara mencecah RM437 bilion,” kata Anwar pada pembentangan belanjawan Pakatan Rakyat 2012 di parlimen hari ini.
Menurutnya, jika unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2011 dibuat berdasarkan pertumbuhan 5 peratus, maka kadar keberhutangan negara kini mencecah 53 peratus dari KDNK negara.
Kadar itu, katanya, jauh lebih tinggi berbanding pada 2007 iaitu sebanyak 42 peratus dari KDNK negara.
“Kadar hutang isi rumah pula mencecah RM577 bilion iaitu 77 peratus dari KDNK berbanding pada 1997 hanya 33 peratus dari KDNK.
“Maknanya di bawah menteri kewangan yang secara kebetulan semuanya perdana menteri sebelum 1998, rakyat Malaysia terpaksa berhutang lebih hingga kadar keberhutangan meningkat sekali ganda dalam masa 13 tahun,’ katanya.
Keadaan itu, kata Anwar, diburukkan lagi dengan kadar defisit yang berpanjangan sejak mantan-mantan Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang memegang tampuk perbendaharaan negara.
“Defisit negara diunjurkan mencecah 6 peratus bagi tahun 2011, jauh tersimpang dari janji Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit ke kadar 5.2 peratus seperti yang dibentangkan di dalam belanjawan dan Rancangan Malaysia Kesepuluh,” kata Anwar.
Ketika membentangkan belanjawan alternatif Pakatan Rakyat di parlimen hari ini, Anwar berkata ia bertujuan untuk membantu rakyat mengharungi hidup yang semakin terhimpit.
Pakatan memperuntukkan RM220 bilion dalam belanjawan berkenaan melibatkan penjimatan  sebanyak RM4 bilion dari perbelanjaan kerajaan BN.
Ia menumpukan usaha  mengurangkan defisit kepada 4.4 peratus berbanding kadar 6 peratus daripada KDNK tahun ini.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=2129

Ahad, 9 Oktober 2011

MAJLIS PAKATAN RAKYAT HULU SELANGOR BERSIDANG ~ 2 OKT AHAD DEWAN DATO ABD HAMID, BATANG KALI

GULA GULA PILIHANRAYA? ~ NURUL IZZAH

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyifatkan Bajet 2012 adalah memberi gula-gula yang menyeluruh kepada rakyat. Katanya, pemberian yang diberikan oleh UMNO dalam pembentangan Bajet 2012 baru-baru ini adalah satu tektik yang diamalkan oleh UMNO-BN sejak turun-temurun apabila semakin hampir menjelangnya pilihanraya umum. “Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, kini baru... sedar perlu untuk membantu mengurangkan bebanan rakyat. Jelas ternyata UMNO telah menceduk idea cadangan daripada Pakatan Rakyat (PR)”. Saya benar-benar merasa bimbang, tiadanya reformasi “business as usual” kedepan, ianya akan memberi kesan majoriti tiga perempat Bumiputera yang memerlukan kekal dalam perangkap kemiskinan. Kerajaan juga bercadang untuk membelanjakan sebanyak RM 230 billion jumlah subtotal Bajet dengan kadar deposit dijangka 14.7% . Apabila bercakap tentang belanjawan yang bertanggungjawab, kerajaan seharusnya bertanggungjawab untuk membantu rakyat. Jelasnya lagi, apa yang saya lihat kerajaan tidak umum langsung usaha untuk fikir menambah sumber kewangan Malaysia. Fokus penambahan kewangan Malaysia langsung tidak diberi. Itu yang kita kesalkan. Apa yang mereka berikan adalah pengenalan mengenai cukai RPGT kembali dengan menambah 5% untuk menjual rumah kurang daripada 2 tahun daripada pembelian. Namun begitu, kita juga merasa gembira dasar –dasar untuk membantu subsidi pendidikan, kakitangan kerajaan, persara telah diangkat dan diceduk pakai oleh UMNO daripada idea belanjawan yang dibentang oleh PR. “Ini satu usaha yang baik tetapi dalam masa yang sama saya nampak PM, Najib bercadang untuk “rewards” beri kepada kroni mereka seperti dalam projek di Langkawi yang di teruskan kepada semua pengusaha hotel. Begitu juga kakitangan JASA yang sibuk menyebarkan fitnah di surau, masjid dan pusat-pusat awam yang lain. Saya benar rasa janggal dengan apa yang berlaku dan tidak rasional bagi mereka. Kalau benar nak bantu rakyat jangan diberi bantu kroni. ”, kata Nurul Izzah. Beliau yang juga merupakan Ahli Parli Lembah Pantai mempertikaikan kedai rakyat 1 Malaysia Mydin. Kerajaan memberi bantuan sebanyak 40% lebih kurang harga pasaran. Dengan tindakan yang dilakukan oleh Kerajan, apakah kesan kepada semua kedai peruncit ?. Jika benar kerajaan ingin membantu rakyat, kita galak mereka beri baucer kepada rakyat seperti yang dilakukan oleh kerajaan PR. Rakyat boleh pilih barang keperluan yang mereka suka dengan menggunakan baucer tersebut. Tetapi kenapa kerajaan nak subsidi harga barang dengan memiliih Mydin?. Apakah akan berlaku kepada semua kedai runcit ini?. Sudah pasti mereka akan lingkup. JIka kerajaan nak menang undi pun, bukan ini caranya dan mereka perlu bertanggungjawab. Saya benar rasa bimbang, justeru itu saya desak agar Kerajaan fikir semula dengan imbuhan yang hendak di berikan. Kami tidak kisah apa sekali kerajaan nak ceduk idea daripada PR, perkara itu memang baik tetapi jangan buat untuk kepentingan kroni mereka. “Saya juga ingin menegaskan kerajaan seharusnya memikirkan Kebajikan rakyat yang dalam kesempitan ekonomi dan pada masa yang sama rakyat seharusnya tidak terpedaya dengan janji manis UMNO dalam bajet yang dibentangkan kerana ianya bersifat sementara untuk meraih undi dalam PRU13”, katanya kepada media ketika mengadakan program pemberian buah-buahan di Pasar Pagi Sri Sentosa bersama rakyat tanpa mengira parti dan bangsa disini pagi semalam. Editor : khaulah Azwar

MESYUARAT AGONG TAHUNAN CABANG HULU SELANGOR~ AHAD 9 OKT 2011 DEWAN MERDEKA KUALA KUBU BHARU

 
Salam kpd semua penyokong tegar dan anggota PKR Hulu Selangor yang menghadiri mesyuarat agong pertama sejak pemilihan tahun lalu 2010 lalu. Harapan anggota parti tinggi untuk melihat perpaduan dan keutuhan serta kesepakatan dalam parti. Namun tidak dapat  tidak ianya masih di lihat goyang melihatkan keadaan mesyuarat dan kedatangan anggota parti sendiri tidak mencerminkan jumlah keanggotaan cabang. Mula terfikir adakah anggota-angota parti memang berjumlah seramai itu.
Banyak dirumuskan oleh Sdr Mustaffa Kamil Ayub yang menjadi perasmi (sepatutunya YB Zuraida) dan Sdr Krishnasamy yang datang khas sebagai wakil negeri untuk memantau, antara lain untuk perpaduan anggota parti dan perjuangan bersama DS Anwar yang seharusnya di pikul bersama di peringkat akarumbi parti.
PRU13 sudah ditepi korner, banyak perlu digerakkan dan sokongan rakyat di PRK yang lepas harus dipikul bersama. Gerak kehadapan dan teruskan perjuangan.

Jumaat, 7 Oktober 2011

HELAH PILIHANRAYA ~ DS ANWAR

KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Belanjawan 2012 yang baru sahaja dibentangkan sebagai tidak realistik dan merupakan satu lagi helah menjelang pilihan raya umum ke-13.
Belanjawan yang dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak itu juga disifatkan Anwar sebagai “menjanjikan banyak perkara tetapi tiada perincian tentang meningkatkan pendapatn negara atau ketelusan”, lapor The Malaysian Insider.
“Ia tidak realistik. Amat jelas satu helah pilihan raya. Dalam 10 tahun lepas, anggaran pertumbuhan, defisit dan pelaburan asing sentiasa berbeza dengan angka sebenar,” kata Anwar.
Najib sebentar tadi mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara tahun 2012 pada kadar 5 ke 6 peratus, satu anggaran yang dikritik penganalisa ekonomi sebelum ini sebagai tidak realistik.
Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Kesejahteraan untuk Rakyat pula mengunjurkan pertumbuhan ekonomi negara pada kadar 4 ke 4.5 peratus sahaja.
Anwar seterusnya menambah bahawa Najib membentangkan satu belanjawan yang “diciplak dari Pakatan Rakyat tetapi tidak mampu dilaksanakan BN”.
Antaranya adalah bantuan RM500 wang tunai setahun kepada isirumah dengan pendapatan bulanan kurang daripada RM3000.
Ia hampir sama dengan bantuan RM1000 setahun kepada isirumah yang layak seperti dibentangkan Pakatan Rakyat dalam Belanjawan Kesejahteraan untuk Semua sebelum ini.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=21513