Sabtu, 18 Julai 2009





Lawan, kita lawan!! Bersemangat YB Manikavasagam membangkitkan nostalgia reformasi kepada hadirin dimasa Ceramah Perdana Isu Semasa pad 17 Julai 2009 (Jumaat 9 mlm). YB Manikavasagam yang baru "keluar" dari lokap polis di Kuala Lumpur telah hadir di Serendah demi memperkasakan penyokong-penyokong dan pendukung Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat amnya.
Penceramah lain adalah YB S.Sivarasah, Sdr Mat Rahat Ibrahim dan Sdr Nashruddin Abd Aziz, Ketua Cabang Hulu Selangor. Tetamu undangan pada malam itu adalah YAB DS Anwar dan YB Azmin ALi, telah tidak dapat hadir disebabkan ada komitment lain @ mesyuarat Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun hampir 1000 orang telah menyokong dengan kehadiran dari penduduk sekitar pekan Serendah dan jemputan yang hadir dari pimpinan PAS dan DAP. Nampaknya jemputan via email amat efektif...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan