Akhirnya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP Unisel) berjaya menganjurkan program "Pidato Kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan "Forum Memperkasa Peranan mahasiswa" semalam di kampus Unisel Bistari Jaya.
DS Anwar di dalam pidatonya telah mengungkap beberapa kata-kata hikmah dari pemikir antarabangsa dan mahukan semua mahasiswa universiti menyahut cabaran beliau untuk tidak menjadi perkakasan dan mangsa propaganda kepada golongan yang kejam, zalim dan menindas golongan miskin.
Sambutan luarbiasa dari 1500 orang mahasiswa kampus sebelum itu telah di awal-awal lagi bersabar untuk menatapi wajah DS Anwar apabila tiga ahli panel forum, Sdr Mustaffa Kamil Ayub, Sdr Shamsul Iskandar dan YB Yusmadi Yusoff mengisi ruang majlis dengan hujah dan pengalaman mereka. Turut hadir adalah Datin Seri Dr Azizah dan anak-anak DS Anwar, Timbalan Naib Canselor HEP, Prof. Hj Zainal Abidin Kidam, YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak, Exco Kerajaan Negeri, YB Dr Xavier, YB Nik Najmi, Setiausah Politik kepada Dato Menteri Besar, Sdr Yahya Shaari, Sdr Khalid Jaafar dan lain-lain jemputan.
Sdr Mohd Affandi Abd malik, Setiausaha MPP Unisel turut menyatakan rasa berterimakasih kepada pentadbiran Unisel yang memberikan ruang kepada MPP Unisel untuk berprogram, maka lahirlah program ini, dengan mempunyai matlamat membina dan membuka kerangka minda yang jelas menerusi pembudayaan forum-forum dan wacana segar seperti ini di kalangan mahasiswa Unisel.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan