GEORGETOWN [8.30 am] - Satu pilihanraya kecil bakal diadakan sekali lagi di Parlimen Permatang Pauh Pulau Pinang. Ia berikutan satu berita mengejutkan telah kami terima sebentar tadi bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Datuk Hamdan Abd Rahman (foto), dikatakan telah meninggal dunia pagi ini. Allahyarham meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) Kuala Lumpur pagi ini kerana sakit jantung. ADUN PAS dilaporkan menghembuskan nafas terakhir, kira-kira jam 6.30 pagi tadi. Permatang Pasir adalah satu daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Permatang Pauh. Al-Fatihah buat Allahyarham, semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang soleh dan mendapat rahmat dariNya.
Khamis, 30 Julai 2009
Khamis, 23 Julai 2009
Chua menyampaikan ceramah pertama selepas masuk PKR
Bekas Naib Presiden MCA Datuk Chua Jui Meng semalam menyampaikan ceramah pertamanya selepas keluar dari MCA di depan ratusan penyokong Parti Pakatan Rakyat (PKR) di Kuala Selangor.
Chua berkata keputusan meinggalkan parti berkenaan adalah satu tindakan yang tepat setelah melihat pelbagai propaganda yang dicetuskan oleh Barisan Nasional.
Chua berkata keputusan meinggalkan parti berkenaan adalah satu tindakan yang tepat setelah melihat pelbagai propaganda yang dicetuskan oleh Barisan Nasional.
Selasa, 21 Julai 2009
POLIS AMBIL KENYATAAN DARI EXCO EAN YONG DAN YB MANOHARAN
Isnin, 20 Julai 2009
SIARAN MEDIA : SIDANG AKHBAR KETUA CABANG - 21 JULAI SELASA 2.30 PTG
Satu sidang akhbar di pejabat PKR Cabang Hulu Selangor akan diadakan, SEMUA WAKIL MEDIA dijemput hadir di pejabat PKR Cabang Hulu Selangor beralamat No.45M Jalan Orkid 2A, Bandar Bukit Sentosa.
Harap maklum.
Harap maklum.
Merujuk pada artikel "Kerani Dedah Perbuatan Bos" Sinar Harian
Saturday, July 18, 2009
DI AIBKAN DIATAS PERTUDUHAN TIDAK BERASAS
http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story2966633.asp
Kenyataan yang dikeluarkan adalah tidak berasas.Ini adalah satu konspirasi untuk menjatuhkan Ketua Cabang PKR Hulu Selangor,Saudara Mohd Nashruddin Abd Aziz.
Konspirasi ini diwujudkan untuk menjatuhkan Ketua Cabang PKR Hulu Selangor.Konspirasi ini adalah berpunca daripada rasa tidak puas hati Timbalan Ketua Cabang PKR Hulu Selangor,Saudara Kassim Yaacob yang tidak layak menjadi Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor Sesi 2009/2010.
Cerita yang dipaparkan di media direka sebegitu baik seperti Sinetron Bawang Putih Dan Bawang Merah.Mengikut keterangan media yang dikeluarkan Kerani tersebut bernama Fatimah Zahara Aly Rahhman,yang berumur 19 tahun.Daripada maklumat yang diterima Fatimah merupakan seorang bekas pelajar yang bermasalah dan mempunyai banyak masalah gejala sosial.Pencapaian Akedemik Fatimah juga adalah tidak memberansangkan dan menyebabkan kesukaran untuk mendapatkan perkerjaan.Fatimah diambil bekerja di Pusat Khidmat Rakyat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN)Batang Kali adalah diatas permintaan seorang ibu yang kasihankan anak nye yang tidak mempunyai pekerjaan dan banyak menghabiskan masa dengan gejala sosial nya.
Fatimah di ambil bekerja di Pusat Khidmat Rakyat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN)Batang Kali adalah kerana permintaan ibu nya.Pada suatu hari ,ketika Saudara Mohd Nashruddin Abd Aziz sedang makan di restoran kepunyaan ibu kepada Fatimah,ibu Fatimah telah meminta pertolongan Saudara Mohd Nashruddin Abd Aziz supaya memberikan peluang pekerjaan kepada anak nya berikutan anaknya masih tidak mempunyai pekerjaan.
Oleh kerana kasihan kan kepada seorang Ibu itu Saudara Mohd Nashruddin Abd Aziz telah menawarkan Fatimah untuk bekerja di Pusat Khidmat Rakyat, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dewan Undangan Negeri (DUN)Batang Kali. Disepanjang tempoh Fatimah bekerja,Fatimah sudah mula menunjukkan perangai Buruk nya di pejabat.seperti berkelakuan tidak sopan.Berkelakuan seperti anak gadis remaja yang 'GEDIK-GEDIK'.Perangai nya itu tidak disenangi oleh semua pihak.Memandangkan fatimah hanyalah seorang gadis remaja yang baru meningkat dewasa,dia masih diberi peluang untuk bekerja dan merubah perangainya.Tetapi malangnya ada pihak yang tidak berpuas hati dan telah mengambil kesempatan untuk mencipta konspirasi bagi mengaibkan dan menjatuhkan Saudara Mohd Nashruddin Abd Aziz.
Fatimah juga merupakan seorang anak gadis yang agak liar yang senang dibawa keluar oleh mana-mana lelaki, pendek kata "BOHSIA". Fatimah juga pernah nampak dibawa keluar untuk berpeleseran oleh beberapa orang lain. Sewaktu inilah dicipta konspirasi untuk menjatuhkan Saudara Mohd Nashruddin Abd Aziz. . . .
Latarbelakang keluarga Fatimah selalu berada didalam kesempitan.Ayahnya sudah berhenti daripada mengambil upah menjahit,manakala ibunya pula sudah berhenti daripada menjalankan perniagaan gerai makanan.Oleh kerana itu ada pihakyang cuba melepaskan kesempitan keluarga fatimah dengan syarat Fatimah bersetuju membuat laporan polis mengenai salah laku atau pertuduhan yang mengaibkan Saudara Mohd Nashruddin Abd Aziz.
Kenyataan ini ditiru rangka sama seperti konspirasi menjatuhkan Datuk seri Anwar Ibrahim,mantan timbalan perdana menteri malaysia kerana pencetus kepada konspirasi adalah didalangi oleh pihak-pihak yang mencipta konspirasi menjatuhkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sumber dari : http://www.puteri-puterireformasi.blogspot.com/
Kematian Teo dibunuh SPRM ; Teori Raja Petra
Semuanya telah diberitahu lebih awal. Amaran demi amaran diberikan tetapi tidak dipedulikan kerana yang memberi amaran ialah Malaysia Today. Malaysia Today dianggap bukan sumber maklumat yang sah. Malaysia Today dianggap penyebar khabar-khabar angin dan cerita-verita karut. Apabila BPR (sekarang SPRM) menculik keluarga seorang inspektor polis, Malaysia Today membongkar cerita tersebut. SPRM menculik isteri dan anak seorang Inspektor polis yang menyiasat tentang ketua kumpulan haram diatas arahan pegawai atasan polis yang berpangkat ASP. Inspector tersebut hanya menjalankan tugas seperti yang diarahkan dan membuka satu fail dan penyiasatan tentang aktiviti pelacuran, pengedaran dadah dan judi haram. Dan ini menyebabkan tiga ketua sindiket ditahan. Apa yang dimahukan oleh SPRM amat mudah. Mereka mahukan Inspektor polis tersebut mengubah laporannya supaya tiga ketua sindiket tersebut boleh dibebaskan. Dan ispektor polis tersebut perlu melakukannya sekiranya mahukan isteri dan anaknya dibebaskan. Inspektor polis tersebut enggan melakukannya. Sebaliknya dia membuat satu laporan polis. Begitu juga dengan isternya. Tetapi tiada tindakan susulan dibuat oleh pihak polis. Tiada pegawai SPRM yang ditangkap ataupun diheret kemahkamah kerana kesalahan menculik SPRM kemudian membocorkan maklumat tersebut kepada media bahawa mereka sedang menyiasat seorang pegawai kanan polis, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan (CCD), kerana kesalahan tidak mengisytiharkan harta bernilai 27 juta ringgit. Sepatutnya siasatan SPRM adalah rahsia kerana tertakluk dibawah OSA, tetapi itu tidak menja hal. Lagi pun, OSA hanya digunakan terhadap penyokong pembangkang dan bukan mereka yang berkuasa. Walaubagaimanapun, Pengarah CCD tidak didakwa kerana tidak mengisytiharkan harta bernilai RM27 juta. Dia didakwa kerana menyalahgunakan harta milik polis untuk kegunaan sendiri, sesuatu yang dilakukan oleh semua pegawai kerajaan, menteri dan ahli politik setiap hari dan minggu. Tetapi jenayah sebenar yang dilakukan oleh Pengarah CCD ini ialah menahan beberapa ketua kumpulan haram Cina yang mengawal jenayah pelacuran, Ah long, dadah dan judi haram diseluruh Malaysia. Mereka menahan peguam yang bertindak bagi pihak Pengarah CCD tersebut. Pegawai SPRM menahan beliau pada malam raya dan menggari beliau selepas memperlakukan seolah-olah peguam tersebut seperti seorang perompak bank. Untuk memastikan peguam tersebut mendapat malu, beliau ditahan dalam operasi ala Hollywod, dimana beliau ditahan dihadapan seluruh staf beliau. Malaysia Today menulis semua ini. Malaysia Today bukan sahaja menulis semua ini malah mengulang cerita ini berkali-kali untuk memastikan tiada siapa yang terlepas cerita ini. Tapi tiada tindakan dibuat. Tiada siapa yang menafikan cerita ini. Lebih penting lagi, tiada siapa yang melakukan sesuatu tentang apa yang dibongkar oleh Malaysia Today. SPRM telah menjadi alat untuk mereka yang berkuasa untuk sekian lama. Secara rasmi, BN mempunyai 14 parti komponen dimana Umno menjadi peneraju utama. Secara tak rasmi, BN mempunyai 17 parti komponen. Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) adalah komponen ke15, PDRM adalah komponen ke 16, dan SPRM ke 17. Mereka berkhidmat untuk kepentingan Umno dan Perdana Menteri. Bila ditanya, mereka akan menjawab. “Siapa yang tembak? Mana pistolnya? Mana buktinya?” Tak ada siapa yang menembak…tak ada pistol…tak ada yang mati…jadi tiada jenayah yang berlaku! Hari ini, ada mayat bergelimpangan. Ianya adalah mayat seorang pemuda Cina, setiausaha politik kepada ADUN Seri Kembangan yang ditangkap dan disiksa oleh pegawai SPRM. Ya…dia telah disiksa. Dan dia disiksa kerana SPRM mahu dia bercakap. Tetapi dia tak boleh bercakap. Dia tak bercakap kerana tiada apa-apa yang hendak dicakapkan. SPRM mahukan beliau memerangkap rakan-rakan dalam pembangkang. SPRM mahu menyabitkan rakan-rakan beliau dalam pembangkang diatas beberapa kesalahan jenayah yang SPRM dakwa dilakukan oleh pembangkang. Dia cuba menerangkan bahawa dia bukan degil. Dia cuba menerangkan bahawa tiada jenayah yang telah dilakukan. Dia cuba menerangkan bahawa rakan-rakannya dalam pembangkang tidak melakukan jenayah dan itu semuanya hanyalah khayalan SPRM. Jadi, mereka terus menyiksa beliau. Dan dia tidak mampu menahan siksaan. Lagipun, dia bukan lah yang bersifat ‘macho’. Dia merupakan seorang yang berperawakan lembut dan akan berkahwin hari Jumaat ini. Itu sahaja yang dia mahu. Mereka mengugut akan membunuhnya sekiranya dia tidak mahu bercakap. Dengan linangan airmata, dia meminta belas kasihan dan memohon belas kasihan supaya jangan mengapa-apakan dia. Pegawai SPRM mengugut akan mencampak beliau kebawah sekiranya dia enggan bercakap. Dia menangis dan melutut memohon agar tidak diapa-apakan. Mereka mengheret beliau ketengah-tengah bilik dan membuka tingkap. Satu kesilapan berlaku. Sepatutnya ia hanyalah satu ugutan. Mereka hanya mahu menimbulkan ketakutan. Mereka sebenarnya tidak mahu menghumban lelaki tersebut kebawah. Mereka hanya mahu beliau melihat kebawah. Lelaki muda tersebut panik. Dia meronta apabila melihat ketinggian dimana dia akan dicampak. Pegawai-pegawai SPRM tidak dapat mengawalnya dan terlepas. Lelaki tersebut terjatuh dan meragut nyawa beliau. SPRM kemudian mengumumkan bahawa mereka telah membebaskan Teoh Beng Hock malam sebelumnya. Mereka gagal memberitahu bahawa SPRM bukan membebaskan Teoh sebaliknya menghantar Teoh kealam lain. Tiba-tiba mereka menjumpai mayat tersebut. Dia melompat. Dia membunuh diri. Dia mengambil nyawanya sendiri. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak diheret ke tingkap untuk diajar bagaimana hendak terbang. Keadaan ini sudah berlarutan untuk satu jangka masa yang lama. SPRM bertindak seolah-olah mereka Tuhan. Mereka menculik keluarga dan menyiksa mereka yang ditangkap. Mereka mengugut untuk membunuh sisiapa yang mereka tahan sekiranya enggan bercakap. Dan sekarang, lelaki muda ini telah mati. Tetapi tiada sesiapa yang akan didakwa. Tiada sesiapa yang akan menerima hukuman kerana lelaki ini mengambil nyawanya sendiri. Mengapa dia mengambil nyawanya sendiri…tiada siapa tahu. Dia tidak pernah disiksa. Dia tidak pernah diugut untuk dibunuh. Dia tidak diheret ketingkap. Dan dia secara tidak sengaja telah terjatuh. Inilah yang akan diberitahu oleh SPRM kepada kita semua. -translation by MSK (MatSamanKati)
by cheguBard
by cheguBard
Pegawai Dan Kakitangan SUK Beri Penghormatan Terakhir Teoh
Kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock terus mendapat perhatian dan simpati daripada rakyat Selangor dan menuntut keadilan ke atasnya. Hari ini, Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor turut menganjurkan rombongan untuk kakitangan dan pegawai kerajaan untuk memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Teoh yang disemadikan di Taman Peringatan Nirvana, Semenyih, tengah hari tadi.
Rombongan yang disertai kira-kira 50 pegawai dan kakitangan SUK bertolak kira-kira jam 10.30 pagi tadi, manakala sebahagian lagi sudahpun berada di kediaman Teoh di Kelemak, Alor Gajah, Melaka sejak awal pagi.
Mendiang sepatutnya mendaftar perkahwinannya di Melaka Sabtu lalu tetapi ditemui mati, dipercayai jatuh dari tingkat 14, pejabat Suruhanjaya Pencehagan Rasuah Malaysia (SPRM), kira-kira jam 1.30 petang sehari sebelumnya.
Kematiannya menimbulkan seribu tandatanya kerana Teoh dilapor telah dibebaskan selepas soal siasat SPRM jam 3.45 pagi dan kali terakhir dilihat di lobi pejabat itu jam 6 pagi, sebelum hilang dan ditemui mati di bahagian bumbung tingkat lima bangunan 20 tingkat itu.
Setiausaha Politik, Exco Perumahan Selangor, Rosly Abidin berkata sebelum kematian Teoh, kakitangan pejabatnya telah merancang untuk memberi hadiah dan menghadiri majlis perkahwinannya.
"Kami dari SUK, kerajaan mahu kakitangan dan pegawai kerajaan di sini untuk turut serta mengikut bas ke Semenyih."
"Sudah tentu kami memberi perhormatan terakhir, kami sangat ramai, jadi jika ada apa-apa bencana kami perlu beri sokongan kepada mereka," katanya.
Sementara itu, Pihak Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), turut memberi kerjasama mengiringi rombongan berkenaan ke tanah perkuburan tersebut.

Teoh Mati 4-5 Jam Sebelum Ditemui
SHAH ALAM, 20 Julai - Siasatan awal mendapati Teoh Beng Hock sudah meninggal dunia empat atau lima jam selepas mayatnya ditemui mati dekat pejabat Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor pukul 1.30 tengah hari Khamis lalu, kata ketua polis negeri.
Satu serpihan selak penutup tingkap pejabat SPRM itu, di Plaza Masalam di Shah Alam, turut ditemui dekat tempat mayat ditemui, kata Datuk Khalid Abu Bakar hari ini.
Dalam sidang media bersama Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan di ibu pejabat polis negeri di Shah Alam, Khalid berkata rakaman CCTV menunjukkan setiausaha politik seorang exco Selangor memasuki bangunan itu jam 5.15 petang Rabu.
Bagaimanapun tidak rekod Teoh keluar keesokannya selepas dilaporkan selesai siasatan jam 3.45 pagi Khamis.
Khalid juga berkata polis sudah mendapat telefon bimbit Teoh daripada seorang pegawai penyiasat SPRM.
Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan butiran lanjut berkenaan rekod telefon tersebut kerana masih dalam siasatan polis.
Musa, dalam sidang itu, berkata polis setakat ini telah berjaya menyiasat 60 peratus kes kematian tersebut - yang diselubungi pelbagai persoalan. - MALAYSIAKINI

Sabtu, 18 Julai 2009
Lawan, kita lawan!! Bersemangat YB Manikavasagam membangkitkan nostalgia reformasi kepada hadirin dimasa Ceramah Perdana Isu Semasa pad 17 Julai 2009 (Jumaat 9 mlm). YB Manikavasagam yang baru "keluar" dari lokap polis di Kuala Lumpur telah hadir di Serendah demi memperkasakan penyokong-penyokong dan pendukung Parti Keadilan Rakyat dan Pakatan Rakyat amnya.
Penceramah lain adalah YB S.Sivarasah, Sdr Mat Rahat Ibrahim dan Sdr Nashruddin Abd Aziz, Ketua Cabang Hulu Selangor. Tetamu undangan pada malam itu adalah YAB DS Anwar dan YB Azmin ALi, telah tidak dapat hadir disebabkan ada komitment lain @ mesyuarat Pakatan Rakyat. Walau bagaimanapun hampir 1000 orang telah menyokong dengan kehadiran dari penduduk sekitar pekan Serendah dan jemputan yang hadir dari pimpinan PAS dan DAP. Nampaknya jemputan via email amat efektif...

Khamis, 16 Julai 2009
Tragedi Panas - Pembantu Exco jatuh bangunan
Kematian Teo Beng Hock Pasti Akan Dipolitikan POLITIK negara nampaknya kalut lagi. Konflit antara Pakatan Rakyat dengan BN tidak akan berakhir malah akan menjadi hangat dan panas. Kematian pegawai khas Exco Selangor, Teo Beng Hock, 30 secara misteri hari ini yang dikatakan terjatuh dari tingkat 20 Ibu Pejabat SPRM Selangor di Plaza Masalam, Shah Alam.Walaupun kematian Beng Hock itu atas kehendaknya sendiri atau sebaliknya ia tidak dapat lari daripada akan diperkatakan dan dijadikan isu politik. Sudah barang tentu di pihak Pakatan Rakyat khususnya DAP tidak berpuas hati dengan kejadian itu yang menimbulkan berbagai tanda tanya.Selepas ini akan adalah tuntutan agar siasatan rapi dan terperinci dilakukan bagi memastikan punca kejadian itu. Akan adalah juga selepas ini tunjuk-tunjuk perasaan, protes, penyerahan memorandum dan sebagainya. Dalam sidang parlimen akan datang pastilah ianya akan dibangkitkan. Dan seperti biasa SPRM akan menjadi sasaran pembangkang dengan tohmahan-tohmahan yang perit untuk didengarinya.Walaupun Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Nazri Aziz meminta agar jangan dispekulasikan kejadian itu dan tunggu siasatan polis selesai dibuat namun ianya tidak mudah dipedulikan. Hari ini pun salah seorang Exco Selangor, Ronnie Liu telah mengamuk di pejabat SPRM ekoran kejadian itu, ingin mengetahui apakah punca kejadian malang itu.Beng Hock dipanggil ke pejabata SPRM semalam untuk disoal siasat berhubung penyalahgunaan peruntukan kerajaan negeri yang disalurkan kepada wakil rakyat. Wakil rakyat Selangor diperuntukan sebanyak RM500,000 setahun. Beliau disiasat hingga jam 3:00 pagi dan dijangka akan menyambung hari ini dengan mengemukakan beberapa bukti yang diminta.Seramai tujuh Adun Selangor termasuk Exco dari Pakatan, kesemuanya keturunan China disiasat oleh SPRM. Mereka ialah, Teresa Kok (Kinrara), Hannah Yeoh (Subang), Elizebeth Wong (Bukit Lanjan), Dr Chean Wing Yih (Damansara Utara), Edward Leu (Bukit Gasing).Disebabkan kesemua Adun yang disiasat itu keturunan Cina menyebabkan ada Exco mempersoalakan siasatan berkenaan sebagai sengaja dan bermotif tertentu. Bagaimana pun perkara itu telah dijelaskan oleh Pengarah SPRM Selangor, Mohd Shukri Abdullah siasatan itu adalah prosuder biasa bila mana ada laporan mengenainya.Menurutnya juga tidak perlu mana-mana pihak merasa gentar atau bimbang dengan siasatan itu kerana kalau mereka yang disiasat itu tidak bersalah mereka tidak dikenakan apa-apa tindakan. Sebaliknya kalau didapati ada bukti melakukan kesalahan tunggulah di mahkamah.Seeloknya semua pihak tidak mudah membuat andaian-anaidan tertentu sebaliknya serahkan sahaja kepada SPRM tanpa prejudis terhadap tanggungjawab mereka. [d'kota kl. 9:15 pm 16/07/09]
Isnin, 13 Julai 2009
CERAMAH PERDANA DS ANWAR KE PENJARA?
Semua dijemput hadir
Tarikh: 17 JULAI 2009 (JUMAAT)
Masa: 8.30 mlm
Tempat : Dewan Komuniti Serendah,
Pekan Serendah, Hulu Selangor
Penceramah:
YB Abdullah Sani (MP Kuala Langat)
YB Manikavasagam (MP Kapar)
YB Tian Chua (MP Batu)
YB Zuraida Kamaruddin (MP Ampang)
Tarikh: 17 JULAI 2009 (JUMAAT)
Masa: 8.30 mlm
Tempat : Dewan Komuniti Serendah,
Pekan Serendah, Hulu Selangor
Penceramah:
YB Abdullah Sani (MP Kuala Langat)
YB Manikavasagam (MP Kapar)
YB Tian Chua (MP Batu)
YB Zuraida Kamaruddin (MP Ampang)
SENDIROBIK RAKYAT DI BUKIT SENTOSA
Ketibaan Dr Dorayah, Timbalan Ketua Wanita PKR Selangor disambut gembira oleh pimpinan cabang dan wanita cabang di Hulu Selangor bagi menyertai Sendirobik Rakyat yang dikendalikan oleh Wanita Cabang PKR Hulu Selangor. Beliau kemudiaanya menyertai satu sesi senamrobik tersebut selepas diberikan Selendang Penanung Senamrobik Rakyat sebagai tanda penghargaan kepada Dr Dorayah.
Khamis, 9 Julai 2009
HASRAT MPP UNISEL TERCAPAI, DS ANWAR BERPIDATO DI PENTAS UNISEL - 9 JULAI 2009
Akhirnya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP Unisel) berjaya menganjurkan program "Pidato Kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan "Forum Memperkasa Peranan mahasiswa" semalam di kampus Unisel Bistari Jaya.
DS Anwar di dalam pidatonya telah mengungkap beberapa kata-kata hikmah dari pemikir antarabangsa dan mahukan semua mahasiswa universiti menyahut cabaran beliau untuk tidak menjadi perkakasan dan mangsa propaganda kepada golongan yang kejam, zalim dan menindas golongan miskin.
Sambutan luarbiasa dari 1500 orang mahasiswa kampus sebelum itu telah di awal-awal lagi bersabar untuk menatapi wajah DS Anwar apabila tiga ahli panel forum, Sdr Mustaffa Kamil Ayub, Sdr Shamsul Iskandar dan YB Yusmadi Yusoff mengisi ruang majlis dengan hujah dan pengalaman mereka. Turut hadir adalah Datin Seri Dr Azizah dan anak-anak DS Anwar, Timbalan Naib Canselor HEP, Prof. Hj Zainal Abidin Kidam, YB Azmin Ali, Ahli Parlimen Gombak, Exco Kerajaan Negeri, YB Dr Xavier, YB Nik Najmi, Setiausah Politik kepada Dato Menteri Besar, Sdr Yahya Shaari, Sdr Khalid Jaafar dan lain-lain jemputan.
Sdr Mohd Affandi Abd malik, Setiausaha MPP Unisel turut menyatakan rasa berterimakasih kepada pentadbiran Unisel yang memberikan ruang kepada MPP Unisel untuk berprogram, maka lahirlah program ini, dengan mempunyai matlamat membina dan membuka kerangka minda yang jelas menerusi pembudayaan forum-forum dan wacana segar seperti ini di kalangan mahasiswa Unisel.

Selasa, 7 Julai 2009
SIDANG KHAS KEPADA DUTA DAN DIPLOMAT ANTARABANGSA - KES MAHKAMAH DS ANWAR
Satu sidang taklimat khas telah diadakan pada pagi ini di Hotel De Palma Inn oleh Biro Antarabangsa Parti Keadilan Rakyat (PKR) kepada lebih 45 diplomat antarabangsa sekitar Lembah Klang.Taklimat yang di pengerusi oleh YB Tian Chua turut dihadiri oleh Pengerusi Biro Antarabangsa PKR, Sdr Mustaffa Kamil Ayub dan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim, diantara lain YB Sivarasah, Sdr Edmund Boon dan Pn Lateefa Koya.
Sdr Mustaffa Kamil diantara lain telah memberikan satu gambaran tentang kepentingan kes mahkamah Datuk Seri Anwar kali ini yang mempunyai profail tinggi disebabkan DS Anwar adalah pengemudi barisan ahli parlimen yakni ketua pembangkang selain dari Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat. Situasi politik baru sekarang dimana Pakatan Rakyat sedang mara ke Putra Jaya untuk mengambilaleh kerajaan sekarang selewat-lewatnya di Piliharaya Umum ke 13 kelak. Mustaffa Kamil juga menambah, kerajaan sekarang sedang dalam ketakutan dan pertuduhan mahkamah ini hanya akan merosakkan imej DS Anwar, itulah diantara tujuan dibuat keatas DS Anwar.
Sidang taklimat khas ini akan diadakan dari semasa kesemasa di atas keperluan apabila kes mahkamah ini berjalan kelak, mulai hari Khamis 8 Julai 2009 kelak.
Peguam YB Sivarasah diantara lain telah memberikan hujah tentang kes ini yang mempunyai "player" yang sama seperti Peguam Negara Ghani Patail, bukti-bukti yang sengaja diadakan (fabricated) serta kertas laporan pakar perubatan (dari HKL dan PUSRAWI) yang tidak sehingga hari ini tidak dapat dikemukakan kepada panel penguambela DS Anwar.
Turut sama menjawab soalan adalah Sdr Edmund Boon, memberitahu keyakinan barisan peguam DS Anwar didalam menghadapi kes nahkamah kali ini, turut menjawab soalan dari seorang diplomat, kes sebegini adalah jarang sekali didapati di mahkamah Malaysia.
Sumber: MediaRakyat/SAS www.shaiful-hulusgr.blogspot.com

Ahad, 5 Julai 2009
DSAI bersama Mahasiswa di Unisel
Pidato Kepimpinan oleh Dato Seri Anwar Ibrahim &
Forum Memperkasakan Mahasiswa dan Realiti Politik Kampus
PEMIDATO:
YB Yusmadi Yusoff
Sdr Shamsul Iskandar
Tn Hj Mustafa Kamil Ayub
Moderator :
Prof Mohd Noh Nawawi
Tarikh : 9hb Julai 2009
Pukul : 8 Malam
Tempat : Dewan Utama Unisel Kampus Bestari Jaya.
Anjuran : MPP UNISEL
Orang ramai di jemput hadir.

Langgan:
Catatan (Atom)