Jumaat, 26 Julai 2013

MAKAN DALAM TANDAS LAHIRKAN PERPEPSI SALAH

‘Makan dalam tandas,’ lahirkan persepsi salah

Manusia biasanya terpengaruh dengan maklumat pertama yang mereka terima. Mereka akan lebih percaya maklumat ini walaupun ada maklumat kedua datang yang bertentangan dengannya.
Itulah yang terjadi kepada kes 'kantin dalam tandas' Sekolah Kebangsaan Sri Pristana, Sungai Buloh.

Apabila seorang ibu bukan Islam terjumpa anaknya sedang makan dalam satu bilik persalinan di sekolah dan di bulan puasa, terus tergambar di kepalanya seolah-olah, anak dan rakan-rakannya yang bukan Islam diasingkan untuk makan di bulan puasa. Kononnya tindakan dibuat untuk menghormati kanak-kanak lain yang beragama Islam yang sedang berpuasa.
Lalu beliau masukkan gambar dan persepsi ini dalam laman sosial Facebook.
Pembaca pula terus terbayang begitu juga. Kanak-kanak bukan Islam diasingkan oleh pentadbiran sekolah yang beragama Islam supaya makan di bilik tertutup, dan tandas dipilih untuk menempatkan mereka.
Maka lahirlah persepsi kepada seluruh negara, kanak-kanak sekolah bukan Islam diasingkan untuk makan di bulan puasa dan tandas dipilih sebagai tempatnya.
Inilah yang berlaku dalam kes SK Sri Pristana ini.
Namun, sebagaimana dijangka, itu bukanlah cerita sebenarnya. Ia disahkan oleh Ahli Jawatan Kuasa (AJK) Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu, Mejar Hardeep Singh kepada The Malaysian Insider.
Mungkin kalau AJK beragama Islam memberitahu perkara yang sama, ramai yang tidak percaya dengannya. Ia seolah-olah mahu membela pihak pentadbiran sekolahnya.

Tetapi apabila Hardeep yang bercerita, ia menjadikan cerita ini dipercayai sebagai betul.
Inilah nasib Malaysia. Salah sangka dan perasaan salah faham antara kaum terlalu menebal. Semua perkara berlaku terlalu dilihat daripada perspektif kaum dan agama. Mungkin ini reaksi bukan Melayu dan bukan Islam kepada sikap dan lagak yang ditunjukkan oleh orang Melayu dan Islam yang terlalu ekstrim sebelum ini.
Isu perarakan kepala lembu di perkarangan pejabat SUK Selangor dan ugutan membakar bible yang berbahasa Melayu sudah pasti menyumbang kepada perkara ini. Begitu juga sikap sesetengah pemimpin PAS dalam sesuatu perkara, ia melahirkan salah faham mereka.
"Memang guru besar sekolah ini penyokong kuat Umno. Tetapi dalam kes ini, dia tidak salah dan saya akan membela dia," kata seorang aktivis PAS Cawangan Sri Pristana yang juga seorang bapa kepada murid di sekolah ini kepada The Malaysian Insider.
Sebagaimana kenyataan Hardeep, beliau memberitahu, pelajar sekolah ini menggunakan bilik persalinan yang tidak digunakan ini sejak Mac tahun ini lagi. Ketika itu belum masuk bulan Ramadan di mana umat Islam berpuasa.
Pihak sekolah mengemaskan bilik itu dan meletakkan meja dan kerusi. Di situ tidak ada tandas hanya bilik mandi yang tidak digunakan.
Ia digunakan sebagai tambahan kepada kantin yang ada. Semua kanak-kanak sekolah ini, Islam dan bukan Islam, Melayu, India dan Cina menggunakan bilik ini untuk makan sebagai tambahan kepada kantin sekolah.
"Kantin sekolah ini sempit untuk menampung pertambahan pelajar yang mendadak di kawasan ini. Sebelum ini, ramai pelajar yang makan tepi longkang, tepi jalan pada waktu rehat. Jadi Guru Besar ni ambil inisiatif untuk gunakan bilik persalinan yang tidak digunakan itu sebagai tempat makan," katanya.
Namun cerita ini menjadi lain apabila gambarnya disiarkan buat pertama kalinya seolah-olah mereka dipaksa makan di dalam kawasan tandas di bulan Ramadhan untuk menghormati orang yang berpuasa di luar.
Akibat persepsi dan gambaran salah ini, semua media terutama berbahasa Inggeris dan Mandarin menyiarkan gambar kanak-kanak sekolah makan dalam tandas di bulan puasa ini di muka depan akhbar mereka.
Maka berlakulah apa yang berlaku.
Guru Besar sekolah ini Mohamad Nasir Mohd Noor menjadi sasaran kebencian banyak pihak. Bukan setakat cacian bahkan beliau juga menerima ugutan bunuh.
Padahal beliau cuba untuk membuat yang terbaik untuk pelajarnya dengan ruang yang ada.

Isnin, 22 Julai 2013

prk kuala besut seri, rakyat ganu berseri-seri

PRK Kuala Besut: Terengganu seri, rakyat berseri-seri...


Kempen Pas di Kuala Besut yang berslogankan 16-16 Terengganu Baru semakin menimbulkan kebimbangan kepada UMNO dan BN. Terlihat bahawa mereka amat bimbang kiranya perkara itu menjadi kenyataan. Di hari-hari terakhir ini isu itu menjadi percakapan semua orang dan mungkin menusuk ke dalam kalbu para pengundi.

Selepas Najib Presiden Pas, Husam Musa menyatakan keddudukan seri tidak akan menggugat kerajaan BN di Terengganu sebaliknya hanya menjadikan Pas mempunyai suara yang lebih kuat untuk memastikan kepentingan rakyat terpelihara dan kemudian diikuti dengan kenyataan Presiden Pas bahawa parti itu tidak mahu jawatan Menteri Besar, kebimbangan para pemimpin UMNO mulai menyerlah.

Sebelum ini dilontarkan persepsi bahawa Pas ingin memenangi Kuala Besut kerana mengidamkan kerusi Menteri Besar dan kedudukan 16-16 akan dijadikan laluan ke arah itu. Rupa-rupanya Pas tak ingin jawatan Menteri Besar, mereka hanya mahukan lebih kuasa untuk menjaga kepentingan rakyat terutam kerana negeri itu merupakan negeri yang kaya dengan royalti minyak.

Menjelang hari-hari terakhir kempen sebelum pembungan undi pada 24 Julai, semakin ramai pemimpin dan menteri UMNO datang ke Kuala Besut. Semuanya bercakap tentang 16-16 dan Terengganu seri. Pelbagai hujah dan analogi dilontarkan kepada pengundi Kuala Besut agar tidak terpedaya dengan kempen Pas mengenai kedudukan 16-16 dalam DUN Terengganu serta hujah-hujah sampingan lainnya.

Zahid Hamidi mengingatkan pengundi agar jangan terpedaya dengan perangkap Pas mengenai 16-16, sambil mengingatkan kedudukan DUN Terengganu yang mungkin tergantung kerananya. Muhyiddin, Ahmad Maslan, KJ, Idris Jusoh dan lain-lain pemimpin yang kerap turun ke Kuala Besut juga bercakap isu yang sama. Mereka mahu kedudukan 16-16 dielakkan dan dikekalkan kedudukan 17-15 dengan terus memberi kemenangan kepada calon BN.

Hakikatnya, kempen untuk menjadikan Terengganu seri mula mendatangkan kerisauan kepada UMNO dan BN. Bukan saja curahan projek dan pembangunan melimpah di Kuala Besut, dijangkakan juga kebanjiran pemimpin UMNO daripada Kuala Lumpur akan turut berlaku di hari-hari terakhir kempen ini.

Jika mengikut laporan media, sehingga semalam saja sudah sejumlah RM337 juta projek dicurahkan di Kuala Besut yang meliputi peruntukan daripada Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pertanian, kerajaan negeri Tengganu dan Syarikat Perumahan Negara Berhad.

Dengan lebih ramai menteri dijangka turun, bermakna akan ada lagi projek tambahan untuk Kuala Besut. Nilainya mungkin mencecah atau melebihi RM500 juta. Limpahan dan curahan projek ini, walau apa pun tafsirannya, ia adalah menguntungkan penduduk Kuala Besut.

Bayangkan, belum pun kedudukan Terengganu seri dicapai, sudah begitu banyak projek pembangunan dan wang dicurahkan. Tentulah jika kedudukan seri 16-16 dijadikan kenyataan, lebih banyak lagi wang akan dicurahkan, bukan saja untuk Kuala Besut tetapi juga untuk seluruh negeri Terengganu.

Walaupun mengikut rakan-rakan yang pergi ke Kuala Besut, keadaan kempen agak tenang tetapi mereka juga tidak berani menjangkakan secara pasti siapa yang akan menang ketika ini. Mood pengundi bila-bila masa boleh berubah dan sesuatu yang diluar jangkaan tidak mustahil boleh berlaku.

Hakikatnya, BN tidak boleh terlalu yakin dan Pas pula tidak seharusnya mudah putus harapan.

Namun jika pengundi bijak dan berfikir secara menyeluruh untuk kepentingan rakyat Terengganu, menjadikan kedudukan seri 16-16 tidak seharusnya diabaikan begitu saja. Rahmat dan nikmatnya untuk rakyat sudah nyata di depan mata sekarang ini dan ia akan berganda lagi di masa-masa akan datang kiranya kedudukan 16-16 itu benar-benar berlaku.

Dalam usaha mempertahankan kuasa dan kerajaannya, seluruh Terengganu pasti akan meriah dengan pelbagai projek pembangunan dan menaikkan taraf kehidupan rakyat.

Seperti kata rakan yang baru pulang dari Kuala Besut, Terengganu seri, rakyatnya pasti berseri-seri...

Isnin, 1 Julai 2013

BERAPA LAME BR1M RM500 BULE TAHAN, RUPENYER 2 BULAN SAJA KATA DI MASLAN



Pemberian BR1M RM500 yang diiklan disemua saluran TV digambar seolah-olah pemberian sebanyak RM500 sudah boleh mengubah nasib rakyat miskin secara total untuk sepanjang hidup mereka tetapi hari ini Timbalan Menteri Kewangan merangkap Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Ahmad Maslan kata pemberian BR1M walaupun berjumlah RM1,200 sekadar boleh tahan selama 2 bulan saja...

Jelas sekali BR1M 500 tidak mampu bertahan lebih dari 1 bulan pun...Akhirnya propaganda TV sudah kantoi...

Tapi paling kantoi ialah ucapana Najib Razak sendiri betapa pemberian BR1M RM500 mampu bertahan untuk setahun.

Datuk Ahmad Maslan memberitahu Dewan Rakyat hari ini Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan kepada RM1,200 mampu menyara isi rumah selama dua bulan, berbeza dengan kenyataan

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengatakan wang BR1M sebanyak RM500 boleh bertahan selama setahun.

Semasa pemberian BR1M 2.0 pada Februari lalu, Najib berkata sekiranya RM500 dibahagikan kepada 12 bulan setiap bulan satu isi rumah akan memperoleh RM41.60 dan ia mencukupi untuk menyara mereka selama setahun.

"Apabila BRIM dinaikkan kepada RM1,200 ia akan diterjemahkan dengan membantu perbelanjaan isi rumah untuk dua bulan, 10 bulan lagi mereka perlu usahakan sendiri," kata Timbalan Menteri Kewangan tersebut semasa menjawab soalan di Parlimen pagi ini. - 1 Julai, 2013.

AKHIRNYA SECARA TIDAK LANGSUNG AHMAD MASLAN SUDAH BERITAHU SATU DUNIA YANG NAJIB KAKI PENIPU...MENIPU RAKYAT SUSAH TERUTAMANYA YANG TINGGAL DI KAMPONG DAN LUAR BANDAR DIMANA TERLETAKNNYA SOKONGAN PADU UMNO.