Ahad, 5 Mei 2013

DAP BERJAYA RANAPKAN MCA DAN GERAKAN

Monday, May 6, 2013

KE MANA HALA TUJU BARISAN NASIONAL?

Di dalam sidang media semalam ketika mengumumkan kejayaan BN menubuhkan kerajaan wajah DS Najib ternyata tidak ceria. Air muka dan wajahnya seperti keletihan selama 4 tahun naik turun untuk menawan jiwa semua rakyat jelata negara ini. 
Di dalam itu nampak tersirat kekeciwaan wajah beliau akbibat gelombang pengundi Cina yang dipukul angin beralih arah kepada DAP. Kerusi-kerusi yang di menangi DAP jelas mencatatkan jumlah peningkatan majoriti yang besar. 
Jika disedut dari dialog filem Anak Ku Sazali arahan P Ramlee ia bersamaan "Apakah ini balasan engkau setelah 4 tahun aku menabur bakti kepada engkau semua?"
Contoh ketara ialah otai politikus Johor, Ghani Othman dipukul rapat dengan majority 14,762 undi oleh Lim Kit Siang di Gelang Patah. MB Johor itu hanya memperolehi 39,523 undi manakala LKS sebanyak 54,284 undi. 
Bezanya PRU13 kali ini ialah peningkatan jumlah yang keluar mengundi. Rata-rata pemerhati politik melihat peratusan keluar mengundi khasnya kaum Cina ternyata amat luar biasa sekali. 
Semalam di luar dewan mengundi saya bertemu dengan Ah Ee tua yang terbongkok-bongkok sakit pinggang beratur untuk mengundi selepas balik dari pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital. 
“Sakit badan tapi mau undi juga. Kalau takdak undi saya rehat rumah” kata Ah Ee itu sambil mengesat peluh dan lelehan air liur dibibirnya dengan ‘Good Morning towel’. Maksudnya beliau jarang keluar rumah dan kalau tidak disabitkan untuk membuang undi dia akan hanya berehat di rumah kerana badan sudah tua dan tak sihat. 
Jika PRU12 2008 DAP berjaya meranapkan Gerakan di Pulau Pinang kini mereka telah berjaya menerobos benteng kuat MCA dan MCA hancur. 
Semalam penganalisa politik di TV1 membidas MCA dan Gerakan kerana tidak bekerja kuat untuk memenangi pengundi Cina dan mencadangkan disisih sahaja ke dua parti ini. Ternyata ini adalah satu analisa yang cetek dan beremosi tanpa sedar bahawa jika berkuburnya MCA dan Gerakan kini hanya tinggal satu sahaja parti yang akan memperjuangkan orang-orang Cina iaitu DAP. Ini sungguh merbahaya.
Kini jelas pengundi Cina sudah berubah dan mereka tidak mudah termakan dengan apa juga manisan yang di hidangkan DS Najib selama ini yang jelas ada sesuatu yang ingin mereka nyatakan bahawa ada sesuatu tidak kena kepada BN dan UMNO. Istilah terbaru DS Najib ialah ‘tsunami Chinese voters’. 
Menurut DS Najib tindakan kerajaan Barisan Nasional seterusnya ialah akan memulakan program ‘national reconciliation’ bagi menyatukan kembali rakyat di mana terdapat polarisasi kaum di dalam keputusan pengundian dan segala bentuk ekstremisme dan perkauman yang tidak sihat untuk Malaysia akan ditangani.
Konklusinya, ulat sutra akan keluar dari kepompongnya apabila merasakan dirinya tidak selamat lagi di dalam kediamannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan