Sabtu, 23 Mac 2013

NAJIB PERLU TANGGONJAWAB ISU MALUKAN NEGARA KAPAL SELAM SCORPENE

KUALA LUMPUR: Isu skandal pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7.3 bilion oleh kerajaan Malaysia benar-benar mencemarkan imej negara di mata dunia, apabila ia melibatkan komisyen berjumlah RM457 juta yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki Abdul Razak Baginda.

Lebih memalukan lagi apabila isu rasuah sebegitu besar itu yang kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis tercetus ketika Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 2002 lalu.  
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pada 20 April 2012 lalu, Hakim Penyiasat (Paris Tribunal Instance), Roger Le Loire telah menerima tujuh saksi yang dinamakan Suaram iaitu Razak Baginda, Dato' Seri Najib, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Balasubramaniam, Jasbir Singh, Lodin Wok dan isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan.
Menurut beliau, isu tersebut sangat penting dan memerlukan komitmen serta kehadiran Najib dan Zahid dalam perbicaraannya, tetapi keengganan mereka hadir ke mahkamah Perancis sehingga kini menimbulkan seribu tanda tanya, seolah-olah mereka ingin menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat.  

Katanya, isu tersebut turut membuktikan pembelian alat-alat senjata dan kelengkapan ketenteraan oleh kerajaan dijadikan tempat oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN untuk mengaut keuntungan peribadi dan memberikan habuan kepada kroni-kroni mereka. 
"Sedangkan itu semua adalah soal keselamatan. Dalam soal keselamatan pula, terdapat dua perkara asas, iaitu maruah nasional dan kedaulatan negara. Mana-mana negara pun di dunia ini mesti ada dua benda itu kerana ia merupakan perkara asas untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara," katanya ketika dihubungi 20 Mac lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, Malaysia tidak mempunyai peruntukan yang besar bagi pertahanan, tetapi jika peruntukan itu juga turut dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu, ia pasti menjejaskan kapasiti pertahanan negara seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang.
"Sedangkan angkatan tentera kita seperti juga tentera-tentera di negara lain pasti memerlukan peralatan canggih yang bermutu tinggi untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
"Jika peralatan yang dibeli itu berharga rendah, ia pasti tidak bermutu dan tidak menepati keperluan yang sebenar. Ini bukan hanya merbahayakan negara, tetapi turut memalukan tentera kita di mata dunia. Itulah padahnya jika pemimpin tidak melaksanakan amanah rakyat dengan baik," ujar beliau.

1 ulasan:

  1. ha ha kah kah, isu lapuk yg entah berapa kali katoi daaa.. woi makluk bute hati. Tlg jwb isu2 terkini tentang salahlaku para pemimpin Puak Khinzir Rakyat lakukan utk tatapan donia sejagat tuw. Apasai sunyi sepi? nak vdeo lagu mano lagi? 3D ? 4D? warna warni? Kepada mereka itu kah nak diserahkan negara? Bermacam-macam onar dan kerosakan hampa lakukan dari lesen TB RM12.00 setahun sudah jadi RM1,200.00 setahun tak cukup lagikah kak kah kah?

    BalasPadam