Majlis pelancaran Yayasan Pondok 1Msia telah disempurnakan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak di dalam kawasan solat Masjid Taman Bukit Indah, Ampang, Selangor petang tadi .
Kira-kira 500 warga pondok dari 109 pondok di seluruh negara hadir dan bersama Dato’ Sri Mohd Najib menunaikan solat Asar berjemaah.
Pada majlis itu juga Perdana Menteri menyampaikan tiga anugerah iaitu Anugerah Tokoh Pondok 2012 kepada pengasas dan mudir pondok, tiga Anugerah Pondok Contoh 2012 dan 10 pondok menerima sumbangan daripada Dato’ Sri Mohd Najib menerusi Anugerah Kasih.
Sebelah pagi diadakan karnival pondok melibatkan beberapa jabatan dan agensi bawah Jabatan Perdana Menteri seperti Jakim, Yapeim, Yadim dan sebagainya.
Senator Dato’ Dr Mashitah berkata, program itu bukan bersikap ‘one off’, sebaliknya akan berterusan setiap tahun termasuk merancang mengadakan Konvensyen Pondok-Pondok Nusantara, program mengeratkan silaturahim dan mengukuhkan ukhuwah.
Khamis, 8 November 2012
Ahad, 4 November 2012
HINA AGAMA, SEKARANG HINA ORANG ISLAM
KUALA LUMPUR: Selepas menyinggung perasaan umat Islam dan dimalukan teruk apabila penulis blog seks berkata rakan karib mereka adalah idolanya, Umno cuba menyelamatkan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek dengan membiarkan Mingguan Malaysia meletakkan penjelasan Chua di muka depan semalam.
“Tapi sudah terlambat. Laporan itu back-fire lagi, Chua kini dilihat dari menghina Islam kepada menghina kebijaksaan umat Islam terutamanya pengundi Umno dengan penjelasannya,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.
“Apakah perlu lepas 2 minggu lamanya baru beri penjelasan? Sudah tentu tidak. Penjelasan Chua sepatutnya datang lebih awal. Tapi kerana penulis blog seks berkata Chua adalah idolanya, maka penjelasan itu terpaksa ditangguhkan. Kalau keluar masa yang sama, keadaan akan menjadi sangat kelakar dan kekok pada Umno,” tambahnya lagi.
Sumber itu memberitahu kerana Umno tidak dapat menceraikan MCA, dan tidak boleh melakukan apa-apa untuk memaksa Chua turun takhta, maka jalan terakhir ialah untuk cuba menyelamatkannya dan cuba selamatkan balik apa yang telah dirosakkan Chua terhadap undi Melayu atas pagar.
Semalam, Chua mengeluarkan satu kenyataan panjang mendakwa bahawa beliau dan MCA hanya menentang hudud PAS dan menuduh Pakatan Rakyat memutar belit kenyataannya.
“Itulah yang orang terasa Chua sedang menghina intelek orang Melayu Umno. Masa Adun Johor buat usul hudud, beliaulah orang pertama yang menghinanya berkata beliau hilang idea dan kemudian kata nak keluar BN,” kata sumber dalaman Umno itu.
Tambahnya lagi, orang dan pemimpin Umno juga terasa kecil hati apabila Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang berkata hudud tidak mempunyai kesan kepada bukan Islam ditempelak Chua seperti beliau seolah-olah seorang menteri agama yang bodoh kerana tidak membuat kajian terperinci sebelum mengeluarkan kenyataan seperti itu.
“Jamil cuba damage control akibat keceluparan Chua dan MCA pada perhimpunan agung mereka, tapi Chua tak faham dan ego mempercayai bahawa keberanian menegur Jamil bakal membantu MCA mendapatkan kembali sedikit undi Cina. Tapi Chua tersilap, dan UMCEDEL dah buktikan isu hudud dah tak makan,” terang sumber dalaman Umno itu kepada Harakahdaily.
Sumber dalaman Umno itu turut berkata dalaman Umno kini berpecah pada pendapat mereka terhadap Chua.
“Kem anti-1Malaysia tidak mahu lagi bersekongkol dengan Chua kerana merasakan Chua dan MCA sudah tidak berguna malah kini menjadi lebih tidak berguna dan berbahaya kepada undi Melayu yang mereka perlukan untuk kekal berkuasa.
“Kem pro-1Malaysia pula merasakan PRU13 BN akan tewas jika tiada sokongan bukan Islam dan mengharapkan serangan Chua bertubi-tubi pada PAS akan dapat mendapatkan kembali sedikit undi Cina pada BN,” kata sumber dalaman Umno itu lagi.
Tapi segalanya berubah, kata beliau apabila Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata beliau sedia bertanding di Pekan sekiranya diarahkan oleh parti.
Sumber politik itu berkata kenyataan Hadi telah menjadikan slogan PAS ganti Umno kini betul-betul akan diperdebat dan dibandingkan oleh rakyat jelata berhubung tahap pemimpin PAS dengan pemimpin Umno.
““Isu itu menyebabkan orang bukan Islam terutamanya Cina dan Melayu kini terus membuat perbandingan antara PAS dengan Umno. Lihat barisan ini – Nik Aziz banding dengan Dr Mahathir, Najib dengan Hadi, Muhyiddin dengan Mat Sabu, Mahfuz (Omar), Salahuddin (Ayub), Husam (Musa) dengan Hishamuddin (Hussein), Ahmad Zahid Hamidi, Shafie Apdal dan Tuan Ibrahim dengan Ahmad Maslan – Umno dah tewas 7-0 dari segi integriti, kebolehpercayaan dan amanah – dalam erti kata lain boleh ganti Umno dengan PAS,” katanya.
Jadi penjelasan Chua, katanya, sudah terlambat bahkan merugikan dan merumitkan lagi keadaan kepada Umno.
“Kesian kat backbenchers Umno-BN yang mengambil isu-isu ekonomi untuk melawan Pakatan Rakyat… tiba-tiba Chua merosakkan semuanya kembali dengan kenyataan terbarunya,” kata sumber itu lagi.
Perhimpunan Agung Umno akan datang, kata sumber dalaman Umno akan menentukan sama ada MCA diperlukan lagi atau tidak bersama Umno untuk menghadapi PRU13.
“Tidak mungkin tendang MCA keluar, tapi Umno akan menyuruh MCA menutup mulut sehingga PRU13 selesai. MCA dah tewas habis, cuma sekarang jangan susahkan Umno lagi,” kata beliau.
harakah/-
Ahad, 28 Oktober 2012
PR MAMPU BENTUK KERAJAAN PUSAT YANG BARU ~ ANWAR
KUALA LUMPUR 29 Oktober: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin Pakatan Rakyat (Pakatan) mampu membentuk Kerajaan Pusat yang baru tanpa politik kotor dan rasuah.
Katanya, kemenangan berlandaskan politik matang dan bersih lebih signifikan berbanding budaya fitnah dan penindasan.
“Saya tidak datang untuk mencerca Najib (Razak), Rosmah (Mansor) dan Umno. Saya nak (Pakatan) menang dan rakyat bangkit menolak rasuah dan fitnah,” katanya di depan 400 penduduk di Warung Ibu Nasi Ambeng, Kg Sungai Gulang-Gulang, Permatang, Tanjung Karang pada Jelajah Merdeka Rakyat semalam.
Ketua Umum KEADILAN itu berkata, Umno BN terus goyah dan banyak isu yang gagal dipertahan melainkan memburukkan Pakatan, meskipun mereka menguasai seluruh jentera kerajaan termasuk media.
Beliau mengingatkan rakyat jangan terkeliru dengan dakyah yang dimainkan media yang terus-menerus memutarbelitkan fakta sebenar.
“Sebab apa dia (Najib) takut? Dia punyai televisyen, jentera dan wang kerana dia ada rasuah. Sebab itu dia tidak mampu jawab,” ujar Penasihat Ekonomi Selangor itu dipetik MediaSelangorku.
Anwar sekali lagi mengulangi ikrar untuk menurunkan harga minyak dalam tempoh 24 jam selepas Pakatan menawan Putrajaya selain membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Hadir sama, Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali; Ketua Penerangan Negeri, Shuhaimi Shafiei; Adun Kota Alam Shah, M Manoharan dan Penyelaras DUN Permatang, Yahaya Saari.
Terdahulu, Jelajah Merdeka Rakyat mengunjungi penduduk Pekan Sungai Besi.
Selepas selesai di DUN Permatang, rombongan kemudian ke Bagan Nakhoda Omar, Sabak Bernam.
Jelajah diteruskan dengan solat dan tazkirah maghrib di Masjid Abu Bakar Ali Bashah, Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung sebelum bergerak ke Pekan Rasa.
Pada jam 9 hingga 12 tengah malam, program diteruskan dengan Ceramah Perdana Merdeka Rakyat di Pusat Bandar Baru Batang Kali, Ulu Selangor.
Penceramah terbabit termasuk Anwar, Khalid, Azmin, Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin dan Naib Presiden, N Surendran.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=38550
Ahad, 16 September 2012
Laungan Merdeka di Majlis Rumah Terbuka Parlimen Hulu Selangor
Majlis Sambutan Rumah TerbukaEidulFiti dan Hari Malaysia Peringkat Parlimen Hulu Selangor disambut sederhana tetapi meriah melibatkan lebih 3000 orang tetamu yang hadir di perkarangan pejabat Penyelaras Parlimen Pakatan Rakyat Hulu Selangor semalam. Laungan MERDEKA sebanyak tujuh kali kedengaran di majlis tersebut bagi mengibas kembali laungan keramat MERDEKA yang dibuat di Stadium Merdeka pada 31 Ogos 1957 lalu oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman.
Majlis yang bermula jam 5 petang sehingga jam 10 malam, 16 September 2012 itu diserikan dengan kehadiran beberapa pimpinan Pakatan Rakyat Hulu Selangor, Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Selangor, Tuan Hj Idris, Penyelaras DUN Hulu Bernam, Tuan Hj Cikgu Syukor, Penyelaras DUN Kuala Kubu Bharu, Ms Lau, Wakil-wakil parti DAP, PAS. Turut memeriahkan majlis adalah ketua-ketua kampong. JKKK dari bebrapa kampong sekitar Batang Kali, Rasa, Hulu Bernam, Kuala Kubu Bharu.
Hadirin dan tetamu yang hadir bersama keluarga masing-masing memenuhi perkarangan yang dihias indah dengan juadah hariraya yang menarik. Pada sebelah malamnya, tetamu di hiburkan dengan sebuah kumpulan nasyid, Sinar Jernih dari Bukit Beruntung.
Majlis rumah terbuka ini adalah anjuran bersama pejabat Penyelaras Pakatan Rakyat Parlimen Hulu Selangor dan Ahli-ahli majlis serta JKKK Kg Seri.
Tahniah kepada semua yang hadir terutama kepada Tuan Hj Razali Mokhtar (Ahli majlis MDHS), Tuan Haji Mustapha Kamal (Timbalan Ketua Cabang), Sdr Azli (SU JKKK Kg Seri), Tuan Hj Khalid (Ketua JKKK Kg Seri), Pn Kameliyah Bien (Ahli majlis MDHS) dan seterusnya kepada semua AJK yang bertungkus lumus pada hari tersebut.
.
Jumaat, 14 September 2012
RUMAH TERBUKA PARLIMEN HULU SELANGOR 16 SEPT 2012 AHAD JAM 5PTG
MAJLIS RUMAH TERBUKA "HARIRAYA AIDILFITRI" @
SAMBUTAN HARI MALAYSIAPERINGKAT PARLIMEN HULU SELANGOR ~ AHAD :16Hb Sept
2012~ Jam 5ptg--10mlm ~DATARAN TAMUHILL BATANG KALI @ANJURAN: PEJ
PENYELARAS PARLIMEN H.SGR
Jumaat, 3 Ogos 2012
PRU13 dibuat bulan Mac 2013
Najib Razak berkata terpaksa bergegas ke Sabah ekoran pembelotan dua anggota Parlimen BN, di mana beliau akan mengumumkan terma rujukan untuk suruhanjaya diraja (RCI) bagi menyiasat isu pendatang haram negeri itu.Beliau juga menolak anggapan bahawa lebih ramai anggota parti komponen BN akan berpaling tadah, antaranya daripada Upko dan Parti Liberal Demokratik (LDP).
Isnin, 30 Julai 2012
Bila dah biasa buat, tuduh orang lain buat......
SHAH ALAM - Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam keputusan Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Beaufort, Sabtu lalu.
Beliau berkata, Lajim mengambil keputusan itu kerana mengikut nasihat Anwar yang didakwa berkemungkinan menawarkan wang kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.
“Tidak mustahil pendekatan kewangan telah digunakan oleh Anwar yang menasihati Lajim untuk meletakkan jawatannya setelah melihat kata duanya tidak didengari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
“Kita tahu yang Anwar sekarang juga digelar ‘3 billion Man’ seperti yang dilaporkan media sebelum ini. Maka, berkemungkinan dia menggunakan sumber kewangan itu untuk memujuk Lajim meninggalkan parti,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Katanya lagi, sebelum ini Lajim yang mengumumkan penubuhan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) sejurus selepas peletakan jawatannya dikatakan cuba bermain 'tarik tali' dan melambatkan tindakannya melepaskan jawatan ahli Umno.
Menurutnya, Lajim sengaja melambatkan tindakan dan membuat urusan tawar-menawar kepada parti. Malah, apabila pendekatan yang digunakan tidak berkesan, dia mula merancang melepaskan kedua-dua jawatan itu.
“Tindakan itu tidak memberi implikasi buruk kepada Barisan Nasional (BN), kerana tiada impak ahli kita yang keluar beramai-ramai mengikut jejak langkahnya. Kita sedikit pun tidak hairan kepadanya,” katanya.
Katanya, tindakan Lajim itu tidak beri kesan kepada penentuan tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang dibuat Perdana Menteri.

Jumaat, 20 Julai 2012
Sah ! Laman lucah Malaysia disekat esok !
Pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia mengesahkan laman-laman lucah pula akan disekat di Malaysia mulai esok. Sekatan terbaru ini adalah sempena menghormati bulan Ramadan yang mulia. Seperti sekatan sebelum ini, sekatan akan dilakukan berdasarkan alamat IP bagi memastikan pintasan menggunakan DNS tidak boleh dilakukan. Ketua bahagian potong-memotong ,halang-menghalang dan sensor-menyensor SKMM Dato Paduka Muhammad Ismail Damanhuri berkata, sekatan terhadap laman lucah ini hanya akan kekal sepanjang bulan puasa sahaja.
Rabu, 18 Julai 2012
TS KHALID IBRAHIM ~ SELANGOR AMBILALEH SYABAS
SHAH ALAM 18 Julai: Kerajaan Selangor menghantar surat kepada Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Kah Fui bagi memaklumkan hasrat kerajaan negeri untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas).
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, Exco Dr Xavier Jayakumar dan Teresa Kok mengetuai delegasi ke Putrajaya petang ini bagi menyerahkan surat itu secara peribadi.
“Isu ini penting (dan perlu) diselesaikan segera demi kesejahteraan rakyat di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
“Kerajaan Negeri konsisten berpendirian bahawa penstrukturan semula industri air adalah penyelesaian holistik dan menguntungkan rakyat seperti dihasratkan Akta Perkhidmatan Industri Air 2206,” jelas Khalid dalam satu kenyataan.
Kerajaan Selangor sebelum ini mengumumkan penstrukturan semula untuk mengelakkan penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menanggung kenaikan tarif air sebanyak 50 peratus.
Keputusan itu dibuat menggunakan kuasa di bawah Klausa 32 Perjanjian Konsesi untuk memberi notis kepada Kerajaan Persekutuan bagi kerajaan negeri masuk dalam pengurusan Syabas.
Xavier dalam kenyataan berasingan pula berharap, kakitangan Syabas yang berpengalaman dan berdedikasi agar tidak cemas terhadap masa depan mereka dalam proses ‘step in’ ini.
“Rombakan semula melibatkan pegawai pengurusan kanan, manakala semua kakitangan teknikal serta pegawai pengurusan dan pentadbiran peringkat pertengahan akan dikekalkan,” katanya.
Dalam pada itu, Khalid turut berkata, kumpulan profesional akan dihantar untuk meneliti operasi harian Syabas, ekoran kegagalan Syabas menjelaskan dengan terperinci beberapa isu dalam taklimat kepada Setiausaha Kerajaan Negeri pagi tadi.
“Ia dianggotai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Darul Ehsan Berhad, Suhaimi Kamaruzaman; Pengarah Konsortium Abass, Ir Abas Abdullah; Pengurus Besar Pengurusan Air Kumpulan Perangsang Selangor, Karim Endut dan Ketua Perancangan Strategik dan Pelaburan Perangsang, Kevin Lee.
“Kami yakin kumpulan ini dapat bekerjasama dengan Syabas kerana semua anggotanya berpengalaman luas dalam operasi dan pengurusan air,” kata Menteri Besar.

Sabtu, 14 Julai 2012
LEPAS BERSARA BARU INSAF DAN FAHAM ~ PESARA KERAJAAN
KUALA LUMPUR, 15 Julai – Pesara kerajaan termasuk pegawaitertinggi menyertai PAS kerana parti tersebut memperjuangkan Islam, kata naib presidennya, Salahuddin Ayub.
Menurut Salahuddin, di Malaysia, hanya PAS yang konsisten memperjuang kandasar-dasar Islam dan ini menjadi sebab mengapa ramai pesara kerajaan tertarikuntuk menyertai parti tersebut.
“Islam adalah agama yang mempunyai keserasian dengan fitrah manusia.
“Fitrah manusia memihak kepada kebenaran.
“Sesiapa sahaja sama ada mereka pesara kerajaan atau bekas polis mempunyai mempunyai fitrah untuk bersama-sama Islam dan kebenaran,” kata Salahuddin (gambar) dalam perbualan telefon bersama The Malaysian Insider sebentar tadi.
Berlakunya trend dalam politik Malaysia, di mana terdapat kecenderungan bagi pesara-pesara kerajaan termasuklah pegawai-pegawai tinggi seperti bekas ketua setiausaha kementerian, bekas duta dan bekas pemimpin anggota keselamatan yang beragama Islam - menyertai PAS selepas tamat bertugas.
Baru-baru ini, bekas orangnombor tiga Polis Di Raja Malaysia (PDRM), Datuk Fauzi Shaari, membuat kejutan apabila memilih untuk menyertai PAS.
Fauzi menyerahkan boring keahliannya kepada presiden parti tersebut Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalamsebuah majlis menyambutnya.
“Baguslah dia (Fauzi) sertai PAS.
“Lepas ni bolehlah dia ajarPAS tentang undang-undang dan peraturan negara,” kata bekas ketua polis negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan ketika diminta mengulas tentang kemasukkan bekas anggotanya itu ke dalam parti PAS.
Fauzi, yang pernah berkhidmat sebagai ketua pegawai penyiasat, kedudukan ketiga tertinggi dalam pasukan keselamatan tersebut.
Tambah Salahuddin lagi, bukan sahaja bekas polis, ramai juga pimpinan tentera menyertai PAS menjelang pilihan raya tahun 2004 dahulu.
“Bekas Ketua Setiausaha Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi,Datuk Dr Nik Zain Nik Yusof dan Datuk Ramli Buyong, Naib Presiden Kanan Felcra Berhad baru-baru ini menyertai PAS.
“Sebelum ini, bekas duta, Datuk Yeop Adlan telah lama menyertai PAS,” kata ahli parlimen Kubang Kerian itu lagi.
Musa Hassan menegaskan beliau pernah menolak lamaran parti pembangkang dan tidak akan menyertai politik.
Walaupun pernah dilamar oleh salah satu parti dalam gabungan Pakatan Rakyat (PR), bekas KPN itu menolaknya kerana merasakan lebih baik untuk tidak berada dalam politik.
“Orang seperti saya (bekasKPN) lebih baik tidak menyertai politik,” kata Musa dalam wawancara ekslusif bersama TheMalaysian Insider baru-baru ini.
Prof. Datuk Dr. Agus Yusoff dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),tidak bersetuju jika dikatakan terdapat trend bekas pengawai tertinggi kerajaan menyertai parti pembangkang seperti PAS.
“Jika katakan terdapat trend, itu ‘over statement’ ramai pesara-pesara kerajaan termasuk pegawai tertinggi menyertai Barisan Nasional (BN), cuma tidakdi ‘high light’,” kata pensyarah UKM itu.
Menurut Dr. Agus, kemasukkan bekas-bekas pegawai tertinggi kerajaanmenyertai PAS membuktikan tidak semua penjawat awam akan mengundi BN dalam pilihanraya dan mereka adalah “silent voters” yang lebih merbahaya.
“Jika terdapat polisi atau dasar kerajaan dibuat dan tidak dipersetujuioleh penjawat-penjawat awam, mereka-mereka ini akan menjadi ‘silent voters’ yang tidak akan mengundi BN dalam pilihan raya akan datang.
“Golongan ini (silent voters) lebih merbahaya kerana kelihatan sepertimenyokong kerajaan dan buat program untuk kerajaan tetapi mengundi menentangkerajaan,” kata Dr. Agus lagi.
Kemasukkan bekas pegawai -pegawai kanan kerajaan kedalam PAS menambahkanlagi kekuatan kepada parti tersebut.
PAS adalah musuh tradisi Umno zaman berzaman. Ditubuhkan selepaspenjajah British mengharamkan pergerakkan Islam Hizbul Muslimin pada tahun 1948.
PAS pernah dipimpin oleh Dr. Burhanuddin Helmy – tokoh nasionalis yanglebih awal dari Umno dalam menentang penjajahan. Partinya, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) turut diharamkan British pada tahun 1948.
Selepas PRU 2008, PAS menjadi semakin kuat. Perpecahan akibat pertembungan garis pro dan anti kerajaan perpaduan tidak melemahkan partitersebut.
Pilihan raya umum ke 13 menjadi medan pertembungan antara PAS dan Umnodan kita akan dapat melihat siapakah yang lebih disokong rakyat, terutamanya bagi orang-orang Melayu.
Khamis, 5 Julai 2012
Pakatan Rakyat jaga Unisel lebih baik
Unisel: Dakwaan Noh tidak relevan
shah Alam – Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Profesor Dr Anuar Ahmad menyifatkan universiti tersebut kini adalah lebih baik di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) berbanding kerajaan Barisan Nasional(BN) sebelum itu.
Menurutnya, kenyataan bekas Menteri Besar, Dr Mohamad Khir Toyo yang mengatakan kononnya universiti tersebut tidak menghadapi sebarang masalah semasa di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) kerana mendapat sumber kewangan sendiri adalah sebagai tidak tepat.
Beliau berkata, dahulu kewangan Unisel dikawal sepenuhnya Kerajaan Negeri tetapi kini pihak Unisel boleh berbincang dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai perkara tersebut.
“Kalau nak dibuat perbandingan, Unisel pada hari ini adalah lebih baik berbanding dahulu kerana dahulu yang bermasalah.
“Macam sekarang soal kewangan saya sendiri boleh mengetahuinya dan boleh berbincang dengan Menteri Besar” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurutnya, Unisel juga telah mencapai sasaran operasinya pada tahun ini dengan penambahan jumlah keseluruhan pelajar sebanyak 13,500 termasuk 2,800 pelajar yang akan menamatkan pengajian tahun ini.
Katanya, beliau percaya Unisel dapat menjadi sumber kewangan kepada Kerajaan Negeri menjelang hujung tahun ini.
“Unisel dah capai sasaran apabila Kerajaan Negeri mengambil alih bon tersebut pada Januari lalu,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai kewangan Unisel, Anuar berkata, semua pembelian peralatan ataupun tender dibuat mengikut prosedur.
Katanya, beliau tidak dapat mengulas lanjut mengenai laporan lengkap kewangan tersebut kerana ia sedang dalam proses diaudit.
“Semua proses pembelian direkodkan dan kita telus mengenai hal ini dan akan dedahkannya apabila laporan tersebut selesai diaudit seperti mana yang dikatakan oleh Menteri Besar,” katanya.
Beliau turut menjelaskan bahawa sebarang pelantikan atau pun peletakkan jawatan adalah bukan di bawah bidang kuasa universiti tersebut sebaliknya ia terletak di bawah Kerajaan Negeri.
Anuar berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kontroversi pelantikan Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin, Ahli Parlimen Merbok, Datuk Rashid Din dan Ahli Parlimen Hulu Langat, Dr Che Rosli Che Mat sebagai Ahli Lembaga Pengarah Unisel.
Menurutnya, tahun ini Unisel juga menempa nama apabila berjaya melahirkan seorang pelajar terbaik bidang kejuruteraan yang mendapat pengiktirafan daripada Insititut Kejuruteraan Malaysia.
"Kini lebih ramai pensyarah berkelulusan doktor falsafah (PhD) mengajar di universiti ini," katanya.
Kelmarin, Timbalan Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar mendakwa Unisel bakal menjadi gajah putih akibat kerakusan Kerajaan Negeri mempolitikkan pendidikan dan menjadikan universiti itu sebagai alat politik mereka. -SH
Sabtu, 30 Jun 2012
Rakyat beri mandat kpd Abdullah Badawi......
KUALA LUMPUR: Secara tidak rasminya, Datuk Seri Najib Razak tidak boleh mengatakan rakyat memberikannya mandat selama lima tahun untuk menerajui negara memandangkan beliau bukannya dipilih melalui pilihan raya lalu.
Sebaliknya, selepas BN memenangi pilihan raya umum ke-12, Mac 2008 lalu, Najib dilantik oleh Tun Abdullah Badawi untuk menerajui BN, sekaligus membentuk kerajaan.
"Kalau diikutkan, rakyat beri mandat melalui pilihan raya kepada Abdullah, bukan Najib. Dia tidak boleh berkata demikian, kononnya dia diberi mandat oleh rakyat," tegas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar kepada Harakahdaily.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib yang berhasrat untuk menunggu tempoh lima tahun sebelum memanggil pilihan raya umum bagi membolehkan beliau meneruskan mandat yang diberikan rakyat.
Bagaimanapun, kata Mahfuz, pihaknya bersetuju dengan hasrat tersebut, dan meminta Najib menyatakannya secara 'akujanji' tentang tempoh lima tahun tersebut.
"Jika benar beliau berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum selepas tamat tempoh penggal yang diberikan, adalah lebih baik jika ia memberi jaminan secara akujanji," tegas beliau lagi.
Tambah ahli parlimen Pokok Sena itu lagi, dengan hasrat Najib itu juga dilihat mampu menguruskan soal peruntukan negara membabitkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) secara lebih berkesan.
Sebelum ini, dalam bajet tambahan yang dibentangkan di parlimen, kerajaan memperuntukkan sejumlah wang kepada badan pengendali pilihan raya itu.
"Kalau ditetapkan tarikh pilihan raya seperti tepat pada tempoh mandatnya, banyak perkara boleh dilakukan dengan lebih mudah, termasuk wang peruntukkan yang diberikan kepada pihak berkaitan," tegas Mahfuz.
Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali turut menyambut baik hasrat Najib itu, walaupun ia sebenarnya menunjukkan sikap serba salah beliau yang sehingga kini tidak boleh menetapkan tarikh pembubaran parlimen.
"Bagaimanapun, apapun alasan beliau, kita terima kerana ia lebih memudahkan semua pihak untuk persiapan menghadapi pilihan raya," kata beliau yang dihubungi, hari ini.
Najib, dalam kenyataannya malam tadi menegaskan kerajaan BN sekarang berhasrat untuk menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun untuk berkhidmat kepada rakyat selepas memenangi pilihan raya tahun 2008.
Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2012/07/rakyat-beri-mandat-kepada-abdullah.html#ixzz1zNnLdutC
Isnin, 14 Mei 2012
Bila bekas tentera ada tauladan moral didepan rumah Amiga
'Senaman punggung' depan kediaman Ambiga BEGINIKAH MORAL BEKAS TENTERA? MEMALUKAN... Sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' di depan kediaman Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pagi ini. Ia disertai kira-kira 15 orang yang mengaku sebagai bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM). Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata, senaman itu diadakan untuk menyampaikan bantahan terhadap Ambiga, yang dianggap mereka 'musuh negara yang cuba merosakkan nama negara'.
Selangor milik Pakatan Rakyat ~ Ling Liong Sik
BN boleh lupakan saja S'gor, kata Liong Sik
Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik meramalkan BN tidak akan dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang kerana imej bersih pemimpin Pakatan Rakyat.
Selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan ia telah membantu mereka membina imej yang baik, kata Ling.
"Secara umumnya, orang Cina tidak memihak kepada BN, tetapi di Perak, tidak ada pilihan lain. Di Johor, (BN) mungkin kehilangan sesetengah sokongan tetapi tidak sampai hilang (kerajaan negeri).
"Pilihan raya umum kali ini adalah amat sukar bagi BN, sangat sukar. Saya fikir BN masih boleh menang kerana kerajaan telah membelanjakan wang bawah macam-macam nama. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.
Ramalan Ling bercanggah dengan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, yang berkata minggu lepas bahawa BN bukan sahaja akan memperolehi semula majoriti dua pertiga di Parlimen, tetapi juga akan merampas Selangor, Kedah dan Kelantan.
Selepas menerajui MCA selama 17 tahun (1986-2003), Ling - yang paling lama menjadi presiden parti itu - berpendapat bahawa penanda aras bagi BN untuk mengisytiharkan kemenangan adalah dengan mendapatkan semula majoriti dua pertiga.
Berbeza dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ling jarang mengulas mengenai politik dan hal ehwal parti itu sejak bersara daripada politik pada tahun 2003.
Ditanya pandangannya mengenai Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua
Soi Lek (kanan), Ling menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak dan lantang tetapi malangnya dicemari oleh skandal DVD seks.
"Saya harap orang Cina boleh memberi respons yang positif kepada usaha Chua, tetapi dia mempunyai DVD...," Ling dipetik berkata.

Ahad, 13 Mei 2012
ROSMAH BERTEKA TEKI LAGI SELEPAS 14 MEI......
Desas-desus tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) terus menjadi teka teki apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke United Kingdom (UK) pada jam 11.15 malam tadi.
Sangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok nampaknya tersilap kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei ini.
Sangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok nampaknya tersilap kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei ini.
Selepas itu, Najib dijadualkan berlepas semula ke UAE pada 28 Mei dan meneruskan lawatan ke Uzbekistan selepas itu.
Najib mengadakan lawatan kerja ke UK atas jemputan Putera Charles untuk menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Royal Charter kepada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II.

Jadi Parlimen mungkin dibubarkan selepas 25 Mei iaitu selepas Najib balik dari London. Ternyata Najib hanya mengacah ahli Umno Jumaat lepas dengan reaksinya seolah-olah mahu membubarkan Parlimen hari ini.
Sabtu, 12 Mei 2012
PRU13 MAKIN HAMPIR DAN JELAS....
SHAH ALAM - Selepas spekulasi lebih setahun, mengambil kira ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ulang tahun Umno ke-66 kelmarin, teka-teki terbaru menyebut Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, esok, untuk mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen. Malah, laporan-laporan blog dan SMS disebar luas mengatakan Parlimen akan dibubarkan Selasa ini manakala penamaan calon akan berlangsung pada 26 Mei dan diikuti dengan tarikh pengundian pada 9 Jun.
Jumaat, 11 Mei 2012
BERSAMA DS ANWAR IBRAHIM @BKT BERUNTUNG ~11MEI'12 JUMAAT @9MLM DI PADANG BOLASEPAK BKT BERUNTUNG (BELAKANG ESSO)
Kepada teman-teman sila ke Padang Bolasepak Bkt Beruntung (belakang stesyen minyak ESSO) selepas tol Bkt Brtg ambik kanan dan terus kekiri selepas Petronas dan Esso....
Himpunan malam ini adalah gerakerja kaum India yang menjadi penyokong dan pendokong PKR dari tahun 2002 lagi... Insyallah selepas pertemuan dgn penyokong di Dataran Sg Tenggi, DS Anwar akan bersama dgn seluruhh warga Bukit Beruntung, Bkt Sentosa, dari Sg Choh hingga ke Batang Kali, Kalumpang, Hulu Bernam.... Sila datang beramai-ramai...Parlimen Hulu Selangor adalah milik Pakatan Rakyat! Pengundi baru 15000 telah dikenalpasti... Pilih lah calon tempatan kita !

Rabu, 9 Mei 2012
BUAT KECUH DI BUKIT AMAN, TAHAN CKGU BARD BUAT LAPORAN POLIS
Tindakan kumpulan Umno-BN menimbulkan kekecohan di
Ibu Pejabat Polis Bukit Aman tempoh hari menyerlahkan sikap parti itu
sebagai politik lama lagi tua yang gagal berhujah, kata Pengerusi
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin.
Badrul Hisham yang juga dikenali sebagai Chegubard berkata, keputusannya
menyerahkan memorandum yang mewakili 29 pertubuhan lain kepada polis adalah
bagi mendesak mereka menahan anggota yang melakukan rusuhan ke atas orang
awam semasa perhimpunan BERSIH 3.0, 28 April lalu.
Khamis, 26 April 2012
Jumaat, 20 April 2012
JOM KEDATARAN SHAH ALAM SABTU 21 APRIL 2012 JAM 3 PTG BERSAMA PRA BERSIH 3.0
sila maklum ~esuk SABTU 21 Apr'12, kelas demokrasi UNIVERSITI DATARAN MERDEKA bercuti sempena majlis keraian santapan diraja ~ harap maklum, kelas kembali bersidang pada 3 ptg AHAD 22Apr'12... Sila bawa khemah, baju sejuk dan makanan sendiri...
Sebalik...nya ~ sila datang ke Dataran Shah Alam SABTU 21Apr'12 3ptg utk bersama dgn PRORAKYAT dan alumni BERSIH 1.0, BERSIH 2.0 dan bakal peserta BERSIH 3.0..
Mari meriahkan PESTA PRA BERSIH 3.0 bersama Radhi OUG dan AMIN BLACK........
Khamis, 23 Februari 2012
AYUH KE HIMPUNAN HIJAU 2.0 PADANG MPK4, KUANTAN
KUANTAN, 24
Feb -
Maklumat terkini diterima, selepas rundingan dengan
pihak polis, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK4
(Kemunting), yang terletak lebih kurang dua kilometer daripada Padang MPK1. Padang MPK4 adalah lokasi
sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
kebangsaan di Kuantan satu ketika dulu. Difahamkan, pihak
penganjur memberi dua syarat untuk berpindah ke lokasi tersebut, iaitu
pertamanya tiada gangguan kepada semua peserta yang hadir dan kedua
tiada pembatalan permit oleh Majlis
Perbandaran Kuantan (MPK) itu sendiri. Jika kedua-dua syarat itu
gagal dilaksanakan, maka perhimpunan terbabit akan tetap diadakan di Padang MPK1, berhadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I
dekat sini.
Khamis, 26 Januari 2012
NOH OMAR ~ PEMBANGKANG PUTARBELIT ISU NFC
TANJONG KARANG – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) tidak gagal seperti mana dijelaskan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, sekaligus menafikan tuduhan liar pembangkang.
Malah beliau berkata, syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih.
Katanya, punca lembu tidak dapat disembelih ialah kerana tiada pusat penyembelihan yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan kerana rumah penyembelihan yang dibina NFCorp hanya terhad kepada 100 lembu sehari sahaja.
“Penjelasan Ketua Audit Negara berhubung projek NFC adalah sama dengan penjelasan panjang yang saya berikan di Parlimen dahulu pada sesi penggulungan kementerian saya sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada para penerima yang layak di Bukit Belimbing, semalam.
Noh mengulas penjelasan Jabatan Audit Negara (JAN) semalam bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak menyebut perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan
pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dilaporkan berkata, perkataan ini digunakan oleh pihak lain dan JAN tidak dipertanggungjawabkan.
Namun begitu, Noh mengakui kelewatan berlaku pada pelaksanaan projek tersebut yang bermula ketika proses hendak membersihkan tapak seluas 5,000 hektar di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 1,500 hektar kepada NFCorp manakala 500 hektar diberikan kepada sebuah syarikat lain dan Kerajaan Negeri Sembilan mendapat 3,000 hektar.
"Nak membersihkan tapak ini sahaja yang dibuat melalui tender terbuka mengalami kelewatan setahun iaitu sepatutnya bermula pada 2007 tetapi dilaksanakan pada 2008," katanya.
Beliau berkata, pertikaian yang ditimbulkan pembangkang bahawa kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFCorp sebelum perjanjian dimeterai jelas menunjukkan mereka keliru.
Katanya, terdapat dua perjanjian dimeterai antara syarikat swasta tersebut dengan kerajaan iaitu pertama pada 6 Disember 2007 dengan Kementerian Kewangan membabitkan pinjaman berkenaan.
Satu lagi perjanjian pula membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditandatangani pada 8 Mac 2010 iaitu ketika beliau menerajui kementerian tersebut bagi mendapatkan persetujuan antara kedua belah pihak.
“Jadi tidak mungkin perjanjian belum ditandatangani duit (pinjaman) sudah dikeluarkan, jadi pembangkang twist (putar belit) bahawa perjanjian dibuat pada 2010 sedangkan perjanjian sebelum itu tidak disebut,” katanya.
Dalam pada itu, Noh berkata sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam projek berkenaan, kementerian menyerahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan.
“Projek tersebut tidak gagal, hanya kementerian perlu menyusun semula supaya ia dapat dilaksanakan sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian. Malangnya, pembangkang memutarbelitkan isu ini di dalam ceramah, blog dan surat khabar sehinggakan mengelirukan rakyat keliru dan menganggap projek ini milik kroni menteri.
“Saya berpendapat, langkah kerajaan dengan melantik sebuah firma audit bebas untuk menilai projek itu bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik dan memberikan gambaran sebenar berhubung projek berkenaan," katanya.
Penubuhan audit bebas ini juga katanya, akan dapat memperbetulkan salah faham terhadap kerajaan dan mengembalikan imej NFCorp yang dicemari tuduhan pihak tidak bertanggungjawab.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Jumaat, 20 Januari 2012
1000 pelabur terbolos jala
BUKIT MERTAJAM - Hasrat lebih
1,000 individu untuk menikmati hasil pelaburan terbantut malah mereka
kerugian lebih RM1 juta apabila seorang pengusaha skim cepat kaya yang
disertai mereka melarikan diri, baru-baru ini. Semua peserta itu melabur wang tunai
melalui skim diberi nama 'Pelaburan Jala Ikan' yang menjanjikan pulangan
lumayan RM450 setiap bulan. Bagi menerima bayaran itu, peserta perlu
membuat pelaburan tunai RM1,450 dan hasil keuntungan hanya diberi untuk
tempoh lapan bulan sahaja. Ketika mereka sepatutnya menerima bayaran
itu, pengusaha terbabit menghilangkan diri yang menyebabkan peserta
pelaburan itu baru sedar yang mereka telah menjadi mangsa penipuan.
Salah seorang mangsa skim itu, N. Rajendaran,
51, daripada Taman Selasih, Kulim berkata, dia setuju menyertai skim
itu dengan pelaburan sebanyak RM13,050 pada 30 November lalu. "Saya
diberi pelbagai janji manis supaya menyertai skim itu. Akhirnya saya
buat pelaburan sebanyak itu dengan harapan mendapat keuntungan lebih
besar," katanya ketika ditemui di sini semalam. Dia antara empat
daripada 1,000 orang yang membuat laporan polis setelah menjadi mangsa
penipuan skim itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah
(SPT) semalam. Skim itu mula diperkenalkan di sini bulan Februari tahun
lepas dan disertai oleh ramai kakitangan kerajaan dan syarikat
swasta. Rajendran berkata, dia sanggup menyerah wang sebanyak itu kepada
seorang wanita yang dikatakan menjadi kerani pada skim pelaburan
tersebut.
"Sepatutnya saya menerima wang keuntungan itu pada
masa yang ditetapkan malangnya, pengusaha berkenaan telah pun
menghilangkan diri," katanya sedih. Seorang lagi mangsa dikenali
sebagai, Selvam, 42, dari Taman Kota Permai, Bukit Mertajam
berkata, dia sedih kerana membuat pelaburan melebihi RM50,000 setelah
membuat pinjaman dari sebuah bank tempatan. "Saya sanggup buat pinjaman
dari bank itu kerana pihak pengusahanya menyediakan dokumen perjanjian
lengkap. "Saya alami kerugian besar dan kena bayar balik pinjaman kepada
bank selama 15 tahun," katanya. Menurut
Selvam, pengusaha lelaki terbabit sanggup datang ke rumahnya pada awal
bulan November lalu dan menegaskan pelaburan diperkenalkan itu adalah
yang terbaik untuk masyarakat India di negeri ini.
Seorang pelabur termuda dalam skim itu, Ang
Seew Keing, 23, dari Kubang Semang pula berkata, dia sanggup
menyerah wang sebanyak RM20,300 kepada wanita berkenaan sebelum ia
menyerahkan kepada pengusaha skim tersebut. "Saya hanya sempat melabur
RM20,300 sahaja dalam skim itu dan sebanyak RM10,300 telah dapat semula
dan sehingga ini bakinya RM9,000 dilarikan oleh lelaki itu,"
katanya. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial daerah, Asisten
Komisioner Ridzuan Nor Ihsanketika dihubungi berkata, pihaknya
menerima empat aduan daripada beberapa mangsa pelabur skim itu di negeri
ini. "Polis akan menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima aduan
tersebut," katanya.
Isnin, 9 Januari 2012
MAKBUL DOA RAKYAT MALAYSIA
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadinya. Kemenangan yang mengejutkan banyak pihak ini meningkatkan moral Anwar, partinya dan seluruh gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.
Anwar memperolehi kemenangan dalam hal melibatkan imejnya yang terjejas ekoran dakwaan liwat ini.
Penegasan Anwar kini bukan hanya disampaikan melalui retorik tetapi telah diputuskan oleh mahkamah.
Jumaat, 6 Januari 2012
ANWAR PATUT DINOBATKAN SEBAGAI LELAKI PALING JAHAT DIDUNIA
KALAU merujuk kepada media-media propaganda seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, dan TV3, jelas Anwar Ibrahim merupakan manusia yang paling teruk diserang kiri kanan atas bawah, siang malam pagi dan petang.
Malah kalau kita lihat sejarah, beliau seolah-olah sudah jadi manusia paling jahat di dunia. Apa kesalahan yang tidak dituduh ke atas beliau?
Liwat, zina, penipu, ajaran sesat, salah guna kuasa, ejen Amerika, ejen Arab Saudi, ejen Israel, nak bangkrapkan negara, nak jual negara, menghancurkan Islam, pecah belahkan masyarakat, membuat huru-hara, pelakon video lucah, dajal, dan sebagainya.
Tuduhan seks saja, berapa banyak versi sudah dilemparkan ke atas beliau? Kononnya Anwar zina dengan bini kawannya, zina dengan pelacur, ada anak haram, liwat pemandu, liwat adik angkat, liwat pembantu, liwat rakan sepenjara.
Tunggu masa saja beliau akan dituduh lakukan hubungan seks dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Malah, sepanjang ReJaM© mengenali tokoh-tokoh pemimpin yang ada di dunia ini, Anwar lah manusia yang digambarkan sebagai paling jahat dalam sejarah
Terbaru, Anwar dituduh membawa fahaman yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Kononnya Anwar membawa fahaman pluralisme pulak.
Berdasarkan tuduhan yang terlalu banyak ini, Anwar wajar dinobatkan sebagai manusia paling jahat di Malaysia atau barangkali sebagai manusia paling jahat di muka bumi ini.
Inilah propaganda yang cuba ditanam di dalam fikiran rakyat Malaysia. Namun jika difikirkan secara rasional benarkah ada manusia sejahat itu di Malaysia ini? Benarkah ada manusia yang mampu jadi sejahat itu di dunia ini?
ReJaM© "Najib Razak pula wajar dinobatkan sebagai manusia paling suci di Malaysia..."
Posted by mySAS 0 comments Links to this post
January 06, 2012

Langgan:
Catatan (Atom)