PETALING JAYA: Isu dalaman dan etika pemilihan jawatan parti mungkin menjadi agenda utama perbincangan kongres tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kota Bharu akhir bulan ini.
Naib Presiden PKR, Mustaffa Kamil Ayub berkata, bagaimanapun sehingga ini parti belum menetapkan sebarang usul khusus untuk dibincangkan. Katanya, isu lain yang mungkin diketengah dan dibincangkan dalam kongres tersebut ialah pasukan polis yang bertindak di luar batasan ketika bertugas.
"Perwakilan mungkin juga membincangkan mengenai kedaulatan negara yang kian terancam dengan pelbagai perkara yang berlaku," katanya ketika dihubungi Free Malaysia Today, hari ini.
Bagaimanapun, menurut Mustaffa Kamil, kongres kali ini tiada sebarang jawatan dipertandingkan.
Katanya, kongres itu akan berlangsung selama tiga hari mulai 28 Mei di Pusat Dagangan Kelantan, di Kota Bharu. "Kongres itu sepatutnya berlangsung tahun lalu tetapi ditangguhkan untuk memberi laluan kepada kongres khas untuk meminda perlembagaan PKR.
"Kita tak sempat nak buat kongres , jadi ia dibawa ke tahun ini. Ini kongres tahunan biasa, bukannya pemilihan. "Kongres pemilihan PKR akan diadakan di Kuala Lumpur dijangka bulan November ini," katanya. Kongres di Kota Bharu itu bermula dengan persidangan tahunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita Keadilan pada 28 Mei.
Persidangan penuh kongres akan berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu 30 dan 31 Mei. Dijangka kongres tersebut akan dihadiri kira-kira 1,800 perwakilan dari seluruh negara.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan