Pada 30 Julai – 1 Ogos 2009, Pengarah Biro Latihan, YB Fuziah Salleh memilih Cameron Highland lokasi seterusnya untuk bersama peserta membincangkan agenda penubuhan Akademi Latihan Keadilan yang berobjektif mampu melahirkan agen atau pemimpin supaya menjadi lebih komited, berkualiti dalam menggerakan transformasi rakyat bersama agenda parti.
Sepanjang bengkel dijalankan beberapa perkara telah dibincang seperti Visi dan Misi Akademi akan diadakan.Peserta terlibat begitu komited dalam membentangkan kertas kerja masing-masing. Diantaranya topik yang dibincangkan adalah Module yang penuh pengisian dengan menitik beratkan tentang perjuangan parti dari mula tertubuhnya sehingga sekarang.
Di Akademi juga menekankan kepada 5 teras iaitu :
1. IDEOLOGICAL DEVELOPMENT – Perkembangan Ideologi
2. SELF-DEVELOPMENT - Kemajuan Kendiri
3. POLITICAL LEADERSHIP - Sebagai Pemimpin Politik
4. COMMUNITY LEADERSHIP - Sebagai Pemimpin Masyarakat
5. CAMPAIGN SCHOOL – Menyediakan Pelbagai latihan
Biro Latihan Pusat sentiasa memastikan bahawa setiap Negeri aktif dalam mengadakan program berupa latihan yang lebih menekan kepada sesuatu yang lebih praktikal. Ini bertujuan supaya ianya akan melahirkan pemimpin yang bermotivasi serta lebih produktif.
(sumber: www.zulhaidah.com)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan