TANJONG KARANG – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) tidak gagal seperti mana dijelaskan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, sekaligus menafikan tuduhan liar pembangkang.
Malah beliau berkata, syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih.
Katanya, punca lembu tidak dapat disembelih ialah kerana tiada pusat penyembelihan yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan kerana rumah penyembelihan yang dibina NFCorp hanya terhad kepada 100 lembu sehari sahaja.
“Penjelasan Ketua Audit Negara berhubung projek NFC adalah sama dengan penjelasan panjang yang saya berikan di Parlimen dahulu pada sesi penggulungan kementerian saya sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada para penerima yang layak di Bukit Belimbing, semalam.
Noh mengulas penjelasan Jabatan Audit Negara (JAN) semalam bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak menyebut perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan
pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dilaporkan berkata, perkataan ini digunakan oleh pihak lain dan JAN tidak dipertanggungjawabkan.
Namun begitu, Noh mengakui kelewatan berlaku pada pelaksanaan projek tersebut yang bermula ketika proses hendak membersihkan tapak seluas 5,000 hektar di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 1,500 hektar kepada NFCorp manakala 500 hektar diberikan kepada sebuah syarikat lain dan Kerajaan Negeri Sembilan mendapat 3,000 hektar.
"Nak membersihkan tapak ini sahaja yang dibuat melalui tender terbuka mengalami kelewatan setahun iaitu sepatutnya bermula pada 2007 tetapi dilaksanakan pada 2008," katanya.
Beliau berkata, pertikaian yang ditimbulkan pembangkang bahawa kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFCorp sebelum perjanjian dimeterai jelas menunjukkan mereka keliru.
Katanya, terdapat dua perjanjian dimeterai antara syarikat swasta tersebut dengan kerajaan iaitu pertama pada 6 Disember 2007 dengan Kementerian Kewangan membabitkan pinjaman berkenaan.
Satu lagi perjanjian pula membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditandatangani pada 8 Mac 2010 iaitu ketika beliau menerajui kementerian tersebut bagi mendapatkan persetujuan antara kedua belah pihak.
“Jadi tidak mungkin perjanjian belum ditandatangani duit (pinjaman) sudah dikeluarkan, jadi pembangkang twist (putar belit) bahawa perjanjian dibuat pada 2010 sedangkan perjanjian sebelum itu tidak disebut,” katanya.
Dalam pada itu, Noh berkata sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam projek berkenaan, kementerian menyerahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan.
“Projek tersebut tidak gagal, hanya kementerian perlu menyusun semula supaya ia dapat dilaksanakan sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian. Malangnya, pembangkang memutarbelitkan isu ini di dalam ceramah, blog dan surat khabar sehinggakan mengelirukan rakyat keliru dan menganggap projek ini milik kroni menteri.
“Saya berpendapat, langkah kerajaan dengan melantik sebuah firma audit bebas untuk menilai projek itu bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik dan memberikan gambaran sebenar berhubung projek berkenaan," katanya.
Penubuhan audit bebas ini juga katanya, akan dapat memperbetulkan salah faham terhadap kerajaan dan mengembalikan imej NFCorp yang dicemari tuduhan pihak tidak bertanggungjawab.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
Khamis, 26 Januari 2012
Jumaat, 20 Januari 2012
1000 pelabur terbolos jala
BUKIT MERTAJAM - Hasrat lebih
1,000 individu untuk menikmati hasil pelaburan terbantut malah mereka
kerugian lebih RM1 juta apabila seorang pengusaha skim cepat kaya yang
disertai mereka melarikan diri, baru-baru ini. Semua peserta itu melabur wang tunai
melalui skim diberi nama 'Pelaburan Jala Ikan' yang menjanjikan pulangan
lumayan RM450 setiap bulan. Bagi menerima bayaran itu, peserta perlu
membuat pelaburan tunai RM1,450 dan hasil keuntungan hanya diberi untuk
tempoh lapan bulan sahaja. Ketika mereka sepatutnya menerima bayaran
itu, pengusaha terbabit menghilangkan diri yang menyebabkan peserta
pelaburan itu baru sedar yang mereka telah menjadi mangsa penipuan.
Salah seorang mangsa skim itu, N. Rajendaran,
51, daripada Taman Selasih, Kulim berkata, dia setuju menyertai skim
itu dengan pelaburan sebanyak RM13,050 pada 30 November lalu. "Saya
diberi pelbagai janji manis supaya menyertai skim itu. Akhirnya saya
buat pelaburan sebanyak itu dengan harapan mendapat keuntungan lebih
besar," katanya ketika ditemui di sini semalam. Dia antara empat
daripada 1,000 orang yang membuat laporan polis setelah menjadi mangsa
penipuan skim itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah
(SPT) semalam. Skim itu mula diperkenalkan di sini bulan Februari tahun
lepas dan disertai oleh ramai kakitangan kerajaan dan syarikat
swasta. Rajendran berkata, dia sanggup menyerah wang sebanyak itu kepada
seorang wanita yang dikatakan menjadi kerani pada skim pelaburan
tersebut.
"Sepatutnya saya menerima wang keuntungan itu pada
masa yang ditetapkan malangnya, pengusaha berkenaan telah pun
menghilangkan diri," katanya sedih. Seorang lagi mangsa dikenali
sebagai, Selvam, 42, dari Taman Kota Permai, Bukit Mertajam
berkata, dia sedih kerana membuat pelaburan melebihi RM50,000 setelah
membuat pinjaman dari sebuah bank tempatan. "Saya sanggup buat pinjaman
dari bank itu kerana pihak pengusahanya menyediakan dokumen perjanjian
lengkap. "Saya alami kerugian besar dan kena bayar balik pinjaman kepada
bank selama 15 tahun," katanya. Menurut
Selvam, pengusaha lelaki terbabit sanggup datang ke rumahnya pada awal
bulan November lalu dan menegaskan pelaburan diperkenalkan itu adalah
yang terbaik untuk masyarakat India di negeri ini.
Seorang pelabur termuda dalam skim itu, Ang
Seew Keing, 23, dari Kubang Semang pula berkata, dia sanggup
menyerah wang sebanyak RM20,300 kepada wanita berkenaan sebelum ia
menyerahkan kepada pengusaha skim tersebut. "Saya hanya sempat melabur
RM20,300 sahaja dalam skim itu dan sebanyak RM10,300 telah dapat semula
dan sehingga ini bakinya RM9,000 dilarikan oleh lelaki itu,"
katanya. Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Komersial daerah, Asisten
Komisioner Ridzuan Nor Ihsanketika dihubungi berkata, pihaknya
menerima empat aduan daripada beberapa mangsa pelabur skim itu di negeri
ini. "Polis akan menjalankan siasatan sebaik sahaja menerima aduan
tersebut," katanya.
Isnin, 9 Januari 2012
MAKBUL DOA RAKYAT MALAYSIA
Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini didapati tidak bersalah dan bebas daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu peribadinya. Kemenangan yang mengejutkan banyak pihak ini meningkatkan moral Anwar, partinya dan seluruh gabungan pembangkang Pakatan Rakyat.
Anwar memperolehi kemenangan dalam hal melibatkan imejnya yang terjejas ekoran dakwaan liwat ini.
Penegasan Anwar kini bukan hanya disampaikan melalui retorik tetapi telah diputuskan oleh mahkamah.
Jumaat, 6 Januari 2012
ANWAR PATUT DINOBATKAN SEBAGAI LELAKI PALING JAHAT DIDUNIA
KALAU merujuk kepada media-media propaganda seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, dan TV3, jelas Anwar Ibrahim merupakan manusia yang paling teruk diserang kiri kanan atas bawah, siang malam pagi dan petang.
Malah kalau kita lihat sejarah, beliau seolah-olah sudah jadi manusia paling jahat di dunia. Apa kesalahan yang tidak dituduh ke atas beliau?
Liwat, zina, penipu, ajaran sesat, salah guna kuasa, ejen Amerika, ejen Arab Saudi, ejen Israel, nak bangkrapkan negara, nak jual negara, menghancurkan Islam, pecah belahkan masyarakat, membuat huru-hara, pelakon video lucah, dajal, dan sebagainya.
Tuduhan seks saja, berapa banyak versi sudah dilemparkan ke atas beliau? Kononnya Anwar zina dengan bini kawannya, zina dengan pelacur, ada anak haram, liwat pemandu, liwat adik angkat, liwat pembantu, liwat rakan sepenjara.
Tunggu masa saja beliau akan dituduh lakukan hubungan seks dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Malah, sepanjang ReJaM© mengenali tokoh-tokoh pemimpin yang ada di dunia ini, Anwar lah manusia yang digambarkan sebagai paling jahat dalam sejarah
Terbaru, Anwar dituduh membawa fahaman yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Kononnya Anwar membawa fahaman pluralisme pulak.
Berdasarkan tuduhan yang terlalu banyak ini, Anwar wajar dinobatkan sebagai manusia paling jahat di Malaysia atau barangkali sebagai manusia paling jahat di muka bumi ini.
Inilah propaganda yang cuba ditanam di dalam fikiran rakyat Malaysia. Namun jika difikirkan secara rasional benarkah ada manusia sejahat itu di Malaysia ini? Benarkah ada manusia yang mampu jadi sejahat itu di dunia ini?
ReJaM© "Najib Razak pula wajar dinobatkan sebagai manusia paling suci di Malaysia..."
Posted by mySAS 0 comments Links to this post
January 06, 2012
Malah kalau kita lihat sejarah, beliau seolah-olah sudah jadi manusia paling jahat di dunia. Apa kesalahan yang tidak dituduh ke atas beliau?
Liwat, zina, penipu, ajaran sesat, salah guna kuasa, ejen Amerika, ejen Arab Saudi, ejen Israel, nak bangkrapkan negara, nak jual negara, menghancurkan Islam, pecah belahkan masyarakat, membuat huru-hara, pelakon video lucah, dajal, dan sebagainya.
Tuduhan seks saja, berapa banyak versi sudah dilemparkan ke atas beliau? Kononnya Anwar zina dengan bini kawannya, zina dengan pelacur, ada anak haram, liwat pemandu, liwat adik angkat, liwat pembantu, liwat rakan sepenjara.
Tunggu masa saja beliau akan dituduh lakukan hubungan seks dengan haiwan dan tumbuh-tumbuhan.
Malah, sepanjang ReJaM© mengenali tokoh-tokoh pemimpin yang ada di dunia ini, Anwar lah manusia yang digambarkan sebagai paling jahat dalam sejarah
Terbaru, Anwar dituduh membawa fahaman yang boleh merosakkan akidah umat Islam. Kononnya Anwar membawa fahaman pluralisme pulak.
Berdasarkan tuduhan yang terlalu banyak ini, Anwar wajar dinobatkan sebagai manusia paling jahat di Malaysia atau barangkali sebagai manusia paling jahat di muka bumi ini.
Inilah propaganda yang cuba ditanam di dalam fikiran rakyat Malaysia. Namun jika difikirkan secara rasional benarkah ada manusia sejahat itu di Malaysia ini? Benarkah ada manusia yang mampu jadi sejahat itu di dunia ini?
ReJaM© "Najib Razak pula wajar dinobatkan sebagai manusia paling suci di Malaysia..."
Posted by mySAS 0 comments Links to this post
January 06, 2012
Langgan:
Catatan (Atom)