Sabtu, 26 November 2011

DEMI RAKYAT, MELAKAR MASA DEPAN MALAYSIA ~~ DS WAN AZIZAH

JOHOR BAHRU 26 Nov: Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail hari ini menegaskan KEADILAN sudah bersedia menghadapi pilihan raya umum akan datang dan akan memilih calon yang benar-benar berwibawa.
“Jentera pilihan raya telah diperkemas; latihan dan persiapan rapi terus dijalankan.
“Kami ingin memberi jaminan bahawa calon yang bakal ditonjolkan dirundingkan terlebih dulu dengan cabang dan akar umbi, terdiri daripada mereka yang layak dan diyakini punya prinsip perjuangan dan tidak mungkin dituai dengan jutaan ringgit sogokan musuh,” kata Wan Azizah.
Beliau berkata demikian dalam ucapan dasarnya dengan tema ‘Demi Rakyat, Melakar Masa Depan Malaysia’, pada Kongres Nasional Tahunan KEADILAN kelapan 2011 di Pulai Spring Resorts, Johor Bahru.
Dalam ucapan sama, Wan Azizah turut meniup semangat juang menghadapi pilihan raya umum akan datang yang mungkin berlangsung pada bila-bila masa sahaja.
Menurutnya, cabaran terbesar KEADILAN iaitu untuk memenangi hati rakyat perlu terus didepani walaupun berdepan kekangan seperti pilihan raya yang tidak bebas mahu pun adil.

“Sekiranya kita dapat menembus malah menumpas kubu Umno-BN dengan segala kekurangan dan keterbatasan yang ada kita pasti berupaya mencatat keputusan cemerlang sehingga ke Putrajaya, Insya-Allah,” kata Wan Azizah.
KEADILAN juga, kata Wan Azizah, perlu membebaskan Malaysia dari ‘penguasa elit’ yang terus membiarkan rakyat menderita dan menafikan hak mereka mendapat terbaik dalam kehidupan.
“Malaysia negara berpotensi besar. Rakyatnya yang bersaudara gigih berusaha. Negara dibina atas landasan agama dan akar budaya.
“Namun, cita-cita kita direncat oleh elit kekuasaan. Rasuah dan ketamakan membarah. Rakyat dibiarkan menderita dengan kepayahan hidup.
“Setiap daripada kita berhak mendapat yang terbaik. Pendidikan berkualiti, kebajikan terbela, peluang saksama dan pentadbiran beramanah menanti kita,” kata Wan Azizah.
Turut serta dalam majlis perasmian kongres tersebut ialah Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dif kehormat dari Kesatuan Eropah, Jepun, Filipina, Palastin dan pemimpin-pemimpin parti politik dari Indonesia.
Majlis perasmian Kongres Nasional Keadilan ke-8 ini dihadiri 2,534 perwakilan selain 1055 pemerhati.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=23491

Ahad, 20 November 2011

RAPATKAN PAKATAN HADAPI PRU13..

Agak jongang dan janggal bilamana parlimen belum dibubarkan ada orang parti terus mula berkempen dan isytiharkan bahawa mereka sudah dipilih sebagai calon pru nanti. Jangalah terus memperolak alikkan parti dan kepercayaan anggota akar umbi, yang akan terus menjadi keliru. Jangan lah anggap mudah dan musuh kita tidak akan mengambil kesempatan di bahagian bawah yang nampak longgar dan penuh kontroversial. Siapa yang akan memantau semua episod sedeh di hulu selangor ini?
Harap dapat dilihat secara mikro semua permasalahan dan sengketa sekarang.

Khamis, 17 November 2011

TS KHALID ~ DUN SELANGOR TIDAK AKAN DIBUBAR SEHINGGA JUN 2012

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri Selangor jika pilihan raya umum diadakan sebelum Jun 2012.

"Saya sebagai Menteri Besar hari ini menyatakan pendirian kerajaan negeri bahawa jika pilihanraya umum dilakukan kurang enam bulan maka kita tidak akan sertai tetapi jika sebaliknya negeri Selangor akan bersama dalam pilihan raya itu.

"Ini adalah ingin memastikan segala apa yang kita janjikan pada belanjawan kali ini dapat dipenuhi sepenuhnya serta rakyat dapat menikmati apa yang telah kita janjikan.

"Banyak yang kerajaan negeri telah janjikan dan kita mahu pastikan ia dapat dilaksanakan sepenuhnya," katanya selepas majlis penutup sidang Dewan Undangan Negeri Selangor hari ini.

Pada sidang akhbar itu, Abdul Khalid juga menolak dakwaan bahawa Pakatan Rakyat Selangor tidak yakin akan memenangi pilihan raya itu.

"Kita kena fikir positif dan apa yang dilakukan ini adalah untuk kebaikan, untuk apa kita berbahas tentang bajet dan sebagainya jika kita turut sama dalam pilihan raya sehinggakan apa yang dijanjikan pada belanjawan kali ini tidak dapat ditunaikan sepenuhnya," katanya.

Pada masa yang sama Abdul Khalid juga meminta setiap pihak menghormati intitusi di negeri ini terutamanya Institusi Raja, Dewan Negeri, Kerajaan Negeri dan rakyat.

"Sebagai menjadikan sebuah negeri yang harmoni setiap pihak perlu bekerjasama tanpa ada sebarang sikap prasangka dan yang perlu dilakukan oleh wakil-wakil yang dipilih oleh rakyat adalah melaksanakan apa yang telah diamanahkan," katanya.

malaysiakini/-

Rabu, 16 November 2011

KEJUTAN DI JOHOR MASA PRU13 NANTI ~ ANWAR

Anwar Ibrahim membayangkan kejutan mungkin akan berlaku di Johor, pada pilihan raya umum akan datang.

Ini berikutan usaha bersungguh-sungguh pakatan pembangkang, terutama Keadilan untuk menawan negeri itu termasuk menjadikan Johor tuan rumah kongres kelapan parti itu,

“Kita percaya, rakyat akan beri sokongan kuat kepada Pakatan Rakyat untuk tawan Johor, sekali gus membuat kejutan besar pada pilihan raya akan datang. Ianya akan dimulakan di sini, untuk menjadikan Johor kubu kuat kita,” katanya ketika berucap pada majlis makan malam Keadilan Cabang Batu Pahat di sini, kelmarin.

Kongres Kelapan Keadilan akan berlangsung di Pulai Springs Resort, Johor Bahru bermula 25 hingga 27 November ini.

Selain Johor, Anwar berkata, pembangkang turut meletakkan matlamat menawan Negeri Sembilan dan Melaka, selain mengukuhkan kedudukan di Selangor dan Pulau Pinang.

“Kita yakin dengan sokongan rakyat Johor yang semakin meningkat. Paling tidak pun, kita akan dapat tambah kerusi di negeri dianggap kubu kuat Umno ini,” katanya pada majlis yang turut dihadiri Ketua Keadilan Johor, Chua Jui Meng dan Ketua Keadilan Cabang Batu Pahat, Syed Hamid Ali.

Selain itu, Anwar juga berjanji, jika Pakatan Rakyat diberi peluang memerintah, jawatan Perdana Menteri hanya akan disandang oleh pemimpin yang sama untuk tempoh dua penggal sahaja.

“Menteri pula tidak akan dilantik daripada mereka yang terlibat dengan perniagaan,” katanya.

Sementara itu, pada sidang media berasingan di KUALA LUMPUR, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution ada sebab tertentu mengapa kongres kelapan parti itu diadakan di Johor.

“Kita tidak buat di Melaka, Perlis, Sabah atau Sarawak yang juga belum pernah jadi tuan rumah. Daripada rekod kita, trend di negeri di mana tujuh kongres diadakan sebelum ini, kemudiannya menjadi medan yang subur untuk parti dan Pakatan Rakyat. Lihatlah kejayaan kita di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Kelantan,” katanya.

Untuk kongres kali ini yang bertema ‘Demi Rakyat’, seramai 2,534 perwakilan yang mewakili 218 cabang seluruh negara dan 1,055 pemerhati berdaftar dijangka akan hadir.

Kalau Takut Dipukul Badai...Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat (Din Binjai)
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/

MENGAPA MUHYIDDIN YASSIN BERIYA2 BENAR JAWAP UTK SHAHRIZAT JALIL ~ MAT SABU ADA JAWAPANNYA

KUALA LUMPUR, 16 Nov: Jawapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada desakan supaya Datuk Seri Shahrizat Jalil meletak jawatan mengundang rasa kasihan Mohamad Sabu.

"Kasihan sungguh pada Muhyiddin apabila membaca jawapannya itu. Nampak tak berdaya sungguh beliau hendak memikirkan jawapan yang meyakinkan kepada tuntutan supaya Shahrizat meletak jawatan.

"Maklumlah, Muhyiddin tentu tahu beliau juga perlu meletak jawatan kerana beliau adalah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika projek lembu itu diserahkan kepada keluarga Shahrizat," kata Timbalan Presiden PAS itu.


Mohamad percaya, Muhyiddin juga tentu tahu bahawa Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin tidak akan berani menuntut Shahrizat meletak jawatan tanpa restu secara diam-diam orang atasan.

"Sebab itu nampak bingkas sungguh Muhyiddin memberikan jawapan sedangkan sebelum ini beliau membisu mengenai isu NFC (Pusat Fidlot Kebangsaan) itu," kata beliau.

Mohamad tidak percaya Bung Moktar berani melakukan sesuatu yang menimbulkan kemarahan seluruh kepimpinan tertinggi Umno.

Tindakan seperti itu boleh membunuh kerjaya politiknya, kata beliau lagi.

"Kalau tidak ada restu, saya tidak percaya dia berani tunjuk hero minta Shahrizat berundur.

"Bukan Shahrizat sahaja yang terasa sakitnya. Muhyiddin lebih terasa lagi," kata Mohamad.

Isnin lalu, ketika berucap dalam sidang Dewan Rakyat, timbalan pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) itu menuntut Shahrizat meletakkan jawatannya sebagai Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berikutan penglibatan keluarganya dalam NFC.

Ketika menjawab tuntutan itu, Muhyiddin berkata, Ketua Wanita Umno itu tidak perlu meletakkan jawatan dalam kabinet dan parti kerana beliau tidak terlibat secara langsung dalam projek penuh kontroversi yang diuruskan oleh anggota keluarganya itu.

"Seruan Bung itu saya fikir tak perlulah sangat. Soal-soal sebegini khusus di kalangan kita sama kita (sesama Umno) kerana ia tidak secara langsung menyatakan Shahrizat terlibat.

"Sebenarnya, ini soal operasi perniagaan yang diuruskan oleh keluarga tetapi Shahrizat sendiri tidak terlibat," katanya.

Sebelum ini, beberapa blog dan laman sosial ahli-ahli Umno menuduh Muhyiddin mahu menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Setiausaha Umno Bahagian Bandar Tun Razak, Zaharin Mohd Yasin pernah menuduh Timbalan Presiden Umno itu membuka jalan kepada kemenangan pembangkang.

Selepas itu, katanya, "Muhyiddin Yasin akan minta PM Najib letak jawatan saperti yang pernah dia lakukan kepada (Tun) Abdullah Hj Ahmad (Badawi)".

Zaharin, yang menuduh Muhyiddin sebagai "anak paria", "penyamun besar" dan "perosak Umno", mendakwa beliau mempunyai maklumat bahawa Muhyiddin terbabit hendak menjatuhkan Najib.

/Harakahdaily