Jenazah allahyarham akan disemadikan kira-kira jam 11 pagi ini, sembahyang jenazah di Mesjid Kuning, Bt 10, Hulu Langat pagi ini...Alfatihah.
Dari kami semua anggota PKR Hulu Selangor.
Khamis, 25 Mac 2010
Selasa, 16 Mac 2010
Isnin, 15 Mac 2010
Selasa, 9 Mac 2010
Dana untuk Reformis dari Kerajaan Negeri Selangor..
Selangor Taja Yayasan Reformis
Oleh Norasikin Samsi
SHAH ALAM 9 Mac - Satu majlis dialog di antara aktivis reformis bersama Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah diadakan baru-baru ini. Turut hadir dalam perjumpaan tersebut ikon reformasi dan perjuangan rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perjumpaan yang berlangsung hampir empat jam di kediaman rasmi Menteri Besar itu dihadiri seramai 150 anggota. Semuanya menjurus kepada ‘bicara hati’ pejuang jalanan yang sekian lama memperjudikan nasib mereka menentang kezaliman rejim Umno-BN yang berterusan menzalimi Anwar bermula konspirasi pertama pada 1998 sehingga sejarah hitam itu kini berulang kembali.
Malah ada di kalangan mereka terpaksa melalui perjalanan hidup getir setelah diberhentikan kerja oleh majikan kerana menentang keadilan yang diperjuangkan aktivis ini. Sebagai tanda penghargaan dan keprihatinan di atas usaha dan perjuangan mereka selama ini, kerajaan negeri Selangor mengambil inisiatif membantu membela nasib kelompok ini.
Khalid dalam ucapannya berkata, adalah menjadi hasrat beliau untuk membantu golongan reformis. Namun beliau dapati sebelum ini kelompok reformis seperti bercakaran dan berpecah sesama sendiri. Pada majlis itu juga, Khalid mengumumkan sebuah yayasan khas akan ditubuhkan bagi membantu aktivis menambahbaik serta memantapkan lagi pergerakan mereka selain membantu meringankan beban keluarga aktivis yang menghadapi krisis kewangan. Bagi peringkat permulaan suntikan dana sebanyak RM100,000 diperuntukkan untuk membantu reformis ini menjalani latihan dan kemahiran dalam bidang keusahawanan. Tidak ketinggalan, untuk menyelaras dan memudahkan pergerakan kumpulan berkenaan kerajaan negeri juga berhasrat menyediakan kediaman khas untuk kegunaan sekretariat yang bakal dibentuk dalam tempoh terdekat ini. Hasrat murni kerajaan Selangor ini disambut dengan baik namun waspada oleh reformis seperti Nasir Isa, 52. "Kita tidak mahu terlalu mengharap. Ia belum dibentuk secara rasmi. Baru peringkat cadangan. Apapun usaha Tan Sri Khalid membantu kami golongan reformis amatlah dihargai. Setelah bermacam-macam detik sukar yang kami tempuhi sejak lebih 10 tahun lalu malah sehingga ke hari ini perjuangan kami tak pernah padam untuk menegakkan keadilan. Ini prinsip perjuangan kami. "Apapun, sidang dialog yang diadakan seumpama ini amatlah dialu-alukan. Pelbagai masalah yang hadapi reformis seperti hilang sumber pencarian serta kematian isteri mahupun suami dapat dibangkitkan dalam sesi perbincangan. Kami mahu ada pemimpin yang bersikap terbuka untuk mendengar masalah kami dan mencari jalan penyelesaiannya.
Badaruddin Ismail, 64, beliau turut meletakkan harapan yayasan itu akan menjadi realiti."Bagaimanapun komitmen yang dibuat MB mendapat pandangan positif di kalangan reformis. Saya juga berharap dengan penubuhan sekretariat rasmi ini dapat memperkukuhkan lagi perjuangan aktivis seperti kami," ujar beliau lagi.
Sementara itu, Anwar selaku Penasihat Ekonomi Selangor mengucapkan penghargaan kepada semua pejuang reformis yang kekal memberi sokongan padu kepadanya serta parti. Katanya, beliau bersama Khalid akan membantu reformis serta menghidupkan semula sejarah pembentukan ..
Ahad, 7 Mac 2010
TS KHALID - SELANGOR AKAN TERUS MEMBELA RAKYAT DI BAWAH PAKATAN RAKYAT
Kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan terus memperjuangkan perkara-perkara asas dalam membela rakyat supaya mereka terus menikmati perbezaan hidup di bawah Pakatan Rakyat berbanding kerajaan negeri Umno-BN sebelumnya.Khalid berkata usaha memastikan kerajaan negeri bersih daripada rasuah dan kemakmuran di agihkan kepada rakyat akan menyakinan rakyat Selangor dan seluruh Negara untuk mengangkat Pakatan Rakyat ke Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.Tan Sri Khalid berkata Pakatan Rakyat telah menyahut mesej jelas dari rakyat Selangor pada pilihanraya umum yang genap dua tahun esok."Ini yang rakyat tak nak, ini yang rakyat tak mahu, kontrak dibagi pada kawan-kawan, tanah diambil untuk basmi kemiskinan, pengerusi yang jadi tokehnya, bagaimana kita nak menyelesaikan masalah ini, kita berada dalam satu peluang, rakyat melihat apa bezanya kepimpinan dibawah UMNO BN dengan kepimpinan oleh Pakatan Rakyat, apa bezanya Khir Toyo dan Mat Taib lain-lain dengan Khalid Ibrahim,” tegas beliau.Khalid berkata pentadbiran beliau telah berusaha dengan segigih mungkin untuk menzahirkan perbezaan itu.“Ini bukan boleh dibeli, ini bukan boleh digertak, ini kerana kita daripada kumpulan reformasi, kita mahu buat perubahan menunjukkan kepada rakyat, kita boleh pandang mata rakyat, katakana saya berjuang untuk saudara, saya boleh salam saudara, saya salam bahawa ini amanah yang diberikan oleh saudara, dan kita berani buat demikian,” katanya.Dalam tempoh singkat dua tahun ,kerajaan negeri telah mengorak langkah menyelesaikan pelbagai masalah yang tertunggak sekian lama di bawah Umno-BN.Antaranya memberi hak tanah kepada lebih 100,00 keluarga dan melanjutkan pajakan tanah untuk mereka yang layak serta menyelesaikan masalah penduduk bukit Botak yang dinafikan rumah sekian lama.Turut diperkenalkan pelbagai skim untuk anak kelahiran baru, warga emas, bantuan untuk ibu tunggal dan anak pekerja ladang di samping air percuma 20 liter padu.“Tak tergambar Barisan Nasional bahawa merakyatkan ekonomi ini, ialah balasan kita kepada rakyat yang memerintah, tak tergambar oleh Barisan Nasional," kata beliau.Khalid berkata program-program Pakatan rakyat di Selangor adalah penting untuk memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan Pakatan Rakyat mentadbir Negara sekiranya diberikan mandate oleh pengundi pada pilihanraya umum ke 13. “Harapan baru kita ialah sebagai tugas baru, tugas baru yang mengatakan jika kita boleh memerintah Selangor dengan baik, jika rakyat Selangor percaya dengan kita, rakyat Selangor mahukan kita, sudah tentu kita akan ke Putrajaya," tegas Khalid.
Rabu, 3 Mac 2010
12 MP IKRAR TOLAK SPEKULASI KELUAR PKR
PETALING JAYA – Seramai 12 Ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR), semalam menafikan spekulasi keluar parti dan menjadi Ahli Parlimen bebas seperti didakwa di lama-laman blog.
Mereka juga menyatakan sokongan penuh terhadap kepimpinan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Ketua Pembangkang pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, semalam.
Mereka ialah Datuk Kamarul Baharin Abbas (Teluk Kemang), Ahmad Kassim (Kuala Kedah) Azan Ismail (Indera Mahkota), Abdullah Sani Abdul Hamid (Kuala Langat), Aziz Abd Kadir (Ketereh) dan Yusmadi Yusoff (Balik Pulau).
Turut serta, S Manakavasigam (Kapar), Datuk Rashid Din (Merbok), Amran Abd Ghani (Tanah Merah) dan Hee Loy Sian (Petaling Jaya Utara).
Bagaimanapun, dua lagi Ahli Parlimen PKR, N Gobalakrisnan (Padang Serai) dan Gwo Burne Loh (Kelana Jaya) tidak hadir kerana berada di luar negara.
Ahli Parlimen Teluk Kemang, Datuk Kamarul Baharin Abbas yang bercakap mewakili 12 pemimpin itu berkata, UMNO dan Barisan Nasional (BN) cuba memecahbelahkan parti dengan menyebarkan desas-desus bahawa lebih ramai wakil PKR akan melompat parti.
Beliau yang juga Pengerusi PKR Negeri Sembilan berkata, BN sebenarnya gusar melihat gelombang kedua sokongan rakyat kepada pemimpin Pakatan Rakyat, terutama berikutan kes fitnah melibatkan Anwar.
”Kami ingin menekankan bahawa perjuangan kita untuk membela prinsip keadilan. Kami juga ingin menyatakan bahawa sokongan kami untuk Anwar sebagai pemimpin PKR tidak berbelah bagi,” kata Kamarul.
Menurutnya, kesemua 12 Ahli Parlimen PKR menandatangani kenyataan menjanjikan kesetiaan mereka kepada parti, dan ia suatu langkah yang dibuat secara sukarela.
Ketika ditanya sama ada Ahli Parlimen lain dalam parti akan mengadakan sidang akhbar yang serupa dengan sumpah kesetiaan mereka, Kamarul berkata, mereka masih lagi bersama parti.:
Katanya, beliau tidak fikir lebih ramai Ahli Parlimen PKR akan meninggalkan parti.
Pada sidang media semalam, Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Nordin tidak menyatakan pendirian bersama kerana masih dalam penyiasatan panel disiplin. “Kesnya masih lagi tertangguh, biarlah ia dilaksanakan dahulu. Namun, sebagai sebuah pasukan, kami berharap Zulkifli akan bersama kita,” katanya.
Isnin lalu, Salehuddin meramalkan seramai 10 Ahli Parlimen PKR akan keluar parti dalam masa terdekat.
Langgan:
Catatan (Atom)