Khamis, 18 Februari 2010

PKR PERLU TARBIAHKAN PIMPINAN CABANG, AHLI....

Oleh: budakhutankampung
Pada pandangan saya, PKR perlu tarbiahkan ahli2 terutama pimpinan samaada di peringkat bawahan sehinggalah di peringkat atasan agar sentiasa istiqamah dan tidak luntur dek kepentingan peribadi sepertimana pimpinan PAS buat…Sehingga saat ini, saya belum nampak YB2 dari PAS berpaling tadah….seperti contoh PRU 2004, kerajaan PAS Kelantan di saat itu amat genting kerana hanya mempunyai kelebihan satu kerusi sahaja di peringkat DUN. Atas prinsip istiqamah dan keberkatan tarbiah yg kuat, walau di pujuk dgn jutaan ringgit, prinsip ahli2 DUN PAS tidak berganjak dgn pujuk rayu wang ringgit.
Dlm PRU 2008, Kita lihat ramai calon2 yg dikemukakan PKR adalah calon “recycle” dr UMNO yg kebanyakannya adalah rakan2 DS yg sudah tentu DS tahu latar belakang mereka dan di mana mereka di saat DS dihina, difitnah & dipenjara,..bilamana mereka diangkat menjadi calon dan menang, itulah yg terjadi di Kedah,Perak & Selangor di mana mereka melompat katak & kijang kununnya nk menjadi wakil bebas disebabkan perjuangan Pakatan Rakyat dah lari ttp sebenarnya perasaan keUMNOan mereka masih kuat…cuba kita kaji bekas pemimpin UMNO yg memasuki perjuangan PAS, sehingga di saat ini saya lihat tiada seorang yg goyah dan berpatah balik menyokong UMNO…sayugia, inilah natijah yg berkesan konsep dan prinsip tarbiah & dakwah yg dipraktikkan oleh pimpinan PAS,…begitu juga dgn konsep Bai’ah dlm PAS, walaupun pada pandangan org jahil ianya amat berat ttp itu prinsip asas perjuangan di mana tidak cukup hanya dgn slogan dan ikrar, sumpah taat setia dgn nama Tuhan amat memberi impak yg mendalam. Ikrar di hadapan manusia tidak kekal lama, ikrar bersaksikan nama Tuhan amat bermakna…
Tak salah jika kita mencontohi cara & pendekatan rakan dalam pakatan, jgn pula kita mencontohi dan mengikuti dasar @ asas yg dilaksanakan oleh lawan politik walau dulu pernah menjunjung & bersamanya…

Apakah politik negara sedang menuju kekacauan ?

by Baha Zain
Parti-parti komponen BN sedang goyah sehingga merosot keyakinan pengundi terhadapnya; dan parti-parti pembangkang dalam PKR juga tidak kurang berantakannya. Kestabilan pemerintahan negara mungkin tidak mantap seperti dahulu, tetapi negara ini sudah kukuh dan memiliki institusi pentadbiran, keselamatan, perundangan, dan kehakimannya yang ditadbirkan oleh kaki tangan bukan politik . Apa pun perubahan terhadap pemain-pemain besar politik di atas, tidak akan menggoncang negara secara traumatik. Di situlah letaknya keindahan atau poetry pemerintahan demokrasi Malaysia kecualilah ( ingat! kecuali) tercetusnya pertentangan kaum dan agama seperti konflik berdarah Mei 1969 yang menyebabkan demokrasi dan Parlimen ditangguhkan.
Ingat Tragedi Mei itu adalah satu pengajaran yang pahit . Ingat juga bahawa sentimen kaum dan agama ( terutama agama) masih menjadi potensi ledakan yang terpendam. Anehnya ramai pula yang berpendapat bahawa tragedi buruk yang berlaku 40 tahun dahulu telah menginsafkan penduduk daripada pelbagai kaum supaya jangan mudah celupar mulut dan terlalu ghairah memperjuangkan isu-isu yang condong untuk kepentingan sempit bangsa dan keturunan sendiri sehingga melupakan kenyataan-kenyataan tradisi, sejarah dan pengorbanan jiwa raga , keringat serta air mata pejuang-pejuang yang bersuara dan bertindak melawan penjajahan. Apakah rakyat Malaysia pada hari ini sudah lupa akan hakikat tersebut kerana ramai aktivis Melayu, Cina dan India adalah orang muda yang masih berhingus hidungnya dan dibersihkan najisnya oleh ibu bapa empat puluh tahun dahulu, iaitu pada tahun 1969 itu ? Berapa usia anda sekarang?
Sekarang ramai yang bersuara menuntut kebebasan sama rata; dan ramai pula pemimpin yang memberi gula-gula bahawa semua rakyat sama hak-hak dan kebebasannya. Mana ada manusia yang dilahirkan ke dunia sama rata ? Lelaki dan perempuan yang sebangsa dan seagama pun tak sama rata dalam hak-hak dan tanggungjawabnya. Apa yang ada ialah kesaksamaan (ekuiti) dan keadilan bukan sama rata. Perlembagaan yang menjadi landasan tata hidup negara juga tidak memberikan kebebasan serta hak-hak yang sama rata bagi semua dan setiap individu dalam semua dan setiap lapangan kehidupan. Tidak ada negara di dunia yang berbuat demikian walaupun peluang untuk berjaya di dalam hidup secara sah terbuka luas di depan.
Rakyat cerdik pandai boleh berdebat berhari-hari tentang hal ini seolah-olah semua orang rasional, waras, sihat otak dan lupa akan tradisi , sejarah, keturunan dan pegangan agamanya. 1 Malaysia adalah gagasan yang mulia, dan usaha yang baik untuk menempatkan semua orang dalam kedudukan selesa dan terhormat di tanah air ini. Tetapi ia adalah formula yang hanya boleh berjaya apabila jelas memelihara dan tidak meminggirkan bahasa, nilai-nilai , tradisi mulia, dan agama setiap bangsa, terutama majoriti peribumi dan Islam.
Kita misti berterus terang dalam hal ini. Kita tak boleh memulai langkah dari 0 , nol, atau kosong. Kita ada Perlembagaan Persekutuan yang peruntukan-peruntukan fundamentalnya harus dijunjung dan dipatuhi. Kita jangan kelirukan diri sendiri atau orang lain untuk suatu kejayaan yang sementara.
Apa yang sangat penting ialah mari berterus terang dan bergaduh otak sekarang bagi mencipta masa depan anekawarna budaya yang kukuh serta penuh toleransi untuk semua rakyat peribumi, Cina, India, dan lain-lainnya. Hanya perlu diingat bahawa bukan semua adat serta kepercayaan boleh diangkat sebagai etos kebangsaan atau kita sengaja memaksakan sesuatu kepalsuan nasional untuk menunjukkan suatu kesatuan negara yang tulen. Kepalsuan tidak boleh mengambil alih pertumbuhan budaya dan bangsa yang tulen meskipun boleh dipujuk ke arah itu.
Ingat apa yang baru terjadi beberapa tahun ini apabila kerajaan cuba meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dalam usaha memodenkan pendidikan dan pemikiran generasi akan datang kerana tujuan hendak memajukan negara dalam persaingan dunia antarabangsa--sehingga istilah global menjadi kata-kata sakti pemimpin . Kecerdikan tidak selalu mengiringi kemodenan. Usaha itu telah mengikis kepercayaan ramai orang Melayu terhadap pemimpinnya gara-gara bekas Perdana Menteri overestimate pengaruh kekuasaannya dan gagal membaca emosi dan kepercayaan rakyat jelata. Mari kita jangan ulangi kebodohan ini dalam usaha mewujudkan satu rupa bangsa Malaysia yang modern dan damai.
Masyarakat Melayu sambil mempertahankan kedudukan haknya di sisi sejarah serta agama; dan kedaulatannya dari segi Perlembagaan, harus bersedia untuk berfikiran rasional, bekerja kuat, merebut ilmu dunia dan akhirat serta mengubah strategi . Cara biasa berfikir dan bertindak , suka berhibur dan menaruh kepercayaan bahawa pemimpinnya akan selalu meyelamatkan nasibnya adalah suatu kebodohan modern . Kalau mereka mahu berubah, berubahlah untuk pembaharuan dan kemajuan; bukan untuk kehinaan akhlak, intelektual dan ekonomi di mata orang, lebih-lebih lagi di mata Tuhan yang senantiasa menyeru kepada kebaikan :"kerahmatan untuk semesta alam ".

Selasa, 16 Februari 2010

Berarak Maulud tapi rasuah dan tolak sunnah Nabi.

Satu perkara pelik mutakhir ini bila UMNO begitu ghairah pertahan dan perjuangkan perarakan Maulud Nabi di P.Pinang, sehingga media arus perdana pun memberi liputan yang meluas kononnya kerajaan PR P.Pinang membatalkan perarakan dan ini digambar seolah olah kerajaan P.Pinang anti Islam.
Ini lah dia sikap UMNO yang bermatlamat menghalalkan cara. Matlamat UMNO nak kucar kacirkan kerajaan PR dengan menimbulkan suasana yang boleh membawa kepada keadaan huru hara walaupun sampai kepada pertumpahan darah. Yang penting bagi umno untuk dapat kembali kuasa. Ini lah perangai orang gila talak.
Bagi saya berarak maulud tak salah tak belarak tidak lah berdosa. Untuk apa kalau berarak membawa pada dosa. Apa erti kalau berarak dan berselawat keatas Nabi kemudian tolak apa yang Nabi suruh. Apa guna kita berarak dan berselawat tapi tak hayati sunnah Nabi. Ini lah dia Umno berarak berselawat kemudian rasuah. selawat lagi sapu duit rakyat.berarak berselawat kemudian salah guna kuasa.
Berarak berselawat SPRM jumpa duit tunai berjuta milik setiausaha politik menteri.Itu baru s/usaha politik belum lagi menterinya.Ini lah nilai perarakan Maulud dan selawat keatas nabi bagi UMNO. Guna agama untuk kepentingan politik.mungkin kerana tahun harimau UMNO mengganas sehingga hari keputraan Nabi pun dijadikan dagangan politik murahan mereka.
Pada hal di Kedah perarakan Maulud dah dibatalkan sejak zaman regim UMNO perentah lagi.
Tak dak pula Tun Abdullah Badawi persoalkan Dato Sri Mahazir Khalid bekas MB kedah kenapa dia batalkan perarakkan Maulud.banyak lagi negeri negeri lain dibawah regim umno tak belarak pun.kenapa media arus perdana tak persoalkan.Nampak makin jelas media jadi ketuloi(barua)Umno.
Sekali lagi saya tegaskan kepada umat Islam Perarakkan Maulud tak salah tiada perarakan tak lah berdosa. Yang salah dan berdosa bila tolak sunnah Nabi. Yang salah dan berdosa bila rasuah,salah guna kuasa,adu domba dikalangan rakyat bergaduh,yang salah dan berdosa bila Umno lakukan provokasi supaya umat islam bakar Gereja,surau dan lempar kepala babi kedalam masjid.
Kepada umat Islam dan rakyat Malaysia saya menyeru jauhi lah diri anda dari bahaya UMNO dan BN demi untuk keamanan kestabilan dan kesejahteraan.

Dato'Mahfuz Omar
Naib Presiden Pas
Ahli Parlimen Pokok Sena.



MESYUARAT PKR CABANG HULU SELANGOR (6 Feb 2010 - 3ptg)

Pada 6 Feb 2010 yang lalu, diadakan satu mesyuarat khas cabang bersama dengan pimpinan Majlis Pimpinan Negeri yang di ketuai oleh Timbalan Pengerusi Pimpinan Negeri, Tuan Syed Shahir, Naib Pengerusi, YB Hee, Setiausaha MPN, Sdr Hamidi Abu Hassan , dan ahli-ahli MPN lain terdiri dari Sdr Zakaria (Ketua Cabang Pandan), Sdr Abd Rahim Wahab (Ketua Cabang Selayang).
Mesyuarat kali ini lebih kepada bermuzakarah dan mengeratkan siraturrahim diantara pimpinan negeri dan cabang. Beberapa rumusan telah dibuat bagi mempertingkatkan keutuhan parti.
Insyallah, cabang Hulu Selangor akan bertambah kuat selepas ini.
@Media PKR/SAS


Ahad, 7 Februari 2010

Mesyuarat AJK Cabang bersama Majlis Pimpinan Negeri (MPN)

Majlis Perjumpaan Bersama MPN Negeri
6 Feb 2010 Jam 3 ptg
Pejabat PKR Cabang Hulu Selangor
Semua AJK Cabang dikehendaki hadir !