Jumaat, 25 Disember 2009

NAJIB KE BUKIT SENTOSA, UMNO PENGKHIANAT RAKYAT DILANCARKAN !!



Oleh G Manimaran

PETALING JAYA, Dis 26 — Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak dijadual melancarkan secara rasmi Program Umno Juara Rakyat di Bukit Sentosa, Hulu Selangor pada 9 Jan ini.
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata agenda utama di bawah program yang akan digerakkan ke seluruh negara adalah untuk menunjuk dan mengingatkan bahawa Umno dan BN adalah parti yang selama ini menjuarai hasrat rakyat.
Najib dijangka melancarkan program itu yang akan berterusan sehingga pilihan raya umum ke-13.
PAS pula akan mengadakan kempen Umno Pengkhianat Rakyat pada hari yang sama bagi membongkar segala pembohongan dan kezaliman Umno kepada rakyat khususnya orang-orang Melayu dan umat Islam.
Ketua Penerangan PAS pusat Idris Ahmad sebelum ini berkata jentera Penerangan PAS di semua peringkat diminta bersedia untuk menggerakkan kempen ini sehingga ke peringkat akar umbi, khususnya di kubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno.
Kata beliau pihaknya akan menggunakan segala kemudahan media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno.
"Kita bukan macam pembangkang yang buat sesuatu program dengan hasrat iri hati kepada lawan sebaliknya kita buat untuk kepentingan rakyat," kata Tengku Adnan dipetik Utusan Malaysia hari ini.
Kata beliau pelancaran program tersebut amat penting kepada bukan sahaja Umno tetapi Barisan Nasional dalam mengukuhkan sokongan rakyat kepada parti.
Program itu diumumkan oleh Najib selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno awal bulan ini.
Dalam ucapan sulungnya selaku Presiden Umno Okt lalu, Najib berkata, parti itu mahu menjadi sebuah parti yang menjuarai rakyat.
"Ini kerana, apabila rakyat hendak tengok Umno, mereka tak tengok parti, mereka tengok parti ini betul-betul nak tolong kita.
"Umno ini nak bantu kita, nak jadi juara rakyat, bukan bergaduh, berbalah semasa kita atau bukan nak dapatkan kontrak," katanya.

Selasa, 22 Disember 2009

Selasa, 8 Disember 2009

KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT - 19 DISEMBER 2009 SHAH ALAM


Sah : Konvensyen pertama Pakatan Rakyat

Ramai yang menanti - nanti tarikh bersejarah di mana satu gabungan kuasa 'perjuangan' dan politik bergabung demi kemerdekaan sebenar rakyat.
pkatan rakyatBAGI memperkukuh ikatan dan pemuafakatan di antara KEADILAN, PAS DAN DAP maka satu Konvensyen Pakatan Rakyat akan dianjurkan pada 19 Disember ini di Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor.
"Persiapan rapi sedang diatur dan semua pihak, ketiga-tiga parti gabungan, sedang bekerja keras bagi menjayakan konvensyen ini,"kata Setiausaha Agung Keadilan, Dato Sallehuddin Hashim.
Menurut beliau, lagu tema "Angin Pendamai" dicipta oleh Ito dari Kumpulan Blues Gang dalam masa seminggu.

Logo ini menggabungkan ikatan kukuh tiga parti, mengelilingi lima kelopak bunga raya yang melambangkan lima kaum di Malaysia iaitu Melayu, Cina, India, Dayak dan Kadazandusun.
Sallehuddin berkata, "lebih 500 perwakilan dijangka hadir dan kita tidak boleh memandang mudah terhadap persiapan yang perlu kita lakukan."

Isnin, 7 Disember 2009

BILA TG NIK AZIZ BERDOA, SATU MALAYSIA GEGAR !


TG Nik Aziz guna strategi perang ‘cara ghaib’

Oleh Dinsman
Hah, Tok Guru Nik Aziz sebut dia nak berdoa saja, satu Malaysia sudah gegar. Digegarkan oleh media-media Umno/BN. Heboh satu Malaysia macam nak berlaku gempa bumi, hinggakan Tan Sri mufti dan Datuk bekas mufti pun berfatwalah, seperti yang dijangka dari ulamak-ulamak Umno/BN itu. 
Kah kah kah… lucunya Malaysia kita. Tapi sebenarnya tak lucu. Sikit pun tak lucu, kalau kita melihatnya dari satu perspektif yang saya maksudkan ini. Bahkan hebat sebenarnya! Apabila doa seorang manusia boleh menggegarkan sebuah negara. Saya melihatnya dari sudut ini. Dan ini sebenarnya cukup menarik. Dan istimewa! 
Adakah lagi di negara-negara lain dalam dunia ini yang seperti ini? Yang doa seorang pemimpin pembangkangnya begitu diberi perhatian, oleh media-media utama, dan boleh sampai menghebohkan suasana seluruh negara. Doa sahaja, bukannya apa! Hanya doa. 

TG Nik Aziz (dilaporkan) berkata dia nak berdoa supaya Allah musnahkan masa depan Perdana Menteri dan partinya, sekiranya Datuk Najib tetap enggan memberikan hak royalti petroleum dan gas kepada kerajaan negeri Kelantan, seperti yang sepatutnya. 

Ia bukan sahaja menjadi berita utama media-media arus perdana, tetapi ia juga menjadi satu isu yang besar, yang perlu dicari ‘fatwa’ dari mufti-mufti dan bekas mufti; dan para menteri pun terpaksa membuat kenyataan. Memanglah kenyataan mereka itu mengecam dan merendah-rendahkan TG Nik Aziz. 
Tetapi itu semua menunjukkan apa? Itu semua menunjukkan mereka percaya kepada doa TG Nik Aziz Menteri Besar Kelantan itu. Mereka percaya bahawa doa TG Nik Aziz itu boleh memberi kesan. Kalau tidak, mereka takkan melatah melenting heboh satu negara. 
Datuk Najib yang sedang berada di luar negara, di Port of Spain, pun terpaksa memberi respon kepada kenyataan Tok Guru itu. Mereka bimbang kepada doa Tok Guru. Tapi hal itu pula menggembirakan saya. 
Sebab apa saya gembira? Sebab saya melihat TG Nik Aziz sekali lagi berjaya menonjolkan satu daripada aspek keimanan/ketaqwaan (agama Islam) yang menjadi sebahagian daripada dasar pentadbirannya, (yang selama ini kurang disedari dan difahami oleh orang ramai, khasnya yang di luar parti PAS). 
Pimpinan Umno/BN memang boleh saja mengatakan bahawa doa TG Nik Aziz itu gagal memberi kemenangan kepada PAS dalam pilihanraya kecil (PRK) Bagan Pinang baru-baru ini; manakala dalam PRK Manek Urai sebelum itu PAS hanya menang dengan majoriti kecil. 
Mereka cuba hendak mengatakan bahawa doa TG Nik Aziz itu tidak akan dimakbul oleh Tuhan. Maka ‘fatwa’ mufti pun dikeluarkan untuk mengesahkan kenyataan mereka itu, dengan alasan kononnya tindakan Nik Aziz itu tidak selaras dengan ajaran Islam. 
Nik Aziz pula menegaskan bahawa dia bersedia untuk berdialog dengan sesiapa saja ulamak yang tidak bersetuju dengan tindakannya itu. Bagus. 
Kalaulah ada ulamak berkenaan yang mahu menyambut cabaran TG Nik Aziz itu, alangkah bagusnya. Biarlah kita jangan berselindung dengan ilmu dan ajaran Islam yang sebenar, ‘kan! Bagi mereka yang mengikuti perkembangan pentadbiran TG Nik Aziz selama 19 tahun mentadbir Kelantan, perkara ini bukanlah satu perkara baru. 
Ini memang satu daripada pendekatan yang biasa dilakukan oleh TG Nik Aziz, khasnya apabila dia berhadapan dengan masalah atau krisis yang besar dan rumit, yang melibatkan rakyat negeri Kelantan dalam keadaan dizalimi atau dianiaya. Satu daripada peristiwa atau krisis besar yang pernah diatasi dengan cara atau strategi “berdoa”, dan berjaya, ialah krisis pampasan empangan janakuasa Pergau, yang melibatkan syarikat Tenaga Nasional Berhad di pihak kerajaan pusat. 
Selain daripada berdoa, pendekatan tersebut selalunya akan menghimpunkan rakyat dalam jumlah yang ramai, hingga memenuhi Stadium Sultan Muhamad, Kota Bharu, misalnya, untuk melakukan solat hajat. Dan pernah solat hajat beramai-ramai itu dibuat di waktu dinihari jam 4.30 pagi. Berdoa dan solat hajat memang sudah menjadi sebahagian penting dalam program dan pendekatan pentadbiran yang digunapakai oleh TG Nik Aziz. Yang terakhir sebelum ini ialah pada 1 Ramadhan lalu, di pekarangan Stadium (Qaryah Ramadhan), kerana memohon Allah SWT agar menyelamatkan rakyat daripada wabak H1N1. 
Kebetulan saya pun sempat hadir dalam majlis yang diadakan sejurus sebelum sahur itu. Sekarang rakyat Kelantan sedang dizalimi oleh kerajaan pimpinan Najib, yang enggan memberikan apa yang menjadi hak mereka dalam royalti minyak. 
Tentunya mereka hanya menanti Tok Guru menyebutkan tarikhnya sahaja, dan mereka akan berkumpul barangkali yang paling ramai dalam sejarah solat hajat di Kelantan. Sama-samalah kita tunggu! Memang ini sesuatu yang sangat menarik. 
Bagaimana sebuah pimpinan politik boleh mengajak rakyatnya beramai-ramai; “Mari kita pergi kepada Allah, dan kita mengadu kepada Dia yang kita telah dizalimi, dan kita minta tolong kepada Allah, kerana hanya Dia yang boleh menolong kita, kerana Dia maha berkuasa.” Saya tidak tahu apakah perkara yang seperti ini ada juga dilakukan di tempat lain di mana-mana dalam dunia ini. Sebuah kerajaan yang mengamalkan satu sistem pentadbiran yang di dalamnya terdapat suatu program yang berkomunikasi langsung dengan Tuhan yang ghaib. 
Program ini juga boleh dijadikan satu strategi untuk menghadapi pihak “lawan” yang cuba berbuat zalim kepada rakyatnya. Dan dalam sejarah amalan strategi solat hajat dan doa ini pun, barangkali inilah kali pertama TG Nik Aziz akan berdoa supaya Allah melaknat atau memusnahkan masa depan seorang Perdana Menteri Malaysia, bersama dengan partinya. 
Maka sangat menariklah jadinya untuk kita mengikuti perkembangan “perang cara ghaib” ini yang selanjutnya. Bagaimanakah pihak Perdana Menteri Najib dan panglima-panglimanya akan menghadapi strategi dan taktik perang yang entah kuno entah moden entah “avant-garde” ini. Syabas Tok Guru! (Memang patutlah Zaid Ibrahim cadangkan Tok Guru jadi Pengerusi Pakatan Rakyat.) 

Ahad, 6 Disember 2009

NIK AZIZI ! NIK AZIZ ! NIK AZIZ !




KUALA LUMPUR, Dis 6 — Sehari selepas mendoakan pemimpin kerajaan Barisan Naisonal (BN) "pecah perut" berhubung isu royalti minyak, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang berhadapan dengan siri isu kontroversi, malam tadi menyerang Umno dengan mendakwa parti itu seolah-olah terdesak untuk menggulingkan kepimpinan PAS di Kelantan.
Mursyidul Am PAS itu menegaskan Umno seolah-olah parti yang sedang lemas sehingga sanggup melakukan apa sahaja demi survival.
"Ceritanya ialah Umno sedang lemas, sanggup mengatakan apa saja termasuk membuat tuduhan terhadap saya.
"Mereka tahu bahawa mereka lemah. Terengganu berpecah, ada Umno A, ada Umno B.
"Perak lagi teruk, mereka bergaduh untuk jubah speaker," kata Menteri Besar Kelantan ini di hadapan kira-kira 1,000 pengikutnya di Taman Melewar, Gombak dekat sini.
Tambah beliau, dua rakan Umno dalam BN juga berhadapan dengan masalah dalaman masing-masing.
"Jadi mereka tidak ada apa-apa melainkan kecuali membuat tuduhan terhadap saya," kata Menteri Besar Kelantan ini yang sejak tahun lalu menentang sebarang bentuk kerjasama dengan Umno-BN, yang didukung oleh segelintir pemimpin PAS.
"Mereka seperti datuk yang berhadapan dengan cucu yang menangis. Untuk menghentikan seorang kanak-kanak daripada berhenti menangis, mereka akan mengatakan burung! burung! burung! Nik Aziz! Nik Aziz! Nik Aziz! Mereka ingat kita ini bodoh macam mereka," katanya.
Nik Aziz yang memimpin Kelantan sejak 1990 menambah Umno seharusnya berhenti daripada bermimpi untuk menawan negeri itu.
"Apa yang mereka hendak lakukan di Kelantan? Mereka hendak mewujudkan satu agama? Mereka hendak mewujudkan satu agama kerana mereka tidak ada Islam.
"Mudah untuk membina masjid tetapi agama dan masjid ada dua perkara yang berbeza," katanya.
Nik Aziz menambah Umno berpura-pura mahu membina masjid seolah-olah mereka juga bersolat.
Pesuruhjaya PAS Kelantan itu menekankan bahawa Islam adalah kunci untuk mencapai konsep 1 Malaysia.
Mereka telah mencuba Islam Hadhari tetapi gagal dan kini datang dengan konsep 1 Malaysia, kata beliau lagi.
Ketika sedang berucap Nik Aziz berhenti sekejap sehingga mencetuskan suasana cemas di kalangan hadirin.
"Saya penat," katanya ringkas.
Nik Aziz meneruskan ucapannya dengan menjelaskan bahawa beliau masih berdoa agar Tuhan membuka hati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu berkaitan dengan royalti minyak.
Bulan lalu Najib mengumumkan kerajaan akan membayar wang ihsan kepada Kelantan melalui Petronas bermula tahun depan sebagai menggantikan tuntutan royalti minyak yang dimahukan kerajaan negeri.
Beliau berkata kerajaan negeri Kelantan tidak berhak menerima wang royalti minyak di perairannya kerana ia terletak di kawasan bertindih dan wang itu akan disalurkan dalam bentuk pembangunan melalui kerjasama dengan kerajaan negeri.
Kira-kira dua minggu lalu Nik Aziz mahu orang ramai berdoa kepada Allah supaya memusnahkan masa depan Najib dan Umno jika kerajaan pusat enggan memberi royalti minyak kepada Kelantan.

Jumaat, 4 Disember 2009

TG NIK AZIZ BERDOA LAGI, SAMPAI PECAH PEROT !



Menjawab bantahan sekumpulan penyokong Umno terhadap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Selasa lalu, ribuan penyokong menteri besar itu hari ini mengadakan demonstrasi besar di Kota Bharu. 
Perhimpunan yang diadakan di Jalan Dato' Pati dimulakan jam 10 pagi ini, sebaik sahaja selepas kuliah mingguan tokoh besar PAS itu di depan pejabat perhubungan PAS Kelantan. 
Para penyokong Nik Abdul Aziz memakai lilitan kepala warna merah bertulisan putih "We Love Tok Guru" sambil mendengar ucapan beliau sendiri, exco kanan kerajaan negeri Datuk Husam Musa, pemimpin Pemuda PAS Dr Rosli Alani Abdul Kadir dan beberapa pemimpin lain. "Selagi tidak bagi (royalti petroleum), kita doa sampai pecah perut orang itu," kata mursyidul am PAS dengan sorak para penyokongnya. 

DS ANWAR - TOP GLOBAL THINKERS




Anwar telah membuktikan beberapa kali apabila karisma kepimpinan dan pemikirannya telah diktiraf perbagai badan dunia. 

Baru ini dalam senarai tokoh Islam dunia paling berpengaruh Anwar tersenarai dalam dalam carta kategori ahli politik malah Tuan Guru Nik Abdul Aziz juga turut tersenarai sebagai tokoh agama. Juga pernah tersenarai dalam 100 tokoh pemimpin berpengaruh sedunia oleh TIMES. 


Terkini Anwar tersenarai di tangga ke 35 oleh 'agensi Foreign Policy' sebagai pemikir sejagat. Kofi Annan menduduki tempat ke 30 didalam senarai tersebut. Juga Presiden Amerika Syarikat Barack Obama menduduki tempat pertama. 


Sebagai pemimpin yang berjiwa rakyat dan memperjuangkan demokrasi dan hak rakyat, tidak hairanlah DSAI senantiasa menjadi sebutan seluruh dunia.
Syabas kepada Kerajaan Pakatan Rakyat dan seluruh rakyat Malaysia.